Bersama Berjuang

Tuesday, February 19, 2013

Arab Spring Hanya Akan Perkuatkan Spring Katil Chinadoll!!!



ADA pihak yang cuba mengaitkan Arab Spring sebagai sesuatu yang mungkin berlaku dalam perkembangan politik di Malaysia. Mereka ingin membawa perubahan landskap politk tempatan unutk mencapai matlamat mengabil alih kuasa melalui apa yang dianggap sebagai kebangkitan rakyat terhadap kerajaan yang ada.

Tanda-tanda yang menunjukkan ada strategi menggunakan platform di luar proses pemilihan umum secara demokratik ini termasuklah :
  • Kritikan dan tomahan yang berterusan ke atas kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melalui himpunan Bersih
  • Penganjuran rapat umum dan perarakan secara berterusan yang menguruk kerajaan
  • Penentangan terhadap projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan termasuk Lynas di Pahang dan Rapid di Johor atas alasan kesan negetif ke atas alam sekitar tanpa mengambil kira menafaat projek dari segi sosial dan ekonomi
  • Kenyataan-kenyataan pemimpin pembangkang di media luar negara yang memburuk-burukan dasar kerajaan dan sistem pilihanraya.

Isu-isu seperti ini diketengahkan sebagai justifikasi bahawa Arab Spring perlu dilancarkan di Malaysia. Namun perlu diingat, kerajaan-kerajaan yang tumbang atau tergugat berikutan gerakan Arab Spring adalah kerajaan diktator yang telah menjadi dispensable bagi kuasa-kuasa barat setelah sekian lama menyumbang kepada dasar luar negara dan ketenteraan Barat.

Arab Spring tidak relevan di Malaysia kerana ia bukan negara pemerintahan kuku besi walaupun ada pihak yang mengatakan ia zalim, kafir, dan sebagainya.

Dakwaan kezaliman kerajaan yang disuarakan, sama ada dalam Parlimen, media massa atau internet hanyalah pandangan peribadi dan berdasarkan kepentingan politik sempit. kebebasan yang dialami oleh rakyat Malaysia adalah nyata kepada seluruh dunia.

Mereka yang cuba mengimport idea Arab Spring sebenarnya ketandusan dan kemuflisan idea. Apatah lagi geraka itu sendiri bukan sesuatu yang timbul dari bumi Arab tetapi sebenarnya diilhamkan oleh Barat, atau lebih tepat gerakan Neocons dan Zionisme antarabangsa yang tahu tentang kelemahan rejim Arab di Tunisia, Mesir, Libya, Yamen dan negara-negara Arab lain.

Kerajaan Malaysia mengamalkan dasar bebas dari pengaruh mana-mana ideologi atau kuasa besar. Tidak ada dokongan  yang diberi mana-mana pihak. Sebagai sebuah negara berkecuali Malaysia tidak terhutang budi kepada Barat mahupun institusi-institusi tajaan mereka seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan lain-lain.

Malaysia juga tidak mengharapkan bantuan kewangan atau ketenteraan daripada mana-mana pihak. Sebaliknya ia mengamalkan dasar terbuka bagi pelaburan lansung, perdagangan, pelancongan, pendidikan dan keharmonian

Jika ada pihak cuba mengaitkan Arab Spring sebagai satu gerakan kebangkitan Islam itu juga silap. Di Mesir, puak Islamist mungkin telah memenangi pilihan raya presiden tetapi golongan sekular dan bukan Islam yang disokong oleh Barat menentang langkah-langkah untuk menerap dan memperkasa unsur-unsur Islam dalam pemerintahan.

Di Tunisia, golongan pro-Islam menguasai kerajaan selepas rejim Ben Ali ditumbangkan. Pembunuhan tokoh pembangkang sekular Chokri Belaid baru-baru ini sungguh tidak menyenangkan barat kerana ia merupakan satu tamparan kepada agenda mereka. Mereka mahu golongan sekular dan pro-Barat berkuasa di Tunisia dan bukan golongan pro-Islam yang ada.

