Bersama Berjuang

Monday, September 10, 2012

Siakap Senohong MB Macam Kartun, Dah Berbohong, Bodohnya Melantun-Lantun! - Majlis Belia Selangor???



Pada tahun 2008 Pilihanraya Umum yang ke 12, pihak pembangkang telah mengeluarkan satu manifesto. Di dalamnya tertera “TAWARAN KAMI SEKIRANYA TERPILIH DI SELANGOR” , disertai “janji-janji” seperti; Urustadbir Berwibawa, Sosial dan Kebajikan, Kesihatan, Ekonomi dan Keselamatan kepada rakyat Selangor.

Ramai rakyat jelata kuhususnya golongan muda di Selangor apabila mengetahui isi kandungan manifesto ini, melihat seolah ada pembaharuan yang mereka inginkan bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga untuk keluarga, kerjaya dan ekonomi mereka. Tetapi pada hari ini kita semua telah tertipu oleh sandiwara politik, yang bertopengkan ketulusan dan amanah oleh pihak pembangkang. Pengarah sandiwara yang berpandukan skripsi manifesto ini telah membuat satu pembohongan kepada rakyat Selangor. Sahih dan nyata, Menteri Besar telah berkata manifesto itu bukan satu janji pilihanraya.

Ini bererti, manifesto yang dibuat hanyalah bersandarkan omong-omong kosong dan apa yang telah ditawarkan kepada rakyat Selangor sudah pasti tidak akan ditunaikan. Tidak ada mana-mana parti politik atau kerajaan di dalam dunia ini yang berfikiran waras membuat satu manifesto yang sudah pasti dikaji selidik dan dikategorikan terlebih dahulu, tetapi tidak akan melunaskan apa yang mereka tawar atau janji kepada masyarakat.

Golongan muda dan belia  yang sebelum ini dijanjikan langit dan bumi terpaksa menelan air liur selama 4 tahun pemerintahan yang pincang oleh kerajaan negeri Selangor. Urustakbir yang lemah serta penyelewengan kuasa dapat kita lihat berlaku berleluasa di negeri Darul Ehsan ini. Janji yang mereka tawarkan tetapi tidak ditunaikan telah menjejaskan perkembangan sasiah orang-orang muda, penindasan ekonomi kepada generasi muda, sosio ekonomi yang tidak seimbang masih berlaku, kos perumahan yang terlalu mahal, masalah sampah yang tiada kesudaan, pelajaran percuma hanyalah khayalan sahaja, sifat keegoan kerajaan negeri berkenaan isu air di Langat 2 masih kabur dalam mencari penyelesaian, penyelewengan pasir masih berleluasa, campur  tangan politik menjejaskan Unisel dan lain-lain lagi.

Kami orang muda Selangor ingin menyatakan kekhuatiran kami apabila sebuah kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat,  berpandukan kepada manifesto atau janji yang tidak perlu ditunaikan, maka kami menyeru bukan sahaja kepada orang muda tetapi juga kepada warga Selangor supaya menolak kerajaan yang dayus serta bersifat munafik dan tidak mengotakan apa yang mereka telah janjikan dahulu. Pepatah ada mengatakan, “Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri”.

Perlu juga kami ingatkan kepada semua manifesto ini juga ada menyatakan, “Sekiranya kami diberi amanah memerintah Malaysia”, berserta dengan tawaran mereka, maka kami mengajak belia dan orang muda Selangor berfikir sejenak, kerana apa yang mereka janji dan tawarkan itu hanyalah satu pembohongan semata-mata.
.
Terima Kasih.


Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden
Majlis Belia Selangor

Sunday, September 9, 2012

Sin Yee Bakal Tunjuk Punggung??? Haarkkkk Ptuuuihhh!!! Suwey 7 Hari 7 Malam!!!



PR bernasib baik hanya Muhammad Ammar yang menjadi luar kawalan sehingga sanggup membuka seluar dan menunjuk punggung pada malam sambutan Hari Merdeka tempoh hari.  Apa agaknya akan terjadi jika si nyonya berbaju BERSIH atau amoi, Sin Yee juga turut berbuat yang sama?  

