Bersama Berjuang

Thursday, March 3, 2011

PRK KERDAU: PENGUNDI WANITA WAJIB MENOLAK PAS!!!


Zaman Jahiliyah menyaksikan wanita hanyalah sekadar alat pemuas nafsu dan martabatkan dihina.  Malah, bayi yang dilahirkan berjantina wanita pula ditanam hidup2. 

Setelah, Nabi Muhammad diutuskan, dan syiar Islam tersebar, wanita diletakkan pada tempat yang terhormat.  Pepatah Melayu berkata "Syurga itu dibawah tapak kaki ibu".  Taat dan patuh seorang anak adalah diwajibkan dan ingkar beerti derhaka.  Golongan wanita dimuliakan.  

PAS pula meletakkan wanita sebagai "indemnity".  Dari segi undang2, barang siapa yang melanggar kontrak terpaksa membayar gantirugi.  Dan pada PAS, gantirugi itu letakkan kepada maruah si isteri; wanita. 

Ini terjadi apabila penganut PAS mencipta baiah talak tiga kepada ADUNnya untuk mengelakkan lompat parti.  Andai keluar parti dan menyertai parti lain, maka tertalaklah isteri tadi dengan talak tiga!!! PAS jelas2 menghina kedudukan wanita.  Maruah wanita dipertaruhkan demi survival politik mereka.  Perkahwinan yang dituntut oleh Islam telah diperjudikan.

Rakyat Kerdau khususnya wanita wajib menolak PAS!

PAS GILA!!!
PAS SESAT!!!

Ini buktinya...

PRK KERDAU: CALON PAS MALU DENGAN JENAMA "PAS" ITU SENDIRI!!!


Hahahahahaha....  PAS sudah tidak yakin dengan "brand"nya sendiri.

PAS terpaksa  menggunakan nama Pakatan Rakyat berikutan bau busuk mughalazah yang  tidak lagi mampu  dibendung dari dihidu oleh rakyat  terhadap PAS.  Pakatan Rakyat tidak berdaftar, setaraf dengan Hindraf.  

Pakatan Rakyat adalah Fuckatan Harammmm...!!! 

Mgkin juga ini taktik untuk memujuk DAPigs sedang enak bercuti-cuti Thailand berikutan fed-up dengan kebebalan PAS dalam memilih calon.  Mgkin juga ini satu usaha terdesak PAS untuk menarik undi bukan Melayu setelah mengistiharkan sebagai parti rasis kerana ingin menjadi hero Melayu baru-baru ini.

SPR hanya membenarkan logo parti yang bertanding, jadi, bila lagi mau ambil tindakan terhadap penyebaran flyers ini?  Takkan amaran je kot?

PRK KERDAU: GEMPAR!!! BERANIKAH ANWAR BERHADAPAN DENGAN UMMI DI RUMPUN MAKMUR?


Berita panas yang GT terima ialah pertembungan Ummi Hafilda dan Anwar malam ini.  Anwar yang sepatutnya berceramah pada esok hari menukar tarikh itu ke hari ini bagi mengelakkan diri dari Ummi.  

Namun Ummi bingkas pantas menyusun strategi agar dapat menjejaki Sheikh Anwar Al Juburi.

Anwar telah membatalkan sessi ceramah yang sepatutnya berlangsung esok berikutan dia tahu Ummi akan berceramah di tempat yang sama.  

Adakah Anwar akan membatalkan sessi ceramahnya malam ini?  Sanggupkan Anwar berhadapan dengan Srikandi 7 secara berhadapan???  Adakah Anwar berani???

Anwar bakal dibogelkan malam ini.  Tunggu laporannya dari GT.  Panassss... Panasss...

PRK KERDAU: JGN TERTIPU!!! PAS GUNAKAN TAKTIK RAIH UNDI SIMPATI!!!


PAS tahu mereka akan kalah.  Oleh itu calon R&R telah dipersembahkan kepada rakyat untuk menghabiskan duit rakyat pada PRK kali ini.  Itu PAS tidak peduli atas alasan demokrasi. 

Yaa.. demokrasi melihat PAS cuba menyelamatkan Pesuruhjaya PAS Pahang yang berkobar-kobar untuk bertanding tetapi terpaksa menarik handbreak atas ketidakyakinan dirinya bertanding dengan calon BN, Ustaz Syed Ibra. 

Taktik terbaru PAS ialah melalui undi simpati untuk mengurangkan majoriti yang dimenangi oleh BN pada PRU yg lalu. 

Senario pertama adalah dengan semangat ahli PAS ingin membuktikan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa calon R & R ini mampu membuat kejutan.  Dengan harapan agar calon PAS menang, maka ia akan menempelak sikap pengecut Tuan Ibrahim.  Undi simpati akan diberikan oleh ahli PAS kepada calon mereka sendiri dek kerana bengang.  Tidak mustahil pengundi atas pagar juga akan berbuat demikian. 

