Bersama Berjuang
Saturday, February 26, 2011
PRK KERDAU: FOTO2 DI SEKITAR PENAMAAN CALON PRK KERDAU!!!
LAPORAN PENUH SSDE DI SEK 18 SHAH ALAM MLM SEMALAM!!!
| Anjang Aki - Perjuangan! |
| "kitorang layan skrin putih pun ok bang!" |
| Antara hadirin yang tidak dapat masuk ke dalam kawasan tadika yang sesak |
Dalam siri Roadshow SSDE kali ini, GT cuma mahu menulis tentang 2 orang penceramah undangan iaitu Sdr Ng Lum Yong dan Sdr Ghani Haroon.
Ini adalah kali pertama mereka beraksi di atas pentas SSDE.
Sdr Ng Lum Yong adalah pengasas Parti Keadilan Nasional telah keluar dari parti dan menyertai MCA pada PRK Tenang yang lalu. Beliau mendedahkan sebab utama beliau meninggalkan PRK adalah kerana PKR adalah milik mutlak Anwar Ibrahim. Segala perjalanan, pentadbiran, pemilihan parti adalah atas percaturan Anwar, dan bukannya ahli.
Beliau juga mendedahkan dongeng 16 Sept dimana Anwar memberitahunya bahawa ada 30 MP yang bersetuju menyeberang dan bilangan itu semakin meningkat. Tetapi itulah Anwar, pembohong!!! Seperkara yang beliau juga sentuh berikutan isu altantuya yg dimainkan oleh Anwar sejak 2004 lagi bagi merosakkan imej PM. Namun, setelah hampir 7 tahun berlalu, Anwar masih tidak dapat mengemukakan bukti seperti apa yang diperkatakannya. Gaya Sdr Ng yang bersahaja, dgn sedikit jenaka politik ternayata dapat menarik perhatian rakyat yang hadir.
Ghani Haroon pula tampil dengan semangat, dengan intonasi suara yang membuatkan hadirin terpaku walaupun jelas beliau kehilangan suara di akhir sessi berikutan masalah kesihatan yang dialaminya. Sesi beliau yang melibatkan komunikasi dua hala dengan hadirin membuatkan ceramahnya menarik.
Beliau telah mendedahkan kenyataan bersumpah oleh Rashid, bekas pembantu Anwar sewaktu di dalam penjara. Kenyataan dari Rashid ini sebenarnya menyumbang kepada tuduhan liwat anwar. Sdr Ghani juga mendedahkan baiah talak tiga yang dicipta oleh PAS. Beliau membacakan lafaz baiah ini dan mencabar PAS agar menyaman beliau sekiranya apa yang beliau katakan itu adalah fitnah!!!
Roadshow sedikit terganggu dengan hujan gerimis pada sekitar jam 9 malam. Walau bagaimanapun, sambutan dari rakyat cukup diluar dugaan, dimana kawasan dalam pagar sesak. Sekretariat menyediakan skrin layar putih bagi memberi peluang kepada kehadiran yang ramai untuk sama mengetahui kebenaran hakiki.
Ummi Hafilda??? Superb!!! Korang kena datang dan dengar sendiri!!!
HARAP BERSABAR.. SIARAN YANG BERSAMBUNG JAM 5 INI, INSYAALLAH!!!
Maaf. GT masih tidak punya masa untuk update berikutan kesibukan hari pertama di Kerdau. Insyaallah, petang ini jam 5 GT akan mula bersiaran secara langsung...
Harap bersabar...
GT DI KERDAU!!! JOM LANYAK PAS!!!
GT sampai di Kerdau 6 pagi tadi bersama Medan Info Kita. Panggilan saat akhir. Mana boleh lepaskan peluang berentap dengan blogger PAS pantai timur.
Waktu ini, GT sedang berlegar2 di pusat penamaan calon. Nantikan gambar2 menarik dari kamera cap ayam GT.
Teruskan bersama GT untuk perkembangan terkini PRK Kerdau!!!
YBGK: TERIMA KASIH PM!!!