Hakikatnya, gerakan Arab Spring yang diilhamkan oleh Barat berhasil untuk memecahkan perpaduan yang ada di dunia Arab. Seterusnya ia memperkuatkan neara kesayangan mereka iaitu Israel yang selepas ini dijangka akan menunjukkan keganasan dan kezaliman lebih keras ke atas orang Arab amnya dan rakyat Palestin khasnya.

Arab Spring hanyalah alat dalam agenda BArat dan Zionisme untuk melemahkan dunia Arab dan Islam dalam peperangan Crusade moden. Rakyat Malaysia perlu menolaknya, bahkan menganggap ia adalah satu ancaman yang mesti dielakkan untuk megekalkan kestabilan politik dan keharmonian agama dan kaum di negara. 

Untungnya Nurul Izzah Kerana V T Singham!!! Siapa V T Singham???




Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013.  Saman tersebut adalah berhubung artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.

Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan.  Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara.  Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah.

Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara.  Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita.

Sikap ‘tidak serupa bikin’ pembangkang bukan sahaja terserlah dalam isu kebebasan media atau kebebasan bersuara tetapi juga berkenaan sistem kehakiman negara.  Antara alasan utama bagi pembangkang menyeru rakyat untuk menolak BN ialah kononnya sistem kehakiman negara ini tidak adil dan tidak telus.

Namun, masalah tersebut juga kini semakin lama semakin jelas, bukanlah berpunca dari BN tetapi pembangkang sendiri.  Mana tidaknya, jika pembangkang telah berkali-kali menang dalam menentang kerajaan mahkamah.  Malah, kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang begitu jelas, konkrit dan sahih buktinya dalam bentuk DNA, CCTV di lif, keterangan saksi, kronologi peristiwa serta sejarah tertuduh juga telah dimenangi oleh Anwar, iaitu pihak pembangkang.  Kemenangan Anwar membuatkan penyokong-penyokong pembangkang sendiri terdiam seketika kerana tidak menyangka yang beliau boleh menang dengan bukti yang sebegitu kukuh terhadapnya.

Anwar juga memenangi saman Utusan Malaysia mengenai temubualnya di BBC yang didakwanya sebagai berniat jahat.  Sedangkan Utusan hanya bertindak sebagai penyampai dengan melaporkan kata-kata Anwar sendiri, tanpa mengubah walau satu ayatpun kerana menyedari bahawa pembaca boleh mengakses sendiri wawancara Anwar itu yang dimuat-turun di Youtube untuk mengesahkan laporan mereka.  Utusan telah diperintahkan oleh Hakim VT Singham untuk membayar RM50,000 kepada Anwar.

Justeru, kita tidak hairan, malah yakin dan pasti bahawa Nurul Izzah juga akan memenangi kes samannya terhadap Utusan Malaysia.  Keyakinan ini adalah berdasarkan kebebasan mahkamah yang diragui berat sebelah kepada pembangkang, terutama apabila ia melibatkan hakim-hakim tertentu.  Dan nampaknya, hakim yang bakal mengendalikan kes Izzah juga adalah termasuk dalam senarai tersebut, iaitu Hakim VT Singham yang telah memenangkan Anwar dalam kes saman Utusan seperti yang disebut di atas.

Hakim VT Singham, berusia hampir separuh abad tetapi entah kenapa masih masih bujang, telah sebenarnya banyak menimbulkan kontroversi, bukan sahaja dalam kes yang melibatkan pemimpin politik tetapi juga kes-kes jenayah.  Antaranya:

1.Kes saman fitnah RM10 juta oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy terhadap seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar yang berakhir dengan saman tersebut ditarik balik.

2.Kes Bunuh seorang pemuda dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, melepas dan membebaskan Azman Ismail, 25, atau `Man Datuk, anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shahbodin dan empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan mekanikal pada 2003 tanpa dipanggil membela diri.  Empat rakannya itu ialah Mohd Shafiq Azren Salleh, 24 (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, 23 (Tony); Mohd Faizal Radzali, 26 (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan, 23 (Adik).

Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas (Mohd Nizam Ariffin atau Tok Mat Crane) membelasah, menendang dan memijak Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di Ipoh, antara jam 3 hingga 10 pagi, 22 Disember 2003, sehingga menyebabkan mangsa mati.

