Bersama Berjuang

Wednesday, February 27, 2013

Operation Datum Jelatek: Pengusiran Orang Melayu Ala Palestin Bermula!



Projek megalomania DATUM JELATEK telah membuktikan tentang KEJAHATAN PAKATAN RAKYAT Selangor yang diterajui oleh Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dalam MENGHAPUSKAN Melayu-Bumiputera dari kawasan bandar selain menjual semua PUSAKA Melayu-Bumiputera kepada warga asing.

DATUM JELATEK yang mengandungi empat menara bangunan, dikatakan oleh Pengurus Perhubungan Awam PKNS kononnya tidak dapat dijual walau satu unit pun.

Sedangkan, dua menara iaitu Menara A serta C telah pun dibeli oleh warga Singapura secara pukal. Mengapa agaknya Azmin Ali mengarahkan Pengurus Perhubungan Awam PKNS menipu?

Secara nyata, DATUM JELATEK terletak di kawasan Melayu. Pembinaan kompleks tersebut telah menyebabkan Melayu di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Taman Keramat, dihalau bagaikan anjing kurap.

Anda baca artikel daripada Badut Rakyat ini untuk gambaran yang lebih jelas.

Penjelasan Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ismail Hashim hanya sekadar melaksanakan'Gag Order' atau arahan Pengurus Besar,Othman Omar untuk terus menutup kepincangan projek Megalomania Datum Jelatek.


Benarkah tidak ada sebarang penjualan 4 blok Datum Jelatek berlaku bagi Tower A,Tower B,Tower C dan Tower D seperti yang didakwa oleh Pengurus Perhubungan Awam PKNS ini ??? 


Tampak Pengurus Besar PKNS,Othman Omar cukup berpuas hati dengan penjualan 'SOLD OUT' Tower A dan Tower C yang telah dibeli oleh warga asing secara pukal (en-bloc) di Marina Bay Sands,Singapura pada 4 hingga 7 Oktober 2012.Sekaligus membenarkan dakwaan penduduk dan rakyat di sekitar kawasan Keramat,bahawa 50 peratus hartanah ini telah dimiliki oleh warga asing sejak dari Oktober 2012.


Senyuman terukir diwajah Othman Omar yang nyata cukup berpuas hati tersisihnya orang Melayu dari bumi Keramat, yang juga merupakan penduduk majoriti di kawasan ini.

Barangkali rakyat masih skeptikal dengan gambar dan imej di atas.Mustahil PKNS tidak tahu menahu mengenai sebarang transaksi penjualan hartanah ini kepada umum. Bagaimana pula dengan informasi atau maklumat yang diperolehi dibawah ini,sekaligus menunjukkan memang benar dua blok telah dijual kepada warga asing di Singapura ???

Tower A – 39 Levels (162 Units), Tower C – 35 Levels (186 Units) - SOLD EN BLOC Read More, ERA FOCUS DIVISION 

Persoalannya, mengapa perlu Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ismail Hashim berbohong kepada umum dan rakyat marhaen mengenai tidak berlaku sebarang penjualan 4 blok Datum Jelatek dengan pelbagai alasan yang remeh temeh. 

Sampai bila Khalid Ibrahim dan Azmin Ali mahu terus menjadi Syaitan Bisu untuk menutup pembohongan ini kerana kedua-dua lahabau ini adalah Ahli Perbadanan sekaligus Pengarah dalam PKNS?


Rakyat marhaen perlu mengetahui pembabitan Azmin Ali secara langsung dalam projek Megalomania Datum Jelatek bernilai RM1.2 bilion ini.Projek Megalomania ini secara halus telah menghalau sebahagian pengundi-pengundi Melayu Setiawangsa ke bahagian lain di Selangor. 

Sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor mempunyai maklumat terperinci bagaimana Azmin Ali dan kuncu-kuncunya (termasuklah ADUN Hulu Kelang,Shaari Sungib) sebelum ini telah memperolehi komisyen cukup besar,termasuklah jumlah pembayaran komisyen,tarikh,penyata bank dan sebagainya.

Azmin Ali juga telah mencanang dalam kem PKR bahawa projek Megalomania Datum Jelatek ini bakal menjadikan beliau sebagai 'pemegang dana terbesar' untuk merampas kedudukan Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim. Ini adalah berita yang diterima dari sumber-sumber dalaman PKR sendiri. 

