Bersama Berjuang

Monday, October 24, 2011

Deklarasi Tuntutan 10 Akan Dikaji Oleh Kerajaan

Gambar Ihsan - GAP

Jitra, 23 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan memandang serius deklarasi tuntutan 10 perkara oleh Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam, semalam.

Katanya kerajaan persekutuan akan mengambil tanggungjawab dan memberi keutamaan untuk tindakan selanjutnya berhubung tuntutan itu yang antara lain mendesak penggubalan undang-undang khusus bagi membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan hal tersebut kepada pemberita selepas merasmikan seminar Kewangan Islam untuk pentadbir-pentadbir masjid peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata, “Mana-mana perkara yang berkaitan kuasa kerajaan negeri, kita akan minta negeri ambil tindakan manakala bagi pihak persekutuan kita akan bertindak selepas mengkaji segala sudut termasuk perundangan.

“Kita juga lihat mana yang lebih tepat untuk dilaksanakan sekiranya negeri-negeri tidak mampu berdiri atas enakmen atau akta yang memerlukan pindaan,” tambahnya.

Mengenai seminar itu, beliau berkata, perkembangan pesat sistem kewangan dan perbankan Islam yang diterimapakai di peringkat global wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam Malaysia.
Katanya, sistem tersebut telah terbukti tidak terjejas semasa krisis ekonomi dunia serta tidak menganiaya pelanggan bank.

“Sistem dan mekanisme kewangan dan perbankan Islam yang kita miliki adalah lengkap dan berkembang pesat malah bank-bank konvensional mengikuti langkah dengan memperkenalkan sistem perbankan bercirikan Islam.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata jaminan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa bekalan daging dan haiwan untuk sembelihan sempena Hari Raya Haji adalah mencukupi merupakan rahmat untuk umat Islam negara ini.

GERAKAN TIMUR:
Murtad adalah permasalahan ummah.  Malangnya, ada pihak yang mengambil sikap "mengharamkan" himpunan itu.  Lebih mendukacitakan, pihak itu seringkali mendabik dada kononnya mereka berjuang untuk Islam.  

Isu murtad ini dilihat tidak menguntungkan mereka dari segi politik.  Maka operasi "melacurkan" Islam pada tahap tertinggi diteruskan oleh mereka...  

Sialan...

MESTI TAHU: 10 Deklarasi Himpunan Sejuta Ummat


Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berjaya menarik penyertaan lebih 10,000 umat Islam di Stadium Shah Alam petang semalam sepakat mengemukakan 10 deklarasi berikut :

1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

2) Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

3) Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

4) Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

5) Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tiada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami menggesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar.

6) Meminta kerajaan supaya mengadakan program penerangan menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha menggugat kesucian Islam.

8) Menyeru semua institusi dalam masyarakat teruatamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas mendidik anak-anak dan waris terdekat daripada terjebak dalam aktiviti pemesongan akidah.

9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada media cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10) Menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

DEBAT RAKYAT Malam Ini !!! YB Zul Bakal Panggang Pesuruhjaya PAS Hidup-Hidup!!!

Klik Banner Utk Imej Yg Lebih Jelas

Riak sedang dikocak, dari riak menjadi gelombang.  

Jadikan diri anda sebahagian dari gelombang pejuang menentang sekutu harbi laknatullah!!!

Selangor bangkit!!!

Friday, October 21, 2011

Mufaraqah Hasan Bin Ali Dari Parti Ambiga Srevenasan: P.A.S. !!!


Himpunan Sejuta Umat yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam pada hari esok, jam 2 petang bakal menambah lagi warna-warni perjuangan sebuah bangsa yang menjunjung tinggi Islam, sebagai cara hidup.  Dan pabila Islam menjadi perjuangannya, ia berkisar kepada penganut agama itu sendiri, tanpa membezakan antara satu dengan lain.

Sebagai mentor program ini, Hasan Ali menjadi topik perbualan hangat kerana pendiriannya yang cukup konsisten mengakibatkan dirinya terus menjadi musuh no. 1 dalam kepimpinan PAS yang dikuasai oleh golongan Attartuk secara total.  Tidak sukar untuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani telah menyakinkan Hadi Awang untuk mengeluarkan “fatwa” haram bagi ahli PAS untuk hadir ke penyatuan ummah bagi menentang agenda pemurtadan oleh harbi laknatullah.

Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa Dr. Rani tidak mendapat didikan usrah PAS yang sebenarnya.  Beliau hanya bersandarkan tempias pendidikan agama di luar negara, sewaktu bergelar pelajar perubatan ketika itu.  Tidak hairanlah seandainya Dr. Rani meminta semua ahli PAS melupakan perpaduan ummah, kenyataan pertamanya setelah dilantik sebagai orang no.1 oleh Khalid Samad.  Malah, mereka berdua secara terangan-terangan telah “melacurkan” kalimah Allah!

Baca seterusnya DISINI

Himpunan Sejuta Umat - Iblis Menangis...


PAS biarkan kalimah Allah dipermainkan...
PAS anti Perpaduan...
PAS kurang ajar dengan Tuanku Sultan Selangor...
PAS tiada lagi negara Islam
PAS menjadikan hudud modal politik PRU...

