Bersama Berjuang

Wednesday, July 24, 2013

PRK Kuala Besut: Senarai Fitnah-Fitnah Ini Sedang Berterbangan... Bersabarlah Wahai Abe Ku!

Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

1.    Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.

2.    Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.

3.    Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.

4.    Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.

5.    Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.

6.    Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.

7.    Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.

8.    Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004  untuk  dijadikan ladang limau

9.    Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.

10.  Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.

Bersabarlah wahai Abe Ku... Allah Bersama Kamu!

Tuesday, July 23, 2013

Isu CEC DAP: R.O.S Pun Dah Mula Terkena Sindrom Peguam Negara!!!


Kes penipuan DAP dalam pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada dasarnya adalah kes yang amat mudah. 

Ia bertitik tolak daripada keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012 yang didapati gagal menyerlahkan DAP sebagai sebuah parti berbagai kaum apabila kaum lain selain Cina telah tersingkir walaupun ada di antara mereka telah berpuluh tahun bersama DAP.   Berikutan itu, DAP dikritik teruk sebagai rasis. 

Bagi menyelamatkan keadaan, DAP telah memilih untuk menipu iaitu dengan mengaku bodoh tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.  Kononnya, komputer telah tersilap kira dan pihaknya telah tersilap salin.  Oleh itu, pemilihan perlu di adakan semula. 

Dalam pemilihan semula tiga minggu kemudiannya, sesuatu yang pelik telah berlaku apabila Zairil, seorang Cina yang memakai nama Melayu telah mendapat 305 undi dan berada di tangga ke 39 dalam pemilihan awal, tiba-tiba melonjak ke tangga 20 dalam pengiraan semula dengan 803 undi iaitu peningkatan sehingga 163% berdasarkan jumlah undi 1,823.   Beberapa nama lain turut mengalami perbezaan undi yang drastik dan tidak masuk akal yang mana menyebabkan ahli-ahli DAP sendiri mula mengeluh. 

Malah, jumlah undi itu sendiri menjadi tandatanya kerana jumlah yang sepatutnya ialah 2,567 orang.    Ke mana perginya undi-undi lain?

Permainan kotor DAP semakin jelas apabila sejurus selepas kiraan semula itu, mereka mula menonjolkan Zairil secara berlebih-lebihan dengan merujuk kepadanya sebagai ‘Melayu’.   Zairil diberi jawatan tinggi di dalam parti dan juga di dalam anak syarikat kerajaan negeri. 

Namun, rakyat dan orang Melayu tidaklah sebodoh DAP.  

Orang Melayu lebih gemar membaca sejarah politik dan cukup maklum siapa Zairil sebenarnya.  Zairil adalah anak kepada pasangan Cina yang bercerai di mana ibunya kemudiannya mengahwini Tan Sri Khir Johari.   Ini menjadikan Zairil 100% Cina dan tidak ada sebab DAP harus merujuk kepadanya sebagai Melayu.   Kita juga tidak lupa bagaimana ibu Zairil pernah mengejutkan Malaysia suatu ketika dahulu dengan menuntut harta pusaka arwah bekas isteri Tan Sri Khir. 

Dengan sikap ibunya yang sedemikian, tidak hairanlah Zairil menggunakan nama bapa tirinya bagi mendapat keistimewaan sebagai anak pejuang UMNO.  Dan kini, atas nama bapa tirinya juga Zairil menyertai DAP yang memusuhi UMNO.

Percubaan DAP untuk memperlihatkan parti itu sebagai tidak rasis, nampaknya memakan diri.  Sebaliknya, terbukti sudah bahawa DAP adalah rasis kronik sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu untuk mewakili Melayu, tetapi meletakkan seorang Cina bagi mewakili Melayu! 

DAP juga terbukti sebagai tidak telus, kalaupun tidak bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang tidak sampai pun 2,000. 

