Bersama Berjuang

Tuesday, March 1, 2011

PRK MERLIMAU: MAKCIK KEDAI MAKAN BAGI FLYING KICK KAT JENTERA PAS!


Niat seorang pembantu Yuhaizat Abdullah untuk menunjuk pandai di sebuah kedai di Merlimau Lama, akhirnya memakan diri, bahkan memalukan bukan sahaja dirinya bahkan Yuhaizat Abdullah, ADUN Kubang Rotan Nasir Mustafa dan beberapa orang anggota rombongan calon PAS meraih undi.

Pembantu berkenaan dalam cubaannya untuk mencuba masakan berkata:

“Takkan hari-hari nak masak asam pedas kakak, kita tukarlah masakan lain, cuba dulu,” katanya yang merujuk penguasaan BN di Merlimau sejak sekian lama.

Namun, cubaan itu dibalas oleh wanita pemilik kedai berkenaan yang berkata: “Lauk memang boleh tukar encik, tapi kalau kerajaan, biarlah yang ada ini (BN).” (MALAYSIAN INSIDER)

Kadang-kadang tunjuk pandai ni memang bagus, terutama kalau khalayak adalah golongan yang kurang pandai. Tetapi lebih banyak masanya, tunjuk pandai menjadi masalah besar apabila orang yang cuba menunjuk pandai sebenarnya tidaklah lebih pandai daripada orang yang cuba ditunjuknya.

Apa yang berlaku di Merlimau Lama, mungkin menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh Yuhaizat Abdullah, apatah lagi, peribadinya mulai diragui terutama dengan penipuan keahliannya dalam Gerakan Belia 4B, diploma tasawwur dari ILHAM yang dilaporkan mudah dibeli, track-record kerjanya di Siemen Semiconductor yang dikatakan kerap ponteng dan bermasalah di tempat kerja, selain menumpang isterinya seorang guru di kuaters perumahan guru.

Sumber:  The Flying Kick

GERAKAN TIMUR:
Berkali-kali GT tulis untuk amaran kepada anda semua walaupun GT bukan menteri amaran.  Inilah ciri-ciri bAhlul PAS, iaitu tidak bersyukur dan berterima kasih serta bebal!

GT selalu labelkan mereka begini.  Otak terbahagi kepada 3 bahagian; medula oblongata, serebrum dan serebelum.  Tapi puak2 PAS ini berfikir menggunakan KEPALA LUTUT!

Muaaahahahahahaha....

PRK KERDAU: DS ISMAIL SABRI HANTUK NIK AZIZ KE DINDING!!!


Malam tadi GT terserempak dengan Dato' Seri Ismail Sabri.  GT sempat bertanya kepada beliau tentang kenyataan dari Nicky Arjis bahawa dia tidak minta dilahirkan menjadi Melayu.  Itu belum lagi GT kaitkan kenyataan-kenyataannya sebelum ini yang jelas tidak bersyukur menjadi Melayu. 

Jawapan dari DS Ismail cukup mudah.  

"Nik Aziz ni kalau hari ini dia boleh cakap macam tu untuk pancing undi bukan Melayu, esok lusa dia tidak mustahil dia boleh cakap dia bukan Islam untuk pancing undi bukan Islam!"

"Orang macam dia ni tak perlu kita cakap panjang2, atau kita nak explain pasal Perlembagaan dan sebagainya.  Sebab dia mmg tak nak faham!".  

Muaahahahahahaha... Tahniah DS Ismail Sabri!  Mmg kaw-kaw terkena batang hidung Nicky Arjis!!!

PRK KERDAU: SHAMSUL KETOT PROMOSI UTK DIRI SENDIRI!


Selain rungutan dari rakyat Temerloh, hari semalam juga menyaksikan GT ronda-ronda untuk membiasakan diri dengan jalan2 disini.  Ronda2 sehingga sampai ke Rumpun Makmur, tempat di mana Nik Aziz dilarang dari menggunakan masjid untuk menyebarkan ajaran PAS nya. 

GT pelik kerana terdapat Bilik Gerakan Induk AMK!  Dan bendera parti dikibarkan seolah-olah mereka yang bertanding.  Apa relevennya? 



SPR melarang parti-parti yang tidak bertanding dari mengibarkan bendera parti.  Namun nampaknya anak buah Shamsul Ketot tidak faham atau buat-buat tak faham.  Dasar pembangkang, tidak tahu menghormati undang-undang SPR!  Yang bertanding bukan PKR, apatah lagi Pakatan Rakyat yg tidak berdaftar, tapi PAS!

Shamsul oiiiii!!!  Itu pra-syara dalam KPI untuk buat claim ke?  Masyuuuukkkk.....

Orang kampung yang GT temui mengesahkan bahawa laporan sudah dibuat, namun tiada sebarang tindakan pihak berwajib. 

SPR !!! Tolong selesaikan golongan yang tidak faham bahasa ini!!!

