Bersama Berjuang

Tuesday, September 11, 2012

Pendidikan Percuma??? UNISEL Yang Kecil Pun Tak Boleh Uruskan!!!



Pertengahan tahun ini dunia pendidikan tanahair berkocak seketika apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menggesa para pelajar supaya tidak membayar hutang pinjaman pendidikan yang diberikan oleh PTPTN.

Beberapa bulan sebelumnya, pakatan pembangkang khususnya PKR telah mempropagandakan janji pendidikan percuma selain berhasrat menghapuskan PTPTN yang dianggapnya hanya membebankan pelajar dengan hutang.

Berikutan itu, PTPTN telah bertindak balas dengan menangguhkan sementara pemberian pinjaman kepada 1,000 orang pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) bagi memberi ruang kepada kerajaan PKR Selangor membuktikan janji pendidikan percuma bukanlah omong kosong semata-mata.

Menyedari kesilapannya mencetuskan kontroversi dengan memusuhi PTPTN tidak mendatangkan kesan baik terhadap imej PKR dan PR, akhirnya kerajaan negeri mengarahkan Naib Canselor UNISEL merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi dan PTPTN supaya diberikan semula kemudahan pinjaman kepada para pelajar UNISEL.

Namun sebelum itu, khalayak umum didedahkan dengan perancangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mahu menjual aset UNISEL berupa sebidang tanah bernilai RM30 juta konon bertujuan untuk menampung kos pengajian dan sara hidup pelajar UNISEL.

Walaupun beberapa ketika kemudian penangguhan pinjaman PTPTN untuk pelajar UNISEL ditarik balas selepas menerima rayuan dari Naib Canselornya, tapi apabila Khalid masih bertegas untuk meneruskan hasratnya menjual tanah milik UNISEL ia menimbulkan tanda tanya di minda rakyat Selangor.

Timbul banyak andaian mengatakan kebarangkaliannya tujuan rancangan menjual aset UNISEL itu sebenarnya bermaksud untuk menutup kerugian berpuluh juta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh UNISEL sejak negeri tersebut diperintah oleh pakatan pembangkang.

Ini kerana berdasarkan laporan audit kewangan UNISEL yang ditandatangani oleh Khalid pada 27 Ogos 2011, keseluruhan kerugian yang dialami oleh UNISEL bagi tempoh 3 tahun (2008 - 2010) agak besar sehingga mencecah RM54.86 juta.

Seandainya aset tanah tersebut yang dikatakan bernilai RM30 juta itu berjaya dijual bermakna, sebahagian besar hutang UNISEL dapat ditutup sekaligus diharapkan dapat menyembunyikan kelemahan urus tadbir pemimpin pembangkang.

Mengikut beberapa sumber dalaman pula, jumlah kerugian tersebut antaranya turut disebabkan oleh peningkatan kos pengurusan universiti berkenaan apabila banyak jawatan tinggi berasaskan kuota politik diperkenalkan sejak Selangor diperintah oleh PR.

Bagaimanapun kerugian RM54.86 itu dipercayai belum termasuk lagi tunggakan pembayaran RM15 juta yang ditanggung oleh UNISEL berikutan kegagalannya membayar kos penyelenggaraan dan pengurusan asrama sejak 17 bulan lalu dengan syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Sementara itu, apabila khalayak didedahkan dengan kerugian besar dan tanggungan hutang yang membebani UNISEL tika ini, banyak keraguan lain timbul mempersoalkan kemampuan pakatan pembangkang untuk menunaikan janji pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini.

Dalam keadaan janji pendidikan percuma pun belum bermula dan baru sekadar menguruskan satu dua IPT pun sudah tidak berupaya menangani masalah hutang sehingga menimbulkan keresahan pelajar dan golongan pendidik, mampukah PR mencari sumber lain untuk menampung kos pendidikan percuma yang mereka war-warkan?


