Bersama Berjuang

Friday, September 28, 2012

Kajian UMCEDEL: BN Kelantan Semakin Popular Kerana Nik Aziz? Muahahahaha..


Riuh rendah dan gegak gempita jadinya dalam kem pakatan pembangkang khususnya PAS apabila laporan oleh Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang didedahkan pada umum menunjukkan penurunan keyakinan respondan terhadap PAS di Kelantan.

Dalam laporan terbaru kaji selidik yang dijalankan bermula 1 hingga 16 September 2012 itu, hasil kajian mendapati populariti PAS telah merudum 3% berbanding 44% yang direkodkan semasa kajian sebelumnya yang diadakan pada 31 Mac hingga 15 April 2012.

Di masa yang sama, tahap keyakinan umum terhadap BN pula telah meningkat naik dari 27% kepada 32%. Seimbas lalu kelihatan cuma kecil sahaja kenaikan keyakinan umum pada BN dan hanya sedikit penurunan untuk PAS, namun agak dipandang penuh kerisauan oleh ramai pemimpin PAS.

Hakikatnya di Kelantan suasana lokal agak berbeza dengan negeri lain, sedikit undi berubah banyak kerusi DUN bakal berpindah tangan. Ditambah pula dengan jumlah peratusan respondan yang tidak jelas pendirian yang memberikan jawapan tidak pasti masih agak tinggi mencecah 27%, ia tambah merunsingkan PAS.

PAS amat maklum dalam apa jua situasi, golongan yang dikenali sebagai pengundi atas pagar itu memainkan peranan penting dan biasanya sebahagian besar golongan ini lebih cenderung memilih BN berbanding parti lain.

Sebetulnya, PAS sendiri pun tahu kajian sedemikian tidak semestinya tepat malah banyak pertikaian boleh diperdebatkan, namun senario semasa yang jauh lebih menakutkan sedang marak di kalangan rakyat Kelantan memaksa PAS untuk ambil cakna laporan UMCEDEL itu sebagai sesuatu yang serius.

Tika ini banyak program dan majlis ceramah PAS serta keraian anjuran kerajaan PAS Kelantan semakin kurang mendapat sambutan ramai. Jelas tampak berbeza bila dibandingkan dengan suasana dan mood khalayak sebelum PRU 2008.

Malah dalam satu kajian yang dilakukan oleh PAS sendiri sebagaimana pernah didedahkan oleh beberapa orang pemimpin PAS negeri, juga selari dengan senario masakini apabila laporan culaan oleh PAS itu menunjukkan mereka hanya benar-benar selamat di 17 kerusi DUN sahaja.

Baki kerusi selebihnya daripada 45 kerusi DUN, dilihat condong kepada BN malah sekurang-kurangnya 25 kerusi DUN sudah utuh sebagai kubu kuat BN. Hasil kajian itu juga tidak jauh bezanya dengan kajiselidik skala besar yang beberapa kali dilaksanakan oleh UMNO Kelantan.

Di pihak UMNO dan BN pula, mereka hanya perlu menggandakan usaha dan penerangan supaya momentum kebangkitan sama ada berkekalan ataupun terus mendaki tinggi supaya kelak bila tiba hari mengundi trend semasa ini diterjemahkan kepada sokongan jitu untuk BN kembali memegang tampuk pemerintahan negeri.

Bak kata seorang pemimpin kanan PAS, sesaat pemimpin BN lagho bermakna itu peluang terbaik untuk PAS mematikan momentum sokongan rakyat terhadap BN.

Lebih menarik, perubahan dan kebangkitan gelombang penolakan rakyat Kelantan terhadap PAS semakin terasa selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai dan terus meluas selepas BN berjaya menawan semula DUN Galas dari PAS tidak berapa lama dulu.

Ditambah pula dengan rentak songsang yang kerap diambil oleh kepimpinan PAS dalam menghadapi kebiadapan DAP dan acapkali pula PAS menjadi keldai tunggangan untuk kepentingan PKR dan DAP, semuanya itu menjadi rempah ratus yang mengganggu gugat pasak kekuatan parti itu di negeri yang pernah dikenali sebagai kubu kuatnya.

Sementelah lagi sejak beberapa bulan kebelakangan ini bekas naib presiden PAS, Hasan Ali kerap mengunjungi Kelantan dalam menjayakan roadshownya yang mendapat sambutan hangat, tidak sedikit impaknya mengakibatkan keyakinan khalayak terhadap PAS semakin suram.

Jika semua perkembangan ini kekal atau terus meningkat kemudian diterjemahkan dalam bentuk undian untuk BN, nescaya benarlah tanggapan ramai bahawa Aidilfitri 1433 yang baru sahaja berlalu merupakan Aidilfitri terakhir untuk PAS Kelantan.

22 tahun PAS merajai singgah sana tampuk perintahan negeri tanpa membawa perubahan besar yang memberi manfaat untuk rakyat, kini tibalah masanya untuk PAS menerima kenyataan, PRU 13 ini kekalahan untuknya sedang menanti.

Subky Latif Tidak Perlu Dengki Dan Memfitnah Orang Lain Hanya Kerana Beliau Dilahirkan Di Dalam Golongan Orang Biasa-Biasa... Apa Ada Hal!!!



Mudah sungguh bagi Subky Latif membuat tuduhan di Harakahdaily bahawa Genting membeli saham FGVH.  Mudah kerana ia tidak memerlukan fakta, angka dan bukti apa-apa untuk menguatkan tuduhan.  

Siapa saja boleh menuduh apa saja malah kita juga boleh menuduh Subky Latif atau Hadi Awang ada membeli saham Genting dan kemudian melalut-lalut mengaitkan keturunan, kenalan dan sahabat handai mereka sambil memburuk-burukkan semuanya sebagaimana yang Subky lakukan terhadap FGVH dan Dato’ Seri Najib dalam tulisan tersebut.  