3.Kes Menteri Dalam Negeri menyaman Anwar pada 26 April 2011  melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dimana Hakim VT Singham juga menjadi hakimnya.  Dan seperti yang dijangka, Anwar telah menang mudah.

Antara teori yang dikatakan mempengaruhi kecenderungan penghakiman VT Singham untuk memihak kepada pembangkang adalah kerana beliau menyokong aspirasi pembangkang yang terbuka terhadap LGBT.  Syak wasangka ini berkait rapat dengan hakikat yang beliau masih belum berkahwin walaupun sudah berusia dan berjaya, yang mana tentunya menjadi rebutan wanita.

Berdasarkan teori ini, maka usahlah kita membuang masa mendengar hujah perbicaraan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia, kerana jika hakimnya VT Singham, maka Nurul Izzah pasti menang.   


Johor Darul Takzim Bergelora... Detik-Detik Kehancuran Bermula!



Akhir-akhir ini politik Malaysia semakin kerap dihiasi dengan kisah pertelingkahan antara parti-parti sekutu di dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu semasa.  Antaranya, isu Kalimah Allah, jelas meretakkan hubungan PAS dengan DAP walaupun terdapat suara-suara di dalam PAS yang tidak mampu mengakui hakikat itu.  Isu yang sama juga menjauhkan lagi PAS dengan PKR kerana parti PKR jelas mempunyai pendirian yang sama dengan DAP. 

Walaupun PAS pada hakikatnya, akur dengan kehendak PKR dan DAP tetapi ‘pertelingkahan mulut’ di media perlu diteruskan bagi memberi gambaran kepada penyokong PAS kononnya parti itu tidak akan mengalah.  Namun, ketidaksanggupan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat dengan sendirinya menandakan PAS telah pun kalah dan akur kepada DAP dan PKR.  

DAP dan PKR pula secara umumnya tidak bermasalah dari segi isu-isu semasa.  Tetapi, perkembangan terbaru di Johor, telah membuktikan bahawa pendirian yang sama dalam isu semasa bukan jaminan yang kedua-dua parti itu tidak bertelagah.  

Pendek kata, secara dasarnya, Pakatan Rakyat kini telah retak seribu, dan hanya menanti belah dan hancur lebur sahaja sahaja.   

Masalah PKR dan DAP di Johor dikatakan berpunca dari Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng.  Perkara ini dibangkitkan sendiri secara terbuka oleh Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP negeri.   Semuanya kerana berebutkan kerusi pilihanraya di mana Chua dikatakan telah ‘membuat serangan hebat’ terhadap DAP Johor secara bawah tanah, sejak beberapa bulan lalu.  

Antara serangan yang dilakukan oleh Chua ialah menuduh DAP sebagai bongkak bagi menafikan beberapa kerusi kepada DAP sekali gus, mengelakkan penguasaan DAP di negeri itu.  Chua juga dituduh telah tidak menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor yang terjalin sejak dahulu dengan mengumumkan diri sendiri sebagai calon Gelang Patah sedangkan pembahagian kerusi belum pun muktamad.  

Alasan Chua bahawa beliau berhak berbuat demikian sebagai Pengerusi PKR Negeri memperlihatkan keangkuhan dirinya mengatasi DAP yang menjadi sasaran tuduhan bongkak.  

Dalam PRU-12, kawasan parlimen Gelang Patah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng dengan menewaskan calon PKR Zaliha Binti Mustafa sebanyak 33,630.   Dalam pilihanraya kali ini, PKR dikatakan ingin bertanding semula di kawasan tersebut tetapi Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai telah mengumumkan untuk meletakkan calon DAP di situ.  Justeru, tindakan Chua mengumumkan diri sendiri menyebabkan keadaan menjadi tegang serta janggal.  

Hari ini Karpal Singh dilaporkan menegaskan bahawa DAP tidak mengambil ringan aduan Dr. Boo dan akan menyiasat perkara tersebut segera demi kepentingan PR.  Walaubagaimanapun, tiada kenyataan dari pihak PKR mengenai perkara yang sama.  

Oleh itu, Dr. Boo terpaksa ‘menyeru’ Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim atau Presiden PKR, Wan Azizah agar masuk campur dan memantau politik PR di Johor bagi memastikan perancangan menawan negeri tersebut berjalan lancar.  