Kalau setakat jual tanah dan gadai aset bangunan sana sini sekadar untuk tampung kos pendidikan percuma, tiada gunanya kerana lama-kelamaan aset-aset bernilai akan habis jua dan selepas itu dari mana pula mahu dicari sumber kewangan? 

Atau sememangnya sudah ada dalam perancangan mereka untuk menaikkan cukai pendaptan individu dan korporat kemudian kecilkan pula jumlah kakitangan awam semata-mata untuk menjayakan janji pendidikan percuma?

Sehingga kini tiada tanda atau petunjuk jelas mana-mana kerajaan negeri pimpinan PR yang berupaya menyediakan pendidikan percuma walaupun kolej dan universiti yang berada di bawah kelolaan mereka cuma satu atau dua buah sahaja.

Dalam keadaan demikian pun sudah berpuluh juta kerugian terpaksa ditanggung oleh pihak UNISEL tanpa penyelesaian konkrit dari kerajaan negeri, tidak syak lagi sekiranya pengundi memberi peluang pembangkang memerintah di peringkat pusat mahunya satu demi satu aset dijual dan akhirnya negara muflis macam Greece.

Anwar Cium Molot Soros Melalui Suara Anak Haram (SUARAM)!!!



Sejak beberapa lama, NGO yang kononnya berjuang atas nama hak asasi manusia iaitu Suaram telah mencuba sedaya upaya untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembelian kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya kononnya bermotifkan rasuah dan hubungan sulit.   Namun, kini terbukti bahawa tuduhan Suaram adalah fitnah belaka apabila pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan tentang scorpene yang berlangsung di negara mereka sepertimana yang didakwa Suaram serta tiada rekod kemasukan Altantuya ke negara itu dalam tempoh yang diperkatakan. 

Akhirnya, yang menjadi isu kini bukan lagi scorpene atau Altantuya, tetapi Suaram sendiri.   Dengan kenyataan pihak Perancis sendiri dan penjelasan pihak Angkatan Tentera dan kerajaan serta perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, maka terserlahlah sudah bahawa Suaram telah melakukan fitnah yang amat berat.

Rupanya, Suaram hanyalah topeng yang dipakai oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk berpolitik, dan bukannya untuk memperjuangkan hak asasi manusia.  Sehubungan dengan itu, siasatan terhadap latarbelakang Suaram mendedahkan bahawa Suaram selama ini beroperasi atas dana yang meragukan iaitu dari pihak asing bagi melancarkan operasi dan misi mereka. 

Nampaknya, dengan berpegang kepada prinsip ‘musuh kepada musuh kita adalah kawan’, Suaram atau PR telah bekerjasama dengan pihak asing untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan. 

Apabila bercakap mengenai ‘pihak asing’, nama yang sering timbul ialah George Soros dan organisasi yang diterajuinya iaitu Open Society Foundations. 

Dalam isu scorpene, Suaram telah menggunakan dua peguam Perancis iaitu Joseph Breham dan William Bourdon, seorang peguam hak asasi manusia yang terkenal.  William Bourdon adalah pengasas Sherpa, iaitu organisasi yang memperjuangkan isu ekonomi di negara-negara miskin.  Sherpa pula ditaja oleh Tides Foundation dan kedua-duanya menerima dana dari Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki oleh George Soros itu. 

Tides Foundation pula didapati telah menyalurkan dana kepada Suaram.  Mengikut laman web mereka, Tides Foundation adalah sebuah organisasi antarabangsa yang menyokong perjuangan berhaluan kiri yakni yang menentang kerajaan. NGO ini juga menyalurkan dana untuk perjuangan LGBT. 

Maka ini menjelaskan pengakuan Ambiga Sreenevasen bahawa Bersih juga menerima dana dari OSF selain dari National Democratic Institute (NDI) kerana Ambiga merupakan tunjang program Seksualiti Merdeka yang menjadi platform perjuangan LGBT di Malaysia.   Sekali gus, membuktikan bahawa Bersih, seperti juga Suaram, adalah ditaja oleh Soros dan didalangi oleh PR. 