Tentu semakin meriah dan ‘bersemangat’ jadinya himpunan Janji Demokrasi pada malam itu.  Reformasi yang dilaungkan akan lebih kuat dan silap-silap semua peserta yang terlibat akan turut melakukan perkara yang sama, iaitu membuka seluar.   Mahu tumbang juga kerajaan dibuatnya jika ini berlaku kerana pihak berkuasa menjadi bingung dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana pandangan mereka terganggu.  

Nasib baiklah perkara ini tidak terjadi dan Sin Yee hanya memakai seluar ketat jarang sambil memijak gambar Dato’ Seri Najib, tanpa membukanya.  Jika tidak, tentu jenuh puak-puak PAS mencari ayat untuk menghalalkan tindakan tersebut kalaupun tidak turut sama.  

Sekarang pun, kita lihat walaupun Tok Guru Nik Aziz juga mengecam tindakan tak senonoh peserta himpunan Janji Demokrasi tetapi penyokong-penyokong PAS di laman-laman sosial dan media pro-PR seolah-olah ‘keberatan’ untuk turut mengecam tindakan tersebut.   Kebanyakan mereka mengambil sikap ‘malu alah’ dan enggan mengulas lanjut mengenai insiden buka seluar.  Sebaliknya, mereka cuba mengalihkan topik atau perhatian ke arah lain sekiranya perkara ini dibangkitkan oleh pihak lawan.  

Kita tahu bahawa adalah tidak mustahil jika Sin Yee benar-benar membuka seluar dengan diikuti oleh sebahagian besar peserta lain, maka PAS akan terpaksa juga membela tindakan tersebut dengan apa jua cara.   Mungkin juga akan timbul ayat baru yang mengatakan berkelakuan tidak senonoh itu adalah dibolehkan jika ianya bertujuan menentang pemerintah yang zalim atau sebagainya.  

Sekarang pun, ada pihak Pakatan Rakyat yang membela Ammar sambil mengutuk ibu bapa Ammar sebagai mengkhianati anak sendiri kerana menyerahkannya kepada pihak berkuasa.  

Ini adalah sama seperti yang berlaku dalam kes ‘mencarut’ apabila Tok Guru Nik Aziz mempertahankan buku Shit, tulisan Shahnon Ahmad yang penuh dengan kata-kata mencarut di tahap tertinggi terhadap pemimpin negara.   Alasan Nik Aziz ketika itu ialah ‘Allah juga mencarut’, dan diberikan contoh iaitu ungkapan ‘celakalah mereka’ di dalam Al-Quran.  

Kita tidak hairan jika alasan ini diberikan oleh Nik Aziz kerana kita pasti, beliau gagal dalam peperiksaan Bahasa Malaysia apabila tidak dapat membezakan ‘mencarut’ dengan perkataan keras untuk menekankan kemurkaan Allah S.W.T terhadap umat yang engkar di dalam Al-Quran. 

Nasib baik kali ini Nik Aziz tidak turut membela tindakan Ammar tetapi mengecamnya.  Nasib baik sekali lagi Sin Yee tidak berbuat yang sama, kalau tidak belum tentu lagi apa pendirian Nik Aziz mengenainya.  Mana tahu mungkin beliau akan memberi alasan yang Sin Yee adalah bukan Islam maka tindakan sebegitu tidak harus dipertikai semata-mata untuk menjaga hati DAP?

Lagipun, bukankah DAP yang bertungkus lumus membela Sin Yee dan telah nampak jelas yang mereka sedang berusaha untuk mempolitikkan kebiadaban Sin Yee sebagaimana mereka mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock?  Sin Yee kini cuba dijadikan ‘hero’ hanya kerana tangannya digari ketika ditangkap.   

Apakah Nik Aziz akan turut meng’hero’kan Sin Yee?

Friday, September 7, 2012

Malik Itik Pekak Dihambat Rakyat Yg Tertindas!!!



PULAU PINANG : Berang dengan layanan acuh tidak acuh Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap mereka, sekumpulan penjaja di Padang Kota Lama nekad 'menyerbu' majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran DAP malam tadi.

