Bersama Berjuang

Thursday, August 26, 2010

BERSATULAH WAHAI MELAYU!!!


Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu di tanah
Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani,
semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.

- USMAN AWANG - 

GERAKAN TIMUR:
Mata pena yang tajam selalunya menimbulkan kesan pada hati si pembaca.  Hasil karya bijaksana melayu seperti Usman Awang ini menjadi pilihan GT untuk berjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara.  Dalam perjuangan ini, kata-kata si bijaksana inilah yang membakar semangat bahawa jangan sesekali kita alpa, kerana orang lain sedang menanti peluang untuk merampasnya, sekaligus menafikan hak kita.  

MENGAPA SUKAR UNTUK KITA BERSATU???

4 comments:

  1. Pohon ditatap untuk ditimbang menjadi fatwa kita semua selamanya:
    http://chelehjangok.blogspot.com/2010/03/pesan-ayah-pesaka-bonda.html

    ReplyDelete
  2. Melayu akan bersatu kalau pemimpin2nya bersatu.Masalahnya antara pemimpin Melayu sendiripun tanpa mengira parti,masing2 mempertahankan ego masing2.

    Yang paling besar egonya adalah Nik Aziz yg dianggap wali keramat oleh penganut2 pas!Nik Aziz lah punca sebarang usaha perpaduan terencat.Itu kalau dilihat secara kasar.

    Tapi kalau diperhalusi lagi Anwar Ibrahimlah dalang segala2nya.Beliaulah mastermind kepada perpecahan Melayu.Anwar memperalatkan Nik Aziz kerana dia tahu sebarang kata2 yg keluar dari mulut 'wali'(selipar)ini dianggap fatwa oleh pengikut2nya.

    Jadi kuncinya di sini adalah Anwar Ibrahim!Singkirkan aljuburi dari persada politik tanahair,Melayu akan kembali bersatu dan Malaysia akan kembali aman.Anwarlah biang keladinya!

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..KAT MELAYU2 YG BLUM TERLAMBAT DAN TERJERUMUS KE LEMBAH 'SYURGA' WALLY SLIPOR BAIK CEPAT2 BERTOBAT LAA..SEDANGKAN KETA BOLEH MASUK GEAR REVERSE INIKAN PULAK MANUSIA!! HUHUHU >:)

    ReplyDelete
  4. Kaum minoriti tidak boleh menidakkan penyatuan kaum majoriti. Hanya dengan penyatuan kaum majoriti, negara akan jadi aman dan stabil dan keharmonian ini dapat ditumpangi bersama oleh kaum minoriti.

    Mana mungkin ujudnya kedamaian sekiranya sebilangan rakyat yang terdiri dari kaum majoriti itu bergolak? Kaum minoriti pun akan terpalit sama sekiranya kaum majoriti tidak stabil

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...