Bersama Berjuang

Friday, July 20, 2012

Full Video Debat UFB Vs Tantawi... Dan Evolusi Penyokong PAS! Hehehe..


Yang mengaku bawa Islam ni PAS. Tapi bila time debat ni xnampak pun PAS Islamic. Nampak sama je liberal macam parti lain. 

Tahniah kepada UFB yang masih mengekalkan hujah ilmiah dan lebih Islamic daripada PAS walapupun kerap di"provoke" oleh penonton yang tak bertamadun daripada PAS.

PAS & pengikut dia masih di takuk lama. Ingat sudah berubah. Tapi sayang masih begitu juga. Baik ceramah, baik forum, baik debat atau apa sahaja aktiviti yg mereka buat, masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Terpekik terlolong macam orang dalam tanjung rambutan ^__^

Sambil terpekik, mereka bergelak ketawa semasa program sedang berlangsung. Ditegur oleh staff yang bertuga pun mereka masih begitu. Bila ramai semua tunjuk hero. Macam budak sekolah rendah. 

Yang peliknya orang terdekat Ustaz Nasaruddin pun terpekik terlolong dibelakang semasa program berlangsung. Adakah ini sememangnya modus operandi mereka..?? Atau mereka memang lahir sebegitu rupa kurang adab majlisnya..?? ^__^

Mungkin ini jawapannya...


FGVH Buktikan Penyokong PAS Bodoh & Bengap??? KahKahKahKah


Beruk pun gelak besar.. kahkahkahkahkah.. KLIK SINI

MASALAH TEKNIKAL: Pembelian Saham FGVH Atau Azizan Razak Sebagai MB? Muahahahaha..


Demi menjaga ‘air muka’ partinya, Dato’ Seri Azizan Razak membuat kanyataan merelakan PKNK melepaskan ‘tuah’ dan membiarkan negeri kerugian.  

Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana selama ini juga PAS sentiasa mendahulukan politik daripada rakyat, mahupun agama.   

Alasan Azizan bahawa pembelian saham tersebut adalah ‘masalah teknikal’ membuktikan cakap-cakap orang selama ini bahawa beliau sememangnya tidak tahu apa-apa.   Kerana tidak mengambil tahu apa-apa termasuk apa yang berlaku di dalam organisasi di bawah kawalannya, negerinya malah partinya, membuatkan Azizan seringkali terhantuk baru tergadah.  

Mungkinkah Azizan tidak tahu bahawa beliau merupakan Pengerusi PKNK? Bagaimana seorang Pengerusi merangkap Menteri Besar boleh terlepas pandang akan pelaburan berjumlah RM2 juta lebih yang dilakukan oleh organisasi utama kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk menjana pembangunan sosio ekonomi negeri?

Bagaimana satu keputusan yang baik ditafsir sebagai ‘masalah teknikal’?   

Sebenarnya, ‘masalah’ di sini bukan pembelian saham tersebut, tetapi Azizan itu sendiri.  

Azizan sendiri keliru atau mungkin terpinga-pinga apabila disoal mengenai perkara ini.  Ini dapat dilihat dalam jawapan beliau yang menyatakan bahawa keputusan PKNK itu tidak bercanggah dengan PR, sedangkan isu besar di sini ialah ‘PR menentang keras penyenaraian Felda’.   Justeru bagaimana beliau dapat menjelaskan ‘tiada pertentangan’ antara keputusan PKNK dengan PR?  

Malah Azizan juga seolah-olah memberi jawapan tidak yakin dan tidak tegas bila menyatakan yang beliau “menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan selanjutnya termasuk untuk menjual saham tersebut.”  Nampaknya Azizan tidak dapat atau tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan dan mengembalikan persoalan tersebut ke bahu PKNK.  Walhal, peneraju utama PKNK adalah beliau sendiri.  