Untuk pengetahuan, Anwar Ibrahim, iaitu pemimpin tertinggi PR mempunyai sejarah pertalian yang jauh lebih awal dengan George Soros.  Iaitu ketika krisis ekonomi 1997/1998. 

Pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad, sebagai Perdana Menteri Malaysia menyalahkan Soros dan memanggilnya sebagai ‘penyangak mata wang’.  Beliau yang telah bekerja keras menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia begitu berang apabila ekonomi negara diserang sehingga hampir ‘hilang kawalan’.  Beliau percaya yang ianya bukanlah sesuatu yang ‘semulajadi’ tetapi dirancang lebih awal oleh pedagang matawang seperti Soros, atau terutamanya, Soros. 

Tun Mahathir enggan menerima saranan pemulihan dari IMF bagi menyelamatkan ekonomi negara.  Oleh itu, pihak barat telah menggunakan ‘senjata’ mereka yang telah lama disimpan iaitu Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu untuk memastikan matlamat mereka meruntuhkan ekonomi Asia, terutamanya, Malaysia berjalan lancar.  Ini dilaporkan secara terperinci oleh Executive Intelligence Review, dalam tajuk The Case of Malaysia. (http://www.larouchepub.com/eiw/public/2008/2008_20-29/2008-27/pdf/75-77_3526.pdf) 

Anwar diketahui telah menjadi ‘kesayangan’ barat sejak beberapa tahun sebelum itu lagi. Kunjungan beliau ke Amerika dan negara-negara barat lain selalunya disambut dengan penghormatan tertinggi mengatasi penghormatan terhadap Tun Mahathir sendiri dan ini sering menjadi tandatanya kepada dunia. 

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar pun memaksa rancangan pemulihan ekonomi mengikut telunjuk IMF iaitu menaikkan kadar faedah walaupun Tun Mahathir menentangnya.  Ternyata, cara ini telah menyebabkan begitu banyak perniagaan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membayar pinjaman sehingga akhirnya bank juga tidak mampu bertahan kerana tiada yang mampu membayar pinjaman dan tiada siapa berani memohon pinjaman.  Oleh itu, dalam masa yang singkat, ekonomi negara hampir lumpuh. 

Menyedari situasi yang semakin meruncing, Tun Mahathir pantas mengambil-alih teraju kewangan negara dan mencari pendekatan lain untuk memulihkan ekonomi.  Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat Ringgit sekali gus, menyahkan risiko diserang lagi.   Dengan itu, ekonomi Malaysia dapat dipulihkan dalam masa yang singkat sedangkan negara-negara jiran terus ranap setelah menerima bantuan IMF.

Di waktu yang sama, Anwar semakin agresif dan tidak sabar untuk menjatuhkan Tun Mahathir namun, kecundang apabila siasatan terhadap surat Ummi Hafilda mengenai kegiatan homoseksual, salahlaku dan salahguna kuasa yang membabitkan dirinya selesai dan mendapat perhatian Tun Mahathir yang sebelum itu mengenepikannya.   Siasatan lebih lanjut dijalankan dan berakhir dengan pemecatan Anwar. 

Sejak itu, tangan Soros yang memegang tali pengikat leher Anwar semakin jelas kelihatan.  OSF memainkan peranan penting memburukkan imej Tun Mahathir dan menaikkan imej Anwar di peringkat antarabangsa melalui media-media barat.   Anwar dijadikan ikon demokrasi dan secara tiba-tiba Tun Mahathir digambarkan sebagai kukubesi. 