Sehinggakan sekali baca, tampak seolah-olah Subky Latif ini bukannya ingin mempersoalkan Genting atau saham FGVH, tetapi dengki kerana tidak tergolong dalam keturunan orang-orang berada dan bernama seperti Dato’ Seri Najib.  

Sebenarnya, sikap orang-orang PAS ini sama saja, tak kira penulis, penyokong atau pemimpin.  Iaitu mereka gemar mempersoalkan tahap ‘keIslaman’ orang lain di samping menonjolkan diri sebagai yang ‘lebih Islam’ atau ‘paling Islam’.  Dalam hal ini, mereka sengaja membangkitkan persepsi seolah-olah pengurusan Felda tidak tahu halal-haram atau tidak cukup Islam.  

Mungkin kerana telah kalah dalam isu FGVH iaitu gagal menghalang penyenaraian, terbongkar segala penipuan dan niat jahat atau kerana menyesal tergadai peluang untuk sama-sama memperoleh keuntungan, maka PAS cuba mengalih pandangan dengan membangkitkan soal ‘keIslaman’ FGVH pula.  

Untuk PAS dan Subky Latif, tidak perlulah meragui keIslaman FGVH kerana sesungguhnya pihak yang mengurus FGVH juga cukup peka dengan halal-haram sesuatu urusan perniagaan.  Jika ada yang terlepas pandang atau kurang jelas, sama-samalah diperbetulkan bukan difitnah atau dijatuhkan kerana yang akan rugi nanti adalah orang-orang kita juga, orang Islam, orang Melayu yang menjadi majoriti peneroka Felda.  

Tetapi, apa yang jelas haram atau dosanya di sini ialah tindakan menuduh dengan niat memfitnah terhadap orang lain seperti apa yang dilakukan oleh Subky Latif, Harakahdaily dan PAS. 

Saham FGVH adalah bertepatan dengan syariah berdasarkan prospektus dan setakat ini, tiada pemegang saham atas nama ‘Genting’ yang direkodkan.  

Bagaimanapun, jika Genting yang membeli saham sepatutnya bukanlah satu isu tetapi yang sepatutnya menjadi isu ialah jika FGVH yang membeli saham judi Genting.  Tetapi ini tidak pernah dan tidak mungkin berlaku selagi ia dipantau oleh kerajaan yang didominasi oleh orang Islam.  

Lainlah jika Pakatan Rakyat yang menjadi kerajaan serta Anwar Ibrahim yang membawa fahaman pluralisme menjadi Perdana Menteri dengan DAP menjadi tulang belakangnya, maka mungkin sesuatu seperti itu boleh berlaku.    

Dengan itu, Subky harus ingat bahawa bukan dia sahaja yang Islam di Malaysia ini.  Orang-orang UMNO, majoriti peneroka Felda dan pengurusan FGVH juga Islam.   Bezanya, satu pihak gemar mempertikai iman dan ilmu agama orang lain dan satu pihak lagi tidak.  Itu saja.  

Tetapi, pihak atau individu mana yang lebih beriman, lebih tinggi darjat dan akan mendapat berkat di sisi Allah SWT tiada siapa yang tahu, walau berapa kali pun Nik Aziz cuba membayangkan kepada kita yang dia tahu.  

Justeru, tak usahlah Subky melalut menulis panjang-panjang sekadar untuk melepas geram memburukkan Perdana Menteri, keluarga dan tokoh-tokoh UMNO.  Ini kerana tidak berbaloi menambah dosa sedangkan Perdana Menteri dan orang-orang yang dikutuk Subky langsung tidak terjejas dan tidak terasa apa-apa.  

Perdana Menteri kekal tenang bekerja untuk rakyat, peneroka Felda terus gembira mendapat nikmat, Felda terus maju dan meningkat.  Cuma Subky dan PAS saja yang penuh dengan dendam kesumat.   

Wajah-Wajah Di Sebalik Malaysiakini? Fuiihhh... Patut Pun Gila Nak Perintah Malaysia!!!

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Development Loan Fund (MDLF), Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada tiga Pengarah MKini Dotcom yang mengendalikan operasi portal berita propembangkang Malaysiakini.

Selain Mandel yang menjadi CEO kepada syarikat yang dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu, beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.

Mandel yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai Pengarah MKini Dotcom pada Julai tahun lalu manakala MDLF pula sudah menaja operasi Malaysiakini sejak lebih sedekad lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mengaku beliau merupakan salah seorang pemegang saham dalam Mkini Dotcom.

Menurut Sivarasa, dia membayar sebanyak RM5,000 bagi 5,000 unit saham ketika beliau dijemput untuk menyumbang kepada penubuhan portal berita itu pada 13 tahun lalu.

"Ia adalah untuk tujuan yang berbaloi. Saya masih memiliki 5,000 saham daripada 4.5 juta saham yang diterbitkan," katanya dalam wawancara dengan The Star.

Selain Sivarasa, seorang lagi pemegang saham  Mkini Dotcom iaitu Bruno Gentil Pereira dan CEO Malaysiakini, C. Pramesh merupakan antara aktivis yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Pemegang saham lain termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa'eza Aziz.

Malaysiakini dan Suaram menjadi perhatian pelbagai pihak ekoran dakwaan mereka antara beberapa organisasi yang menerima dana asing.

Dua penyumbang utama dana itu ialah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institude (OSI) iaitu pertubuhan yang dikaitkan dengan Soros yang menaja pelbagai pertubuhan di seluruh dunia yang selari dengan objektif penubuhan mereka.

