Bersama Berjuang

Wednesday, July 18, 2012

Adusssss... Dia Sudah Lari Pulak Dah!!! Camner Nih???



April lalu seluruh negara digemparkan dengan penyiaran foto aksi panas oleh beberapa blog yang menunjukkan lelaki dalam foto-foto tersebut agak mirip rupanya dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tak semena-mena sehari dua selepas penyiaran foto aksi panas tersebut, Azmin segera tampil menafikan yang lelaki dalam foto tersebut adalah dirinya.

Mujurlah dalam kenyataan penafiannya itu, tidak pula beliau beralasan punggung lebih kecil atau 'pedangnya' lebih tajam berbanding 'lelaki' di dalam foto itu bagi menguatkan hujah penafian.

Jikalau tidak, tentu sahaja ramai yang akan senyum sumbing menahan gelak sambil membandingkan panjang pendek antara 'pedang' Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Sebetulnya ramai pihak tertanya-tanya kenapa sehingga kini Azmin tidak membuat laporan polis bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk mengetahui kebenaran foto tersebut.

Bukannya sesuatu yang sukar untuk melakukannya, cukup sekadar meluangkan sedikit waktu untuk ke Balai Polis berdekatan dan mengadu pada polis yang dirinya telah sengaja dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral.

Lagipun jika sudah begitu yakin langsung tak terlibat dengan aktiviti 'jual beli aiskrim' di dalam tandas, apa nak ditakutkan sangat dengan risiko dituduh membuat laporan polis palsu.

Dalam pada itu, terdapat beberapa maklumat dari sumber-sumber tertentu menyebut wanita 'peminat aiskrim' yang dikaitkan dengan Azmin Ali kini sudah lari dari Malaysia, betulkah?

Wanita tersebut dikatakan sengaja dihantar ke luar negara oleh seseorang demi mengelakkan kebarangkalian disiasat oleh pihak berkuasa disamping untuk melindungi lelaki yang dikaitkan dengan dirinya.

Setakat ini tiada kesahihan yang pasti berhubung maklumat tersebut, harapnya ia hanya sekadar khabar angin semata-mata. Maklumlah, entah-entah wanita itu cuma keluar melancong seketika bercuti merehatkan minda, mungkin juga.

Apapun, diharapkan Azmin Ali dapat mengumpul kekuatan dalam dirinya untuk segera membuat laporan polis supaya kebenaran dapat diketemui dan lelaki 'penjual aiskrim' itu dapat segera dikenalpasti.

Felda Kasi Duit Pada Peneroka... PAS Sebat!!!



Hiruk piruk PAS mempertikaikan penyenaraian FGVH di Bursa Saham nampaknya akan sampai ke penghujungnya, apabila Himpunan Oren yang dianjurkan Sabtu lalu hanya menarik penyertaan segelintir peneroka sahaja.

Sehingga perhimpunan bersurai pada jam 4 petang dianggarkan hanya sekitar 2,000 orang sahaja yang sanggup membazirkan masa mereka 'menjayakan' program tersebut.

Jangkaan awal penganjur mahu menghimpunkan lebih 20,000 peneroka nyata tidak kesampaian sebaliknya lebih 90% peserta perhimpunan terdiri daripada ahli dan penyokong PAS yang langsung tiada sangkut paut dengan peneroka FELDA.

Segelintir peneroka yang hadir di perhimpunan tersebut pula rata-ratanya adalah penyokong setia PAS sejak sekian lama yang mengambil langkah songsang membantah penyenaraian FGVH di BSKL atas dasar menurut saja segala arahan pimpinan PAS.

Sebagaimana sudah menjadi resam PAS, apabila mereka menghulur tangan kanan konon mahu membantu menyelesaikan sesuatu masalah di masa yang sama tangan kiri mereka pula akan sibuk meraba-raba poket seluar orang yang mahu dibantunya.

Propaganda PAS yang mendakwa penyenaraian FGVH akan merugikan peneroka, hakikatnya seumpama cerita sang bomoh miang yang menakutkan mangsanya dengan kisah santau yang kemudian mengambil kesempatan mencabul kehormatan sambil menikmati wang ringgit upah pemberian 'pesakitnya'.


Inilah yang terjadi di Himpunan Oren apabila propaganda PAS mahu menyelamatkan peneroka FELDA akhirnya di kemuncak himpunan, para peserta dan peneroka pula yang diminta berkorban wang ringgit.