Khalid Ibrahim juga bukanlah seorang ahli politik yang bodoh, walaupun tampak bodoh.Banyak mulut-mulut yang lebih besar ahli korporat disekelilingnya perlu disuap demi mengekalkan jawatan Menteri Besar Selangor.

Ditambah pula dengan beliau mempunyai maklumat terperinci termasuk jumlah pembayaran komisyen, tarikh, penyata bank dan sebagainya yang telah dimiliki oleh Azmin Ali.


Sebelum ditanam hidup-hidup dan dipulas tangan oleh Khalid Ibrahim, Azmin meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 23 Jun 2010 selepas berlaku persengketaan dengan Othman Omar dan Khalid Ibrahim berhubung projek Megalomania Datum Jelatek.

Kerana itulah akhir-akhir ini Khalid Ibrahim lebih banyak menjawab setiap persoalan mengenai Datum Jelatek,projek Megalomania mengusir secara halus orang Melayu dari bumi Keramat. Azmin Ali cukup berpuas hati melihat Khalid Ibrahim terpaksa menahan sepak terajang rakyat marhaen bagi menepis dakwaan menjual tanah orang Melayu kepada warga asing. 

Rakyat marhaen pun sudah sedia maklum, Khalid Ibrahim lebih banyak dilihat cukup gemar menjual aset-aset kerajaan negeri yang sebelum ini dibangunkan oleh Barisan Nasional sewaktu memegang tampuk pentadbiran.

Projek Megalomania Datum Jelatek adalah manifestasi sebenar pertelingkahan diantara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim,siapa perlu dan paling layak menduduki kerusi empuk Menteri Besar Selangor. Rakyat marhaen perlu melihat penjualan aset-aset PKNS secara menggila ini adalah hasil percaturan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim,siapa yang bakal menguasai 'pemegang dana terbesar'.

Semakin besar dana,semakin mudah untuk membayar dan menyuap setiap mulut untuk bergelar Menteri Besar Selangor.

Amat malang,dalam kerakusan kedua-dua lahabau ini mengejar kedudukan dan kuasa, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu yang menduduki kawasan Keramat.Orang Melayu di Keramat inilah yang mengundi puak-puak lahabau ini pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Orang Melayu perlu belajar dari kesilapan memberi undi kepada Parti Khianat Rakyat ini - GWM 

Monday, February 25, 2013

WAJIB TAHU: Kenapa Khalid Ibrahim & Rani Osman Bakal Diserang Sawan Babi Minggu Ini???






Fuhhh... ada yang meroyan minggu nih...

Klik kat banner tu klu korang raser mcm nampak tak nampak... hehehehe...

Sebarkan!!!

Friday, February 22, 2013

Mahfuz Omar Bakal MB Kedah??? Yeeaaahooooo... Kedah Sejahtera!!! Hidup Hijau Kuning!!!



Ramai yang tidak tahu bahawa di kala Phahrolrazi sedang mengasak Azizan dari kiri, kanan, atas dan bawah, Mahfudz Omar rupanya sedang berkempen secara halus untuk meletakkan dirinya di kerusi Menteri Besar Kedah.    Mahfudz difahamkan ‘berkongsi’ dengan Phahrolrazi untuk menggerakkan 11 DUN di Kedah mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri sekali gus. 

Phahrolrazi bagaimanapun menafikan penglibatannya dan meminta agar mereka yang tidak berpuas hati menggunakan saluran yang betul.   Mungkin beliau terlupa bahawa beliau juga yang memberikan contoh tauladan untuk menggunakan cara biadap dan tidak betul sebelum ini apabila mendesak Azizan berundur.   Oleh itu, penafian Phahrolrazi tidak membawa apa-apa makna kerana permusuhan, dendam dan kebenciannya pada Azizan begitu terserlah.   Pendek kata, siapa yang tidak tahu yang Phahrolrazi gila kuasa ingin merampas jawatan Azizan sehingga tak tertahan-tahan.  

Kegilaan Phahrolrazi ini dilihat sebagai ‘peluang’ bagi Mahfudz untuk menampilkan diri sebagai calon terbaik.   Rakyat pasti tidak suka melihat orang yang gila kuasa seperti Phahrolrazi dan rakyat juga sudah ‘serik’ dengan Azizan yang tidak tahu apa-apa.    