MDLF memiliki 1.316 juta unit saham dalam Mkini Dotcom manakala Pramesh dan seorang lagi pengarahnya, Steven Gan masing-masing memiliki 1.385 juta dan 1.328 juta saham.

sebelum ini, Pramesh mendakwa MLDF memiliki kira-kira 29 peratus saham dalam syarikat tersebut manakala selebihnya dimiliki oleh pengasas bersama dan kakitangan mereka.

Bagaimanapun di sebalik pendedahan demi pendedahan mengenai Malaysiakini, Pramesh tetap bertegas portal berita itu bersifat bebas, namun beberapa blog mempersoalkan kenyataan itu ketika beberapa pemimpin pembangkang merupakan pemegang sahamnya.

Sementara itu, laporan kewangan Syarikat itu seperti yang boleh disemak daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Mkini Dotcom mencatatkan penurunan hasil daripada RM1.85 juta pada 2010 kepada RM1.63 juta tahun lalu.

Bagaimanapun 'pendapatan lain' portal itu meningkat daripada RM3.26 juta pada 2010 kepada RM3.7 juta tahun lalu manakala operasi dan perbelanjaan pentadbiran pula adalah sebanyak RM5.1 juta.

Dalam pada itu, menurut Mkini.blogspot.com pula, ia menerima geran daripada kedutaan Belanda di Malaysia; Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (ICFJ), Free Voice dan Friedrich Naumann Faundation (FNS) selain MLDF dan Southeast Asian Press Alliance (Seapa). - Utusan Malaysia


GERAKAN TIMUR:
Pendedahan ini sememangnya cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia, yang sayangkan negaranya dari dikuasai neo-cons, freemason serta Zionis. 

GT teringat kembali akan kegagalan penguasaan laknatullah-laknatullah ini terhadap Malaysia melalui serangan matawang 1998 suatu ketika dahulu. Rupanya, mereka belum menyerah kalah lagi. 

Apa istimewanya Malaysia ini? Apa yang sangat berharga, sehingga mereka masih belum berhenti untuk terus "menyerang" Semenanjung Tanah Melayu yang kecil ini...? 

Getir 1998... Terima kasih Tun M!!!

Fuckatan Yakin Menang PRU Berdasarkan 30% Sokongan Sahaja... Bodoh Matematik Betul Lah!!!



Bagi para pembaca yang gemar melayari internet dari satu blog ke satu blog tentu saja ada terbaca beberapa artikel pro pembangkang yang isinya gah melambung-lambung meraikan angka 30% yang tercatat dalam laporan Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Angka 30% yang penulis maksudkan itu merujuk pada laporan kajiselidik yang disediakan oleh UMCEDEL yang menyatakan peratusan keyakinan umum terhadap PR untuk memenangi PRU 13 telah meningkat dari 21% kepada 30% respondan. 

Dalam kajiselidik tersebut, UMCEDEL melaporkan daripada 1,536 respondan yang ditemubual, 44% mempunyai keyakinan yang BN akan kekal memerintah negara ini, 26% lagi enggan menjelaskan pendirian mereka manakala 30% atau 461 orang lagi amat yakin PR akan menguasai PRU 13.

Dan angka 30% itulah dicanang oleh para penglipurlara PR kononnya sebagai asas kukuh itulah petanda PR akan mengalahkan BN dalam PRU 13 kelak. cara propaganda yang mereka gembar gemburkan itu seolah-olah peratusan 30% itu begitu hebat walau hakikatnya ia hanyalah minoriti sahaja.

Walhal selama ini penyokong dan pemimpin pembangkang amat alergik dengan sebarangan kajiselidik kecenderungan pengundi kerana bagi mereka semuanya itu hanya propaganda BN sahaja. 

Di pihak kita pula tidaklah pula menolak secara keseluruhan setiap kajian dan tidaklah juga bergantung seratus peratus pada setiap kajiselidik sedemikian memandangkan jumlah respondan yang dijadikan sampling terlalu rendah dan tidak mengambarkan senario keseluruhan.

Namun demikian, tidak salah untuk kita mengambil info dan menganalisis data yang disediakan oleh pelbagai pihak kerana ada kalanya dari beberapa sudut ada info bermanfaat yang boleh diberi perhatian sekalipun ia bertentangan dengan kajian langsung yang lebih besar samplingnya dan lebih mendalam culaan undi sebagaimana kerap kita lakukan.

Berbalik pada isu asal, tika ini pihak PR dan gerombolan penyokong mereka seperti terawang-awangan semacam sudah terlupa peratusan keyakinan respondan dalam kajiselidik UMCEDEL itu terhadap BN jauh mengatasi tahap keyakinan umum kepada PR. Seramai 676 orang respondan atau mewakili 44% dari 1,536 respondan yang terlibat dalam kajiselidik itu meletakkan keyakinan pada BN untuk memenangi PRU 13.

Manakala 26% atau 399 orang lagi yang enggan memberikan jawapan jelas biasanya dalam bahasa mudah dikenali sebagai golongan atas pagar, kelihatan seperti tidak memihak pada sesiapa. Namun sebetulnya, diam mereka berisi macam diam-diam ubi.

Dalam mana-mana rekod pilihanraya umum, kajiselidik mahupun sejarah pilihanraya kecil sebahagian besar golongan atas pagar acapkali memihak pada BN, itu realiti. 

Dan kerapkali apabila melihat negara tergugat dengan porak peranda serta polemik tak berkesudahan yang dicetuskan oleh pembangkang, golongan atas pagar akan beramai-ramai keluar mengundi untuk memenangkan BN. 

Itu hakikat yang sehingga kini amat memeritkan jiwa raga pemimpin pembangkang. Realiti yang sukar dicerna oleh akal pemimpin dan penyokong PR bahawa lebih ramai rakyat negara ini amat tidak menyenangi polisi PR berbanding segelintir sahaja yang menyokong mereka secara buta tuli.