Berikutan itu, beberapa aduan telah dibuat kepada ROS oleh ahli-ahli DAP sendiri.  Dari situ juga, seramai 753 ahli yang layak memilih turut tampil mempersoalkan kenapa mereka tidak menerima notis untuk pemilihan. 

Berdasarkan fakta ini, kita tidak faham kenapa ROS mengambil masa begitu lama untuk menyiasat dan mengambil tindakan.  Ini bukan kes yang melibatkan bukti forensik tetapi semuanya berkisar mengenai angka dan angka tidak akan menipu. 

Justeru, adalah tidak wajar bagi ROS untuk mengambil masa begitu lama untuk menyelesaikannya. 

Rakyat sudah bosan dengan segala aduan dan siasatan tanpa apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa.  Takkanlah ROS juga sama saja?

PRK Kuala Besut: Sememangnya Perangai Orang Kelantan Lebih Sudu Dari Kuah!


Ada satu perkara yang cukup menarik di PRK DUN Kuala Besut yang sedikit suam-suam kuku kehangatannya tika ini di mana sepertinya wujud satu kepercayaan dikalangan segelintir politikus akal sejengkal yang menganggap Kuala Besut dan Daerah Besut adalah sebahagian dari Kelantan.

Bertitik tolak dari kepercayaan itulah gamaknya membawa kepada idea dikalangan beberapa pimpinan PAS Kelantan untuk melobi seterusnya mengangkat Naib Presidennya iaitu Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK DUN Kuala Besut.

Mungkin isu perlantikan Husam sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS di Kuala Besut boleh dianggap isu enteng tapi umum tahu akibat perlantikannya itu telah meninggalkan kesan besar menyebabkan jentera PAS Terengganu menjadi kaku dan pegun seolah-olah telah ditawan oleh PAS Kelantan.

Dari A sampai Z segala-galanya diuruskan oleh PAS Kelantan semacam PAS Terengganu pula yang jadi tetamunya dan PAS Kelantan adalah tuan rumah yang berdaulat dalam menentukan gerak kerja pilihan raya. Bukankah ini satu bentuk penghinaan kepada PAS Terengganu?

Patutlah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut sampaikan rasa terpinggir sendirian dan akhirnya merajuk jauh membawa diri konon mahu menunaikan umrah tatkala perang sedang melanda dan askar-askarnya kebingungan tanpa Panglima Perang.

Husam juga selaku pengemudi PAS dalam PRK ini seperti sengaja membuatkan pentas PRK DUN Kuala Besut sebagai bahan eksperimen untuk melonjakkan imej sendiri di masa yang sama diarahkan pula jenteranya mengedarkan poster Menteri Besar Kelantan, Mat Yakob buat cenderahati pada pengundi Kuala Besut.

Poster tersebut tidak hanya disebarkan di sekitar Bazar Ramadhan, ia juga diberikan percuma kepada jemaah yang berada di surau dan masjid malah di mana adanya ceramah PAS sempena PRK DUN Kuala Besut ini pun poster yang sama dihulurkan kepada pengunjung.

Apa kaitan poster itu dengan PRK DUN Kuala Besut dan apa signifikannya dengan penduduk di Kuala Besut, pasti masing-masing hanya mampu menggeleng kepala. Apa nilai poster MB Kelantan itu pun langsung tak tercapai dek akal mereka.

Kot iya pun PAS mungkin beralasan poster tersebut untuk dibahagi-bahagikan kepada penyokong PAS Kelantan yang dibawa masuk beramai-ramai bagi memperlihatkan aktivitinya tetap hidup, ia masih tidak kena tempat dan masanya.

Jika diedarkan poster Hadi Awang ada musababnya yang kukuh kerana Hadi adalah Presiden PAS, hatta kalau dihulurkan poster Nik Aziz pun masih boleh diterima dek akal kerana orang tua mulut berus itu masih lagi Mursyidul Am PAS Pusat.