Tidak mungkin PKNK tidak pernah mengadakan mesyuarat dengan Pengerusinya dan tidak mungkin Pengerusi tidak diberitahu mengenai pembelian saham yang menjadi kontroversi.   Sebagai Pengerusi, Azizan sewajarnya duduk bersama Ketua Eksekutif PKNK sama-sama meneliti dan menganalisis saham FGVH sebelum membuat keputusan.  

Kita faham bahawa PKNK bukan satu-satunya organisasi yang dibawah tanggungjawab Azizan tetapi PKNK adalah organisasi paling  utama, atau nadi bagi negeri Kedah.  Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk terlepas pandang akan hal-hal yang melibatkan PKNK terutama yang membabitkan jumlah wang lebih RM2 juta.  Kita sedia maklum bahawa kewangan negeri Kedah berada di tahap kronik dan jumlah RM2 juta adalah besar bagi negeri tersebut.  

Apalah nasib negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa.  Sudahlah tiada satu pun projek yang mampu menjana pendapatan negeri yang dapat dilaksanakan dan kini untuk melabur atau berniaga juga mendapat halangan.  

Sepatutnya, Azizan membuat keputusan yang terbaik untuk negeri dan rakyatnya, bukan partinya.  Rakyat memilih beliau untuk menjaga kebajikan mereka dan juga mentadbir negeri, bukannya parti.  Justeru, beliau wajar memikirkan semasak-masaknya kepentingan siapa yang perlu diutamakan.  Dengan meletakkan kepentingan politik mendahului rakyat dan negeri, serta meletakkan tanggungjawab sendiri ke atas bahu orang lain, maka Azizan telah dengan sendirinya menunjukkan yang beliau tidak layak duduk di kerusi Pengerui PKNK mahupun kerusi Menteri Besar. 

CEO PKNK Bakal "Dibakulsampahkan" Oleh Mahfuz Bean?



Y.Bhg Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dikatakan menghadapi bahaya dipecat kerana telah memalukan PAS dalam isu pembelian saham FGVH.

Dato’ Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan yang PKNK membeli sejumlah 500,000 saham FGVH yang menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan hebat dari pembangkang.  Tindakan beliau menjadi tamparan hebat kepada Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah kerana bertentangan dengan pendirian dan perjuangan Pakatan Rakyat. 

Mazlan Aliman, yang menjadi ‘juara’ isu ini di dalam PAS dikatakan amat berang dengan tindakan tersebut serta menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan PAS pusat.   

PAS pusat sebelum ini telah mengeluarkan arahan khas kerahan kepada ahli-ahli mereka agar memberi kerjasama kepada Mazlan Aliman dengan turun beramai-ramai ke Perhimpunan Oren Sabtu lepas yang bertujuan memohon penggantungan saham FGVH.    Dengan tindakan PKNK membeli saham tersebut, telah meletakkan PAS dalam keadaan sukar, malah pelik, manakala Mazlan Aliman pula dilihat sebagai badut.  

Penentangan terhadap penyenaraian FGVH bukan isu kecil.  Isu ini telah diperbesarkan dengan sebesar-besarnya oleh PAS untuk dijadikan antara isu utama bagi menghadapi pilihanraya.  Justeru, tindakan PKNK membeli sahan yang ditentang PAS pastinya merupakan satu kesalahan yang amat besar.  Untuk itu, seseorang perlu dipertanggungjawabkan atau dihukum kerananya.  

Dato’ Seri Azizan Razak yang sentiasa kabur, keliru dan ‘kosong’, cuba memperbaiki keadaan dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi ialah masalah teknikal semata-mata dan PKNK boleh saja menjual kembali saham tersebut.  

Jelas, beliau yang merupakan Pengerusi PKNK, telah mengambil sikap enggan bertanggungjawab, seperti biasa.  Oleh yang demikian, kesalahan kini terletak seratus peratus di bahu Dato’ Abdul Rahman, Ketua Eksekutif PKNK.  