Pelik sekali, apabila Anwar terpaksa ‘diseru’ untuk masuk campur, sedangkan dalam kebanyakan isu, Anwar akan masuk campur secara suka rela.  Malah, dalam pemilihan parti PKR juga Anwar bukan sahaja masuk campur tetapi ‘menggaul rata’ sebelum menapis dan membuang mana-mana yang dilihat ‘tidak begitu setia’ atau tidak memberi keuntungan kepadanya.  

Selain itu, bukanlah rahsia yang Anwar juga telah masuk campur dalam politik dalaman PAS melalui kuncu-kuncunya yang digelar parasit oleh mereka-mereka yang arif mengenai strateginya.   

Berdasarkan hakikat ini, mungkin Karpal, Dr. Boo dan DAP wajar memikirkan semula ‘seruan’ mereka agar Anwar atau isterinya masuk campur dalam pertelingkahan DAP-PKR di Johor.  

Adalah tidak mustahil bahawa usaha mengsabotaj DAP yang didakwa dilakukan oleh Chua Jui Meng adalah sebenarnya berpunca dari ‘campur tangan Anwar’?  

Sesungguhnya, amaran telah dikeluarkan kepada rakyat bahawa ‘perang’ di dalam PR adalah sesuatu yang pasti dan akan berterusan.  Ia bukan sahaja kerana ketiga-tiga parti membawa pendirian, sifat dan halatuju yang bertentangan, tetapi juga kerana karektor individu-individu yang menerajui parti-parti tersebut.  

Maka, senarionya kini dan selama-lamanya ialah, PKR akan terus menikam DAP di Johor, dan sembunyi tangan.  DAP akan terus menikam PAS di Pulau Pinang, dan sembunyi tangan juga.  PKR terus meracun PAS dari dalam dan DAP pula terus memijak PAS dari atas.   PAS pula sedang menghancurkan diri sendiri kerana terlalu sayang pada PKR dan DAP walaupun saban hari berendam air mata, disepak terajang dan diludah dan ditunjal kepala.  

Melihat bagaimana DAP-PKR-PAS ‘berbunuhan’ sesama sendiri, Pakatan Rakyat mungkin akan mati sendiri pada bila-bila masa sahaja, tanpa BN perlu melancarkan serangan.  

Banjir IOI Puchong : Khalid Ibrahim Buktikan Air Selangor Cukup!!! HOORRAAAYYY!!!



Banjir IOI Puchong bukti kelemahan pentabiran Khalid Ibrahim

Banjir yang melanda IOI puchong pada petang ini adalah sudah dijangkakan. Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu.

Semua orang tahu, punca banjir-banjir kilat adalah kerana saliran longkang, parit dan sungai tidak diselengara dengan baik oleh pentadbiran DAP, PKR dan PAS.

Walaupun kerajaan pusat memberikan bantuan sebanyak lebih dari RM350 juta setahun dari peruntukan MARRIS kepada kerajaan Selangor setiap tahun, namun kerana kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadi nya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan. Peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek MES yang menguntungkan kroni politik Pkr, Dap dan Pas sahaja.

Air hak rakyat seperti yang dilaungkan setiap hari oleh MB, adalah air banjir juga milik rakyat ? Mohon MB memberikan jawapan yang pasti.


Yang benar

Hamidzun Khairuddin
Presiden
GAPS

18 Feb 2013
Shah Alam

Friday, February 15, 2013

"Hadi Awang, Nik Aziz, Tak Guna!!!" - Anwar Ibrahim ????



Anwar Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak langsung ada rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin PAS. "Hadi Awang tidak tahu apa-apa!, Nik Aziz hanya ikut apa yang dilakukan PAS," adalah antara perkara yang dikatakan oleh Anwar dalam ucapan beliau kepada 1,500 penyokong PKR ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Putera Ballroom Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Februari lalu.

Isu yang disentuh diperkatakan oleh Anwar adalah tentang isu Kalimah Allah. Video tersebut kini sudah mula tersebar di blog-blog, Facebook dan juga YouTube.