Kira-kira 20 penjaja termasuk ahli keluarga mereka berhimpun di luar Balai Rakyat Jalan Patani di sini bermula pukul 8 malam sambil membawa kad-kad yang antaranya tertera perkataan 'Lim Guan Eng pembohong', 'Mana janji Lim Guan Eng nak tolong nasib peniaga?' dan 'Mana Exco Melayu? Mana janji PRU-12'.

Mereka turut berteriak memanggil Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim supaya keluar untuk bersemuka.

Mereka juga meminta penganjur menyampaikan permintaan tersebut selepas tiada respons diberikan oleh Abdul Malik. Namun permintaan mereka seperti tidak diendahkan terus oleh Abdul Malik yang terus menjamu selera dengan para tetamu.

Kecewa dengan keadaan tersebut, mereka cuba memasuki dewan berkenaan tetapi dihalang oleh beberapa ahli jawatankuasa penganjur sehingga mencetuskan suasana tegang dan hampir berlaku pergaduhan.

Kumpulan penjaja itu kemudian berkumpul di pintu pagar untuk menunggu Abdul Malik keluar dari kawasan tersebut.

Melihat keadaan itu, berpuluh-puluh penyokong pembangkang terpaksa membuat formasi rantaian di sekeliling kenderaan Abdul Malik bagi menghalang kumpulan penjaja tersebut merempuhnya.

Tindakan itu terpaksa dilakukan kerana sebelum itu kenderaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik dihalang dan ada di antara penjaja tersebut yang melompat ke atasnya.

Suasana kecoh tersebut akhirnya selesai kira-kira sejam kemudian apabila sepasukan polis tiba dan menempatkan balai bergerak di situ bagi mengawal keadaan.

Wakil kumpulan penjaja, M. Balakrishnan, 55, berkata, mereka terpaksa berbuat demikian kerana itu sahaja cara untuk bertemu para pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang terutama yang menjaga kebajikan peniaga kecil.

Dia yang menyediakan khidmat refleksologi di Padang Kota Lama menjelaskan, sejak enam bulan lalu pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sering menghalau mereka daripada berniaga dari lokasi tumpuan pelancong itu kerana tidak mempunyai lesen perniagaan.

Menurutnya mereka ada memohon lesen tetapi sehingga kini tidak diberi malah aduan mereka kepada pemimpin kerajaan negeri juga seolah-olah tidak dilayan.

"Kami hanya mencari makan di situ dan selama ini kamilah yang menjadi tumpuan para pelancong. Kami mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng turun padang dan selesaikan perkara ini dalam tempoh tujuh hari dan jika tidak kami akan mengadakan demonstrasi besar-besaran," katanya yang berniaga di Padang Kota Lama sejak lapan tahun lalu. 

Laman Web Suara PR Serlahkan Sikap Hakiki Fuckatan : Zalim Dan Bodoh Melantun-Lantun!!!



Jika kita semua dikejutkan dengan tindakan Muhammad Ammar Abd. Rahman dan beberapa peserta Janji Demokrasi tajaan Pakatan Rakyat yang biadap, tidak senonoh dan khianat, hari ini kita terkejut lagi dengan sebuah artikel di laman web SuaraPR yang menyatakan rasa ‘terkejut’ dengan berita di akhbar, sepertimana yang ditulisnya: 

“LAMAN ini terkejut dengan tindakan ibu bapa pelajar, Muhammad Ammar Abd Rahman yang dikaitkan dengan tindakan menghina pemimpin negara kerana menunjukkan punggong kepada gambar Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansur, kerana sanggup menyerahkan anak sendiri kepada polis untuk dikenakan tindakan!!  Ibu bapa jenis apakah ini yang sanggup lihat anak sendiri masuk lokap?”

Artikel tersebut juga membandingkan ibu bapa Ammar dengan binatang kerana tidak sayangkan anak serta mempersoalkan kesalahan yang dibuat Ammar yang baginya terlalu remeh dan keanak-anakan untuk diambil hati.  