Sedangkan keputusan yang diambil oleh Dato’ Abdul Rahman pastinya bukan berupa keputusan peribadi, tetapi keputusan Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan PKNK.  Tidak mungkin bagi beliau untuk bertindak melabur sejumlah lebih RM2 juta wang PKNK tanpa berunding dan tanpa kelulusan ahli-ahli lembaga pengarah.  

Dato’ Abdul Rahman adalah ‘orang lama’ dalam PKNK dan beliau mendaki anak tangga ke atas dengan mengikut jalan yang lurus dan secara perlahan-lahan.  Berlatarbelakang pendidikan di Santa Clara University, USA dan University Malaya, beliau adalah antara ‘beberapa kerat’ pegawai-pegawai kerajaan di Kedah yang berwibawa, berdedikasi dan berkelayakan.   

Dengan pengalaman kerja yang merangkumi bidang hartanah, pelaburan, pembangunan dan pengurusan di beberapa organisasi termasuk Bank Negara, Bina Darulaman, KTPC, KSDC Insurance dan berbagai-bagai lagi, beliau merupakan aset penting, bukan sahaja bagi PKNK tetapi juga negeri Kedah.  

Sudah tentulah dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki beliau, cadangan membeli saham  FGVH merupakan cadangan yang telah difikir dan ditimbangnya masak-masak.   Beliau pastinya melihat keuntungan dari pembelian itu.  

Malang sekali apabila beliau kini menghadapi tekanan agar menjual kembali saham tersebut.  

Nampaknya, segala pengalaman dan ilmu Dato’ Abdul Rahman ini tidak diambilkira oleh PAS yang meletakkan politik mengatasi segala-galanya.  Dato’ Abdul Rahman kemungkinan besar akan dijadikan kambing hitam dalam isu ini bagi menyelamatkan maruah Azizan dan meredakan kemarahan PAS.  

Jika ini berlaku, maka PKNK akan mengalami dua kali kerugian iaitu kerana menjual kembali saham FGVH dan juga kerana kehilangan kepimpinan Dato’ Abdul Rahman.   Namun, semua ini tidak menjadi masalah bagi PAS, asalkan mereka mempunyai isu atau bahan untuk berceramah dan berkempen dalam pilihanraya nanti.  Jika tindakan mereka merugikan rakyat, negeri atau negara, ia bukanlah masalah bagi mereka.

Thursday, July 19, 2012

PAS Beli Saham FGVB! Mazlan Aliman Terbukti Pecacai Yang BODOH!!! Muahahaha..



Maka benarlah bahawa Pakatan Rakyat itu tidak sepakat.  Bukan sahaja tidak sepakat sesama parti sekutu tetapi juga di dalam parti sendiri.  PKR sudah lama diketahui mempunyai masalah dalaman antara kumpulan penyokong Azmin dengan penyokong Khalid Ibrahim.  Dan PAS pula antara Anwarinas dengan pro-Ulama.  

Tetapi, akhir-akhir ini semakin terserlah satu lagi kumpulan atau individu di dalam PAS yang tidak pro sesiapa, tidak terlibat dengan apa-apa perancangan, aspirasi atau strategi parti tetapi hanya mengikut kepala sendiri, iaitu Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.  

Sebelum ini, Ustaz Azizan telah mencipta masalah kepada PAS dan PR dalam isu-isu agama dengan ‘menyinggung’ perasaan DAP, serta isu pentadbiran negeri sehingga beberapa EXCO bertindak biadap dengan menolak kepimpinannya secara terang-terangan.   Akibatnya, beliau diletakkan di bawah ‘seliaan’ Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan beliau tidak ‘memandu’ Kedah ke arah yang berlainan dari destinasi yang ditetapkan oleh PR.  

Di kalangan rakyat pula, Ustaz Azizan dilihat sebagai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa.   Tiada satu projek pun yang dapat dijayakan di bawah pemerintahannya.  Malah segala masalah dalam negeri seperti balak yang sudah sampai di tahap kronik, perobohan madrasah, krisis dalaman KUIN, dan pembaziran yang berleluasa di Kulim Hi-Tech Park diketepikan saja oleh Ustaz Azizan sebagai ‘serangan tidak berasas UMNO’ terhadapnya.  

