Bersama Berjuang

Thursday, July 5, 2012

DEBAT PERDANA: Hasan Ali VS Abd Rani Osman! Wooowww!!!


Jom turun...

Siri 3: Reformasi Indonesia '98 - Ikhtibar & Teladan (Amaran: Jgn Baca Sekiranya Anda Punya Sakit Jantung)



Reformasi Merintis Pergaduhan Antara Kaum dan Agama.

Pasca reformasi Indonesia Mei 1998 yang saat awalnya dilaungkan bakal membawa Indonesia ke dunia baru yang lebih selesa dan maju ke depan tidaklah seindah yang disangka.

Selepas kejayaan demonstrasi jalanan berjaya menekan dan menjatuhkan Suharto, hubungan erat pelbagai kaum etnik dan agama yang selama ini baik akhirnya terurai kerana prasangka buruk kian melebar.

Fitnah dan adu domba dalam masyarakat menjadi-jadi. Dengan hanya satu dua kes kecil melibatkan kaum dan agama yang berbeza bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi besar.

Pada 21 November 1998 misalnya, berikutan pergaduhan kecil antara seorang anak tokoh masyarakat Desa Ketampang, Jakarta dengan beberapa orang pekerja premis judi adalah antara peristiwa awal yang dikaitkan dengan keganasan antara orang Islam dengan Kristian dari Ambon, Maluku.

Rentetan dari situ, sekumpulan 400 orang kaki pukul upahan dari suku kaum Ambon telah dihantar oleh pemilik premis berbangsa Cina pada subuh hari ke Desa Ketapang untuk melakukan kekacauan dan merosakkan rumah penduduk di sana.

Selain menyebabkan kecederaan pada ramai penduduk Islam, beberapa masjid turut mengalami kerosakan dalam serangan mengejut tersebut.

Penduduk lain yang menyedari berlakunya serangan telah bertindak balas dan akhirnya berjaya mengusir samseng suku kaum Ambon itu.


Bagaimanapun keesokan paginya ribuan penduduk Islam dari pelbagai daerah beramai-ramai menyerbu dan merusuh di kawasan China Town Jalan Hayam Wuruk dan Jalan Gajah Mada.

Selepas melakukan rusuhan di sana, kumpulan besar penduduk Islam menghala pula ke arah Jalan Zainul Ariffin, tempat di mana ramai suku kaum Ambon bekerja dan akhirnya berjaya membunuh beberapa orang samseng Ambon.

Dalam tempoh kekecohan tersebut juga para perusuh turut melepaskan geram dengan membakar dan memusnahkan beberapa buah gereja dan sekolah misionari Kristian.

Berikutan rusuhan semakin kuat melanda, akhirnya tentera Indonesia campurtangan dan berjaya meredakan keganasan yang berlaku diikuti dengan langkah menghantar pulang sebahagian pekerja suku kaum Ambon ke Maluku.

Selepas peristiwa tersebut, hubungan antara masyarakat Islam Indonesia dengan Kristian suku kaum Ambon semakin goyah dan kecurigaan semakin bertambah.

Dalam tempoh kurang setahun kemudiannya, rusuhan antara penganut agama Islam dan Kristian di Maluku berlaku secara besar-besaran berlanjutan sehingga tahun 2002.

Laungan indah reformasi ternyata hanya gah pada teorinya sahaja, realiti dan praktikalnya ia merintis kepada detik-detik awal pemusuhan sesama rakyat berbilang kaum, etnik dan agama di Indonesia.

Tidak mustahil, perasaan tidak puashati  pihak tertentu di Malaysia yang juga timbul kerana perbezaan kaum dan agama boleh mengakibatkan senario yang sama.

Apatah lagi, jika mereka dangkal dalam memahami makna reformasi yang sebenarnya.

Khalid Ibrahim Boleh Diisytihar BACUL Kerana Faekah Hussin Lebih Berkuasa!!!



Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita.  Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya?

Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab.   Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”.  Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco.  Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.  

Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid.   Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.  

Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah.  Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti.  Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.  

Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan.  Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.  

Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri. 

Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam.   Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.  

Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya.   Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.  

Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah.   Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.  

Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah.  PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang.  Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak.  Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal.   Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.

Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi.  Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13.   Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri.  Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco?    Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri.  Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.  

Anwar Buka Kem Pengkaderan Di Selatan Thailand Pula?



Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai.  Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand. 

Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba. 

Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.  

Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia.  Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah.  Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan.  Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.  

Dari segi jangka panjang pula, kita perlu melihat dari segi bahaya corak pemikiran yang bakal disebarkan Anwar di kalangan orang-orang Islam di sana.  Sebelum keadaan menjadi parah, mereka wajar dimaklumkan bahawa apa yang disentuh oleh Anwar pasti akan hancur.  

Sejurus Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas.  Kita bernasib baik kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur dikerjakan Anwar.  Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur, perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan UMNO.  

Apabila Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang tidak membawa manfaat kepada bangsa.  Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara.  Tidak dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri.  

Kerana itu, kita merasa bimbang akan nasib dan masa depan saudara-saudara kita di Thailand apabila ‘disentuh’ oleh Anwar.   

Apa yang pasti, Anwar akan membawa bersamanya kecelaruan pemikiran kepada komuniti Islam di sana.  Pada awalnya, beliau akan mengikut rentak kumpulan yang ditemuinya.  Jika Wahabbi, maka Wahabbilah Anwar.   Jika Syiah, maka Syiahlah Anwar.  Jika Buddha, maka mesra Buddhalah Anwar. Lakonan ini akan diteruskan sehingga semua kumpulan mempercayainya, menyanjungnya dan menobatkannya sebagai pemimpin dan penyelamat mereka.  

Apabila ketaksuban mula menguasai penduduk di sana, Anwar akan secara perlahan-lahan memasukkan jarum liberalnya. Dan perlahan-lahan juga, Anwar akan membentuk satu kumpulan liberal di celah-celah kumpulan Islam di Thailand.  Dengan dana yang berterusan dari barat, kumpulan ini akan menyebarkan fahaman liberal di samping melemahkan lagi umat Islam di Selatan Thailand melalui perpecahan.  Malah wang yang dilaburkan di koperasi di sana juga kemungkinan besar merupakan dana yang disediakan oleh sahabat neo-connya di barat.  

Cukuplah Anwar merosakkan Malaysia, jangan benarkan beliau merosakkan saudara seagama kita yang telah sedia menderita di Selatan Thailand.  Kerosakan sesebuah negara, mampu merebak kepada jiran-jirannya.  Dan inilah yang barat inginkan.  

Justeru, demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana.  Mereka perlu tahu bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari.  Ini kerana Anwar membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan sesama sendiri dan diri sendiri.

"Weiii Zizan!!! Bayaq Gaji Kami, Atau Kami Amuk Seluruh Aloq Setaq!!!"



Apa yang terjadi di KUIN sehingga kakitangannya terpaksa mengangkat sepanduk berdemonstrasi di hadapan pejabat Rektor di Alor Setar semalam membuktikan bahawa Universiti itu sememangnya menghadapi masalah besar.  

Sebelum ini, kepimpinan PAS Kedah cuba menutup atau meremehkan masalah yang sedang melanda KUIN tetapi ternyata bangkai gajah tidak boleh ditutup selama-lamanya.   

Ia mungkin remeh bagi kepimpinan negeri tetapi soal gaji tidak dibayar adalah soal besar bagi rakyat marhaen kerana ia adalah soal kehidupan seharian.   Begitu juga jika gaji Menteri Besar tidak dibayar, Menteri Besar juga pasti tidur dengan mata terbuka. 

Masalah kakitangan KUIN ialah bukan sahaja gaji tidak dibayar tetapi bayaran terus melalui potongan gaji juga tertunggak sehingga berbulan-bulan walaupun potongan dibuat di dalam slip gaji.  Ini pastinya akan dikenakan faedah dan silap haribulan ada yang muflis.  Soalnya, jika ia tetap dipotong, ke manakah wang mereka pergi?