Lebih mengejutkan lagi ialah ia membandingkan dengan kekukuhan semangat kekeluargaan keluarga Anwar Ibrahim yang tetap berada di belakangnya, walaupun apa jua tuduhan yang dikenakan terhadap beliau.  

Kemuncaknya, penulis tersebut menyarankan yang ibu bapa Ammar wajar digantung!

Untuk seketika, kelu dan bingung setelah membaca artikel tersebut.  Hilang kata-kata dibuatnya.  Apakah pemimpin PR merestui tindakan Ammar kita tidak tahu, tetapi kita pasti, Anwar Ibrahim dan keluarganya pasti merestui artikel yang ditulis oleh laman SuaraPR tersebut.  

Melihat dari gaya pemikiran yang dipaparkan melalui artikel tersebut, maka akhirnya kita dapat memahami bagaimana otak atau minda penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berfungsi, atau pun lebih tepat, tidak berfungsi.  

Ammar telah bertindak sedemikian tentunya kerana terlalu banyak meluangkan masa melayari laman-laman web pro-PR dan bergaul dalam kumpulan penyokong-penyokong PR.   Bukan kita tidak tahu bahawa laman-laman pro-PR begitu giat menanam kebencian dan hasutan.  

Apabila saban hari disuap dengan kebencian lalu mereka pun merasakan perlu meluahkannya untuk kelegaan sendiri iaitu melalui segala macam bahasa kesat dan teramat kesat terhadap subjek yang mereka benci, iaitu UMNO, BN, Kerajaan, malah Malaysia, melalui laman-laman sosial pula.  Ini dilanjutkan ke perbincangan dan perbualan harian bersama rakan-rakan.   

Lalu, mengutuk subjek yang mereka benci menjadi makanan rohani mereka setiap hari.  

Apabila otak dan hati telah dipenuhi dengan benci, caci, carut, kutuk, hina, maki, hamun dan berbagai-bagai perkara yang buruk, maka akhirnya minda tidak dapat lagi berfungsi dengan baik lalu tidak lagi dapat mengawal atau mengerti akan tindakan yang dilakukan sendiri.  

Ini menjelaskan kenapa Ammar memberi jawapan bahawa beliau tidak tahu kenapa beliau berbuat begitu iaitu sanggup menunjuk punggung ke atas gambar Perdana Menteri di khalayak ramai.   

Memang Ammar sudah tidak tahu apa-apa dan begitu lah juga keadaannya penyokong-penyokong PR yang lain.  

Maka tidak hairanlah otak mereka tidak lagi dapat memproses maklumat dan fakta mahupun merasai dan menghayati nikmat di depan mata.  Akibatnya, mereka menjadi tidak bersyukur kerana segala sesuatu kelihatan begitu buruk di mata mereka.  

Apabila kita memilih untuk melihat hanya keburukan ke atas segala sesuatu, maka lama kelamaan kita sendiri akan menjadi buruk.  Iaitu buruk dari segi percakapan, pemikiran, sikap dan juga penampilan.  

Sampai ke tahap ini, seseorang itu akan dengan sukarela membiarkan diri diheret oleh pemimpin PR untuk berdemonstrasi, merusuh dan melakukan kemusnahan atau apa saja.  Bagai dirasuk iblis, mereka sudah hilang kesedaran atas apa yang mereka lakukan.  Kerana itulah kita melihat peserta-peserta demonstrasi anjuran PR tidak kira yang bertudung, berjubah, berjanggut atau yang bersinglet dan berseluar pendek akan memekik-mekik, melolong dan terkinja-kinja seolah-olah gembira dan marah yang bercampur-baur yang mana mereka sendiri tidak dapat memahaminya.  

Bagaimanapun, jika Ammar hanya menjadi separuh sedar ketika berada bersama kumpulan ini,  penulis artikel di laman SuaraPR tersebut pula berada dalam separuh sedar secara berterusan.  

Ini kerana seorang yang benar-benar waras tidak mungkin akan mengutuk tindakan mulia ibu bapa Ammar.   Sedangkan ibu bapa Ammar telah membuktikan bahawa mereka adalah ibu bapa yang baik, warganegara yang baik serta Muslim yang baik.  Mereka sanggup menelan rasa malu bagi menegakkan prinsip bahawa yang salah, tetap salah, yang buruk tetap buruk, walaupun anak sendiri yang melakukannya.  