PUTRAJAYA 25 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
YBGK ditubuhkan untuk menyediakan bantuan guaman dan khidmat nasihat dalam perkara jenayah kepada semua warganegara Malaysia yang berpendapatan tidak lebih daripada RM25,000 setahun. – Utusan
GERAKAN TIMUR:
Satu lagi bukti rakyat didahulukan. Bantuan ini sebenarnya amatlah bermakna setelah Majlis Peguam menjangkakan bahawa yuran guaman akan meningkat 400%. yang GT lihat sebagai cuba mengambil kesempatan dari kejayaan sistem kehakiman negara yang cuba memendekkan tempoh perbicaraan.
Dan sudah tentu, bantuan ini untuk RAKYAT, dan bukannya untuk Si Penderhaka yang akan dibiayai dengan wang RAKYAT!!!
TERIMA KASIH PM!!!
Friday, February 25, 2011
PRK MERLIMAU: PAS BOHONG LAGI???
Sinar Harian telah melaporkan bahawa calon PAS PRK Merlimau berpengalaman luas di dalam pertubuhan seperti Belia 4B. Belia 4B adalah persatuan belia yang menyokong aspirasi kerajaan Malaysia.
Apa yang sebenarnya dilaporkan oleh Sinar Harian? Adakah benar bahawa calon PAS Merlimau adalah ahli Belia 4B? Atau ini satu pembohongan oleh PAS?
Setiausaha Kehormat GB4B Kawasan Jasin telah membuat kenyataan menafikan laporan dari Sinar Harian ini dan memohon agar Sinar Harian menarik laporan itu.
KLIK SINI,
DATUK SYED ALI ALHABSHEE BANTAI ZAFRUL!!!
Syed Ali cabar Tengku Zafrul meletakkan jawatan
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dicabar supaya meletakkan jawatan jika sudah tidak lagi selesa bekerja di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan Tengku Zafrul dilihat seolah-olah memperlekehkan keputusan dan bidang kuasa Perdana Menteri yang melantik Tan Sri Mohd. Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.
Sedangkan, kata beliau, Tengku Zafrul sendiri bekerja di bawah syarikat milik kerajaan (GLC) dan tidak wajar baginya untuk melemparkan kritikan keterlaluan terhadap sebuah GLC yang lain tidak kira atas dasar apa sekali pun termasuk peribadi.
"Malah bukan setakat keputusan Najib yang diperlekehkan Tengku Zafrul, beliau juga mempersendakan kelayakan dan pengalaman Mohd. Isa.
"Jika beliau mahu dilihat sebagai jaguh dan ingin bermain politik, maka saya cabar beliau melepaskan segera jawatan tersebut, tidak perlu berdolak-dalik dan bersembunyi di sebalik sehelai daun.
"Kalau Tengku Zafrul tidak faham politik, lebih baik diam dan tidak mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah beliau tidak sehaluan dengan pentadbiran Najib," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, yang turut dimuatkan dalam blognya.
Dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda apabila mengatakan ia memberi isyarat kepada pasaran saham sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.
Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof juga dilaporkan turut mengkritik pelantikan tersebut.
Syed Ali turut kecewa dengan jawapan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar tentang isu itu apabila menganggap kenyataan Tengku Zafrul sebagai satu pandangan peribadi.
Beliau menegaskan, Abdul Wahid tidak perlu memberikan pelbagai alasan hanya untuk menjaga kepentingan Tengku Zafrul.
"Saya nak tanya Wahid, apakah penganjur forum tersebut menjemput Tengku Zafrul atas nama peribadi atau atas kapasiti selaku CEO Maybank Investment Bank Bhd.?
"Itu soalan mudah yang perlu dijawab oleh Wahid, tak payah nak memberikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal," katanya.
Sehubungan itu, Syed Ali mahu Pengarah Urusan Khazanah Nasional (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar mengambil perhatian serius terhadap perkara tersebut.
"Kalau Wahid takut bertindak, saya desak Azman mengambil tindakan sewajarnya terhadap Tengku Zafrul supaya dijadikan teladan kepada peneraju GLC supaya tidak mengeluarkan kenyataan ikut sedap mulut hanya kerana berasakan diri mereka terlalu pandai," katanya.
GERAKAN TIMUR:
Forum ekonomi, tentulah dipanggil berdasarkan kapasitinya dalam bidang ekonomi. Tahniah kepada Datuk Syed Ali Alhabshee kerana membantai golongan yang tak tahu mengenang budi nih!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