PRK KERDAU: BN MENANG!!! ADUN PAS SEMANTAN BERKEMPEN UNTUK BN.

Bulatan kuning:  ADUN Semantan, Syed Hamid

Berita terkini yang GT terima bahawa kemenangan adalah mutlak milik BN setelah mendapat info bahawa ADUN PAS Semantan, Syed Hamid telah membantu kempen BN dengan menafikan bahawa sijil milik Ustaz Syed Ibra adalah palsu!!!  

Syed Hamid diberitakan mencantas fitnah ini kerana beliaulah orang yang menghantar Ustaz Syed Ibra ke Al Azhar!  Beliau sama sekali mengesahkan bahawa sijil akademik calon BN adalah TULEN!

GT difahamkan bahawa Syed Hamid adalah ayah saudara kepada calon BN, Ustaz Syed Ibra. 

Terima kasih ADUN PAS Semantan, Syed Hamid untuk kebenaran ini!!!

PRK KERDAU: PENGERUSI DAP PAHANG BOIKOT PAS???


Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah dikhabarkan telah bercuti 2 minggu ke Chiang Mai. Menurut sumber, perkara ini telah disahkan oleh orang kuat DAP sendiri.  

Wow!!!  relax habis di sana.. ada urut mengurut, body to body, ehem ehem.. hehehehe...  PAS pun cincai maa... apa mau tolong... 


GT anggap ini adalah perbuatan protes dan sabotaj oleh DAP akibat dari kebebalan PAS dalam memilih calon.  Tindakan bijak dari DAP ini adalah untuk tidak menghabiskan tenaga, masa dan wang ringgit.  Kekalahan PAS di Kerdau sudah semakin nyata dan tindakan melancong ketika berperang menjadi bukti secara tidak langsung.

Malang sungguh calon PAS, bukan sahaja menjadi korban politik oleh pemimpin PAS, malah diboikot oleh jentera DAP melalui sikap Pengerusinya.  Ini bermakna PAS akan kekal menjadi balaci tersohor DAP dalam sejarah politik Malaysia!

PRK KERDAU: RAKYAT TEMERLOH PULA YANG MENGELUH !


Dalam pencarian isu untuk PRK Kerdau, lain pula cerita yang GT terima dari orang tempatan. Ini dari rakyat Temerloh!

Pembaca semua pasti masih belum lupa tentang keganasan pelajar universiti dalam pilihanraya kampus yang berlaku baru-baru ini.  Selaku orang yang bertanggungjawab ke atas pengajian tinggi, Saifuddin kelihatan pro kepada pelajar2 yang mencetus onar ini.  


Mengapa nadanya dilihat mirip kepada corak propaganda Anwar?  Jelas bahawa AUKU adalah untuk memastikan pelajar fokus kepada pembelajaran mereka, bukan berpolitik.  Namun, gaya ala Anwar yang kita dengar darinya.  Agaknya, beliau juga menitiskan airmata sewaktu Anwar dihumbankan ke penjara akibat disabitkan bersalah atas tuduhan liwat pertamanya.  

Itu isu nasional.  GT menerima rungutan dari orang Temerloh bahawa semenjak beliau memegang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, teramat susah untuk turun padang bertemu rakyat.  Diberitakan bahawa beliau hanya duduk di pejabatnya apabila berada di Temerloh.  Wah.. syoknya ber air-cond!  Tak apalah, mungkin kulit beliau sensitif kepada udara luar dan sinaran matahari!

Tapi yang memeranjatkan GT apabila diberitahu bahawa beliau kerap memberikan alasan apabila rakyat memohon bantuan-bantuan contohnya berkenaan Felcra dan Felda.  Jawapannya "IT IS NOT MY JOB!".  Ya Tuhan!!!  Benarkan senario ini terjadi?  Jawapan yang cukup memilukan andai ianya benar.  Bukan semua rakyat tahu prosedur.  Walaupun itu bukan bidang kuasa beliau, apakah terlalu sukar untuk membantu dari segi cadangan atau khidmat nasihat?  Rakyat mohon dibantu atas kapasitinya sebagai wakil rakyat mereka.  

PRU semakin hampir, rakyat Temerloh bakal menentukan wakil mereka nanti.  Jgn disebabkan individual performance, maka rakyat akan menolak Barisan Nasional.  PM pun sering turun membuat walkabout!  GT masih ingat kata-kata PM "Kalau Perdana Menteri boleh turun meninjau rakyat, takkan YB-YB lain tak boleh".  

GT bukan menteri amaran, sekadar memberi teguran.  DS Najib berhempas pulas mengembalikan kepercayaan rakyat, jgn pula ada yang melukakan hati rakyat kerna taruhannya cukup berharga!

AL-FATIHAH...


Gerakan Timur mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Azizan Yaakob.  Allahyarham meninggal dunia pada jam 11.20 mlm tadi.

Allahyarham telah dimasukkan hospital pada 26hb yang lalu akibat serangan strok. 

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.  

Al-Fatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...