Jika penyokong dan pemimpin PR masih memandang tinggi angka 30% tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh responden dalam kajian UMCEDEL itu, nampaknya dunia sudah terbalik dan kaedah besar dan kecil angka matematik perlu diubah secara drastik.

Hatta perbezaan ketara diantara 44% dengan 30% pun kanak-kanak pra sekolah yang belum tamat belajar di taska PASTI kelolaan PAS sudah dapat membezakannya, bukankah kelakar yang amat bilamana para pemimpin dan penyokong PR masih juga melihat peratusan 30% masih besar seperti bas mewah.

Dalam mana-mana pengiraan undi, jika jumlah pengundi bagi sesatu kawasan itu ada 1,536 orang dan sejumlah 461 undi (30%) bersama PR ia tetap lebih kecil dari jumlah 676 undi (44%) yang memihak pada BN. Malah jumlah 461 undi akan tewas lebih teruk bila sejumlah 399 undi (26%) bergabung bersama dengan 676 undi yang lain. 

Hakikatnya, selagi majoriti rakyat Malaysia kekal bersama BN dan tetap yakin mengamanahkan halatuju negara ini kepada pemimpin BN, ditambah lagi tahap keyakinan golongan atas pagar begitu besar jurang kepercayaan mereka terhadap PR, selama itulah PR perlu menerima realiti yang mereka hanya mampu berangan-angan sahaja.

Monyet pun gelak dengan Fuckatan nih...

Bajet Alternatif 2013: Satu Lagi Pembohongan Anwar Bin Ibrahim!!!



Pada tahun 2012 kerajaan pusat membentangkan Belanjawan negara berjumlah RM232.8 billion, dan PR pula hanya memperuntukkan hanya RM220 walaupun setelah mengambilkira segala perbelanjaan yang termaktub dalam janji-janji syurga ala fantasi untuk rakyat.

Tahun ini, seperti biasa, PR bergegas untuk mendahului kerajaan dalam membentangkan bajet 2013. Bajet Fantasi PR untuk 2013 pula memperuntukkan RM233 billion dengan kadar defisit sekitar 3.5% berbanding 4.4% pada pembentangan 2012.

Nampaknya Anwar Ibrahim terus yakin yang rakyat mudah diperdaya dengan janji-janji manis yang tidak masuk akal dengan membentangkan janji-janji ‘tambahan’ di dalam Bajet Alternatif 2013 Pakatan Rakyat. Beliau nampaknya tidak serik apabila janji-janji dalam Buku Jingga diketawakan kerana jika ditunaikan, ianya hampir pasti menyebabkan negara muflis dalam masa dua tahun sahaja.

Kita sedia maklum bahawa Anwar Ibrahim itu mukanya tebal. Jika tidak cukup tebal, tidak mungkin beliau sanggup ke hulu ke hilir sedangkan satu dunia telah menonton dirinya berbogel dan beraksi di atas katil. Mungkin Anwar sudah terlalu biasa berbohong dan sudah tidak malu lagi apabila pembohongannya terkantoi, seperti kegagalannya menunjukkan jam omega.

Kerana itu, Anwar dengan bangga membentangkan Bajet Alternatif PR yang digarapkan dalam mimpi atau fantasi para pemimpin PR. Bajet Fantasi ini disediakan tanpa memerlukan maklumbalas dan kajian terperinci dari Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam, Dewan-dewan Perniagaan dan lain-lain badan yang berkenaan sepertimana yang perlu dilakukan oleh sesebuah kerajaan bagi memastikan ianya praktikal dan tepat. Sebaliknya, Bajet Fantasi PR hanya memerlukan sumbangan idea dari ahli-ahli politik PR semata-mata.


Sebenarnya, kita tidak perlu melangkau jauh untuk menilai kredibiliti Bajet Fantasi PR 2013 iaitu sama ada ia benar-benar mampu membawa kesejahteraan kepada semua terutama rakyat biasa. Tetapi, cukup bagi kita untuk mengkaji impak dari satu perkara sahaja dari pembentangan Bajet 2012 parti itu, iaitu penghapusan subsidi korporat seperti IPP, kepada rakyat keseluruhan.

Secara dasarnya, penghapusan subsidi korporat akan menyebabkan peniaga menanggung kos yang lebih tinggi. Oleh itu, untuk memastikan perniagaan mereka kekal untung dan terus maju, para peniaga ini perlu menaikkan harga barangan. Justeru, yang bakal menanggung kesan dari penghapusan subsidi korporat akhirnya adalah pengguna, yakni rakyat biasa.

Namun, Anwar telah menjanjikan yang harga barangan tidak akan naik walaupun subsidi korporat dihapuskan dan perbelanjaan kerajaan bertambah berdasarkan janji-janji manis yang ditabur. Malahan, dalam Bajet yang sama juga, Anwar tidak pula membentangkan pelan penjanaan pendapatan kerajaan untuk menampung semua kos tambahan yang dipindahkan ke bahu kerajaan itu.

Sebaliknya, Anwar hanya menjanjikan penjimatan wang dengan cara menghapuskan korupsi dan meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran tanpa mampu menjelaskan cara dan jangkaan jumlah yang dapat dijimatkan. Selain itu, Anwar juga membayangkan Petronas sebagai satu-satunya sumber pendapatan tanpa memikirkan kesannya di masa panjang.

Jelas, apa yang dibentangkan Anwar untuk tahun 2012, adalah tidak menepati hukum ekonomi, tidak logik dan merbahaya untuk negara.

Ekonomi bukan matematik mudah yang letaknya tetap dan tidak berubah. Ekonomi itu berbentuk rangkaian yang berkait antara satu sama lain dan berterusan yang mana seorang graduan Pengajian Melayu seperti Anwar mungkin sukar untuk memahaminya.