Rakan-rakan Soros yang lain, termasuk Al-Gore dan Wolfowitz turut menghulurkan sokongan dan bantuan ketika Anwar di penjara, keluar penjara, tinggal di Amerika dan sehinggalah kini, iaitu setelah beliau kembali ke Malaysia dan aktif berpolitik.  Dana terus disalurkan kepada Awnar melalui Suaram, Bersih dan tentunya berbagai-bagai cara lagi yang mungkin tidak mampu dibayangkan oleh kita, rakyat biasa.  Kerana itu, hidup Anwar dan keluarga kekal mewah, parti PKR yang hidup segan mati tak mahu juga mewah semewah-mewahnya dalam berbelanja untuk menghadapi pilihanraya. 

Hanya orang-orang yang buta sahaja yang tidak mampu melihat tangan Soros di leher Anwar dan tangan Anwar di belakang Suaram.  Sama ada Soros sedang bersedia untuk mencium atau mencekik Anwar, adalah bergantung kepada berapa lama lagi Anwar mampu meyakinkan Soros yang beliau mampu berkuasa di Malaysia. 

Persoalan yang tinggal ialah, jika Anwar, PKR, DAP melalui Suaram dan Bersih menjadi alat Soros untuk menghancurkan negara dan Islam secara langsung dan tidak langsung, bagaimana pula dengan PAS?  Apakah PAS tidak sedar atau sememangnya tidak kisah lagi menjadi alat kepada Soros?

UNISEL Kerugian Berjuta Kerana Menteri Besar Selangor Tokoh Korporat... Ke Keparat???



Tanjong Karang - Laporan kewangan Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sejak 2008, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam, selepas Kerajaan Negeri masih mendiamkan diri.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti laporan audit kewangan Unisel yang sudah ditandatangani Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 27 Ogos 2011 lalu mencatatkan kerugian selepas cukai berjumlah kira-kira RM 54.8 juta sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor.

"Disebabkan Abdul Khalid masih berdiam diri berhubung isu kewangan Unisel, saya tampil membuat pendedahan berdasarkan pada salinan laporan audit bagi 2009-2010 menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM 1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan 39.68 juta pada 2010.

"Universiti ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu mencatatkan jumlah pendapatan RM 90.40 juta pada 2008, RM 93.51 juta (2009) dan jumlah itu menurun kepada RM 75.48 juta bagi 2010.

"Bagi 2008, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 93.97 juta dan jumlah itu meningkat kepada RM 106.13 juta pada 2009 dan RM 113.11 pada 2010.

"Mana hebatnya Menteri Besar yang dikatakan Tokoh korporat itu menyelesaikan krisis kerugian Unisel ini? Macam mana ekonomi negeri mahu ditingkatkan sedangkan ekonomi Unisel sendiri merudum," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Datuk Hormat disini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kegagalan Abdul Khalid menunaikan janjinya untuk mendedahkan laporan audit sebelum berakhir Ogos lalu menunjukkan sikap yang tidak boleh menepati janji.

"Apabila saya timbulkan isu kewangan Unisel dalam keadaan nazak dalam Sinar Harian Julai lalu, masa itu Meteri Besar begitu ego dan sombong sehingga meminta saya belajar akaun dengan dia.

"Sekarang sudah selesai Ogos, saya mahu tanya Menteri Besar adakah audit Unisel masih belum selesai? Sebenarnya audit itu sudah lama selesai," katanya yang turut meminta agar Menteri Besar dan PKR itu berhenti daripada terus menipu rakyat negeri itu.

Noh turut meminta menteri besar jangan cuba menyembunyikan fakta isu kewangan Unisel dan mencabar Abdul Khalid tampil dan menjawab dakwaan ini.   

Monday, September 10, 2012

Yahudi Zionis Bergembira - "Toe-Dah Rah-Baw, Bother Anwar"???


"Toe-Dah Rah-Baw" itu ertinya Thank You Very Much.  Perkataan itu dalam bahasa Hebrews, yang cukup sinonim dengan Yahudi. 