Yang terbaru, PAS "fatwakan" penyatuan ummah menentang agenda pemurtadan oleh harbi laknatullah sebagai HARAM!!!  

Islamik sungguh PAS nih... penyokong diorang kena bodo bodo je rupanya oleh ostat-ostat diorang.  Time tazkirah, sembang mendaulatkan Islam.. 

walhal...?

Thursday, October 20, 2011

PANASSS... Bukti Pendedahan Kenaikan Elaun ADUN Selangor, Habis Duit Negeri Kena Baham!!!

Klik Imej



Kita masih belum lupa,  bagaimana Fuckatan Harami berlagak seolah-olah menjadi jaguh rakyat apabila PM menyarankan agar elaun bagi ahli parlimen dikaji semula pada pembentangan bajet 2012.  

Tipikal pembangkang, mereka membangkang sekeras-kerasnya, dengan alasan ia tidak wajar di saat rakyat lebih memerlukan.  

Namun, pendedahan ini membuktikan sikap pembangkang yang hanya membangkang andai mereka punya kepentingan semata-mata, dan bukannya untuk RAKYAT.  Tiada keikhlasan dalam perjuangan mereka, sekadar political mileage!  Tiada konsistensi dalam memperjuangkan isu yang sama, persis laksana Punaisihat Ekonominya yang tak tahu, mahukan wanita atau lelaki.

Dan yang lebih penting dalam isu ini ialah, Fuckatan tidak memikirkan rakyat, hanya poket mereka semata-mata.  Rakyat Selangor terus terbeban dengan kebebalan pentadbiran bertaraf pariah serta keperitan ekonomi semasa, ditambah pula dengan susut nilai tunai dan penjualan aset-aset negeri, apakah wajar wakil-wakil rakyat pula mendapat kenaikan elaun?

Ini yang dinamakan al haram mu, wal halalku.  Ia sebenar tidak lebih dari sekadar menghabiskan harta rampasan perang.

Wang rakyat menjadi santapan kerakusan Fuckatan Harami, yang semestinya tahu bahawa kenaikan ini dinikmati oleh kebanyakkan wakil rakyat mereka, berbanding BN.  

Dan cabaran DS Noh Omar agar MB Selangor bersikap telus dengan menyenaraikan nama-nama ADUN yang menerima kenaikan elaun ini masih belum dijawab oleh Khalid Jamban!!!

FATHER GONJOL KHALID SAMAD !!!


Kenyataan Media GAPS

Rakyat Shah Alam tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Ahli Parlimen mereka yang ligat memutarkan pelbagai isu yang cuba meruntuhkan institusi Islam di negara ini.

Ia bermula dengan isu kalimah Allah dimana Khalid Samad menyokong agar kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain. Kemudian ke isu perlantikan SUK dimana Khalid mengkritik hebat perlantikan bekas Pengarah JAIS, Dato' Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor.

Kemudian Khalid telah mengkritik hebat JAIS. Isunya kerana JAIS tidak mahu memperbaharui tauliah berceramah agama dimasjid dan surau.

Dalam isu paling hebat pemeriksaan Gereja DUMC pula Khalid telah mencemuh hebat JAIS yang melaksanakan tugas berdasarkan undang-undang Enakmen pentadbiran Islam Selangor. JAIS cuma buat pemeriksaan keatas pusat gereja itu kerana terdapat aduan gereja itu cuba mengalihkan aqidah umat Islam disitu.

Dalam kemelut Aziz Bari yang berlaku kurang ajar kepada Sultan Selangor pula, Khalid sengaja mengheret dirinya dalam isu ini dengan menghentam sultan dan cuba untuk mengaibkan Sultan Selangor.

Tingkah laku Khalid yang bersengkokol dengan Aziz Bari dengan mempertikaikan Institusi Sultan yang menjadi Ketua Agama Islam di Selangor merupakan satu perbuatan yang sangat biadap.

GAPS nak cadangkan agar Khalid menegur dulu ketua umum pkr yang mempunyai rekod dan bukti Liwat dan seks bebas, Timbalan Presiden Pas yang mempunyai rekod khalwat dan anak seorang pembesar Dap yang dikatakan meraba tetek seorang gadis.

Jika Khalid gagal berbuat demikian ini maknanya Pas Selangor sedang berada didalam alam kesesatan yang nyata dengan sedia berkerjasama dengan semua aliran liberal, sosialis dan komunis tetapi parti itu menentang habis-habisan Institusi Umat Islam khususnya di Selangor seperti Masjid, Surau, JAIS, SUK dan Raja Melayu.

GAPS amat bimbang jika pemikiran ultra liberal, radikal dan pluralisme agama seperti ini tidak dibendung, Selangor akan berhadapan dengan kancah kekusutan politik dan kacau bilau masyarakat kerana sikap pemimpin yang tidak mempunyai pedoman agama tetapi berlandaskan sistem nilai yang diimport dari luar yang akan mengkucar-kacirkan keamanan dan keharmonian yang di nikmati rakyat selama ini.

Kalau sudah derhaka kepada Sultan, Khalid Samad tidak layak memegang sebarang jawatan dalam perkhimatan awam termasuk Ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia. GAPS mencabar kalau Khalid Samad anak jantan, dia wajib letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Shah Alam.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

18 Okt 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...