Kedua, PAS telahpun berkempen dari rumah ke rumah dengan mengatakan bahawa calon mereka tidak akan menang.  Namun, apalah salah untuk beri mereka 1 undi untuk kali ini.  Pendekatan psycho ini digunakan dengan nada merintih simpati.  Andai mereka pergi ke 500 buah rumah dan setiap satu rumah memberi 1 undi simpati, anda hitung hasilnya. 

Andai calon PAS menang atau dapat mengurangkan majoriti kemenangan BN, maka orang pertama yang mendabik dada tentulah Tuan Ibrahim Tuan Man!  Dia akan berkata di Harakah selama 7 hari 7 malam bahawa strateginya mengena dan keputusannya untuk meletakkan calon R & R adalah tepat!  "Saham"nya akan meningkat untuk PRU yg akan datang. 

Sebaliknya jika PAS kalah, dia boleh berkata bahawa kekalahan telah diduga.  Maka selamatlah imejnya dari dipalit kekalahan yg sama sekali menjadi harapan agar karier politiknya terus bertahan!!! 

Serampang dua mata!!!

RAKYAT JANGAN TERTIPU DENGAN MEMBERI UNDI SIMPATI KEPADA PAS WALAU APA JUA ALASAN!!!

PRK MERLIMAU: GERAKAN TIMUR MENCABAR CALON PAS UNTUK BUKTIKAN KESAHIHAN AKADEMIKNYA!


Heboh di Merlimau bahawa calon PAS menipu taraf pendidikannya dalam mengimbangi pencapaian akademik calon BN.  

Flyer diatas menyatakan bahawa calon PAS ini mempunyai diploma tassawuf islam.  Ini agak meragukan berikutan tidak dinyatakan institusi mana yang menganugerahkan diploma tersebut.  Terdapat cerita yang mengatakan bahawa diploma ini dikeluarkan oleh institusi yang dimiliki oleh PAS.  

Ada juga versi yang mengatakan bahawa diploma ini palsu dan rekaan semata-mata.  Cukuplah bapa saudaranya ditipu RM100 ribu, GT tidak mahu rakyat pula ditipu.

Calon BN Kerdau yang difitnah telah membuktikan kesahihan taraf akademiknya.  Atas prinsip keadilan dan kebenaran, demi Islam, GT juga ingin memberi peluang kepada Hasanudin membersihkan dirinya dari khabar angin ini.

DENGAN INI GERAKAN TIMUR INGIN MENCABAR HASANUDIN UNTUK MEMBUKTIKAN KESAHIHAN TARAF KELAYAKAN AKADEMIKNYA!!!

SSDE JUMAAT INI DI PETALING JAYA!!!



ROADSHOW SSDE

Tarikh:   4 Mac 2011 (Jumaat)
Masa:    9.00 malam

DUN LEMBAH JAYA
Dewan Orangramai, Impian Baiduri, Jalan 224/51A, Petaling Jaya

Penceramah:
YB Datuk Shamsuddin Lias (Adun Sg Burung)
Sdra Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal (Ketua Pemuda UMNO Selangor)
Datuk Anjang Aki (Aktivist Seni)
Sdr Abd Ghani Haron (Bekas Tahanan ISA)
 
JOM KITA TURUN...

Wednesday, March 2, 2011

PRK KERDAU: TAHNIAH TENGKU ZAFRUL MAYBANK!!!


Blogger jalanan seperti kami tidak bergaji.  Apatah lagi bergaji besar.  Namun semangat perjuangan untuk memastikan Malaysia terus dalam keadaan stabil dan tidak diganggu gugat oleh pengkhianat seperti Anwar Ibrahim tidak pernah terpadam.  Apatah lagi kalau kita bicarakan tentang DAP, partai chauvinist yang senantiasa mahu menguasai Malaysia bagi membentuk ikatan bersama saudaranya di seberang tambak sana.  PAS?  demi kuasa, agama pun dilacurkan!

Blogger jalanan memantau beberapa individu yang bergaji besar, tetapi tidak mempunyai aspirasi semangat itu terutamanya yang bekerja di GLC.  

Tengku Zafrul masih lagi menjadi liabiliti kerajaan berikutan kenyataan "peribadi" nya terhadap perlantikan TS Isa Samad sebagai pengerusi Felda.  Isu kenyataan pegawai tinggi GLC yang bergaji besar ini dimainkan oleh PAS dalam ceramah2 mereka di Kerdau.  

Sedikit sebanyak ia memberi impak kepada pengundi2 terutamanya yang berada di Felda.  Alangkah seronoknya berjawatan tinggi, bergaji besar dan memberi bola tanggung kepada pembangkang untuk membelasah kerajaan.  Oleh itu, golongan yang tidak bersyukur ini seharusnya diberi pengajaran sewajarnya supaya dapat memperhalusi makna SYUKUR!

Kerajaan atau GLC tidak perlu menggaji pegawai tinggi yang tidak cekap, menyebabkan kerugian dan rasuah atau sebagainya.  Ini akan merugikan dari segala aspek termasuklah membuatkan imej kerajaan atau GLC itu tercemar.  

Tahniah kepada Tengku Zafrul kerana pendapat peribadinya telah digunakan oleh PAS dalam berkempen.  Ini adalah satu sumbangan hebat anda!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...