Mengikut kronologi, kakitangan KUIN telah pun berjumpa, berunding, menulis surat, menghantar memorandum kepada pihak pengurusan, pihak Lembaga Pengarah, Ahli Majlis Tertinggi KUIN serta Exco dan Menteri Besar Kedah melalui beberapa siri sejak awal Mei lalu.  

Namun, segala usaha mereka telah dipersetankan.  Malah, wakil kakitangan, iaitu Mohamad Azki Hafizi Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman telah ditukarkan terus ke Kuala Ketil, mungkin sebagai ‘hukuman’ kerana mengkritik Rektor.    

Bukankah ini kezaliman yang nyata?

Kerana tidak tahan dengan kezaliman yang berlaku, maka demonstrasi yang diadakan oleh kakitangan KUIN semalam adalah bertujuan utama untuk mendesak Rektor, iaitu Datuk Dr. Jamil meletak jawatan atau dipecat.  Selain itu, kakitangan juga memohon agar hutang mereka dilangsaikan.  

Persoalan besar di sini ialah kenapakah sejak Mei sehingga sekarang, setelah EXCO dan Menteri Besar sendiri maklum mengenai masalah ini, masih tiada penyelesaian?   

Jika EXCO dan MB juga tidak mahu ambil tahu, ke manakah lagi yang perlu para kakitangan ini mengadu?  Kepada DYMM Sultan atau YDP Agong?   Atau Perdana Menteri dan Presiden UMNO?    

Apakah lagi yang perlu mereka lakukan untuk memastikan nasib mereka dibela oleh pengurusan KUIN dan kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap Universiti ini?  Merusuh seperti peserta BERSIH?

Kita tidak faham apakah yang ditunggu oleh Menteri Besar sebelum mengambil tindakan?   Untuk menyatakan yang beliau tidak tahu apa-apa tidak mungkin sama sekali, kerana wakil beliau telah pun bertemu dengan kakitangan KUIN dan beliau sendiri telah menerima memorandum dari kakitangan KUIN sejak awal krisis ini.  Nampaknya, bukannya beliau tidak tahu apa-apa tetapi beliau sekadar tidak tahu nak buat apa.

Inilah masalahnya apabila meletakkan seseorang bukan di tempat yang hak.  Menurut Islam, jika seseorang itu diletakkan di tempat yang bukan haknya iaitu yang tidak layak baginya, maka ia adalah satu ketidakadilan.  Dan ketidakadilan pasti membawa kepada kehancuran.  

Sudah jelas kini bahawa Rektor KUIN itu adalah tidak berhak berada di tempatnya, beliau tidak mampu mengurus KUIN dan telah bertindak zalim sehingga kakitangan tidak sanggup lagi berada di bawahnya.    

Lebih dari itu, Exco dan Menteri Besar Kedah juga adalah tidak berhak berada di tempat mereka kerana mereka tidak mampu menjalankan tugas mereka dengan baik untuk membela rakyat dan menjana pendapatan negeri sehingga Universiti yang dibawah naungan negeri mengalami masalah kewangan sedemikian buruk sekali.  

Mengaku atau tidak, masalah sebegini tidak mungkin dibiarkan berlarutan jika Kedah berada di bawah Barisan Nasional.  Dan ini adalah hakikat, yang walaupun pahit untuk ditelan oleh para penyokong PAS tegar, tetapi ia adalah kebenaran.  Manusia yang tidak sanggup menerima kebenaran adalah manusia yang sakit jiwanya

Wednesday, July 4, 2012

Ramadhan: Pakatan Rakyat Perhebat Tazkirah Di Masjid Dan Surau???