PKR kini berada dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dari rakyat Sabah. Sehingga kini, PKR tidak yakin bahawa mereka akan menang lebih daripada 3 kerusi di Sabah, walaupun mereka percaya bahawa mereka akan meraih 13 daripada 25 kerusi Parlimen. Dengan hanya RM35 juta yang boleh dibelanjakan untuk meraih undi di 7 kerusi seperti Penampang, Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu, Putatan, Libaran dan kemungkinan besar di Tawau, Anwar perlu bekerja keras untuk PKR.

Memandangkan majoriti penduduk Sabah adalah penganut agama Kristian, isu kalimah Allah dikatakan sebagai isu yang boleh membantu Anwar untuk menunjukkan bahawa beliau bersifat terbuka terhadap agama Kristian. Namun, ini boleh mendatangkan masalah kepada Anwar apabila PAS sering mengkritik perbuatan beliau.

Jadi, Anwar sedar bahawa beliau perlu menolak PAS ke belakang, memastikan bahawa penduduk Sabah percaya bahawa PAS tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Pakatan Rakyat. Anwar perlu meyakinkan penduduk Sabah bahawa Nik Aziz dan Hadi Awang hanyalah simbol semata-mata dan mereka tidak tahu apa-apa tentang kalimah Allah.

Kami setuju dengan Anwar bahawa Hadi dan Nik Aziz tidak tahu akan Islam dan hampir segalanya. Bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau adalah lebih 'Islam' berbanding kedua-dua pemimpin PAS tersebut adalah 'lawak'.

Jika Nik Aziz dan Hadi Awang benar-benar tahu tentang Islam, mereka tidak akan bermain politik - memecah-belah umat Islam dan membantu musuh-musuh Islam. dan jika Anwar adalah lebih baik berbanding mereka, Anwar tidak akan mengadakan hubungan sulit sesuka hati beliau. Dan yang penting, Anwar tidak akan mengakui bahawa Wolfowitz, salah seorang individu yang memecah-belahkan umat Islam, sebagai sahabat baik beliau.

Persoalannya di sini, apakah agaknya reaksi Hadi Awang dan Nik Aziz terhadap perkara ini? Mungkin mereka akan menidakkan video ini dan berkata bahawa video ini telah di-edit.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan di mana penyokong-penyokong akan mempertahankan Anwar dan menuduh UMNO.

Dari situ, Anwar percaya bahawa beliau boleh berkata apa sahaja terhadap pemimpin-pemimpin PAS, kerana beliau percaya bahawa,"Pemimpin-pemimpin PAS tidak guna, dan jika anda berada dalam Pakatan Rakyat, anda boleh katakan apa sahaja tentang mereka, termasuklah yang yang berkaitan dengan Islam, mereka tidak kisah. Pemimpin-pemimpin PAS tidak kisah jika mereka dilayan seperti sampah, mereka tidak akan melawan, kerana mereka tidak tahu apa-apa dan tidak ada nilai!"

Jika Anwar salah, mengapa kita masih tidak menerima sebarang respon dari Tok Guru dan Tuan Guru?

Bekas S/U Dewan Ulama PAS Setuju HARAM UNDI PAS !!!




KOTA BHARU : "Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram."

Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.

Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.

"Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.

"Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengistiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya umum akan datang adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menetang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Mengulas lanjut pendirian NGO terbabit, Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan Pas di negeri ini berkata, tanggapan Pas bersubahat dalam isu yang mnyentuh sensiviti umat Islam tidak akan hilang selagi terus bersekutu dengan DAP.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli.

"Kita kena ingat, syurga dan neraka bukan hak kita. Tidak ada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran," katanya

Ancaman Terhadap PSY Adalah Untuk Memalukan Negara!!!




Kesediaan superstar dari Korea, Psy yang popular dengan lagu tarian kuda Oppa Gangnam Style untuk turut sama memeriahkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang tempohari rupanya meninggalkan sedikit tompok hitam dalam sejarah hidup penyanyi itu.

Mana tidaknya apabila keselamatannya diancam gara-gara kegilaan segelintir pihak yang tidak dapat menerima hakikat penyanyi popular Korea itu tetap bertegas untuk memenuhi undangan mengadakan persembahan di majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh BN.

