Bersama Berjuang

Tuesday, October 19, 2010

TOK HIM - PEMBEDAHAN BERJALAN LANCAR!!!


KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali selamat menjalani pembedahan jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri, di sini, Isnin.

Ketua Penerangan Wira Perkasa Nurul Izham Anuar berkata Ibrahim berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kerumitan selepas pembedahan yang bermula kira-kira pukul 10 pagi tadi dan berakhir 4 petang.

"Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata isteri dan anggota keluarga Ibrahim serta anggota Perkasa turut berada di hospital semasa pembedahan itu berlangsung.

Ibrahim mengadu berasa tidak sihat sejak tiga minggu lepas namun hanya membuat pemeriksaan kesihatan di hospital itu tiga hari lalu. - BERNAMA

GERAKAN TIMUR:
Terima kasih kepada yang berdoa atas kesihatan Datuk Paduka Ibrahim Ali...  Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...