Bersama Berjuang

Tuesday, September 10, 2013

LINTAS LANGSUNG dari Kompleks Mahkamah Putrajaya.. Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!


Ini soal akidah, dan mengikut fatwa Harun Din, barangsiapa bersekutu dengan apa yang dimahukan oleh umat Kristian ini, maka jatuh hukum sebagai kufur. 

GT tidak mahu mengulas tentang pendirian Harun Din yang masih bersama PAS, parti yang dibarisi oleh kebanyakkan pemimpin yang bersetuju untuk menggadaikan kalimah Allah. 

Insyaallah, situasi terkini akan dibawa terus menerus kepada anda. 

Niat, usaha, doa dan tawakkal.  Itu pegangan kita. 

Terima kasih yang sama-sama hadir di kompleks ini. Dan sokongan seluruh umat Islam amatlah diperlukan, waima doa sudah cukup agar akidah dapat dipelihara. 

Dan GT tidak pernah jemu untuk bersama mereka-mereka ini seawal pagi...



Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!

CHIN PENG: Dahan Dan Pucuk Sedang Berputik, Mengapa "Tunjangnya" Perlu Di Pacak Megah ?


Apabila wujud cadangan untuk membawa pulang Ching Peng, GT senada dengan mana-mana rakyat Malaysia yang cintakan negara ini; tidak mahu perkara ini berlaku. 

PERKASA melalui Naib Presidennya, Zul Nordin menyifatkan bahawa ia akan melukakan hati rakyat. Dan GT sama-sama bersetuju dengan kenyataan ini. 

Sebuah kepastian, bahawa kesengsaraan yang pernah ditusuk ke hati rakyat Malaysia oleh komunis, tidak perlu dibincangkan lagi. Cukup mengambil satu kejadian, bagaimana orang Melayu di berhampiran kawasan Sg Manik, Perak, dibunuh dan digantung di sepanjang sebuah sungai, dengan darah merah mengalir menukar warna air sungai tersebut. 

DAP dan komunis, berpisah tiada. Hubungan yang erat, dengan darah yang mengalir di setiap batang tubuh mereka tidak pernah berubah. Bahkan, darah itu mengalir pula kepada anak-anak muda mereka. Sentimen perkauman "Chauvinist" adalah lumrah masakini, dan diterjemahkan di kertas undi pada PRU baru-baru ini. Komunis moden, tidak lagi perlu berperang di hutan, tetapi dengan memakai seragam parti politik, namun tidak pernah berubah kehendak dan kemahuannya. 

Mekar dan suburnya putik-putik komunis tidak terbendung lagi. Dahan dan pucuk sedang berputik, waima segar membesar, namun syukur, bilamana mereka tidak diizinkan oleh Allah untuk menang pada "pertempuran hebat" yang lalu. Namun, jangan gembira dengan kemenangan ini, kerana Allah juga telah memberi peringatan, dan pengajaran kepada kita. Jelas, nyata dan terang. Dan Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. 

Tatkala dahan dan pucuknya berputik hebat, rupanya kekuatannya belum bisa memaku di bumi. Dan tentunya mereka faham, bahawa "tunjangnya" tiada. 

Dan membenarkan "tunjangnya" kembali di bumi bertuah ini, pasti akan lebih ampuh. Oleh itu, fahamilah maksud yang tersirat. 

Hakikatnya, bertimbang rasa, tolak ansur, dan menjaga sensitiviti kaum hanya menjadi amalan orang Melayu; kaum yang cukup terseksa sewaktu Komunis mengganas suatu ketika dahulu. 

Seandainya, berdiri megah "akar tunjang" nya, maka bukan sahaja berjuta hati yang terluka, dikhuatiri hati-hati itu nanti laksana "kabus di tengahhari" di bumi bertuah ini. 

Monday, September 9, 2013

Siapa "Transformers" Pada Perhimpunan Agong UMNO 2013 ???


Transformasi politik, itulah ungkapan yang dinihari terpaut di bibir-bibir rakyat Malaysia, menandakan kadar kecelikan politik yang tinggi di kalangan rakyat. Tsunami 2008, dan Tsunami Cina PRU13 adalah punca kadar celik politik meningkat dengan mendadak. Sehubungan dengan itu, suara akar umbi semakin berpengaruh, untuk terus mengekal status kelangsungan politik satu-satu parti politik.

Untuk itu, UMNO telah bertindak merubah perlembagaannya, dari segi menentukan kepimpinan parti. Sentuhan “empowerment” dan “authority” diberikan kepada kepimpinan akar umbi, untuk membuat keputusan penting – memilih nakhoda pelayaran bagi sebuah perjuangan.