Pemimpin PAS pula tanpa rasa bersalah terus memukul gendang propaganda sambil mengira masa bila pula mahu dibuat himpunan serupa supaya pesta mengutip duit dapat terus dilakukan. 

Akhirnya, tatkala majoriti peneroka lain sedang meraih sedikit demi sedikit keuntungan hasil pelaburan dalam bursa saham, segelintir rakan mereka yang menyertai himpunan oren terpaksa pula berputih mata mengalami kerugian segera dari segi masa dan wang ringgit gara-gara terpengaruh propaganda 'pakar pelaburan' yang pernah menjahanamkan KOHILAL.

Himpunan Oren... Pesta kutip duit peneroka!!!

Video Skandal Ng Sue Lim Di Pangsapuri Damai!!!



Monday, July 16, 2012

Lombong Emas Di Kelantan... Lombong Pasir Di Selangor!!! Habis Berlubang-lubang Jadinya!!!



Apabila Utusan Malaysia mendedahkan kewujudan lombong emas haram di beberapa lokasi di Kelantan, ramai yang terkejut tidak menyangka yang negeri tersebut turut menyimpan hasil bumi yang berharga.

Bagi sesetengah penyokong PAS pula mereka memanipulasi pendedahan tersebut sebagai bukti negeri Kelantan berada dibawah rahmat Illahi kerana dikurniakan hasil galian mineral bernilai tinggi.

Tanpa mereka sedari, sejarah perlombongan emas di Kelantan sudah bermula berkurun lamanya dan bukannya mineral berharga itu hanya timbul beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.

Tapi biasalah, standard pemikiran penyokong dan pemimpin PAS sentiasa gemar bermain propaganda untuk menggambarkan dirinya sentiasa diredhai oleh Allah s.w.t hingga lupa pada hakikat realiti.

Bukan satu rahsia pun, sejak beratus tahun lalu terdapat banyak lombong emas di seluruh negara dan hingga kini masih ada berbelas-belas lagi lombong emas yang masih aktif termasuklah 5 darinya berada di selatan Kelantan.

Daripada keseluruhan baki lombong yang masih aktif itu, lombong di Penjom, Kuala Lipis Pahang adalah lombong emas yang terbesar dan menghasilkan hampir 95% daripada keseluruhan pengeluaran emas negara.

Walaupun dari segi pengeluaran dan rezab emas, Kelantan jauh tertinggal di belakang Pahang, sebenarnya jika urus tadbir dapat dilaksanakan dengan telus dan amanah tentu saja hasilnya dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negeri.

Tapi sayang, gara-gara kelemahan akal dan ketidakcekapan pemimpin PAS yang memerintah negeri Kelantan sejak 22 tahun lalu, hasil bumi bernilai seperti emas menjadi santapan rakus pelombong haram yang mungkin mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan negeri.

Tak mustahil selain berlakunya rasuah dikalangan kakitangan kerajaan negeri, ada kemungkinan kegiatan perlombongan emas haram itu turut mendapat keizinan dan perlindungan pemimpin negeri tertentu yang mendapat laba kemewahan hasil kegiatan tersebut.

Langkah segera SPRM melakukan serbuan ke atas lombong tersebut selepas pendedahannya di laporkan oleh Utusan Malaysia merupakan langkah yang tepat bagi mengekang gejala rasuah yang pastinya merupakan punca utama lombong haram tersebut bebas beroperasi bertahun-tahun lamanya.

Jelajah JANJI DITEPATI Kena Tepat Di Muka Pembangkang!!!



Pembangkang kini amat gementar dengan siri lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Jelajah Janji Ditepati yang bermula sejak April lalu.

Dalam masa hampir empat bulan, Perdana Menteri telah bertemu atau 'touch base' dengan rakyat daripada pelbagai lapisan di Johor hinggalah ke Sarawak, Perak, Kedah dan Melaka.

Sambil mendengar keluhan dan rintihan rakyat, beliau juga berjaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, bak kata pepatah sambil berenang minum air.

Malah slogan Janji Ditepati juga telah dijadikan tema sambutan perayaan 55 tahun Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September tahun ini.

Ketakutan pembangkang terhadap slogan tersebut terserlah apabila mereka menuduh ia sebagai propaganda politik Barisan Nasional dan usaha mengugut rakyat.

Malah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan individu paling takut kepada pengaruh kuat Perdana Menteri sepertimana yang dilihat daripada sambutan hangat rakyat terhadap beliau.'