Tindakan pantas mereka memberi peluang kepada anak mereka untuk kembali ke alam nyata dan memperbaiki diri.   Kerana tindakan mereka, maka minda Ammar kini terpaksa atau dipaksa berfungsi kembali memikirkan kenapa beliau sanggup melakukan apa yang dilakukannya di Himpunan Janji Demokrasi tersebut.  Ternyata Ammar tidak tahu apa-apa.  

Seterusnya, minda Ammar kini perlu dipaksa melihat realiti di sekelilingnya secara sedar.  Harapan kita agar beliau kembali dapat membezakan yang baik dan yang buruk serta yang benar dan yang palsu.  

Harapan kita juga agar si penulis di laman SuaraPR tersebut dapat melakukan yang sama.  Kita percaya, ibu bapa penulis tersebut juga pasti akan mengheretnya mendalami ilmu agama untuk memperbaharui ketakwaannya atau menyerahkannya terus kepada pihak yang berkenaan untuk dicuci mindanya, andai saja mereka mendapat tahu mengenai artikel yang ditulisnya.   Ini kerana kita pasti, tidak ada ibu bapa yang mengajar dan menyokong anaknya berkelakuan biadab terhadap orang lain.  

Apapun, tindakan Ammar adalah cerminan jiwa dan minda manusia-manusia yang menyokong dan memimpin PR.  Kesilapan Ammar wajar dijadikan pengajaran kepada seluruh anak muda di Malaysia agar tidak terpengaruh dengan kegilaan yang dibawa oleh parti tersebut.  Mengundi parti yang gila, pasti akan membawa bencana.  

Terlalu Banyak Skandal Hingga PR Tidak Mampu Menutupnya!!!



Barangkali sudah serik dan perit bila kisah dalamannya kerap menjadi bualan umum dan sering menyebabkan kontroversi, akhirnya PKR Pulau Pinang mengambil keputusan menghentikan segera siasatan lanjut berkaitan insiden kebocoran minit mesyuaratnya.

Alasan yang mereka kemukakan bagi menjustifikasikan keputusan tersebut ialah untuk mengelakkan risiko 'family scandal' daripada terus merebak kepada pengetahuan umum.

Dalam minit mesyuarat ataupun transkrip perbualan yang terdedah pada umum itu antara lainnya mencatatkan kritikan pedas oleh Timbalan Ketua Menteri I (TKM I), Dr Mansor Othman dari PKR terhadap pemimpin utama DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim yang sekarang ini adalah Setiausaha Agung DAP telah digelar sebagai tokong yang angkuh dan sombong berikutan perwatakan dan pembawaan sikapnya yang semakin tinggi diri dan semakin jauh dari rakyat kebanyakan. 

Turut direkodkan ialah perancangan sulit PKR dalam menghadapi pengaruh DAP yang dilihat mengancam kepentingan politik PKR di Pulau Pinang khususnya. Berikutan senario itu, PKR merancang untuk menyediakan calon-calonnya dari keturunan Cina sebagai persiapan awal untuk berdepan dengan DAP kelak.

Bijak atau tidak keputusan terbaru PKR itu bukannya satu persoalan untuk kita halusi tapi hakikatnya pendedahan minit mesyuarat atau lebih tepat lagi transkrip perbualan antara pemimpin PKR yang kecoh sebelum ini membuktikan terlampau dalam jurang kepercayaan antara mereka yang bersekongkol dalam PR.

Selain mendedahkan wajah sebenar pemimpin pakatan pembangkang yang hanya ceria di depan siap boleh bertepuk tampar antara satu sama lain tapi di belakang masing-masing siap sedia untuk menikam belakang rakan-rakan sepakatan, ia juga mengesahkan perjuangan para pemimpin PR hanyalah untuk memenuhi tembolok sendiri sahaja.