Mungkin itulah kata-kata paling tepat bagi menggambarkan apa yang sedang dilakukan oleh Anwar.  Tiada kata, secantik bahasa.  Tiada pembuktian, secantik perlakuan.  

Apa yang boleh membuatkan Zionis bergembira sakan?  Apakah mungkin ini jawapannya?  

Pakatan Rakyat Panggil Najib Firaun... Boleh Tak Kita Sebut Anwarnirrajim???



Membaca tulisan terbaru dari blog pro pembangkang, suarapakatanrakyat.com bertajuk "Buat Apa Minta Maaf Maaf Pada Firaun Seperti Najib?", pastinya membuatkan hati kita membuak marah dengan tulisannya yang agak melampau dan berbaur fitnah.

Blog tersebut bukan sahaja telah mempertikaikan kesediaan ibu bapa kepada Mohamad Ammar Ab Rahman dan Ong Sing Yee untuk memohon maaf dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di atas kesilapan yang dilakukan anak-anak mereka.

Malah tanpa berselindung turut memperlekehkan tindakan ibu bapa terbabit sebagai satu kelemahan yang ketara dan tidak patut dilakukan apatah lagi memohon maaf dengan DS Najib yang digelarnya sebagai firaun kedua selepas Tun Dr Mahathir.

Padahal apa sahaja agama mahupun bangsa atas dunia ini tidak ada satupun yang memandang remeh kesediaan seseorang insan memohon maaf atas keterlanjuran yang berlaku, sebaliknya menyanjung tinggi kesedaran yang datang dari hati yang tulus ikhlas.

Gelaran firaun yang dilemparkan terhadap DS Najib pula ternyata agak melampau dan terbukti memperlihatkan sikapnya yang kurang ajar serta tidak beradab. 

Melihat pada gambar replika kepala firaun dengan logo UMNO seperti terpampang di blog tersebut pula bukan setakat menyebabkan amarah kita membuak-buak tetapi juga mengimbas kembali ingatan kita kepada gerakan reformasi yang terkenal dengan kempen melampaui batas dan kurang ajar satu ketika dulu.

Ternyata doktrin kebencian dan sikap kurang ajar yang disemai oleh pemimpin pembangkang semasa zaman gelap reformasi tahun 1990-an dulu nampaknya masih lagi kuat melekat dikalangan sebahagian besar penyokong totoknya.

Bertahun-tahun dulu di zaman kegelapan reformasi tersebut, panggilan mahafiraun, mahazalim dan sebagainya cukup popular meniti dari bibir ke bibir penyokong pembangkang yang bergabung tenaga di belakang Anwar Ibrahim. 

Tidak cukup dengan gelaran-gelaran itu, diguna pula kreativiti mereka dengan memuat naik gambar superimposed Dr Mahathir yang sengaja diperlihatkan seperti firaun.

Apa yang berlaku dulu kini seperti cuba dilaksanakan kembali menunjukkan hakikat yang PR sudah ketandusan idea dalam mendepani cabaran PRU 13 yang semakin hampir disebalik tanda-tanda nyata kekuatan mereka sudah kian merudum.

Memfitnah DS Najib dengan gelaran firaun dan kononnya zalim mungkin berjaya menambah kebencian penyokong pembangkang terhadap kepimpinan DS Najib yang menerajui Kerajaan Barisan Nasional, namun realitinya majoriti rakyat tidak dapat menerima kempen politik yang melampaui batas seperti itu.

Jika dulu rakyat telah menghukum pakatan pembangkang dengan menghadiahkan kemenangan kepada BN gara-gara keceluparan dan sikap kurang ajar penyokong Anwar sewaktu di zaman Dr Mahathir sebagai PM, pastinya PRU 13 kelak penangan yang lebih teruk bakal melumpuhkan terus PR dari persada politik negara.

Ong Sing Yee Bukan Warganegara Malaysia???