Di kalangan pemimpin PAS tempatan bukan tidak ada yang merungut membantah pengedaran poster MB Kelantan yang tiada hubung kait langsung dengan penduduk Kuala Besut, tapi disebabkan Husam adalah Pengarahnya masing-masing cuba memendam rasa menanti masa untuk diletuskan.

Pada mereka, poster tersebut adalah satu strategik membunuh diri sebenarnya yang menyebabkan pengundi di Kuala Besut kian jauh dari jangkauan PAS. Ia melambangkan percubaan PAS Kelantan untuk menjajah daerah yang sepatutnya dikendalikan oleh PAS Terengganu.

Realiti dulu dan kini, Daerah Besut adalah sebahagian dari Terengganu, meskipun ada sebahagian penduduknya bercakap loghat Kelantan bukan bermakna ia sebahagian dari jajahan Kelantan dan MBnya juga bukanlah Mat Yakob.

Iu hakikat yang Husam dan pemimpin PAS Kelantan gagal memahaminya. 24 Julai 2013 ini, jika PAS kekal kalah atau tewas lebih teruk, tidak susah untuk PAS Terengganu menuding jari pada siapa yang empunya sebabnya.

PRK Kuala Besut: OSTAK MEKDI Turut Sama Boikot PAS..?? Guane Gamok Ganu Kite..


Mengikut jadual sepatutnya malam tadi (22 Julai 2013), selebriti agama yang baru beberapa minggu ini menghabiskan bulan madu bersama isteri ketiganya yang muda trang tang-tang iaitu Azhar Idrus turut turun berkempen bersama Mursyidul AM PAS di Kampung Nail, Kuala Besut.

Azhar Idrus yang dikenali ramai sebagai Ustad Youtube sebelum ini pernah diura-urakan bakal menjadi calon PAS namun akhirnya tercicir dari senarai restu pimpinan parti selepas Naib Presiden PAS, Husam Musa melobi supaya memilih kroninya iaitu Che Long sebagai calon PAS di Kuala Besut.

Ikut perancangan, ceramah yang tidak menjadi kenyataan malam tadi itu dikira sebagai ceramah MEGA yang serba MEGAH, itu yang sepatutnya di mana akan menghimpunkan lebih 50,000 orang meskipun padang sempit itu hakikatnya hanya mampu menampung sejumlah 500 - 800 orang hadirin sahaja.

Tapi malangnya sehingga ke tengah malam membawa sampai ke dinihari padang kecil berdekatan markas PAS Kampung Nail itu tetap sunyi sepi dan gelap gelita, hanya kelihatan beberapa buah gerai yang masih menjalankan urusniaga disamping kelompok-kelompok jentera PAS dari Kelantan.

Entah mengapa ceramah serba MEGA itu dibatalkan tanpa sebarang alasan oleh penganjur sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi bergentayangan di sekitar markas PAS. Nak dikatakan Azhar Idrus enggan untuk bergandingan dengan Nik Aziz rasanya agak mustahil. Jadi apa sebabnya?

Adakah mungkin ada kebimbangan kalau-kalau PAS kedekut membayar upah berceramah atau kalau dibayar pun cuma secuit saja nilainya? Tak kot, lagi pun bukankah ceramah agama selalunya Lillahi ta'ala, upah-upah keduniaan ni main boleh, dok gitu?

Atau pun barangkali selebriti agama itu malu kot, maklumlah akhir-akhir ini walaupun Nik Aziz masih dianggap sebagai Mursyidul Am PAS namun popularitinya sudah semakin suram, jauh sangat bezanya berbanding dulu-dulu.

Hatta ceramah Nik Aziz berampiran TUDM Gong Kedak akhir minggu lepas pun dihadiri kurang seribu orang, mujurlah ada ramai penyokong PAS dari Kelantan yang diimport khas, jika tidak mahunya ceramah itu cuma didengar oleh 200 orang sahaja seperti mana dialami Presiden PAS, Hadi Awang.

