Bersama Berjuang

Thursday, June 30, 2011

SELANGOR MENANGIS: PANASSS... Wang Rakyat Demokrasi Digunakan Untuk Kegiatan Subversif ???


Kenyataan Media GAPS


GAPS selar MB Selangor biayai Rusuhan Bersih 9 Julai.


Pengakuan Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan bahawa kerajaan Negeri Selangor akan membiayai perhimpunan haram dan rusuhan 9 Julai adalah bukti kukuh bahawa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim adalah antara dalang yang terlibat dengan perancangan perhimpunan haram dan rusuhan di Kuala Lumpur itu.


Sekali lagi wang rakyat akan diselewengkan oleh kerajaan pakatan haram Dap, Pkr dan Pas pimpinan Khalid Ibrahim. Rakyat masih ingat bagaimana hasil pasir negeri di selewengkan oleh Khalid, rakyat masih ingat bagaimana ratusan ribu ringgit di gunakan oleh Khalid untuk membiayai ahli perwakilan PKR di Hotel Armada dan rakyat masih ingat bagaimana ratusan ribu ringgit dibazirkan untuk membiayai penderhaka institusi Raja Melayu di Selangor.


Kini MB melangkah setapak lagi dengan membiayai kegiatan rusuhan yang bertujuan menumbangkan kerajaaan rakyat yang dipilih secara demokrasi melalui jalan raya. Dimanakah kali ini MB hendak menyembunyikan diri bila sipenerima wang itu mengakui dia akan dibiayai oleh pentadbiran nya ?


Tentunya pembiayaan itu bukan 1 ribu, bukan 10 ribu, bukan 100 ribu. Ada sumber menyebut pembiayaan itu berpuluh juta ringgit. Kalau ini benar, ia merupakan pembaziran dan penyelewengan yang amat nyata pemerintahan seorang Menteri Besar di Selangor.


Lebih buruk lagi sejarah akan mencatatkan yang hendak dibiayai adalah perhimpunan haram dan rusuhan yang akan membawa anarki kepada ibu negara Kuala Lumpur pada 9 Julai nanti.


Sebelum nasi menjadi bubur, GAPS menggesa pihak berkuasa mengheret MB Selangor untuk disiasat dan dibawa ke muka pengadilan kerana beliau membiayai perhimpunan haram dan rusuhan ini. Khalid Ibrahim kena bertanggungjawab diatas dokongan  pentadbirannya menyokong Bersih yang kini nyata mirip pergerakan subversif  dengan terbongkar dan tertangkapnya mereka-mereka yang mempunyai ideologi komunis yang mendalangi perhimpunan dan rusuhan 9 Julai.


Hamidzun Khairuddin

Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)



30 Jun 2011

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...