Kini ke mana sahaja Datuk Seri Najib berkunjung, Anwar pula akan menyusul.

Pada 12 Julai lalu Anwar berceramah di Selangor, diikuti sehari kemudian di Kedah dan ke Sarawak pula pada 14 Julai, semua destinasi tersebut telah dikunjungi Perdana Menteri.

Nampaknya Anwar kini keletihan atau capek mengejar program-program Perdana Menteri untuk melawan impak besar hasil daripada lawatan Datuk Seri Najib.

Rakyat boleh bandingkan antara kepimpinan dan ketokohan kedua individu tersebut.

Melalui pelbagai program seperti BR1M dan TR1M serta banyak lagi bantuan-bantuan terus kepada rakyat yang dijanjikan dalam Program Tranformasi Ekonomi, Perdana Menteri telah membuktikan bahawa janji-janji tersebut adalah benar dan telahpun ditepati.

Berlainan pula dengan Anwar dan pemimpin pembangkang lain yang bermodalkan janji kosong serta caci hamun dan fitnah sebagai daya tarikan ceramah mereka.

Tidak ada yang boleh diharapkan daripada pembangkang kerana tidak ada satu pun janji mereka boleh dipercayai seperti di Kelantan yang sehingga kini tidak mampu menyerdiakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu walaupun sudah memerintah lebih 20 tahun.

Di Selangor, lebih dahsyat pula penagan pembangkang; negeri paling kaya itu kini digugat dengan pelbagai krisis dari bekalan air di tahap kritikal kepada dakwaan penyelewengan dana awam ratusan juta ringgit.

Inilah yang ditakuti oleh Anwar kerana di setiap siri Jelajah Janji Ditepati, barulah rakyat di negara ini sedar bahawa di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, masalah yang membelenggu rakyat tidak dipedulikan, malah pembangunan pun boleh dikatakan tidak ada langsung.

Ambil sahaja contoh Lembah Pantai, di mana anak Anwar, Nurul Izzah menjadi ahli parlimen.

Beliau amat jarang sekali dilihat menyantuni rakyat di kawasan yang diwakilinya kerana siang dan malam hanya sibuk berceramah di merata tempat.

Tidak ada pembangunan yang di bawa oleh Nurul Izzah ke Lembah Pantai.

Kebanyakan projek-projek ekonomi seperti pembinaan Bazaria dan gerai peniaga dan pembaikan infrastruktur seperti jalan raya di situ semuanya adalah hasil kerja kuat Menteri Wilayah  Persekutuan dan Kesejateraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Baru-baru ini pula isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur, merasmikan pembukaan Pusat Anak PERMATA Negara di Kerinchi.

Rakyat tertanya-tanya di mana Nurul Izzah yang bangga di gelar 'Puteri Reformasi' pada satu ketika dahulu tetapi apabila dipilih rakyat untuk mewakili mereka, yang mampu dibuktikan olehnya hanya janji-janji basi.

Hakikatnya, Anwar dan Pakatan Rakyat semakin menerima kenyataan bahawa mereka akan ditolak rakyat di peti undi pada PRU-13 nanti kerana tidak menepati janji-janji yang mereka lakar pada PRU-12 dahulu.

Membuat janji adalah perkara yang berat dan menggotakannya adalah lebih berat lagi, hanya kerajaan yang bertanggungjawab dan berwibawa seperti BN mampu melakukan kedua-duanya sekali.

Wednesday, July 11, 2012

PANASSS... Aktivis GMP DiSerang Dengan Parang Gara-Gara Debat Hasan Ali vs Rani Osman???!!!


GT baru sahaja dimaklumkan bahawa terdapat usaha yang terdesak dari pihak tertentu apabila menurunkan semua kain rentang untuk hebahan debat perdana seperti diatas.

Pagi tadi, dalam satu kejadian, seorang aktivis GMP (Gerakan Masyarakat Prihatin), yang terserempak dengan individu yang sedang menurunkan kain rentang program debat perdana itu telah diajukan dengan parang gara-gara menegur perbuatan yang tidak demokratik itu. 

GT difahamkan, satu laporan polis telah dibuat di IPK Klang Utara atas kejadian tersebut.  

Fuhhhhh.. panasssssss... jom turun, malam ini!!!  Kita tengok, siapa yang kenaaaaaa....


