Bersama Berjuang

Sunday, November 6, 2011

10 Ribu Orang Hadir Ceramah Nizar & Cikgu Mala di Puncak Alam!!! Abihlah BN...


Tak sangka, mudah untuk hidup bersama PAS.  Setelah tidak lagi menjadi guru, PAS telah menawarkan Cikgu Mala jawatan sebagai penceramah bebas.  Bebas, senang, klu sakit tak perlu "beli" MC.  

Bukan sahaja Cikgu Mala, ceramah di Puncak Alam pada hari Rabu yang lalu juga dihadiri oleh Nizar Komunis.  Auranya masih ada, sehinggakan kawasan ceramah padat!!!

Nampaknya, jentera PAS telah bersiap sedia untuk merampas DUN Jeram, dan mempertahankan Parlimen Kuala Selangor!!!

Ikuti kisah mereka berdua,  DISINI

Follow GT Menerusi Facebook!!!


Anda suka Fesbuk?

Anda selalu melilau-lilau dalam Fesbuk?

Jom join GT, dengan update terkini isu-isu hot terkini.  Klik butang "Like" kat  SINI...

Habisss... Habisss.. Jahanam BN Sebab Blogger Sudah Mengamuk!!!


GT sekadar blog picisan, yang menumpang link pada jeneral-jeneral siber seperti GAP, Parpukari, MPP, DET dan lain-lain.  

Mereka ini adalah tangan-tangan yang menghulur salam perjuangan kepada GT.  

Bab nama mereka dijual, dijaja dan diliwat untuk kepentingan individu-individu tertentu dan lama GT dengar.   Bukan dengar-dengar, tetapi dari mulut mereka sendiri.  

Letih andai mengenangkan perkara yang sama masih lagi berulang.  Tak pernah ada keputusan muktamad.  Takkanlah sampai  jeneral-jeneral ini lompat sebelah sana, baru BN nak sedar kot...  

Lompat bukan sebab duit, tetapi sebab beberapa individu yang mengambil kredit dan wang ringgit dari penat jerit, dan peras otak untuk menulis.  Hak tetap Hak, asal ada, mereka berhak!!!

Mohon yang duduk di atas sana, silalah beri perhatian kepada mangkuk ayun kolar putih yang kerjanya mengambil hasil dari titik peluh orang lain. Ntah jenis manusia apa ntah yang buat kerja harami camni... 

Takkan nak salahkan ibu yang mengandung?  atau bapa yang berdayung?  

Sudah besar maaa.. Lu pikir lah sendiri...!!!

Ibadah Qurban: Pas Korbankan Segalanya Demi U.N.D.I!


Setiap tahun, umat Islam menyambut Aidiladha.  Ibadah korban dilaksanakan, mengambil iktibar dari sirah Nabi Ibrahim.  Ujian Allah kpd hambanya.

Namun senario terkini cukup berbeza. Ada pula pihak yg cuba mencabar Allah!

Cukup2 dgn apa yg mereka lontarkan kpd kerajaan sebelum ini, mereka rupanya bertindak lebih melampau dari tuduhan2 mereka sebelum ini.

Setelah membiarkan kesucian kalimah Allah dipermainkan, pihak terbabit tidak mempedulikan terus agenda pemurtadan oleh harbi laknatullah.

Tiba pula giliran mengangkat harbi sebagai pemimpin, berarak sambil mengharapkan polemik timur tengah agar terjadi di negara ini.  Mgkin pd ketika ini, harbi laknatullah sdg meraikan kematian Gadaffi, yg konsisten membelasah AS dan Israel!  Kisah gugurnya Uthman Affan, sahabat Rasullullah, setelah harbi laknatullah mengetuai demonstrasi tidak pernah dijadikan ikhtibar oleh mereka.

Kini, mereka bersikap anti HIMPUN, kumpulan yg tidak akan berkompromi dgn agenda pemurtadan. 

Disaat Allah menuntut pengorbanan terhadap hambanya, juak2 ini mengorbankan Allah!

Dan semuanya demi UNDI! Di mana kata2 mereka tntg tidak akn memisahkan agama dan politik. Bukankah mereka masyhur dgn kata2 menuduh orang lain agama suku, politik suku?

Selayaknya, apakah taraf mereka kini? Al munafiqun?

Published with Blogger-droid v2.0

SALAM AIDIL ADHA

Gerakan Timur mengucapkan selamat menunaikan ibadah qurban kpd semua.

Semoga ia menguatkan lagi ukhwah dan kerjasama di kalangan kita, umat Islam, umat Muhammad.

Published with Blogger-droid v2.0

Friday, November 4, 2011

PANASSS.. Tahukah Anda Maksud "QUEER WITHOUT FEAR" Pada Seksualiti Merdeka 2011???


Seksualiti Merdeka 2011 sewajarnya diharamkan.  Tiada kompromi kerana menentang arus kepada amalam agama di negara ini.  Bukan itu sahaja, budaya dan norma kehidupan masyarakat Malaysia juga diancam dengan kegiatan tidak bermoral, samada secara langsung atau tidak langsung.  