GT tidak akan menafikannya.  Kerana PAS pasti akan menggunakan kesempatan ini, seperti mana yang dinukilkan DISINI

Siri 2: Reformasi Indonesia '98 - Iktibar & Teladan



Sehingga kini rakyat Indonesia khususnya masyarakat Tionghua masih mengenang dan memperingati kejadian berdarah Mei 1998 sewaktu era permulaan gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia 14 tahun lalu.

Detik cemas dan kekalutan yang berlaku semasa kejadian tersebut, agak sukar untuk dilupakan begitu sahaja apatah lagi tatkala jerit pekik meminta tolong dari gadis-gadis Cina yang dirogol kemudian dikelar kulitnya seakan masih tergiang-giang di telinga para saksi yang masih hidup.

Awalnya sebagaimana ramai rakyat Indonesia yang lain, sebahagian besar masyarakat Cina Indonesia turut meraikan gerakan reformasi Indonesia dengan harapan kebebasan dan hak kaum mereka akan lebih terbela sekiranya gerakan jalanan tersebut berjaya menumbangkan Soeharto.

Apatah lagi saat tersebut Indonesia dan beberapa negara jiran lain turut terjebak dalam kegawatan ekonomi dek kerana sang penyangak matawang yang mengakibatkan berlakunya kemelesetan ekonomi.

Dianggarkan hampir 50 juta rakyatnya mengalami kehidupan yang tidak menentu kesan dari kegawatan tersebut, ditambah lagi dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian, lantas ia menjadi salah satu punca gerakan reformasi jalanan disambut dengan harapan baru.

Ahli politik opportunis Indonesia seperti Amien Rais yang juga sahabat baik Anwar Ibrahim adalah antara watak penting yang mengambil kesempatan disebalik keperitan hidup rakyat saat itu.

Dengan memanipulasi kemarahan yang membuak dalam hati nurani khalayak, Amien Rais yang turut didukung oleh sebahagian mahasiswa pro reformasi berjaya menyemarakkan lagi gerakan jalanan tersebut saban hari sehinggalah akhirnya mencetuskan suasana yang tidak terkawal.

Sebagaimana rakaman sejarah, gerakan reformasi jalanan nyata hanya gah secara teori yang tampak mudah saat dilaungkan di jalanan. Realiti yang berlaku lebih buruk dari jangkaan ramai. 

Reformasi yang dicanang bukan sahaja gagal mencapai agenda utamanya untuk menguburkan KKN (korupsi, kronisme dan nepostisme), sebaliknya mengundang gejala KKN yang lebih teruk dalam pemerintahan pemimpin-pemimpin selepasnya.

Keganasan jalanan, kebakaran harta benda dan premis berleluasa manakala pemusuhan dan pembunuhan hasil kecurigaan antara pelbagai etnik dan agama menjadi-jadi.

Ribuan nyawa melayang sia-sia samada menjadi mangsa kebakaran ataupun dibunuh kejam dek kerana kekalutan di peringkat pemerintahan sehingga dalam apa jua pertelingkahan antara rakyat hanya undang-undang rimba dititik beratkan.

Tidak cukup dengan Tragedi Mei 98 yang mengorbankan lebih seribu nyawa etnik Tionghoa Indonesia, datang pula Tragedi Semanggi, Polo dan Ambon yang menyaksikan hubungan antara etnik dan agama kian runtuh.

Akhirnya apa yang berjaya dicapai hasil laungan reformasi jalanan itu yang kelihatan hanya api yang marak membakar bangunan, pembunuhan melata di banyak wilayah dan pengangguran kian meningkat.

Kesimpulannya, manfaat yang di kejar jauh dari kesampaian sebaliknya mudarat yang datang bertimpa-timpa sejak 1998 hingga sekarang. Melihat pada liku-liku sejarah ini, tepatlah keputusan rakyat Malaysia menolak acuan reformasi yang diciplak oleh Anwar Ibrahim dari Indonesia.

Terbukti, laungan reformasi hanya gah di bibir dengan membawa bersama harapan palsu namun realiti yang terjadi lebih banyak kebinasaan yang terpaksa dilalui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...