Sudah menjadi satu kewajipan bagi parti pembangkang, nampaknya, untuk membela penjenayah, pengkhianat, penderhaka, perlakuan tak senonoh dan juga biadap.   

Lihat sahaja bagaimana kerajaan PR Selangor sanggup menggunakan wang negeri untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang didakwa di mahkamah.   Sedangkan, kes-kes tersebut melibatkan individu dan bukannya kerajaan negeri.  Dan lihatlah bagaimana sehingga kini, PR tidak pernah mengambil tindakan ke atas pemimpin mereka yang terbukti rasuah, atau berkelakuan sumbang, termasuk zina, liwat, khalwat dan sebagainya, sebaliknya membela dan menutup skandal-skandal tersebut seolah-olah ia tidak pernah berlaku.  

Prinsip membela orang salah di dalam PR bagaimanapun, berada di satu tahap yang lebih tinggi bagi parti DAP.   Ini kerana DAP bukan sahaja membela orang yang bersalah atas dasar parti atau politik, tetapi juga atas dasar kaum.   Bagi DAP, jika kaum Cina yang berbuat kesalahan, mereka perlu dibela habis-habisan.  Pendek kata, walaupun individu tersebut benar-benar bersalah, dia adalah tidak bersalah selagi dia berbangsa Cina.  

Atas dasar itu, maka Ong Sing Yee yang ditangkap dan digari atas kesalahan memijak gambar Perdana Menteri dalam himpunan Janji Demokrasi anjuran PR kini menjadi ‘artis baru’ DAP.   Sepertimana DAP menangani kes rasuah pemimpin mereka dengan mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock dan menutup isu sebenar, seperti itu jugalah DAP sedang menangani kes kebiadapan Sing Yee.  Iaitu dengan memainkan isu bahawa pihak polis bersikap keterlaluan dan kejam kerana menggari Sing Yee yang baru berumur 19 tahun dan masih keanak-anakan.  

Menurut laporan mereka juga, Sing Yee dikatakan menangani pengakuan bersalah tanpa memahami kandungan kenyataan.  Beliau juga kemudiannya membuat permohonan maaf secara umum dalam Bahasa Mandarin.  Sama ada Sing Yee adalah seorang yang bodoh-bodoh alang atau berpura-pura tidak faham Bahasa Malaysia atau sememangnya bukan warganegara yang baik kerana tidak tahu berbahasa kebangsaan, tidak dapat dipastikan.  

Bagaimanapun kita tidak hairan jika Sing Yee benar-benar tidak faham Bahasa Malaysia kerana telah menjadi satu fenomena di mana rakyat Malaysia berbangsa Cina semakin ramai yang tidak tahu berbahasa kebangsaan.  

Ini juga merupakan bukti bahawa Sing Yee bukanlah seorang warganegara yang baik dan tidak wajar diberi muka oleh kerajaan dan pihak berkuasa negara ini.  Beliau bukan sahaja biadap dan tidak tahu menghormati pemimpin negara tetapi juga pengkhianat kerana tidak menghargai kemerdekaan negara serta tidak tahu bertutur, membaca dan memahami bahasa rasmi negara ini.   Jelas, Sing Yee langsung tidak menepati kelima-lima prinsip Rukunegara.  

Jika benar laungan DAP bahawa kaum Cina juga adalah warganegara yang setia, maka DAP wajar mengecam warganegara seperti Sing Yee.  Tetapi ini tidak berlaku kerana sememangnya, Sing Yee adalah produk DAP tulin.  Kerana itu beliau terlebih dahulu mengadu kepada DAP sebelum ibu bapanya sendiri apabila menghadapi masalah akibat perbuatannya memijak gambar Perdana Menteri.   

