Bersama Berjuang

Wednesday, November 9, 2011

PANASSS... Video: Ustaz Fathul Bari Menyokong Ambiga Kerana Hak Asasi???


Penjelasan ilmiah tentang Seksualiti Merdeka 2011.  Nak dengar dari ostat-ostat PAS, takde pulak.. So, kita layan video ni je lah..

Soalan "Siapa Dia Sebelum Daku" Saiful Bukhari Telah Terjawab???


Fuuuhhhhh....  Rafizi Ramli bakal ditelanjangkan bulat-bulat, tentang ketika ini suatu waktu dahulu. 

Ketika ini.... dia adalah Ketua Eksekutif di Pejabat Punaisihat Ekonomi Selangor.  

Suatu waktu dahulu...  Anwar dikhabarkan pernah bergegas ke London, gara-gara panggilan telefon dari si Rafizi ini.  Fuhh.. TPM bergegas terus? Bior benar yeop...

Dulu dan Sekarang kata Black Dog Bone.  Dulu dan sekarang, tetap ada kronologinya. 

Kawan-kawan blogger sepakat tanya kat Rafizi... 

Sewaktu Anwar pergi ke UK dan jumpa si Rafizi sewaktu dia belajar di sana, apa yang terjadi, tersembunyi dan tersensasi itu?

Siapa boleh jawab???

Isu Penjawat Awam: Mahfuz Omar Terus Bodohkan Pengikut PAS..!!! Muahahahahaha...


Mahfuz buka mulut busuknya.  Dan pada waktu inilah, anda dapat lihat bagaimana dia cuba meletakkan "benchmark" kepada tahap pemikiran penganut PAS dan penyokong-penyokong mereka.

Saban waktu, itulah doktrin pertarbiyahan oleh Mahfuz sekian lama.  Kejayaannya dapat dilihat pada hari ini, apabila kebanyakkan ahli mereka menjadi seolah-olah piang, ibarat lembu dicucuk hidung.  PAS sekarang sangat kufur kepada semangat perjuangan asalnya.  

Gundah gulana dan gusar si Mahfuz andai penganut PAS bisa berpindah minda, dengan anjakan paradigma. 

Mahfuz meneruskan misinya untuk menjumudkan pemikiran ahli PAS agar tidak keluar dari linkungan itu. 

Mahfuz kata pengurangan kakitangan awam hanyalah pendapat peribadi DAP, bukan Pakatan.  

Sejak bila pendapat peribadi DAP TIDAK menjadi pegangan Pakatan?  

DAP kata NO HUDUD, PAS kata "Baik tuan..."

DAP kata Allah for All, PAS kata "Yess. .you are right, My Master..."

DAP kata buka rumah urut tanpa batasan, PAS kata "Aye.. Aye, my sire"

DAP kata jual arak di semua tempat, PAS kata "You are absolutely brilliant!"


Bila PAS bersuara?  

Ada.. Himpunan Sejuta Umat Itu HARAM!!!  Itu yang PAS kata dan menjadi pegangan Pakatan!!!

Tuesday, November 8, 2011

CUEPACS... Dah Hilang Jantan Ke?

DAP sudah terang-terangan mendedahkan agenda mereka terhadap penjawat awam.  Dan penjawat awam, majoritinya Melayu.  So, the target is the Malays...

Tony Pua, yang cukup sinonim dengan hal-ehwal "menyerang" berkenaan dengan keselamatan negara, bertindak "menyerang" pula "tulang belakang" negara, si empunya tanah berdaulat ini!!!

Tak perlu untuk GT hurai lebih, bagaimana DAP dari sebelum kejadian 13 Mei, sehinggalah kini masih tidak pernah hilang "chauvinist" mereka.  

CUEPACS selalunya lantang bersuara atas dasar perjuangkan hak penjawat awam.  Desakan, malah satu tahap dilihat sangat mesra kepada pembangkang, terutamanya apabila tuntutan mereka tidak dapat dipenuhi.  

Mgkin kali ini, CUEPACS sedar bahawa, sungguhpun kadang-kadang tuntutan mereka tidak dapat dipenuhi, tidak pernah ada agenda kerajaan untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam.  Malah, setiap tahun, ada penambahan kakitangan awam.

Dan CUEPACS, selaku "anchor" kepada kesatuan-kesatuan kerja untuk penjawat awam, nampaknya belum menunjukkan minat terhadap perkembangan terbaru ini.  

Apakah CUEPACS sudah hilang jantan, apabila berhadapan dengan DAP?

Monday, November 7, 2011

PANASSS... Demo Anti Seksualiti Merdeka 2011 Di Pekan Meru. Berpuluh Terkorban!!!





edar risalah...




wakil NGO sedang membaca deklarasi

GT dalam perjalanan balik dari rumah saudara.  Tiba-tiba kereta GT ditahan oleh seseorang yang mengedarkan satu risalah.  Deklarasi Menentang Seksualiti Merdeka, katanya.  