Layaklah kelakuan sedemikian rupa agak sinonim dengan ramai pemimpin pembangkang, sementelah lagi kewujudan mereka pun kebanyakannya kerana atas dasar kecewa dek kerana pembawaan diri yang tidak cocok dengan polisi dan dasar kerajaan pusat yang memerintah yang lebih mendahulukan kehendak rakyat.

Dalam jangka waktu sebulan dua ini sudah berkali-kali maklumat sulit hasil mesyuarat atau pertemuan sesama pemimpin PKR telah didedahkan kepada umum, termasuklah pembahagian kuota kerusi parlimen yang mahu dipertandingkan, perancangan Anwar dan Nurul Izzah untuk lari dari kawasan masing-masing serta beberapa yang lain.

Malah menurut satu sumber, kesan dari pelbagai pendedahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini telah menambah curiga Ketua Umum PKR terhadap ramai anak buah termasuklah orang kanannya sendiri. Dengarnya sampai rimas dibuatnya beberapa orang kanan PKR melihat pada reaksi tersebut.

Mungkin selepas ini PKR terpaksa mengambil langkah lebih berjaga-jaga terutama sekali bilamana mahu membincangkan perkara sulit sesama mereka, jika tidak mahunya teruk ditelanjangkan lagi oleh orang-orangnya sendiri. 

Menitiknoktahkan Isu LYNAS - FULLSTOP!!!



Selepas berbulan-bulan operasi kilangnya cuba disabotaj oleh pemimpin pembangkang dengan pelbagai tohmahan akhirnya Lynas dibenarkan juga untuk beroperasi secara bersyarat di bawah Lesen Pengendalian Sementara (TOL).

Kelulusan berlesen yang diperolehi dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) itu bermula 3 September lalu dan akan berakhir pada 2 September 2014. 

Mengikut jadual asal, Lynas sepatutnya sudah beroperasi sejak Mei tahun ini tapi berikutan putar belit fakta dan polemik isu yang dimainkan oleh pembangkang menyebabkannya terpaksa ditangguhkan sementara.

Mengikut fahaman yang sebarkan oleh pembangkang jika kilang Lynas beroperasi kesan radioaktifnya akan menyebabkan masalah pada kesihatan dan alam sekitar untuk jangka waktu pasang.

Rentetan dari propaganda sedemikian, timbullah cerita ikan berkepala dunia, mati kerana kanser dan lain-lain kisah rekaan untuk menakutkan penduduka setempat dan rakyat Malaysia seterusnya menolak pembangunan kilang bahan nadir bumi itu.

Turut dipropagandakan konon harga tanah di sekitar kilang Lynas tersebut akan jatuh merudum, sedangkan sebenarnya hebahan palsu sedemikianlah langsung tiada asasnya kerana kilang Lynas bukannya loji nuklear sebaliknya hanya kilang yang memproses bahan nadir bumi untuk kegunaan pelbagai alatan dan barangan kegunaan harian kita semua..

Realitinya bahan nadir bumi yang mereka potretkan sebagai 'hantu' itu sebenarnya sudah lama mereka pegang dan guna. Pelbagai jenis peralatan elektronik dan gadget terkini semuanya memanfaatkan bahan nadir bumi dalam teknologi pembuatan mereka.

Baik telefon mudah alih, Ipad, Iphone, Galaxy Tab malah beberapa komponen kereta yang kita sering guna pun turut menggunakan bahan nadir bumi.

Tapi dalam pada para penyokong dan NGO pro pro pembangkang menghebahkan kisah rekaan termasuklah membuat tohmahan kilang Lynas adalah loji nuklear, namun tidak pula mereka ini semua mencampak buang ke dalam longkang segala gadget dan peralatan elektronik yang mereka sedang gunakan sekarang.

Kan hipokrit namanya tu. Halang pengoperasian kilang Lynas yang akan memproses bahan nadir bumi tapi dimasa yang sama saban minit dan tiap hari dengan selambanya menggunakan alatan elektronik seperti komputer, Iphone dan lain-lain.

Apapun, serentak dengan perkembangan terbaru ini, Lynas dijangkakan akan mula menghasilkan pengeluaran pertamanya pada awal Oktober 2012 nanti. 