Sesuatu kos hanya boleh berpindah dari satu pihak ke pihak lain tetapi tidak boleh dihapuskan terus. Justeru, Anwar tidak boleh menjanjikan pengurangan kos kepada satu pihak tanpa menyebabkan pihak lain menanggung bebannya. Jika kerajaan menyerap semua kos yang melibatkan peniaga dan pengguna sekali gus maka kerajaan pasti akan bankrap dalam masa yang singkat. Begitu juga jika peniaga menyerap kos dari dikenakan kepada pengguna atau kerajaan maka perniagaannya akan pasti tidak akan maju atau mengalami kerugian.

Dan nampaknya, sehingga pembentangan Bajet Fantasi 2013 ini, Anwar masih belum dapat memahami ekonomi dengan baik. Kerana itu, beliau menambah lagi gula ke dalam janji-janji sedia ada dalam Buku Jingga ke dalam Bajet Fantasi ini, antaranya kenaikan gaji anggota polis sebanyak 5 peratus dan kenaikan gaji kakitangan perubatan sebanyak 20 peratus.
Antara janji di dalam Buku Jingga ialah:

Perkara                                                             RM (Billion)
Penghapusan tol                                                       50.0
Wifi percuma                                                             1.2
Royalti minyak utk negeri pengeluar                          12.5
Pendapatan minima isi rumah RM4,000                    93.9
Menurunkan harga kereta                                           8.0
Pendidikan percuma                                                18.5
Elaun guru RM500 sebulan                                        2.4

Jumlah                                                                  206.5

Dan ini belum lagi diambilkira pemberian langsung kepada rakyat seperti bonus warga emas, elaun suri rumah dan lain-lain lagi.

Pada 2012, peruntukan belanjawan kerajaan pusat ialah RM232 billion tanpa menjanjikan apa yang termaktub dalam Buku Jingga PR. Sedangkan janji Buku Jingga PR sahaja sudah mencecah RM206.5 billion tanpa mengambil kira janji-janji lain, janji-janji tambahan serta kos sedia ada.

Justeru, apakah rakyat boleh mempercayai Bajet Alternatif PR 2013 ini?

Apakah PR sedar bahawa ekonomi dunia berada di dalam keadaan goyah dan tidak menentu. Keadaan dijangka semakin buruk pada tahun hadapan. Ini bermakna harga minyak dan barangan akan terus meningkat dan kerajaan tidak akan mampu untuk terus menyerap kos bagi pihak rakyat tanpa meletakkan ekonomi negara dalam risiko yang besar.

Walaupun kerajaan pusat dijangka membentangkan ‘Bajet Pilihanraya’ yang akan menggembirakan rakyat tetapi kita pasti ia tentunya berpijak di bumi nyata iaitu mengambilkira keadaan ekonomi global. Ini kerana kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab ke atas rakyat dan negara untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran yang berterusan.

Sedangkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat dan negara termasuk negeri yang diperintah mereka sendiri. Malah, mereka juga sering enggan bertanggungjawab walaupun untuk memikul kesalahan sendiri.

Justeru, Anwar mampu membentangkan Bajet Fantasi yang melangkaui realiti ekonomi global dan semasa. Malah, Anwar mampu berkata apa saja kerana sesungguhnya fantasi tidak punya had dan peraturan.

Dan itulah realitinya hidup Anwar, iaitu beliau boleh merealisasikan segala fantasi liarnya – dengan Chinadoll, lelaki muda, isteri orang dan siapa saja. Jika beliau berfantasi ingin menaiki jet peribadi dan ingin hidup bagai seorang Ketua Negara, beliau boleh melakukannya.

Tetapi, ingatlah bahawa rakyat bukan hidup dalam fantasi liar Anwar Ibrahim, tetapi di bumi nyata yang memerlukan kita bekerja dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Kerana itu, Bajet Fantasi PR perlu ditolak kerana ia bakal membawa kita ke neraka.

Sumber - Beruang Biru & The Pola Bear

Bajet 2012 Pakatan: Macam2 Ada... Tapi Bukan Janji!!!




GAPS anggap status budget shadow pakatan ini bajet bohong. Ini serupa dengan manifesto mereka, juga bohong!  Mereka menjanjikan bulan dan bintang dalam manifesto mereka namun mereka tak laksanakan.

Bila didesak oleh Rakyat untuk laksanakan janji manifesto, MB Selangor  kata manifesto mereka tak perlu dilaksanakan kerana ianya bukan perjanjian. Dalam Islam orang yang tidak menunaikan janjinya bergelar munafiq.

Gaps cabar ANWAR laksanakan 3 perkara yang disebut dalam manifesto mereka dalam masa 30 yang kehadapan ini.
  1. Turunkan cukai pintu 20% spt yg disebut dalam manifesto mereka.
  2. Berikan 20m3 air percuma kepada semua rumah di selangor seperti yg mereka janjikan dalam manifesto mereka.
  3. Berikan pendidikan percuma kepada semua Pelajar UNISEL seperti yang mereka uar-uarkan untuk menghapuskan PTPTN.

Kalau 3 perkara ini tidak dilaksanakan dalam masa 30 hari, GAPS akan nobatkan ANWAR sebagai BAPA PEMBOHONG NEGARA @ BAPA MUNAFIQ NEGARA.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
GAPS

27 Sept 2012

Thursday, September 27, 2012

GEMPAR!!! Kajian UMCEDEL Buktikan Mahfuz Omar Lebih Popular Dari Najib Razak Untuk Jadi PM??? Perrghh..



Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sehingga kini terus menjadi pilihan sebahagian besar rakyat Malaysia apabila 58% daripada 1,536 respondan yang dikajiselidik cukup selesa berada di bawah kepimpinannya.