Apa yang menariknya dalam krisis PAS Kedah ini ialah, desakan agar Azizan berundur oleh 11 DUN itu bukan kerana beliau gagal menangani pembalakan haram, bukan kerana beliau gagal membawa masuk pelaburan, bukan kerana beliau gagal mengawal pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, bukan kerana gagal menangani masalah KUIN, bukan kerana projek-projek yang tidak masuk akal dan kerugian, bukan kerana anak-anak syarikat kerajaan lingkup dikerjakan kroni-kroni pegawai yang dilantiknya, bukan juga kerana beliau menyebabkan hutang Kedah meningkat sehingga 50% sejak mengambil-alih negeri.  

Malah, PAS membela Azizan dalam semua isu-isu di atas sehinggakan sanggup melakukan perhimpunan besar-besaran di Pedu bagi menafikan kritikan serta menunjukkan sokongan terhadap pembalakan haram.  

Semua masalah negeri dan rakyat ini bukanlah isu besar bagi PAS.  Yang menjadi masalah bagi PAS dan menyebabkan mereka mendesaknya berundur ialah sikap Azizan yang ‘mesra’ UMNO/BN.  

Azizan telah lama dipandang serong oleh puak-puak PAS di Kedah kerana menurut mereka, beliau lebih UMNO dari UMNO.   Beliau dikritik kerana tidak memakai kopiah putih, tetapi songkok.  Beliau juga tidak memakai jubah, tetapi berkot.  Selain itu, semua orang Kedah tahu bahawa ahli keluarga beliau dan isteri beliau majoritinya adalah orang-orang UMNO, malah mempunyai pertalian darah dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato’ Osman Aroff.  Sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan Kedah sejak zaman UMNO lagi merupakan sanak saudara Azizan atau isterinya.   

Pendekatan Azizan yang terbuka dengan UMNO, sehinggakan sanggup memakai baju IM4U yang membawa lambang 1Malaysia yang menjadi slogan kerajaan BN benar-benar menyakitkan hati PAS Kedah.  

Akibatnya, beliau dikritik hebat oleh PAS dan disindir agar menyertai UMNO saja.   Dari situlah penentangan terhadap Azizan semakin memuncak dan digunakan sepenuhnya oleh pihak yang menginginkan jawatannya untuk mengasak Azizan agar berundur.  

Hakikatnya, kesebelas DUN PAS yang mendesak Azizan berundur itu langsung tidak pernah fikirkan mengenai keadaan  negeri Kedah yang telah hancur.  Yang mereka tahu ialah mereka inginkan Menteri Besar yang berimej PAS tulin, itu saja.  

Dengan masalah negeri yang begitu kronik iaitu ketiadaan sumber pendapatan serta perbelanjaan dan kerugian yang terus meningkat dari hari ke sehari, sesiapa sahaja yang ingin merampas jawatan Azizan seharusnya mampu membentangkan jalan penyelesaian bagi semua permasalahan ini.  

Setakat ini Phahrolrazi hanya tahu mengugut Pulau Pinang untuk membayar caj bekalan air mentah yang mana langsung tidak dilayan oleh negeri itu.  Lebih dari itu, beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negeri Kedah.    

Mahfudz pula, mengeja perkataan ‘ekonomi’ pun belum tentu lagi mampu.  Justeru, apa yang nak diharapkan darinya untuk merancang ekonomi negeri.   Setakat mengutuk BN ke hulu ke hilir bolehlah dia, sekadar untuk membuat orang tuanya bangga melihat anak mereka berjaya walaupun tidak lulus periksa.  

Membayangkan Mahfudz yang mengganti Azizan, samalah saja seperti menyerahkan jawatan itu kepada kambing atau lembu.   Di tangan Azizan, Kedah sudah pun hancur lebur.  Jika diserahkan kepada Mahfudz, maka Kedah yang telah hancur itu akan dikunyah sehingga lunyai, dihadamkan dan akhirnya menjadi bahan buangan.   

Justeru, kita tidak nampak masa depan negeri Kedah di bawah PAS, tak kira siapapun Menteri Besarnya.  Antara Azizan, Phahrolrazi, Mahfudz dan Lembu, semuanya sama saja.  