Masalah-masalah lain seperti isu air dan sampah pula ditepisnya sebagai berpunca dari kerajaan terdahulu.  Pendek kata, mudah sungguh menjadi Menteri Besar di negeri Kedah di mana semua masalah akan diabaikan saja dengan kenyataan, “tiada masalah” atau “semua sudah selesai”.  

Kenapa terjadi begini ialah kerana Ustaz Azizan tidak mengambil pusing terhadap apa yang dilaporkan di media sama ada media pro-kerajaan mahupun pembangkang.  Beliau juga buta IT selain angkuh dan enggan mendengar kata atau nasihat orang.   Beliau ‘menguruskan’ negeri serta ‘menyiasat’ sebarang masalah dengan cara mendengar laporan dari orang-orang kelilingnya sahaja.  Jika orang yang melapor itu menipu, maka penipuan itulah yang akan dipercayainya.  

Justeru, tidak mustahil Ustaz Azizan sebenarnya tidak tahu menahu mengenai pendirian PAS yang menentang penyenaraian Felda selama ini.  Malah, beliau juga mungkin tidak tahu menahu mengenai ‘seruan rasmi’ kerahan kepada ahli-ahli PAS agar meramaikan Himpunan Oren.  

Oleh itu, apabila Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datuk Abdul Rahman Ibrahim menyuarakan hasrat untuk melabur sejumlah RM2,275,000 atau 500,000 unit ke dalam saham Felda, Ustaz Azizan langsung mengiakannya kerana baginya ia pastilah sesuatu yang baik.  

Apatah lagi apabila dijelaskan yang PKNK mampu mendapat keuntungan pantas sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit berbanding harga belian RM4.55 seunit.  

Akibat dari sikap tidak ambil tahu Ustaz Azizan ini, PKNK telah membuat untung, tetapi PAS telah rugi dari segi modal politik.  Ustaz Azizan telah secara ‘tidak sengaja’ memalukan PAS dan membuktikan kepada penyokong dan ahli PAS bahawa pendirian parti PAS adalah salah, sekali gus keputusan kerajaan untuk menyenaraikan Felda adalah bijak.  

Beberapa pemimpin PAS telah pun menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati dengan Ustaz Azizan.  Tetapi kita percaya, selagi tiada media yang bertanyakan perkara tersebut kepadanya, Ustaz Azizan tidak akan tahu apa-apa.   Dan apabila beliau tersedar kesilapannya, beliau hanya akan berlagak selamba sahaja.  

Kini, yang pastinya PKNK telah pun berbuat keuntungan dari penyeneraian itu dan apapun alasan Ustaz Azizan kerana bertindak bertentangan dengan pendirian parti, tidak akan mengubah hakikat ini iaitu bahawa penyenaraian FGVH membawa banyak kebaikan dan keuntungan kepada banyak pihak, termasuk negeri yang ditadbir oleh PAS.   Justeru, penentangan PAS terhadap penyenaraian FGVH adalah tidak berasas dan berupa cerminan sikap hasad dengki semata-mata.

SPAN Sahkan Bekalan Air Bersih Kritikal... MB Selangor Capai Kebodohan Kritikal!



Air adalah sumber kehidupan. Tanpa air, bukan sahaja manusia yang akan berdepan dengan masalah malah kegiatan ekonomi juga terencat dan kesannya bila berlarutan amat memeritkan.

Tapi di Selangor, kerajaan negeri memandang remeh isu air dan lebih selesa bermain politik berbanding mencari penyelesaian jangka masa panjang demi kebaikan lebih 7 juta pengguna termasuk Kuala Lumpur & Putrajaya.