Senario tersebut dapat dilihat dari keputusan kajiselidik terbaru yang dijalankan oleh Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Dalam kajian Mac lepas, UMCEDEL merekodkan populariti Najib berada pada aras 61%, sedikit tinggi berbanding laporan terkini yang dipaparkan. 

Mungkin bagi pembangkang kejatuhan 3% populariti Najib adalah satu berita baik untuk mereka atau barangkali penurunan itu akan dikaitkan dengan 'kejayaan' PR menganjurkan beberapa siri demonstrasi jalanan seperti BERSIH 3.0, Himpunan Oren dan Janji Demokrasi.

Penurunan 3% tahap populariti PM itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana turun naik populariti seseorang pemimpin utama negara sudah menjadi satu perkara biasa dan jarang statik pada satu-satu tahap sahaja.

Hakikat tersebut diakui ramai penganalisis politik dan mereka percaya ia hanya bersifat sementara sementelah lagi angka 58% itu jauh lebih baik berbanding rekod terendah hanya 45% respondan sahaja yang selesa dengan corak pentadbiran Najib semasa beliau baru mengalas jawatan tersebut pada April 2009.

Jika populariti Najib terus kekal di atas paras 50%, mana-mana pemimpin pembangkang khususnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan berdepan kesukaran untuk menggugat kedudukan Najib sebagai PM malah peluang PR merampas tampuk pemerintahan negara dari BN juga ibarat jauh panggang dari api.

Kerana memahami realiti itulah, Anwar dan ramai pemimpin PR cukup aggresif melakukan serangan peribadi terhadap Najib dan isterinya tapi hingga kini satu demi satu usaha tersebut menemui kegagalan.

Mungkin sedikit sebanyak serangan politik terancang yang dilakukan pembangkang ada kalanya berjaya memalitkan sedikit persepsi buruk pada Najib dan BN, namun ia biasanya tidak bertahan lama kerana kebenaran selalunya akan mengatasi kebatilan.

Lagipun, sejak Malaysia diterajui oleh Najib setelah mengambil alih jawatan PM dari Tun Abdullah Badawi Mei 2009, sudah banyak perubahan positif dirasai rakyat jelata. 

Pelbagai program transformasi yang diilhamkan oleh Najib yang semakin menunjukkan hasilnya jika dibandingkan dengan jerit pekik dan propaganda kosong yang digebang oleh Anwar dan pakatan pembangkang, jelas wujud perbezaan ketara di antara kedua-duanya.

Dari situ, masyarakat umum sudah dapat menilai mana satu yang bermanfaat dan mana satu yang membawa mudarat. Itu hakikat yang menjadi faktor utama dan diambil kira oleh rakyat jelata dalam menentukan kelayakan seseorang pemimpin. 

Najib telah menunjukkan kemampuannya memacu pembangunan negara malah ternyata cukup tahan layak dalam menghadapi kerenah pembangkang yang banyak ragam. Dan beliau telah membuktikan sikap caknanya terhadap kehidupan rakyat jelata, satu sikap murni yang diwarisinya dari Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak.

Justeru itu tidak salah untuk kita jangkakan apabila tiba PRU 13 kelak, akhirnya majoriti rakyat akan memuktamadkan pilihan mereka dengan memberikan kemenangan yang lebih besar kepada Najib dan pasukannya bagi meneruskan kesinambungan memakmurkan tanahair tercinta ini.

Jangan berangan lah Mahfuzzz ooiiiii... Muahahahahahaha..

Kajian UMCEDEL: BN Berada Di Landasan Kemenangan... Boleh Caya Ker???



Berdasarkan laporan terbaru kajian pilihanraya yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) tidak syak lagi Barisan Nasional (BN) sudah berada di landasan yang betul untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13).

Kajian tersebut yang dilaksanakan bermula 1 September hingga 16 September 2012 lepas melibatkan seramai 1,536 orang respondan dari seluruh negara. Kurang 746 orang berbanding 2,282 orang responden yang ditemubual semasa tempoh kajian sebelumnya (31 Mac - 15 April 2012).

Di peringkat pusat, daripada 1,536 responden yang dikajiselidik itu, seramai 676 orang ataupun 44% daripadanya yakin BN akan memenangi PRU 13 dan mengekalkan penguasaan sebagai Kerajaan Pusat. Hanya 461 orang sahaja yang memilih Pakatan Rakyat (PR). 

Manakala baki 399 orang ataupun 26% lagi memberikan jawapan tidak pasti, berkemungkinan besar terdiri dari golongan atas pagar. Angka 26% adalah amat besar bagi sebuah negara demokrasi yang membangun seperti Malaysia dan amat signifikan dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Sekiranya kajian dan rekod pilihanraya lalu dijadikan sandaran, golongan pengundi atas pagar acapkali akan mengundi berdasarkan isu semasa dan umumnya sebahagian besar golongan ini sebenarnya lebih cenderung bersama BN.

Dengan hanya 30% sahaja respondan yang memilih PR sebagai pemenang sementara baki 70% lagi jelas tiada keyakinan terhadap kemampuan PR, tidak sukar untuk kita jangkakan pada PRU 13 kelak akan menyaksikan PR terpaksa melepaskan banyak kawasan DUN dan Parlimen yang kini sedang dikuasai mereka.

Dalam PRU 12 yang dilangsung pada tahun 2008, calon-calon pembangkang menguasai sejumlah hampir 49% undi dari seluruh negara dan kesannya membolehkan mereka menang di 83 kerusi Parlimen.

Jika peratusan 30% yang memilih PR itu diterjemahkan dalam konteks peratusan undi pilihanraya, bermakna mereka akan keciciran lebihkurang 1 per 3 kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang kini dalam penguasaan PR.

Sementara itu, seandainya trend sokongan golongan atas pagar terus cenderung bersama BN termasuklah seperti mana yang dibuktikan dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini, itu adalah satu petanda malang untuk PR.