Sah!!! Ku Li Bakal Perdana Menteri... Anwar Fenin Lagi Lah.. MUAHAHAHAHA!!!



Anwar ditolak oleh Majlis Syura PAS bukan lagi merupakan desas-desus atau khabar angin yang digembar-gemburkan atas nama propaganda politik.   Hakikatnya, Majlis Syura PAS kini benar-benar tegas enggan menerima Anwar sebagai Perdana Menteri kerana diselubungi masalah moral, LGBT, liberalisme dan pluralisme.  

Penolakan itu diketuai sendiri oleh Hadi Awang, Haron Din, Haron Taib, Tuan Ibrahim dan beberapa lagi nama-nama penting dalam Majlis Syura.  

Nama Hadi Awang dan Ku Li kemudiannya diumumkan sebagai calon Perdana Menteri.   

Namun, Ku Li dilihat mempunyai lebih berpotensi kerana beliau mampu mengekalkan Kelantan, selain mempunyai imej yang lebih bersih dari Anwar.   Ku Li juga diterima baik oleh orang Melayu, malah dilihat mampu melonjakkan sokongan Melayu terhadap PAS yang sudah berada di tahap tepu.   Selain itu, Ku Li yang telah lama di dalam UMNO juga mempunyai imej lebih terbuka yang mana memudahkan penerimaan kaum bukan Melayu terhadapnya.  

Atas faktor ini maka nama Hadi telah terpaksa dibelakangkan buat sementara waktu, terutamanya bagi mengelak sebarang masalah dengan DAP.  

Strategi PAS ialah, Ku Li yang telah disahkan akan bertanding atas tiket UMNO di kawasan azalinya, Gua Musang, tidak akan dicabar, sebaliknya dibiarkan menang tanpa bertanding.   Setelah menang, Ku Li kemudiannya akan mengumumkan keluar UMNO dan berkempen untuk Pakatan Rakyat sebagai calon PM.   

Bagaimanapun, keputusan ini diambil oleh PAS secara sendirian, iaitu tanpa berbincang dengan PKR dan DAP kerana menganggap perbincangan mengenai calon PM dengan kedua-dua sekutu mereka itu sebagai sia-sia berdasarkan pengalaman di mana semua isu yang berbangkit, tidak akan sama sekali memihak kepada PAS.   Selama ini juga, keputusan meletakkan Anwar sebagai PM tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah dipersetujui oleh PAS tetapi tetap dikira sebagai keputusan bersama atas dasar demokrasi 2-1.   

Nampaknya, PAS sudah mula bangkit dan tidak sanggup lagi dipijak-pijak oleh DAP dan PKR.  Majlis Syura melalui suara lantang Dato’ Haron Din, kini berusaha membuktikan bahawa mereka bukanlah sampah atau anjing kurap mahupun kuda tunggangan kepada sesiapa dan PAS tidak akan lagi bertolak ansur dalam isu-isu yang membabitkan Melayu dan Islam, terutamanya isu Kalimah Allah.     

Keputusan mengenai ‘Perdana Menteri PR’ ini disampaikan kepada Anwar dalam satu pertemuan yang dihadiri oleh Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din di pihak PAS serta Azmin, Saifuddin Nasution, Rahim Ghouse dan Anwar sendiri di pihak PKR.  Anwar dilaporkan begitu berang, tetapi terpaksa menahan kemarahannya apabila diberitakan bahawa beliau ditolak mentah-mentah sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat.  

Anwar yang tidak dapat menerima penolakan tersebut telah menemui Haron Din secara peribadi di rumah.  Bagi mengelak desakan Anwar, Haron Din memberi alasan bahawa perlantikan Ku Li hanyalah bersifat transisi, iaitu sekadar untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya sebelum menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.  

Namun, pastinya Anwar lebih tahu apakah alasan itu logik atau tidak.  

Keputusan yang diambil oleh Majlis Syura ini, bagaimanapun, masih bersifat ‘tergantung’.  Ini kerana pihak yang terlibat, iaitu Ku Li sendiri, belum lagi bersuara dan kalaupun beliau bersuara kita belum tahu lagi apakah ia suara hati atau suara politik.  