Laporan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) secara terperinci menyebut Selangor bakal berdepan dengan krisis air menjelang tahun 2014, sepatutnya tidak dipandang enteng begitu sahaja.

Malah laporan itu turut disokong pula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mengesahkan simpanan bekalan air bersih kini berada di tahap kritikal yakni hanya pada tahap 6 peratus sahaja..

Melihat pada sikap acuh tak acuh Kerajaan Selangor yang masih berdolak dalik dalam isu perlaksanaan projek Loji Rawatan Air langat 2 (Langat 2), jelas memperlihatkan kegagalan urus tadbirnya untuk memandang jauh ke hadapan.

Sedangkan tujuan pembinaan loji baru (Langat 2) tersebut bersama dengan terowong air melalui Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi sekaligus mengelakkan krisis air 1998 berulang.

Namun bila Kerajaan Selangor mengganggu kelancaran projek tersebut, akibatnya hingga kini beberapa kawasan Lembah Klang termasuk Selangor ada yang terpaksa menghadapi catuan air memandangkan rezab simpanan air di seluruh loji rawatan air bersih semakin berkurangan.

Andaian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kononnya bekalan air bersih mampu bertahan hingga tahun 2019 bukan sahaja tidak disokong oleh fakta, sebaliknya sengaja mahu meredakan kegusaran orang ramai saling tidak ubah seperti tindakan dangkal menyapu sampah ke bawah karpet.

Hakikatnya daripada 33 loji rawatan di seluruh Selangor yang membekalkan air bagi seluruh Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, hanya beberapa loji rawatan air sahaja yang masih beroperasi di bawah paras pengeluaran maksima.

Salah satu darinya ialah loji rawatan air di Sungai Rasa yang beroperasi pada tahap pengeluaran 138.71 JLH sedangkan tahap pengeluaran maksimanya ialah 250 JLH (Juta Liter Sehari).

Bagaimanapun disebabkan beberapa loji rawatan air yang sedang beroperasi bawah tahap sebenar ini tidak memiliki paip penghubung yang membolehkannya membekalkan air ke kawasan lain.

Sebahagian besar loji rawatan air yang lain pula terpaksa beroperasi melebihi tahap maksima antaranya loji rawatan air Sungai Langat yang mengeluarkan sejumlah 447.42 JLH berbanding 386 JLH kemampuan sebenarnya.

Loji rawatan air Sungai Semenyih pula membekalkan 665.92 JLH air bersih sedangkan kemampuan rekabentuk hanyalah untuk 546 JLH sahaja.

Loji-loji yang beroperasi melebihi kemampuannya lama-lamaan akan menghadapi masalah yang sekiranya berlaku serentak misalnya, beban kesusahan bukan sahaja dihadapi oleh rakyat malah kesannya menjejaskan operasi kilang-kilang yang menjana ekonomi negeri.

Secara keseluruhan, pengguna di Lembaha Klang menggunakan sejumlah 4,219 JLH manakala jumlah air bersih yang mampu dibekalkan oleh semua 33 loji rawatan air tersebut cuma 4,326 JLH.

Saban hari permintaan akan terus meningkat dan selagi tiada loji baru segera disiapkan, bermakna bila-bila masa sahaja para pengguna dan aktiviti ekonomi perkilangan akan menghadapi krisis yang lebih teruk.

Bukankah jelas di sini tindakan dolak dalik Kerajaan Selangor menangguhkan perlaksanaan projek langat 2 bukan sahaja bakal meningkatkan kos pembinaannya malah seumpama menjemput bala kepada rakyatnya.

Apakah ini yang kita kehendaki? 

LYNAS: Radioaktif Rupanya Keluar Dari Kepala Fuziah Toron... She is a LOSER!



Pada 14 Julai lalu, sebuah NGO yang menamakan diri mereka Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) telah mengadakan undian di 19 buah bandar dan pekan di seluruh Malaysia bertujuan untuk mencari jumlah sokongan terhadap usaha mereka menentang operasi kilang Lynas di Kuantan.  