Mungkin atas perkiraan itulah agaknya yang memaksa Azhar Idrus tidak jadi datang, buat apa nak datang kalau digandingkan dengan orang lain yang ingin menumpang popularitinya, nanti jatuhlah standard jadi 'boddowlah' jawabnya, dok gitu boh?

Selain itu, ada juga penyokong PAS yang bersosek-sosek mengandaikan kemungkinan Utad Youtube itu sengaja memboikot ceramahnya sendiri gara-gara merajuk namanya disingkirkan  sebagai calon PAS untuk PRK DUN Kuala Besut. Ada juga logiknya.

Spekulasi di atas mungkin tersasar, hanya si empunya diri yang mampu menjelaskan perkara sebenar.

Tapi itulah yang difikirkan dan dispekulasikan oleh sesetengah penyokong PAS di Kuala Besut sampai naik beku dan kaku otak masing-masing mengupas sebab musabab keengganan Azhar Idrus untuk datang membantu PAS.

Namun demikian, ada satu perkara yang bermain difikiran penulis, mungkinkah hakikatnya Azhar langsung tidak tahu menahu jadualnya berceramah di Kuala Besut sebaliknya PAS pula yang beriya-iya memanipulasi nama selebriti agama itu untuk kepentingan politik?

PRK Kuala Besut: Kumpulan Jentera PAS Mula Tinggalkan Husam Musa dan Che Long Terpinga-Pinga..


Hanya sehari lagi berbaki sebelum hari pengundian PRK DUN Kuala Besut, gayanya PAS seperti sudah berputus asa apabila sudah kedengaran beberapa kumpulan jentera pilihan raya PAS khususnya dari daerah lain di Terengganu beransur pulang ke tempat masing-masing.

Turut terbabit beberapa kumpulan kecil dipercayai dari PAS Negeri termasuk Pahang dan Kedah. Setakat ini tiada kenyataan rasmi yang menjelaskan sebab musababnya kecuali satu penafian oleh PAS yang mendakwa jenteranya masih solid.

Menurut beberapa sumber yang rapat dengan PAS Terengganu, kebanyakan yang mengambil langkah pulang awal ini berbuat demikian sejak pagi dan tengahari semalam terutama selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil dalam dua ceramahnya di Kuala Besut pada malamnya (21 Julai) atas jemputan Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Barangkali tindakan ini dilakukan kerana tidak mahu bersekongkol dengan sikap hipokrit Anwar yang sejak lebih dua bulan lalu kuat menghentam SPR yang dituduhnya tidak telus atau mungkin juga kerana merasakan PRK DUN Kuala Besut sudah ‘diKelatekan’ oleh geng Husam.

Kehadiran Anwar pada malam itu walau pun sambutannya sedikit baik dari ceramah Presiden PAS, Hadi Awang namun sebahagian besar dari kira-kira 500 dan 600 pendengarnya di dua tempat berasingan itu merupakan penyokong dan jentera PAS yang diimport dari Kelantan.

Dalam ceramah tersebut Hadi Awang langsung tak kelihatan meskipun sepatutnya digandingkan bersama bagi memperlihatkan Presiden PAS itu masih dianggap sebagai tuan rumah kepada pemimpin PAS dan PKR dari luar Terengganu. Tapi ia tidak terjadi demikian.

Atau mungkinkah kegagalan Husam memberi muka kepada Presiden sendiri untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Anwar menjadi punca sebahagian jentera PAS dari beberapa daerah di Terengganu pulang awal? Sukar dipastikan walau pun ada kedengaran rungutan sebegitu.

Waktu ini kebanyakan markaz dan pos PAS lebih banyak diduduki jentera PAS dari Kelantan, sebab itu tidak sukar untuk melihat banyak kenderaan plet pendaftaran D atau pun sesetengahnya terpapar bendera Kelantan atau logo Royalti berwarna merah di bumper atau badan kenderaan.