PRU 13 kelak tidak hanya akan menyaksikan kebangkitan semula BN, lebih dari itu impaknya bakal menyebabkan penguasaan 22 tahun PAS di Kelantan juga bakal menemui noktah akhir.

Secara keseluruhannya, kajian oleh UMCEDEL itu membuktikan BN sudah pulih dari kejutan tsunami politik 2008 dan ia selari dengan kebangkitan semula BN sebagaimana ditunjukkan melalui peningkatan undi sokongan dan kemenangan dalam banyak siri pilihanraya kecil sebelum ini.

WOWW... RM96,000 Kos Naik Jet. Tak Mungkin Kosong2.. Kan? Hehehehe..



KUALA LUMPUR : Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000).

Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).

Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.

Sementara itu Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar, sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki oleh ketua pembangkang itu dilakukan secara profesional.

Jelasnya beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksklusif berkenaan apabila tempahan dibuat.

"Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu yang antara penumpang jet tersebut adalah Anwar dan rakan-rakannya. Saya orang berniaga dan menguruskan tempahan secara profesional. Saya tidak pula memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu tempahan jet eksekutif dibuat," jelasnya.

Sebelum ini seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.

Kisah mengenai jet tersebut mula tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya telah memuat turun gambar jet eksekutif yang diberi nama Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian telah dipetik oleh beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com.

Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.

"Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat? Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya sekadar boleh beristigfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas itu," Kata Mohd Taufik lagi.

Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini, oleh itu tidak adil bagi mana-mana pihak menunding jari dan menuduhnya ada kaitan dengan Anwar hanya kerana hal itu.

"Saya hanya  cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya. Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya.

"Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku," katanya.

Sumber- Utusan Malaysia.

Bajet 2013 - Kerajaan Tawar Kemakmuran, PR Tawar Bintang Dan Matahari!!! Lu Pikir Lah Sendiri!!! Jgn Jadi Badut!!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013 pada hari Jumaat 28 September.

Ini merupakan bajet yang ke empat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada April 2009.

Walaupun ramai yang mengatakan ini adalah bajet pilihan raya kerana ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang hingga April tahun depan, namun bagi kerajaan Barisan Nasional ia adalah sama sahaja, samada pilihan raya atau tidak.

Program serta projek pembangunan bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara perlu diteruskan walaupun rakyat bakal memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang.

BN sentiasa yakin sokongan padu rakyat kerana ia tidak perlu berbohong mengenai rekodnya yang cemerlang jika dibandingkan dengan pembangkang.

Sebab itu tidak salah kalau Perdana Menteri memberi lebih tumpuan kepada kebajikan rakyat dan pertumbuhan ekonomi dalam belanjawan kali ini.

Malah jika belanjawan kali ini pro-rakyat adalah kerana itulah yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib ketika melancarkan slogan pentadbirannya yang mendahului rakyat dalam segala aspek program pembangunan negara.

Setakat ini Perdana Menteri telah menepati segala janjinya yang dibuat kepada rakyat ketika melafazkan sumpah jawatan dahulu.

Inilah yang menjadi jurang perbezaan yang amat ketara antara kerajaan BN dan pembangkang yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat.

Jika dilihat daripada kemelut air yang berlanjutan di Selangor, kegagalan kerajaan negeri PAS Kelantan membekalkan air bersih kepada rakyat, usaha menumbangkan Menteri Besar PAS oleh anggota Exco daripada parti sendiri dan sikap rasis, sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh DAP di Pulau Pinang, tidak silap kalau dikatakan pembangkang hanyalah satu pakatan untuk menipu rakyat.

Sementara kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib mengorak langkah dan menyusun strategi rapi untuk meningkatkan tahap pendapatan rakyat dan negara di tahun-tahun mendatang, Ketua Pembangkang pula tidak segan silu menabur janji-janji manis yang beliau sendiri tahu tidak mampu di tepatinya.

Ambil sahaja contoh janji-janji yang dibuat Anwar untuk meraih undi antaranya menurunkan harga petrol, menjanjikan pendidikan percuma, menghapuskan PTPTN, menurunkan harga kereta dan terakhir menjanjikan rumah mampu milik kepada rakyat.

Memang bunyinya sedap didengar dan apabila dibaca janji-janji ini di dalam kitab mereka yang dinamakan Buku Jingga, ada juga yang terpikat dan terpangaruh.

Namun hakikatnya adakah semua janji yang dibuat pembangkang praktikal kepada rakyat dan menguntungkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang?

Umpamanya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ingin menjadi juara kereta murah.

Jika kereta murah memang berduyun-duyun rakyat daripada setiap lapisan masyarakat mungkin akan mampu memiliki kereta idaman mereka tetapi bagaimana pula dengan perancangan untuk mengurangkan kesesakan dan juga kemalangan.

Jika jumlah kereta sudah sesak di jalan raya, kerajaan terpaksa pula membina lebih banyak jalan dan lebuh raya untuk mengatasi kesesakan.

Tol pula perlu dikenakan di lebuh raya baru oleh syarikat konsesi untuk tempoh beberapa dekad.

Rakyat kini merungut kerana di kebanyakan kawasan perumahan tempat meletak kereta tidak mencukupi.

Sudahkah Rafizi memikirkan bagaimana mengatasi masalah tempat parkir yang amat terhad jika cadangan beliau itu menghasilkan lambakan kereta yang tidak terkawal?

Contoh yang mudah ini sudah cukup untuk membuat rakyat faham bahawa pembangkang tidak mampu menjana penyelesaian kepada masalah yang dihadapi samada sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Anwar hanya menyediakan alternatif bukannya penyelesaian - jika harga petrol kini didakwa tinggi, beliau hanya mengambil jalan mudah dan populis dengan berjanji untuk menurunkan harga.