Beberapa hari sebelum Psy mengadakan persembahan di hadapan lebih 80,000 orang hadirin di majlis itu, keterujaan penyanyi itu untuk buat julung kalinya menemui peminatnya di Malaysia sedikit terencat apabila kehadirannya tidak hanya dipertikaikan oleh PR malah dijadikan isu politik untuk memburukkan Kerajaan Malaysia.

Para pemimpin PR berusaha sedaya upaya mensabotajnya dengan melancarkan propaganda kononnya penganjuran majlis tersebut adalah satu pembaziran wang rakyat dan wang pembayar cukai walau hakikatnya tidak pun begitu.

Bila kebenaran diketahui umum kos penganjuran dan perbelanjaan membawa Psy ke Malaysia ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta, PR melalui dukungan penyokong mereka menukar taktik dengan menghujani pula akaun sosial Facebook Psy dengan komen-komen yang mendesak artis itu membatalkan persembahannya di Malaysia.

Tidak cukup dengan gesaan-gesaan itu, sesetengah penyokong PR menghamburkan kata-kata kurang manis terhadap penyanyi itu sementara yang lain pula sengaja memburukkan negara tercinta ini dengan pelbagai tuduhan berbau politik.

Tampak jelas ketidakmatangan fikiran dan sikap penyokong PR dalam isu ini, agak memalukan dan tak sedikit tercalar imej negara ini di mata dunia. Malang betul tanah tumpah darah tercinta ini mempunyai segelintir rakyat yang buruk budi pekerti seperti itu.

Tidak berpuas hati dengan kegagalan demi kegagalan mensabotaj majlis itulah barangkali membawa kepada tindakan gila penyokong PR membuat ugutan yang mengancam keselamatan Psy. Ugutan itu mungkin serius atau sekadar acahan biasa, tapi bagi pihak polis semua itu bukannya satu perkiraan kerana itu langkah berjaga-jaga tetap diambil.

Psy mungkin sedikit kecewa kepulangannya ke negara sendiri pada keesokan diniharinya terpaksa diatur secara sulit tatkala orang ramai sedang nyenyak tidur, ia tentunya pahit tapi demi keselamatannya beliau, itu boleh dikira satu langkah bijak bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Pun begitu, apa yang terjadi pada Psy bukanlah satu perkara pelik bila diimbas kembali beberapa peristiwa lama yang ada hubung kait dengan PR.

Di awal tahun 2009 dulu sewaktu negeri Perak sedang kalut ribut dengan krisis politik, seramai tujuh orang wakil rakyat dari sebuah parti dalam PR pernah menerima ugutan bunuh dari samseng upahan selepas timbulnya ura-ura kesemua mereka itu mahu keluar dari parti dan menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.

Sebahagian daripada mereka turut menerima surat ugutan berisi peluru hidup sebagai gambaran talian hayat wakil-wakil rakyat itu bila-bila masa sahaja boleh melayang begitu sahaja jika meneruskan hasrat untuk menjadi ADUN Bebas.

Berikutan ancaman itu, hanya seorang sahaja dari kumpulan tersebut yang berani mengambil risiko keluar dari parti untuk turut serta bersama dua orang lagi ADUN parti lain dari PR, yang kemudian diikuti dengan kejatuhan secara rasmi pemerintahan PR di Perak.

Selang beberapa ketika kemudian, selepas keadaan sedikit reda barulah salah seorang lagi dari kumpulan wakil rakyat itu mengikut jejak langkah sama menjadi ADUN Bebas mesra BN. Sementara bakinya terpaksa terus kekal bersama PR walaupun kepercayaan mereka semakin luntur terhadap gabungan parti yang tidak berdaftar itu.

Secebis kisah mengenai krisis politik di Perak itu sudah cukup membuktikan ketidakmatangan politik agak dekat dengan PR dan bukan sesuatu yang mengejutkan bila mana kini tiba pula giliran Psy diancam keselamatan nyawanya.

Tindakan kurang waras penyokong PR itu diakui sedikit sebanyak memalukan negara kita sebagai tuan rumah dan tentunya menjejaskan nama baik negara ini pada mata dunia. Suka atau tidak realiti ini terpaksa kita hadapi selagi pembawaan politik sempit terus menjadi pegangan PR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...