Pun begitu, masih ada lagi segelintir sahaja ahli dan penyokong PAS tempatan terutama dari Kawasan Besut serta satu dua kawasan lain yang masih membantu kempen saat akhir barangkali sekadar menunjukkan muka.

Namun demikia, jika keadaan ini berlarutan sampai selesai tempoh berkempen jam 12 malam nanti, maka ia mengulangi peristiwa pemulauan oleh jentera PAS sama seperti yang pernah berlaku di PRK DUN Tenang, Kerdau dan Merlimau sebelum ini.

Yang pastinya, apa yang sedang berlaku di Kuala Besut tika ini membabitkan jentera PAS ia seperti memberi isyarat jelas yang PAS bakal berdepan dengan kekalahan yang mungkin lebih bteruk berbanding PRU-13 baru-baru ini.

Apa pun, ini bukannya satu keadaan di mana BN dan UMNO sudah boleh berpeluk tubuh sambil menggoyang kaki, selagi mana belum tepat jam 12 tengah malam nanti selagi itulah kempen tersusun dari rumah ke rumah tetap perlu diteruskan supaya esoknya ramai-ramai keluar mengundi BN.

Paling penting, pastikan segala kemudahan pengangkutan untuk pengundi disediakan, jangan sesekali diabaikan walau seorang pun pengundi. Selagi mana dapat dikesan kedudukan mereka yang belum keluar mengundi maka usahakanlah hingga hampir pengundi BN menunaikan tanggungjawabnya.

PRK Kuala Besut: Fitnah Terbesar Dihadapi Abe Ku... Semoga Allah Lindungi Beliau dan BN dari Tentera Dajjal!!!


Islam telah menetapkan fitnah adalah merupakan salah satu perkara yang tergolong dalam dosa-dosa besar. Lebih menyedihkan apabila ia dilakukan dalam bulan penuh dengan kemulian, iaitu ketika seluruh umat Islam sedang melakukan ibadat puasa.

Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, ia tidak diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah memberi keampunan. Namun itu semua tidak menghalang, pihak pakatan pembangkang dari melakukannya.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Dosa fitnah juga menghalang kita masuk syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pihak pakatan, melalui portal propagandannya telah memfitnah calon Barisan Nasional (BN), bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut (DUN) Kuala Besut. Mereka mengatakan kononnya Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman pernah terlibat dengan kegiatan liwat semasa menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) pada akhir 90-an dulu.

Lebih menarik, mereka sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan kononnya untuk mengunakan pendekatan kempen yang berhemah dengan tidak melakukan sebarang serangan berbentuk peribadi bagi menghormati bulan Ramadhan.

Malah menurut salah seorang ahli Jawatankuasa Pas Pusat jentera kempen Pas Besut telah diarah supaya tidak melakukan serangan peribadi terhadap calon BN. Malah mereka juga pernah mengatakan untuk menolak sebarang bentuk tindakan keterlaluan sepanjang tempoh berkempen.

Menarik bukan, mereka mengatakan akan mengunakan pendekatan kempen yang berhemah namun di masa yang sama terus melemparkan tuduhan fitnah dan dakyah bagi menyakinkan pengundi agar memilih calon mereka.

Apa yang boleh dikatakan, tindakan mereka yang menyerang peribadi calon BN dengan melemparkan tuduhan fitnah ini sudah cukup membuktikan bahawa parti itu sedang berada dalam keadaan yang amat terdesak.

Sedangkan, sekiranya mereka benar-benar ikhlas ingin membantu rakyat seperti yang sering dicanangkan di atas pentas-pentas ceramah yang diadakan, Pas sepatutnya memberikan fokus untuk menerangkan dasar dan hala tuju yang ingin dibawa demi untuk kesejahteraan rakyat di Kuala Besut.