Baca selanjutnya DISINI

TERKINI: Serangan Pengganas Kiram Ibrahim Di Filipina - Malaysia Aktifkan Amaran Keselamatan Di Sabah!!!


KOTA KINABALU: Malaysia mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan negari itu dengan selatan Filipina berikutan serangan pemberontak Moro di Zamboanga City.

Amaran keselamatan di Sabah dikeluarkan untuk meneliti sebarang kemungkinan insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut menular ke negeri ini.

Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerang Zamboanga City yang terletak kira-kira 460km dari Sandakan.

Menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam perkara tersebut.

Dilaporkan sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad memberitahu The Star Online bahawa pasukan keselamatan telah mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di samping memantau perkembangan serangan di Zamboanga.





"Kami telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom juga akan bekerjasama berikutan insiden itu," katanya.

Kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.

MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelihatan tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk wilayah selatan Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu.

TERKINI: Gagal Di Lahad Datu, Tentera Diraja Kiram Ibrahim Serang Filipina !!!


ZAMBOANGA CITY: Seorang anggota unit peronda Tentera Laut Filipina maut manakala beberapa lagi cedera selepas bertempur dengan pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang menaiki bot untuk memasuki selatan Zamboanga City awal pagi Isnin.

Timbalan Datuk Bandar, Cesar Iturralde berkata kira-kira 30 tebusan didakwa diculik kira-kira 100 anggota MNLF di Zamboanga City.

Menurut Iturralde, kumpulan itu menuntut supaya bendera mereka dikibarkan di Dewan Bandaraya wilayah tersebut.

Jurucakap Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, unit peronda itu bertempur dengan pemberontak yang berada di atas sebuah bot besar dan lapan bot kecil di luar Rio Hondo.

Pertempuran pada waktu subuh itu berlarutan hingga ke Rio Hondo ketika orang ramai sedang tidur dan menyebabkan puluhan penduduk di situ melarikan diri.

Lebih ramai tentera dan polis dikerahkan untuk menyelamatkan penduduk di Rio Hondo yang terletak dekat pusat bandar Zamboanga, pusat perdagangan yang sibuk di selatan negara itu.

Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, Ketua Supritendan Polis, Juanito Vano Jr, dia tidak dapat mengesahkan jumlah mangsa yang maut walaupun beliau telah memaklumkan empat polis cedera mengalami kecederaan.

Wednesday, September 4, 2013

HOT Pasal Minyak - RON 95 RM2.73 vs RON 97 RM2.70 .... Adilkah Kita Kepada PM?


Pengumuman kerajaan mengurangkan subsidi petrol RN 95 sebanyak RM 0.20 (20 sen) telah disambut dengan kemarahan orang ramai seolah-olah dengan kenaikan ini akan ada mereka yang tidak cukup makan, tidak boleh ke sekolah atau terpaksa hidup seperti fakir miskin.

Memang benar harga petrol naik 20 sen yang akhirnya akan meningkatkan kos sara hidup sekitar RM 8 sehari dan RM 240 sebulan. Ini pun dengan anggapan kita menggunakan petrol sehingga 40 liter sehari.

Saya membuat kajian rambang di kalangan kawan-kawan yang bising mengenai kenaikan harga petrol. Mereka terdiri daripada perokok (RM 10 satu hari), kaki teh tarik (RM 5 sehari), kaki facebook (RM 2 sehari), ada dua telefon bimbit, ada yang bawa kereta macam pelesit (penggunaan petrol yang tinggi), ada pemilik motor besar, ada kaki wayang (seminggu sekali tengok wayang), membayar setiap minggu untuk “ringtone” telefon bimbit dan bermacam lagi perkara yang tidak penting dalam hidup kita tapi kita sanggup bayar tanpa sebarang isu.

Dengan kata lain, kita sanggup berbelanja besar untuk perkara yang sebahagiannya merosakkan kita seperti rokok dan teh tarik, tetapi mahu kerajaan tanggung sebahagian kos penting dalam hidup kita. Kos petrol adalah kos untuk kita ke tempat kerja bagi mencari nafkah iaitu antara elemen terpenting dalam hidup kita, dan kita mahu kerajaan menanggungnya.

Kerajaan masih menanggung kos petrol ini cuma kurang jumlahnya. Namun kita masih menyalahkan kerajaan. Adilkah kepada kerajaan?