Dah mmg sifat blogger.  Asal ada isu dan peluang, takkan nak lepaskan...  So, parking kereta.  pastu, zasssss...  

Difahamkan, NGO ini telah membuat laporan polis berhubung dengan program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa mempromosikan seks bebas luar tabiee.

Sepatutnya demo ini, penganjur kena ajak sekali ADUN Meru merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor.  Sembang pahala, islam, pahala, syurga... tapi takkan taknak join demo menentang budaya songsang seperti ini? 

Diam ertinya setuju... pergghhh.. takkan Dr. Rani tidak berani bersuara dalam soal ini?  Takkan menikus dengan Ambiga?

Gambar-gambar diatas adalah dari NGO yang menggelarkan diri mereka Gabungan Masyarakat Prihatin Kg Meru.  Tahniah kepada penganjur, lain kali beritahu GT, boleh buat live! 

Berikut adalah deklarasi yang dibacakan oleh wakil NGO ini:

DEKLARASI GABUNGAN MASYARAKAT PRIHATIN KAMPUNG MERU
“SELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM”

Bahawa kami, pada hari ini, 7 hb November 2011 melalui Deklarasi Gabungan Masyarakat Prihatin Kampong Meru bersepakat  dan melahirkan rasa tidak puashati terhadap pihak-pihak tertentu yang mencemarkan keharmonian dan kesucian agama islam  mengambil ketetapan untuk:-

PERTAMA
Menyeru kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil tindakan mahkamah bagi menyekat program Seksualiti Merdeka 2011. Ini bertepatan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, agama Islam adalah agama Persekutuan dan sebarang bentuk program yang boleh mencemar kesuciannya harus dibendung dan dihalang.

KEDUA
Menyeru kepada pihak kerajaan yang memerintah di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam Negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

KETIGA
Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik khasnya di MERU supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian islam.

KEEMPAT
Mengesak pihak kerajaan memberi penerangan secukupnya kepada rakyat kerana  keadaan ini akan menyebabkan rakyat keliru dan sangat marah serta boleh menimbulkan kalau bilau, huru hara dan membawa gejala social yang sangat meruncing di masa akan datang dan ianya juga boleh membawa kepada ancaman keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini Mereka-mereka ini juga lah yang akan merosakkan keamanan, kemakmuran  dan kestabilan politik runtuh untuk agenda tertentu mereka. Mereka mestilah diambil tindakan.

KELIMA
Mengesa dan mendesak pihak berwajib serta keselamatan agar AMBIGA  dan juga NGO-NGO yang menyokong Festival ini  disiasat, didakwa menggunakan undang-undang yang berkaitan kerana mereka bertanggungjawab sepenuhnya dan menyokong penganjuran Seksualiti Merdeka 2011.
KEENAM
Kami masyarakan Prihatin Meru juga mendesak agar pihak kerajaan  menubuhkan Jawatankuasa khas menyiasat salahlaku Majlis Peguam sebagai mana Seksyen 46A (1)(c)(iii) dan (2) iaitu Akta Profesion Guaman yang mana PEGUAM NEGARA mempunyai kuasa untuk bertindak.

Opsss.. Yang berpuluh terkorban itu, adalah lembu sempena ibadah qurban di Aidil Adha ini.  Bukan pendemo.. hehehehe..  


MESTI TONTON: Video Ambiga Di Seksualiti Merdeka 2011 Didedahkan!!!


Mmg padanlah si Fairuz ni belasah Ambiga tak hengat... Inilah bahana mengangkat harbi sebagai pemimpin.  Siapa la yang bangang tak hengat tu ye...

Video dedah mendedah dibawah untuk tontonan anda... Layan...

Laporan Audit Negara: Ketelusan Atau Kehancuran?


Laporan Audit Negara membuktikan ketelusan kerajaan dalam mentadbir negara, sekalipun terdedah kepada suara-suara si kemaruk kuasa mengaitkan kepincangan yang berlaku di atas bahu Perdana Menteri. 

Satu pendekatan yang berani oleh kerajaan.  Dan ini dilakukan demi rakyat, agar rakyat tahu membezakan antara si pelaku, dengan yang dituduh melakukan.  

Laporan Audit Negara sebenarnya cukup mengejutkan, akibat dari pelbagai kepincangan yang berlaku.  Ia sebenarnya memberi impak negatif kepada kerajaan, apatah lagi perkhabaran bahawa PRU semakin hampir.  Pendedahan butir-butir hasil dari pengauditan membuka peluang kepada pembangkang.  
 
Ibarat bola takraw yang dilambung tinggi oleh ‘feeder”, si tekong tidak akan melepaskan peluang untuk membuat rejaman!  Terbukti, itulah modal ampuh terkini, yang dibawa oleh Anwar dan kuncu-kuncunya seantero Malaysia.

Baca seterusnya DISINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...