Bersama Berjuang

Tuesday, August 31, 2010

EDISI KEMERDEKAAN; MELAYU - DIBAHUMU TERPIKUL WASIAT!!!

 7 WASIAT KEPADA KAMU YANG BERGELAR MELAYU
  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
GERAKAN TIMUR:
Hai Melayu... maka terpikul di bahumu untuk mempertahankan apa yang telah diwasiatkan kepada kamu.

Hai Melayu... maka teramat berat wasiat untuk kamu dipertanggungjawabkan pada anak cucumu.

Hai Melayu... maka janganlah kamu terleka walau sesaat pun untuk berdiri teguh memegang sumpah ini.

Hai Melayu... jadilah bangsa yang bijaksana, memegang janji menggenggam sumpah, menjadi TUAN di bumi Bertuah!!!!

SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 53!!!

2 comments:

  1. salam
    sama2 menaikkan martabat melayu

    ReplyDelete
  2. SLM KEMERDEKAAN BROO!..KITA SBG ANAK2NYA HARUS PERTAHANKAN WASIAT TERSEBUT..M'SIA TIADA 2 ATAU 3!

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...