Jika semuanya berjalan lancar, syarat dan aspek teknikal dipenuhi tidak mustahil selepas ini Malaysia akan menjadi salah satu pengeluar utama bahan nadir bumi. Impak positifnya bukan sahaja memakmurkan ekonomi negara malah ramai rakyat yang akan gembira dengan perkembangannya. 

Kesan lainnya, pengeluaran dan penghasilan bahan nadir bumi dunia yang sekarang sedang dimonopoli oleh syarikat-syarikat di negara China tentunya akan terencat berikutan saingan baru dari Lynas.

Inilah yang sebenarnya ditakuti oleh ramai penyokong dan pemimpin pembangkang khususnya dari DAP dan PKR kerana kita tahu, gerakan anti Lynas yang mereka jalankan selama ini pun segala urusan kewangan untuk menampung aktiviti mereka ditanggung oleh syarikat-syarikat dari China.

Cukuplah dan sudah-sudahlah bertelagah dan menipu orang ramai demi memenuhi tembolok sendiri. 

Kalau betul semua pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka masih mahu teruskan juga gerakkan anti Lynas konon kerana takut radioaktif, eloklah pakat campak semua telefon, ipad atau kereta masing-masing ke dalam lombong.

Ada berani? Ceh. Dalam himpunan hijau anti Lynas yang disertai penyokong pembangkang itupun ramai yang guna pelbagai gadget elektronik yang memanfaatkan bahan nadir bumi. Jadi jangan haraplah mereka akan campak semua gadget tersebut. Hipokrit.

Thursday, September 6, 2012

Mat Sabu Sesak Nafas Kena "Jentik" Dengan Ustaz Nasharuddin!



Ura-ura kewujudan konspirasi untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sudah lama diketahui umum terutama sekali semenjak tercetusnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang hangat diperdebatkan selepas Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu.

Walaupun bukan satu rahsia pencetus idea ke arah pembentukan UG datangnya dari Presiden PAS sendiri namun fokus kemarahan pemimpin lain yang pro Anwar Ibrahim (Anwarinas / Erdorgan) tetap terarah kepada Ustaz Nasharuddin disebabkan peranannya sebagai antara perantara penting yang membawa kepada pertemuan antara pemimpin UMNO dan PAS.

Tika ini sekalipun usaha mereka telah berjaya melumpuhkan lebih separuh kekuatan pengaruh Ustaz Nasharuddin, namun sisa-sisa pengaruh beliau diakui masih mampu mengancam perancangan kumpulan Anwarinas untuk menguasai sepenuhnya struktur kepimpinan PAS.

Lantaran itu apabila media perdana menyiarkan foto pertemuan Ustaz Nasharuddin dengan Perdana Menteri di Kota Suci Mekah bersama beberapa ulama Arab Saudi diikuti respon keras oleh Ustaz Nasharuddin yang mahu PAS mengkaji semula hubungan dengan PR khususnya DAP, peluang tersebut segera diambil oleh kumpulan Anwarinas bagi menekan pucuk pimpinan PAS untuk menyingkirkan terus Ustaz Nasharuddin dari parti.

Sebagaimana mereka berjaya menyingkirkan bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali atas alasan melanggar dasar PAS, demikian juga mereka yakin dengan alasan sama Ustaz Nasharuddin akan dapat disingkirkan.

Berjaya atau tidak usaha konspirasi kumpulan Anwarinas mempengaruhi kepimpinan PAS membuat keputusan yang keras dan muktamad itu banyak bergantung pada sejauh mana kemampuan Nik Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS untuk mempengaruhi arah pemikiran ahli Majlis Syura PAS pada 9 Sep-tember nanti.

Nik Aziz yang sejak dulu diketahui agak condong kepada kumpulan Anwarinas dipercayai masih memiliki pengaruh peribadi dikalangan beberapa ahli Majlis Syura, tidak mustahil berupaya mencorakkan keputusan seperti yang dikehendaki oleh kumpulan Anwarinas yang diketuai oleh Husam.