Thursday, July 5, 2012

Siri 4: Reformasi Indonesia '98: Ikhtibar & Teladan



Akhbar Australia, The Age (9 September) menyiarkan apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim katakan padanya:

Anwar berkata, hubungan beliau dengan Dr. Mahathir semakin buruk sejak berlaku perkara buruk di Indonesia.

"Selepas Suharto tumbang. Saya rasa dia amat takut selepas kejadian itu. Secara objektif, saya menyatakan, situasi rasuah di Indonesia adalah lebih buruk berbanding di Malaysia, tetapi kita mempunyai penyakit yang sama.'' Maka jelaslah Anwar percaya kepada apa yang berlaku di Indonesia akan berlaku juga di Malaysia. Ia juga menggambarkan akan mengambil langkah yang sama.

Kepercayaan bahawa masalah di Indonesia adalah serupa dengan masalah di Malaysia adalah suatu penyakit intelektual yang sering merundung sesetengah pejuang politik Melayu sejak sebelum zaman kemerdekaan lagi. Inilah juga penyakit yang ditanggung oleh nasionalis kiri Melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) seperti Dr. Burhanuddin Al-Hilmi, Pak Sako dan Ahmad Boestamam.

Mereka menyangka Tanah Melayu perlu mengikut jejak Indonesia. Dengan kekaguman terhadap Sukarno mereka mahu melancarkan revolusi kemerdekaan di Tanah Melayu dan melaksanakan program politik (republikan anti-Barat) dan ekonomi (sosialis) cara Sukarno. Malah mereka mahu menggabungkan Tanah Melayu ke dalam Indonesia.

Perjuangan kiri tidak diterima dan tidak sesuai dengan orang-orang Melayu. Lebih membahayakan apabila ia terdedah dengan penaklukan oleh China komunis ke atas rantau ini.

UMNO dan Datuk Onn adalah pihak yang berjaya menyelamatkan Tanah Melayu daripada terjerumus ke dalam kesengsaraan. Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak faham bahawa Tanah Melayu berbeza daripada Indonesia. Orang-orang Melayu tidak seperti Indonesia. Kita mahu mengekalkan sistem beraja dan sistem ekonomi pasaran bebas. Ternyata cara ini telah mendatangkan kemakmuran kepada Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.

Anwar dan ABIM terpukau dengan cara Indonesia
Kini dalam zaman yang lain, ada golongan Melayu yang masih terpukau dengan cara-cara di Indonesia. Mereka seolah-olah menyamakan masalah Indonesia dengan masalah di Malaysia. Mereka tidak nampak perbezaan ketara antara kedua-dua negara ini.

Kalau dulu, intelektual kiri Melayu terpengaruh dengan Revolusi Indonesia dan retorik Sukarno, kini Anwar, ABIM dan konco-konconya terpengaruh dengan perjuangan Reformasi Indonesia dan kagum dengan kejayaan tokoh Reformasi, Amien Rais. Akan tetapi yang pasti, Amien tidak menghadapi masalah peribadi.

Memang diketahui tokoh-tokoh ABIM seperti Siddiq Fadil dan Sidek Baba mempunyai kecenderungan terhadap cara Indonesia. Malah mereka berucap menggunakan bahasa seperti Indonesia.

Reformasi mungkin sesuai di Indonesia, tetapi tidak di negara ini. Reformasi di sana mempunyai idealisme tersendiri bagi menyelesaikan masalah masyarakat di sana. Mungkin Amien Rais sesuai dengan Indonesia. Tetapi caranya, dengan menggunakan mahasiswa tidak sesuai di Malaysia. Malaysia tidak mempunyai masalah penglibatan tentera dalam politik. Korupsi, kolusi dan nepotisme yang menjerat rejim Suharto tidak ada di Malaysia. Malaysia ada Dasar Ekonomi Baru yang begitu dikagumi hingga ada saranan di kalangan intelektual Indonesia dan penganalisis Barat supaya Indonesia menirunya.

Akan tetapi masalah Indonesia tetap berbeza. Amien Rais adalah tokoh yang baik dan mungkin beliau sesuai untuk memimpin Indonesia pada satu hari kelak. Akan tetapi Anwar tidak sama dengan Amien. Amien, ketua Muhammadiyah dan kini menjadi ketua Partai Amanat Nasional (PAN) muncul dari perjuangan mahasiswa dan rakyat yang menuntut reformasi di Indonesia.