Secara terang-terangan, acara yang akan dirasmikan oleh Ambiga Sreevenasan ini mencabar masyarakat timur, iaitu KITA!!!

Apa maksud Queer Without Fear?  

Klik imej untuk lebih besar

Queer juga bermaksud "differing in some odd way from what is usual or normal".  Dalam bahasa mudah, SONGSANG atau KEGANJILAN!!!

Lebih mudah, tema Seksualiti Merdeka 2011 bermaksud meraikan kegiatan songsang tanpa rasa takut!!!  Bukankah itu satu slogan untuk mempromosikan kegiatan tidak bermoral itu?

Bagaimana pula penganjur program, Phang Kee Taik berkata tiada tujuan untuk mempromosi kegiatan songsang seperti gay, lesbian dll?

Apakah kita menghalalkan segala-galanya hanya atas dasar hak asasi?  

Apakah "civil society" melebihi segala-galanya?  Apakah itu bermaksud moden?  

Masyarakat Madhani lebih sesuai untuk kita, berbanding kebebasan tanpa batasan.  Imbas kembali, Rasullullah berhijrah dari Mekah ke Yathrib, yang kemudiaannya dikenali sebagai Madinah.  

Waktu itu, masyarakat di Yathrib mengamalkan kebebasan tanpa sempadan.  Zaman jahiliyah!   Tiada nilai insani dalam kehidupan masyarakat itu.  Hanyalah selepas hijrah Rasullullah, masyarakat Madinah berubah.  

Apa yang Rasullullah bawa?  Akhlak yang mulia, dengan panduan dari kitabullah.  Sememangnya harus ada sempadan, atau had batasan kebebasan dalam kehidupan.  Tergantung kepada perkara tertentu.  

Oleh itu, masyarakat Madhani lebih baik dari "civil society".  Dan itulah yang harus kita ikuti, segala-galanya harus ada batasan, dan penambahbaikan kepada kepincangan yang ada pada masyarakat dengan cara BERHEMAH!

Kebebasan tanpa sempadan hanya akan mengucarkacirkan dunia.. lihat di barat!!!

Seksualiti Merdeka.. apa yang merdeka?  Ini mencabar kedaulatan kita..
Dianjurkan pada musim Haji...  Ini penghinaan kepada kita...

Queer Without Fear....  Pergi jahanam!!!

Agenda Men"Chauvinist"kan Kakitangan Kerajaan Terdedah Dek Kebodohan Mereka!!!

 
Kenyataan Media

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mendedahkan jika pakatan pembangkang berjaya memerintah kerajaan pusat ia akan meluluskan program untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam setiap tahun.

GAPS memandang serius hasrat DAP yang akan membuang kakitangan awam yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

Kakitangan awam negara ini merupakan antara kakitangan eksekutif yang terbaik di rantau ini. Pentadbiran awam Malaysia yang berakar umbi dari pentadbiran United Kingdom mewarisi sebuah corak pentadbiran yang cekap, berintigriti lagi profesional.

Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan SuruhanJaya Perkhidmatan Negeri sejak merdeka dulu adalah contoh terbaik betapa serius nya pengasas negara yang mahukan perkhidmatan awam yang profesional, berintigriti dan bebas dari pengaruh politik.

Pengalaman diperintah Pakatan Pembangkang di negeri Selangor dalam tempoh 4 tahun ini pula memperlihatkan dengan jelas campur tangan politik dalam perlantikan kakitangan awam. Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bukti bagaimana rakusnya Menteri Besar sehingga sanggup mencadangkan pindaan undang-undang tubuh kerajaaan negeri semata-mata mahu SUK yang dilantik itu adalah pilihan nya. Kuasa DYMM Sultan Selangor mahu diketepikan oleh MB semata-mata mahukan SUK yang cenderung kepada parti politik pembangkang.

GAPS ingin menempelak hasrat pakatan pembangkang yang rakus, zalim dan tidak berperi kemanusian terhadap perkhidmatan awam sekarang dan pada masa akan datang. Negara tidak memerlukan politikus yang hanya berupaya membaiki labu atau menjadi monyet yang mendapat cincin.

GAPS akan mendokong penuh dan mempertahankan pentadbiran awam yang profesional, berintigriti, cekap dan bebas dari pengaruh politik.

Politik ugutan oleh DAP kepada kakitangan awam ini memang menjelaskan lagi realiti pakatan pembangkang jika mendapat kuasa untuk memerintah. Itu sebabnya untuk sekian kali nya kakitangan awam dan rakyat akan menolak dalam PRU 13 kumpulan politikus chavanis yang semakin mabuk mahu mendapatkan kuasa, yang jika terpilih akan menzalimi rakyat dalam setiap dasar yang mereka bentuk.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

 4 Nov 2011
 
 
GERAKAN TIMUR:
Kakitangan kerajaan, majoritinya siapa?  Siapa yang mereka ingin singkirkan sebenarnya?  

Itu sahaja soalan GT.  Harap anda dapat menjawab dengan tepat, jelas dan tanpa ragu-ragu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...