Bagaimanapun, jika sebaliknya berlaku dan Majlis Syura PAS mengambil keputusan memihak kepada Ustaz Nasharuddin, bermakna selepas ini kita akan menyaksikan beberapa perkembangan menarik termasuklah kebangkitan semula Ustaz Nasharuddin dalam kepimpinan PAS selain merintis ke arah permulaan kejatuhan pengaruh Nik Aziz dalam mencorakkan arah tuju PAS di masa depan.

Imbas semula semasa Muktamar PAS yang ke-55 tahun 2009, usaha kumpulan Anwarinas untuk menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari jawatan Timbalan Presiden pernah terbantut apabila ketua mereka, Husam Musa tewas dalam pertandingan tiga penjuru sekalipun tika itu Nik Aziz memberi sokongan kuat kepada anak buah kesayangannya itu.

Disebabkan kehadiran Mat Sabu sebagai calon kumpulan Syiah PAS bagi merebut jawatan yang sama, bukan sahaja telah menyebabkan undi kumpulan Anwarinas berpecah dua malah dimasa yang sama menyumbang kepada kemenangan bergaya kepada Ustaz Nasharuddin untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS.

Menjelang Muktamar PAS tahun 2011 hasil iktibar dari kekalahan sebelumnya, kumpulan Anwarinas yang diketuai oleh Husam telah membuat percaturan taktikal dengan hanya bertanding jawatan Naib Presiden manakala bagi jawatan Timbalan Presiden sokongan diberikan kepada ketua kumpulan Syiah PAS iaitu Mat Sabu.

Mengikut perkiraan mereka, sekiranya Mat Sabu berjaya merampas jawatan tersebut dari Ustaz Nasharuddin, peluang untuk Husam merampas kerusi empuk Timbalan Presiden itu semasa Muktamar PAS ke-59 tahun 2013 kelak akan lebih mudah disebabkan 'aura' kepimpinan Husam diyakini jauh lebih hebat berbanding Mat Sabu.

Untuk itu perubahan taktikal tersebut dilakukan dengan fokus menjatuhkan dahulu Ustaz Nasharuddin dari jawatan Timbalan Presiden.

Pun demikian disebabkan karisma Mat Sabu kurang diyakini untuk menyatupadukan penyokong kedua-dua kumpulan tersebut, usaha memecahkan undi kumpulan 'ulamak' terpaksa dilaksanakan dengan mempengaruhi saudara terdekat kepada Mursyidul Am PAS yakni Tuan Ibrahim Tuan Man untuk melengkapkan pertandingan tiga penjuru yang diyakini akan memihak kepada Mat Sabu.

Hasilnya Mat Sabu menang dengan majoriti 21 undi mengalahkan Tuan Ibrahim yang mendapat undi 399 di kedudukan kedua manakala ustaz Nasharuddin yang gagal mempertahankan jawatan tersebut tewas dengan hanya mendapat sejumlah 224 undi sahaja.

Melihat pada imbasan tersebut ditambah lagi dengan senario terkini, ramai pemimpin PAS yang berlatarbelakangkan agama masih mengharapkan peluang kedua masih wujud untuk Ustaz Nasharuddin, jika ianya menjadi kenyataan bermakna impian mereka untuk menebus kekalahan memalukan di tangan kumpulan Anwarinas akan tercapai dengan mencalonkan kembali Ustaz Nasharuddin untuk bertanding semula jawatan Timbalan Presiden PAS.

Pastinya pertembungan tersebut akan mengulangi episod tahun 2009 yang menyaksikan Mat Sabu terpaksa berdepan dengan Ustaz Nasharuddin dan Husam Musa dengan jangkaan Ustaz Nasharuddin akan kembali memenangi jawatan itu sekaligus memulakan gerakan membersihkan semula imej PAS yang sekarang ini lebih sinonim dengan gelaran sebagai anjing DAP.

Apapun, senario sebenar hanya akan diketahui pada 9 September nanti, sama-samalah kita saksikan sama ada PAS masih mahu kekal sebagai anjing DAP ataupun masih ada sedikit sisa-sisa kesedaran untuk cuba memperbetulkan kembali landasan perjuangan mereka yang sudah jauh tersasar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...