Akan tetapi Abim bukan Muhammadiyah. Anwar walaupun pada tahun-tahun 70-an telah muncul dari gerakan mahasiswa tetapi telah dinaikkan dan diserapkan ke dalam kerajaan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Anwar, selama 16 tahun adalah sebahagian daripada kerajaan Malaysia.

ABIM pula, walaupun ada idealisme Islamnya sendiri tetapi telah menyokong UMNO dan kerajaan, kerana adanya Anwar selama 16 tahun juga. Anwar dan ABIM tidak layak melancarkan reformasi.

Malah sekiranya mereka teruskan juga, mereka akan mencemarkan idealisme reformasi itu sendiri. Bagi Malaysia, sehingga ini, cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ialah rancangan pemulihan yang telah digariskan oleh Perdana Menteri.

Malaysia berpeluang untuk berjaya
Sokongan terhadap cara Perdana Menteri menangani kegawatan ekonomi kian bertambah dari kalangan pemerhati antarabangsa. International Herald Tribune (9 September) menyiarkan rencana oleh Marshall Auerback, jururunding strategik global Veneroso Associates.

Katanya: "Dunia tidak begitu menghiraukan Mahathir bin Mohamad pada Disember lalu ketika beliau mengadakan sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Asia di Kuala Lumpur. Kebanyakan penganalisis Barat menggambarkan Mahathir sebagai xenofob (antiasing) dan menganggap kata-kata anti-Baratnya sebagai hanya penyedap sidang.

"Mungkin itu adalah antara sebabnya, tetapi perhatian yang lebih seharusnya diberikan kepada sidang kemuncak Kuala Lumpur itu. Orang-orang Asia Tenggara sejak itu hanya mengangguk setuju pada pihak Barat tetapi tidak ada niat serius untuk melaksanakan penyelesaian IMF yang boleh memusnahkan masyarakat.

"Beberapa bank akan tutup dan beberapa badan korporat akan bergabung; pekerjaan akan hilang dan pinjaman akan diatur semula dan dijual. Akan tetapi dari Tokyo ke Jakarta, niat yang jelas adalah untuk menggalakkan suasana supaya rantau itu keluar dari kemelesetan tetapi mengelak perubahan struktur yang dianggap oleh IMF sebagai perlu."

"Saya adalah pendukung Keynes yang ketinggalan zaman,'' kata Kiichi Miyazawa pada hari dia dilantik sebagai Menteri Kewangan Jepun pada Julai lalu. Beliau kemudian menegaskan bahawa dia menyokong "pemulihan ekonomi, dan bukan reformasi.''

"Ini adalah lebih daripada pernyataan dasar; ia lebih mencerminkan strategi di samping taktik. Isunya bukan saja hasil ekonomi bagi suku tahun berikutnya tetapi pemeliharaan satu model ekonomi yang telah memajukan rantau ini pada kadar dan pada tempoh yang tidak ada bandingannya dalam sejarah.

"Dalam konteks inilah yang perlu diperhatikan betapa Malaysia mengenakan kawalan modal. Wall Street dan Jabatan Negara Amerika Syarikat dilaporkan terkejut bahawa Mahathir mengambil langkah demikian. Mereka memang patut terkejut. Kini kita mempunyai satu kes kajian terhadap model yang berbeza daripada model ekonomi Inggeris-Amerika. Model Inggeris-Amerika meletakkan ciri-ciri utamanya sebagai pengaliran modal yang tidak terganggu.

"Dasar baru Malaysia ini telah mendorong bantahan yang tidak bersebab dari pusat-pusat kewangan Barat. Kawalan mata wang dikatakan akan menghapuskan keyakinan yang penting dan modal Barat yang berada di Malaysia akan lari.

"Apakah yang berlaku terhadap sejarah? Dengan beberapa pengecualian kecil, kawalan modal telah dilakukan di rantau ini semasa Perang Dingin - era keajaiban ekonomi Asia - tidak pernah menghalang pelaburan. China, Korea Selatan dan Taiwan masih mengekalkan kawalan. Mengenai larinya modal, angka-angka dalam pasaran Kuala Lumpur menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang seharusnya setia dan memiliki pelaburan jangka panjang telah lama meninggalkan negara ini.

"Difahami betul-betul, kawalan modal bertujuan untuk mengehadkan aliran masuk, dan bukannya aliran keluar. Mahathir telah membuat kesimpulan bahawa modal jangka pendek yang banyak daripada luar adalah suatu yang merosakkan pada sistemnya yang berasaskan pada kadar simpanan tinggi dan pinjaman korporat yang tinggi.

