Bersama Berjuang

Thursday, May 26, 2011

PANASSS... SURAT TERBUKA BUAT YB MERU, DR. RANI!


Semakin ramai yang tidak puas hati dengan wakil rakyat Meru, Dr. Rani yang dikatakan cukup berbeza berbanding sewaktu ligat berkempen.  

Kemenangan yang diperolehinya pada PRU yang lepas telah mengubah dirinya.  Segala kemungkaran dan kezaliman BN yang pernah didakwanya pada suatu ketika berkempen, rupanya telah dipraktikkannya juga dalam usaha untuk memastikan dia terus berkuasa.  

GT tidak membuat fitnah, namun luahan ini adalah dari rakyat Meru sendiri.  Sewaktu "meluncur" di alam maya ini, GT terjumpa sesuatu yang sangat penting dalam memastikan orang Meru dan Selangor amnya tahu trend politik terbaru oleh PAS. 

GT cuba dapatkan maklumat dari sahabat2 di Meru, dan mereka mengiyakan isi kandungan surat ini banyak kebenarannnya.  

Wowww... andai benar, Dr. Rani sudah tidak berada di jalur perjuangan yang dilaung-laungkannya sebelum ini.  Secara jujur, berdasarkan gerak kerja ceramah politik anjurannya, GT secara peribadi melihat bahawa Dr. Rani sudah menyertai golongan Erdogan, yang hanya mementingkan kuasa semata-mata dan menjadikan Islam sebagai "topeng" berpolitik.  

Jom baca Surat Terbuka Untuk YB Meru, DISINI.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...