Kesemuanya 28 lokasi di Malaysia yang dijadualkan menyertai program tersebut tetapi hanya 19 tempat sahaja yang mengadakan undian manakala tempat-tempat lain mengadakan aktiviti seperti mengumpul tandatangan, piket dan ‘flash mob’.  

Undian yang  yang bermula pada jam 5 petang dan ditutup pada jam 9 malam mendapati 20,194 orang mengundi menentang Lynas sementara hanya 6 yang menyokong.  

Berdasarkan pengiraaan ini, SMSL di dalam laman web rasmi mereka telah secara tidak langsung seolah-olah mengisytiharkan bahawa majoriti rakyat Malaysia menentang Lynas!

Persoalannya, bagaimana SMSL mengira 20,194 sebagai majoriti sedangkan rakyat Malaysia keseluruhannya ialah 28 juta orang?    Secara pecahannya pula, dari keseluruhan 19 kawasan membuang undi dan SMSL hanya mampu mendapat sokongan dari lebih kurang 20,000 orang bermakna, secara puratanya tidak sampai 1,000 orang yang menentang Lynas di satu-satu tempat.   

Justeru, apakah layak dikatakan 1,000 sebagai suara majoriti setempat?  Berapa ramaikah penduduk di setiap tempat membuang undi tersebut?   

Hakikatnya, 20,000 dari 28 juta adalah angka yang memalukan bagi SMSL.  Lebih buruk, undian juga menunjukkan dari kelompok bangsa yang sama iaitu Cina iaitu tidak menggambarkan pendirian realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 

Lebih dari itu, apakah jaminan yang proses pengundian yang dijalankan oleh SMSL adalah adil?  Bagaimana kita memastikan yang tiada ahli-ahli SMSL yang membuang lebih dari satu undi?   Apakah mereka menggunakan dakwat kekal? Sistem Biometrik? Atau menggunakan prosedur apa?   

Siapakah yang memantau proses pengundian SMSL?   Kenapakah undian dibuat secara ‘main pondok-pondok’ sedangkan di masa yang sama sebahagian besar pihak penganjur memakai baju kuning BERSIH yang kononnya amat mementingkan sistem pengundian yang bersih?   Di manakah prinsip undian yang bersih yang dilaungkan mereka jika tiada pemantau dan tiada prosedur rasmi yang diwartakan?  

Dan bolehkah kita mempercayai SMSL jika program pengudian tersebut juga dicampur aduk dengan isu kematian Teoh Beng Hock, di mana gambar mendiang menghiasi banner dan kotak undi di dalam program ini?   Sedangkan Teoh Beng Hock bukannya meninggal dunia kerana terdedah kepada radioaktif Lynas tetapi kerana terjebak menjadi ‘kunci’ yang boleh membongkar skandal rasuah DAP di Selangor. 

Lalu, bagaimana kita mempercayai pihak yang sanggup mempolitikkan kematian ‘orang mereka sendiri’ demi untuk menutup skandal rasuah yang dilakukan oleh parti politik yang disokong mereka?

Semua ini menunjukkan yang SMSL bersikap dwi-standard, tidak adil, tiada integriti, tiada moral sekali gus, tidak layak mempersoalkan apa-apa jua termasuk Lynas.   

Kesimpulannya kini, terbuktilah sudah bahawa HANYA 20,000 ORANG YANG MENENTANG LYNAS berbanding 28 juta rakyat Malaysia. Dengan itu, secara rasminya diisytiharkan bahawa SMSL telah kalah atau telah gagal sama sekali.   Dan jika benar SMSL memperjuangkan Malaysia yang “adil dan selamat” seperti yang tertulis di banner mereka, maka mereka perlu menerima keputusan demokrasi ini dengan matang dan tenang.  Kata orang, dah kalah, buat cara kalah, jangan lagi terkinja-kinja membuat bising, mengganggu semua orang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...