DAP sentiasa mengajar kaum Cina bersikap biadap terhadap kerajaan dan pihak berkuasa yang diterajui Melayu.  DAP langsung tidak kesal, jauh sekali malu apabila anak-anak kaum mereka biadap.  Malah, mereka bangga kerana anak-anak mereka berani bersikap biadap terhadap Melayu.  DAP langsung tidak berminat untuk menunjukkan keinsafan Sing Yee, sebaliknya, menunjuk angkuh dengan tidak berusaha untuk meminta maaf secara rasmi iaitu secara langsung dan bersemuka dengan Perdana Menteri.

Sedangkan, difahamkan, ibu bapa Mohamad Amar, remaja yang juga ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh ke atas gambar Perdana Menteri dalam himpunan yang sama, sedang giat berusaha untuk menemui Perdana Menteri.  Tujuan mereka ialah untuk memohon maaf secara rasmi sebagai tanda kesungguhan, keikhlasan dan keinsafan bagi pihak anak mereka.  

Lihatlah bagaimana orang Melayu mendidik anak, iaitu agar bersopan dan tahu bertanggungjawab ke atas kesalahan sendiri tanpa berdolak dalih.  

Tetapi DAP mendidik anak-anak Cina agar menafikan kesalahan, menutup kesalahan malah menuding jari kepada orang lain atas prinsip kiasu iaitu  ‘kaum Cina’ tidak akan tunduk pada sesiapa.   

Soal moral dan nilai murni kemanusiaan adalah tidak bererti bagi puak-puak DAP yang angkuh dan tidak  berperikemanusiaan ini.   Untuk kita memahami hati perut DAP, kita boleh saja merujuk kepada insiden yang berlaku di negara asal nenek moyang mereka, China  tidak berapa lama dahulu, di mana rakyat di sana sanggup membiarkan anak kecil yang dilanggar kereta terbiar di tengah jalan.   Si kecil itu pula dilanggar bukan sekali, tetapi berkali-kali tanpa siapa peduli.   Insiden ini dimuat naik ke youtube, sekali gus menjadi gempar ke seluruh dunia.   

Begitulah juga ‘keringnya’ hati DAP, yang begitu berdegil untuk terus ‘berkiblatkan’ China sebagai tanahair mereka.  Sama seperti keringnya hati nenek moyang mereka, pengganas-pengganas komunis yang menyiksa dan membunuh anggota keselamatan negara, rakyat yang tidak berdosa termasuk anak-anak kecil tanpa belas kasihan.   

Oleh itu, kita percaya yang Sing Yee tidak pernah dan tidak akan meminta maaf kepada Dato’ Seri Najib secara ikhlas kerana beliau tidak pernah insaf atau rasa bersalah.   Malah, Sing Yee kini menjadi wira anak-anak muda DAP yang berani ‘menentang’ kerajaan.  Mengikut ajaran DAP, biadap itu adalah baik, khianat itu adalah baik selagi ia ditujukan kepada orang Melayu.  

Justeru, di harap Perdana Menteri kita tidak akan memberikan maaf kepada Sing Yee.   Umur belasan tahun bukan alasan untuk lepas dari kesalahan.  Jika di umur ini juga masih tidak diajar agar bertanggungjawab dan memikul kesalahan sendiri, maka bila lagi?   Sing Yee adalah barah kepada negara dan siapa tahu berapa ramai lagi yang sepertinya.  

Kerajaan, khasnya pihak MCA perlu berusaha agar minda anak-anak muda Cina yang telah dipengaruhi ajaran DAP kembali menghayati Rukunegara yang lima jika kita tidak ingin melihat Malaysia huru-hara di masa hadapan.  

PANASSS: Video Full Story Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim Bersiap Sedia Menembak Orang Awam!!!





Well... Anwar lebih advance... maju setapak lagi dalam menggunakan kekerasan dan kezaliman.  Kali ini, pistol digunakan untuk mengancam orang awam aka pendemo.  

Dah macam kat Palestine GT tgk... orang Palestine lempar batu, Zionis balas guna senjatapi... perrhhhh... ke mana tumpahnya kuah kan... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...