Dengan DAP tidak dilibatkan dalam perbincangan yang membawa kepada keputusan ini, tentulah lebih sukar lagi bagi Majlis Syura untuk memastikan rancangan mereka berjaya.  

Apa yang pasti, Anwar benar-benar berang dan kemarahan tersebut telah dihamburkannya tanpa sembunyi-sembunyi lagi di dalam mesyuarat PKR.  Dan pastinya, DAP lebih lagi berangnya kerana PAS jelas ‘tidak mendengar kata’.  

Ini bukan kali pertama PAS membuat U-Turn ketika bersama Pakatan Rakyat.  PAS telah beberapa kali U-turn dalam isu hudud, begitu juga dengan isu-isu arak, judi dan lain-lain.  Isu Kalimah Allah ini juga belum pasti merupakan U-turn PAS yang terakhir.  Pada tahun 2010 PAS bersuara senada dengan DAP tetapi pada 2012, PAS bermain irama berlainan pula.  

Oleh itu, selagi PAS masih berangan untuk ke Putrajaya dan menduduki kuasa, apakah jaminan yang parti itu tidak akan membuat U-turn sekali lagi dan turut menyertai koir DAP menyanyikan lagu Kalimah Allah di dalam Injil demi mencapai cita-citanya?  

Jika Majlis Syura benar-benar ikhlas untuk kembali meletakkan agama mengatasi politik, maka ia adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan.  Tetapi, kita masih tidak faham bagaimana sekumpulan Ulama boleh menggunakan strategi yang licik, tidak ikhlas, malah khianat kepada rakan sekutu sendiri dalam usaha untuk berkuasa.    

Seharusnya, para Ulama membawa sikap tulus dalam berpolitik iaitu tanpa tipu helah atau muslihat serta menyatakan kebenaran secara konsisten, tidak kira sama ada sesama sendiri atau di depan rakan sekutu, di depan musuh atau di dalam media.  

Lihat saja bagaimana para Ulama ini yang masih enggan mengambil risiko kehilangan peluang untuk menang PRU, maka mereka pun menghantar ‘bola’ ke kaki Ku Li.  Tetapi dihalang oleh Anwar dan DAP.  Justeru, apakah kesudahannya permainan para Ulama di dalam Majlis Syura ini?  

Jelaslah bahawa PR sudah pun kehilangan arah sebelum Pilihanraya.  Justeru, bagaimana kita boleh mengharap kepada parti yang kehilangan arah ini, untuk membawa kita ke mana-mana?    

EDISI KANTOI: Kerajaan PKR Selangor Hutang RM22,605,250.00!!! WOOWWW!!!


Ini adalah salah satu janji di dalam manifesto yang gagal ditunaikan oleh Khalid Ibrahim. Cuba anda bayangkan nilai terkumpul, iaitu HUTANG kerajaan negeri kepada rakyat Selangor. 

Ini adalah realiti, and figures don't lie. 

Ini adalah bukti sohih, bahawa Khalid Ibrahim hanya menggunakan manifesto sebagai "umpan" politik semata tanpa keupayaan untuk melaksanakannya. Ianya lebih teruk dari gula-gula politik.

Kalau "umpan", bagaimana pula? Kalau umpan, ini lah contohnya. Janji ditabur dienak-enaknya. Dan tatkala gagal menunaikannya, apa kata Khalid Ibrahim?

Manifesto Bukan Janji!!! 

Nahhh...!!! Rakyat Selangor, terutamanya yang mengundi PKR DAP PAS pada PRU lepas, DIBODOHKAN hidup-hidup!!!

Setakat ini, secara matematiknya, Khalid Ibrahim dan kuncunya telah hutang kepada rakyat Selangor sebanyak RM22,605,250.00.

Itu baru satu janji manifesto yang gagal ditunai.. yang lain bagaimana?  

Tunggu pengiraan seterusnya!

Isu Kalimah Allah Pun PAS & Karpal Singh Dramaswastakan!!!



Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’.   Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.   

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja.  

Tetapi,  Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja.  

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.  

Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.   

Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”.  

Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat.   Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP.  

Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR.  Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam.  

Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel.  

Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu.  Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.  Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran.  

Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR.  Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’.  

Khalid Samad Diserang Sindrom Kus-Kus Gila Babi Malam Ini!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...