"Dikecam di Barat, tindakan Malaysia tidak dibantah di Asia Timur. Jika Malaysia berjaya mencetuskan pertumbuhan, sememangnya peluang untuk berjaya ada, ia menjadi satu petanda bagi kapitalisme Inggeris-Amerika menjadi hanya salah satu model di kalangan yang lain. Kita akhirnya akan mendapati dunia terbahagi kepada beberapa blok ekonomi sebagai hasil berpanjangan globalisasi,'' kata Auerbeck.

Malaysia munculkan model baru ekonomi
Maksud Auerbeck dalam tulisannya itu ialah jika Mahathir berjaya mengatasi kegawatan ekonomi Malaysia dengan cara kawalan modal itu, ia akan memunculkan satu model ekonomi kapitalis ala Malaysia, berbeza daripada model Inggeris-Amerika.

Jika kemudian negara-negara lain, khususnya di Asia mengambil contoh, maka ia menjadi model Asia Timur yang harus diterima oleh Barat sebagai sesuatu yang boleh berfungsi.

Auerbeck juga menulis:

"Ramai di Barat yang memandang Asia dan rantau-rantau lain hanya sebagai pasaran yang bertindak menurut logik pasaran dan bukan sebagai suatu masyarakat yang kompleks. Pemimpin-pemimpin Asia dalam kedudukan yang sesuai untuk memperbaiki keadaan ini. Mereka mungkin tidak dapat menjadi pelaksana demokrasi yang berprinsip, tetapi kejayaan ekonomi mereka berkait rapat dengan kekuatan masyarakat nasional yang dicabar oleh globalisasi.

""Memang difahami di seluruh Pasifik bahawa globalisasi yang menyebabkan krisis Asia dan tidak secara logiknya sebagai penawar. Ada kalangan di Barat yang yakin bahawa globalisasi adalah suatu yang tidak dapat dielakkan. Sebenarnya tidak. Dunia tidak bersedia untuk menjadi satu.''

Pengganti Perdana Menteri bukan menjadi masalah.
International Herald Tribune menyiarkan berita bertajuk "Malaysia bimbang terhadap penggantian Mahathir'' (7 September).

Media asing memang menjadikan isu ketiadaan pengganti Perdana Menteri sebagai suatu masalah dan akan menghalang keyakinan pelaburan.

Sedangkan perkara itu bukan suatu masalah besar. Perdana Menteri sendiri berkata, kalau apa-apa yang berlaku pada dirinya, UMNO akan bertindak dengan cepat untuk memilih antara dua Naib Presiden yang ada iaitu Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak. Prosedur sudah ada, dan itu tidak menjadi isu.

Akan tetapi media asing memang cuba memperbesarkan suatu masalah yang bukan masalah utama. Dahulu, ketika Suharto memerintah Indonesia, isu itu juga ditimbulkan. Mereka menggambarkan bahawa Indonesia akan menjadi masalah kerana Suharto tidak menyediakan penggantinya.

Sedangkan menurut perlembagaan Indonesia, perkara itu sudah jelas. Naib Presiden sudah ada iaitu B.J. Habibie. Ternyata apabila Suharto mengundurkan diri, Habibie dengan mudah diterima sebagai Presiden Indonesia. Walaupun ada bantahan dan gerakan reformasi, tetapi kekacauan bukan kerana soal penggantian Habibie.

Sebenarnya yang menjadi persoalan bagi mereka bukanlah sama ada pengganti atau tidak, tetapi soalnya sama ada pengganti mereka itu orang mereka atau tidak.

Jadi andai kata mereka tidak berpuas hati dengan Habibie, media asing akan mengacaunya lagi dan menyeru supaya digantikan dengan orang lain, mungkin atas nama reformasi. Begitulah hasrat mereka.

Selain yang mereka mahu adalah orang mereka, mereka juga mahu dasar-dasar kewangan yang menguntungkan mereka diterapkan di negara ini. Dasar-dasar yang menguntungkan mereka dan tidak mestinya menguntungkan rakyat negara ini.

Jadi dalam dasar kewangan Mahathir, mereka akan mengecamnya, dan malah mungkin cuba menggagalkannya kerana ia tidak menepati kepentingan spekulator Barat. Kebebasan media bagi mereka adalah apa yang berkhidmat untuk kepentingan kewangan Barat.

Sumber: utusan malaysia, 13 September 1998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...