Ia juga semakin menguatkan andaian, Pas sedang berdepan dengan saat-saat yang paling kritikal. Ini kerana sepanjang tempoh berkempen semua program dan aktiviti yang dilakukan telah GAGAL untuk mempengaruhi pengundi. Malah program ceramah yang diadakan juga semakin hari semakin susut dengan jumlah kehadiran penngundi.

Itu belum lagi dikira dengan faktor sabotaj yang membawa kepada krisis dalam ekoran dari masalah calon tidak yang diterima oleh golongan ulama dan kumpulan Muslimah.

Apa yang diharapkan, pengundi di Kuala Besut dapat membuat keputsan yang bijak ketika melakukan proses pembuangan undi esok. Pilihlah calon yang benar-benar ikhlas ingin membela nasib rakyat dan bukannya mereka yang ingin membayar gaji kepada pembantu bagi melakukan tugas dan amanah yang ingin diberikan.

Selamat Mengundi

WOW...Tun M Pernah Menganut Syiah??? Macam Tak Percaya Jer...


ALOR SETAR - Penularan fahaman Syiah melemahkan lagi umat Islam di negara ini dan mewujudkan perpecahan selepas berlaku perpecahan disebabkan faktor politik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apabila wujudnya dua kelompok antara Syiah dan Sunni, berlakunya permusuhan sehingga berperang serta saling berbunuhan.

Beliau berkata, keadaan sedemikian dapat dilihat berlaku di Pakistan dan Iran.

“Kita di sini bernasib baik kerana semua berpegang kepada Ahli Sunnah wal Jamaah. Kita orang Sunni pengikut mazhab Imam Shafie.

“Jadi sepatutnya, tak adalah perbezaan agama antara kita (umat Islam)... tak ada permusuhan. Bila masuk fahaman yang berbeza ini akan berlaku perpecahan,” katanya ketika meluangkan masa untuk membeli-belah di Pekan Rabu, semalam.

Dr Mahathir berkata, umat Islam adalah bersaudara sebaliknya apabila wujud fahaman berlainan akan membawa pelbagai masalah.

“Tak eloklah kalau kita tengok di Malaysia ada masjid untuk orang berfahaman Syiah dan ada masjid untuk mereka yang Sunni. Sehingga kini kita pergi ke masjid yang sama, kita tidak harus berpecah.

“Mereka (Syiah) nak faham agama mereka begitu, mereka punya masalah tetapi jangan sampai bawa ke negara kita,” katanya.

Ditanya pendapat beliau agar fatwa anti-Syiah diwartakan di negeri-negeri lain seperti yang dicadangkan Kerajaan Kedah, Dr Mahathir berkata, pihak berkenaan perlu membuat kajian teliti.

“Mereka patut kaji. Saya fikir alasan yang saya berikan perlu dipertimbangkan. Ini kerana kalau berlaku perpecahan kalangan orang Islam, mereka akan menjadi lebih lemah.

“Sekarang dah lemah dah... berpecah sebab politik, ini mai satu lagi pecahan dalam agama habis bergaduhlah kita,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Kedah mencadangkan untuk menggazet fatwa anti Syiah di negeri ini selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan pada 5 Mei 1996.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu dibuat berikutan Kedah juga tidak bebas daripada penularan fahaman itu.

Sebelum ini, muzakarah khas Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. 

Sumber - Sinar Harian

GERAKAN TIMUR:
Kepada yang sering ke blog ini, mungkin terbiasa dengan isu ini yang GT highlight melalui video-video kuliah dari Ustaz Fathul Bari yang boleh anda ikuti di laman YouTube atau KLIK SINI

Alhamdulillah, akhirnya apa yang Ustaz Fathul dan rakan-rakannya seperti Ustaz Fadlan dll tekankan berkali-kali sudah mula dipandang serius oleh pemerintah. 

Bertindaklah tatkala kuasa di tangan, kelak menangis air mata darah tidak berguna lagi... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...