Pertanyaan lebih wajar, adilkah kepada anak-anak di Sabah, Sarawak dan luar bandar semenanjung Malaysia yang mengharapkan pembangunan sekolah, elektrik dan air di kawasan mereka? Namun wang ini terpaksa dibelanjakan untuk rakyat di bandar yang melebih-lebih membazir terhadap perkara yang tidak perlu.
IMG-20130904-WA0005
Saya tahu kenyataan ini akan menimbulkan kemarahan ramai orang dan pelbagai alasan lain bahawa kenaikan harga petrol akan menyebabkan kenaikan berangkai perkhidmatan lain. Sekali lagi kita mahukan kerajaan menyelesaikan masalah ita tetapi enggan membantu diri sendiri.

Kebanyakan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini disebabkan permintaan melebihi penawaran. Sekiranya kita mengurangkan sedikit perbelanjaan sudah tentu banyak pembekal terpaksa mengurangkan sedikit harga bagi meningkatkan jualan.

Fakta Lain
Kerajaan juga diserang secara tidak adil kononnya menipu rakyat mengenai harga RON 95. Menurut ahli-ahli propaganda Pakatan
RON 95 =RM 2.10 + RM 0.63 (subsidi)
= RM 2.73
RON 97 = RM 2.70 (tanpa subsidi)
Persoalannya disini ialah, kenapa harga minyak RON97 lebih rendah harganya daripada RON95?
Sedangkan kita semua tahu bahawa kualiti RON97 lebih tinggi daripada RON95 dan kenaikan harga RON95 sebanyak RM 0.20 telah membuatkan harga minyak tersebut lebih tinggi daripada RON97.
Jawapan – harga sebenar RON 97 seliter untuk pasaran ialah RM 3.28. Bagaimanapun kerajaan tidak mengambil cukai sebanyak 58 sen seliter menyebabkan harga runcit di negara ini ialah RM 2.70.

Kerajaan telah membuat penjelasan ini sejak beberapa tahun lalu tapi masih ada yang cuba memutar belitkan fakta dan mahu mengelirukan rakyat. Adilkah kepada kerajaan? Adilkah kepada Perdana Menteri?
Harga-Minyak-RON97

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah mengenakan cukai jualan bagi pembelian petrol kerana tidak mahu membebankan rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cukai jualan bagi petrol adalah 58 sen seliter dan kerajaan tidak pernah mengutipnya daripada pengguna.
Ketika menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa harga petrol premium RON97 kini lebih murah berbanding RON95, beliau berkata mereka yang membuat dakwaan itu meninggalkan aspek cukai jualan apabila membandingkan harga pasaran sebenar kedua-dua gred tersebut.
“Mereka sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan meninggalkan aspek cukai jualan terhadap RON97,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival India Global 2012 di sini, semalam.
“Harga pasaran sebenar bagi RON95 sepatutnya RM3.18 yang mana subsidi kerajaan sebanyak 70 sen dan cukai jualan 58 sen ditambah pada harga di pam iaitu RM1.90 seliter. “Bagi RON97, harga pasaran sebenar dengan cukai ialah RM3.38 (RM2.80 + 58 sen cukai jualan,” katanya.
Ini bermakna, katanya kerajaan bukan sahaja memberi subsidi bagi petrol RON95 tetapi juga tidak mengenakan cukai jualan terhadap petrol gred itu. Sehingga hari ini, harga petrol RON95 masih RM1.90 seliter, manakala RON97 pula turun 10 sen kepada RM2.80 susulan penurunan harga minyak mentah dunia.
Harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditentu mengikut harga pasaran dunia.
“Saya harap rakyat faham bahawa apabila harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun,” katanya.
Bernama
Sumber

GERAKAN TIMUR:
Sori beb.. bab ni GT tak pandai.. so, sekadar copy paste dari mereka yang lebih arif... Artikel ini GT cilok dari MyKMU... 

Yup... adilkah kita kepada PM? Sedang fakta ini telah diberikan bertahun sudah... 

Terima kasih MyKMU... 

Monday, September 2, 2013

VIDEO: Siapa Lelaki Malaya Yang Mengamuk Bikin A. Samad Said Terkedu... #MERDEKA




Sesiapa pun lelaki ini, apa pun pendirian politiknya, GT salute kepadanya kerana berjaya menunjukkan sikap tegas dan tidak berkompromi kepada sebuah pengkhianatan...

Bukan sekadar berbicara di mulut, dia bertindak atas kebertanggungjawabannya.

Kepada brader botak... lu mmg hati kering bro.. muahahahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...