Begitu juga dengan PTPTN - jika kini pinjaman diberikan kepada ribuan pelajar kolejm dan universiti, Anwar hanya mengambil jalan mudah untuk menghapuskan segala hutang PTPTN dan menjanjikan pendidikan percuma.

Persoalannya adakah pernah Anwar menerangkan walaupun sedikit kepada rakyat cara mana atau mekanisma cadangan-cadangan beliau atau yang terdapat di dalam Buku Jingga ingin dilaksanakan? 

Bagi kerajaan BN pula, setiap dasar, program dan projek pembangunan yang hendak dijalankan telah melalui satu proses penilaian yang ketat supaya apabila dilaksanakan kelak menepati tujuan dan matlamat.

Bukannya seperti program air percuma Pakatan Rakyat di Selangor tetapi akhirnya rakyat sendiri yang menyaman kerajaan negeri kerana tidak mampu menunaikan janji.

Wednesday, September 26, 2012

Kemenangan Besar Aspirasi Mahasiswa Bukti Politik Kurang Ajar & Biadap Fuckatan Harami Ditolak



"Politik demonstrasi dan percubaan membawa agenda luar ke dalam kampus ditolak, terutamanya agenda pembangkang, sebab itu kita lihat kumpulan Aspirasi Mahasiswa menang di banyak universiti," kata Arif Haikal Roslan, (gambar kiri) pelajar tahun empat jurusan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya. 

Bagi beliau, kemenangan 2/3 Aspirasi Mahasiswa dalam pilihanraya kampus seluruh negara ini juga satu endorsement terhadap pelan-pelan tranformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Sebahagian besar mahasiswa melihat kepimpinan Datuk Seri Najib membawa perubahan yang diharapkan terutama dengan program seperti ETP, Model Ekonomi Baru dan banyak lagi bakal memberi satu lonjakan kepada negara, keputusan ini satu rangsangan kepada kepimpinan beliau bahawa mahasiswa menyokong usaha-usaha beliau,"ujar beliau. 

Menurutnya di UM, kempen bertemakan diplomasi vs demonstrasi berjaya menarik sokongan dari pelajar-pelajar universiti tersebut. 

"Ramai yang rasional, mereka melihat bahawa demonstrasi keterlaluan tidak membawa manafaat, bukan kita menolak demonstrasi tetapi kalau benda yang boleh selesai melalui rundingan mengapa hendak berdemo, kenapa hendak berkonfrantasi?" soalnya. 

Bagi pelajar tahun akhir Pengajian Sumber Manusia UUM, Ilham Jamil Khir (gambar kanan), kemenangan Aspirasi Mahasiswa juga berkait rapat dengan kejayaan jentera kempen yang tersusun dan penguasaan alam siber. 

"Saya melihat tahun ini, kempen melalui twitter, facebook dan blog rancak sekali, bagi kami yang jauh dari Lembah Klang, satu-satunya media penghubung adalah media sosial. 

"Ramai mahasiswa menggunakan media sosial, mereka mempunyai akuan twitter, facebook, baca blog jadi apabila isu-isu tertentu cuba disensasikan, mahasiswa merujuk kawan-kawan media sosial mereka, dari maklum balas itulah mereka membentuk persepsi samada menyokong atau menolak isu-isu terbabit,"katanya. 

Beliau memberikan contoh isu menghapuskan PTPTN yang cuba dibawa oleh mahasiswa pro pembangkang gagal menarik minat majoriti mahasiswa kerana fakta-fakta yang dibentangkan kerajaan dan disebarkan melalui media baru. 

"Kami rujuk penjelasan pihak PTPTN, kami baca komen kawan-kawan mengenai isu itu dan membuat kesimpulan, jika PTPTN dihapuskan, peluang sebahagian besar orang muda masuk ke universiti bakal terjejas, kami menolaknya,"ujar beliau. 

Sebelum ini sekumpulan belasan orang mahasiswa pro pembangkang berkhemah berhati-hati di Dataran Merdeka kononnya bagi memperjuangkan penghapusan PTPTN yang didakwa membebankan mahasiswa. 

Berikutan itu, berbagai langkah telah diambil bagi menjelaskan hakikat sebenar mengenai pinjaman tersebut dan bagaimana pembangkang hanya mempergunakan agen-agen mereka dikalangan mahasiswa bagi tujuan politik semata-mata. 

Kejayaan besar Aspirasi Mahasiswa dalam pilihanraya kampus ini bagaimanapun belum mengambil kira keputusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terpaksa mengadakan pilihanraya semula berikutan masalah teknikal dengan sistem e-voting mereka. 

Aspirasi Mahasiswa menguasai UPM, UUM, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Universiti Malaysia Pahang (UMP); Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Di UPM, Aspirasi Mahasiwa yang juga dikenali sebagai Pro-Aspirasi memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan sementara Pro-Mahasiswa memperoleh tujuh kerusi. 

Calon Pro-Aspirasi turut menyapu bersih sebanyak 34 daripada 36 keruasi di UUM, 18 daripada 20 kerusi di UMT, 22 daripada 24 kerusi di UMP dan menang kesemua kerusi di UPNM. 

Di UM, yang merupakan universiti tertua dan sekian lama dikenali sebagai 'lubuk pembangkang' kumpulan Aspirasi Mahasiswa yang menggunakan nama Pengerak Mahasiswa telah memberi tentangan yang sengit kepada pencabar mereka Pro M. 

Kejayaan utama Pengerak Mahasiswa UM adalah dengan pertambahan kerusi sebanyak enam menjadikan 19 berbanding 13 dalam pilihanraya kampus tahun lepas. 

Kemenangan besar kumpulan mahasiswa yang memperjuangankan suara mahasiswa atau lebih dikenali dengan Aspirasi Mahasiswa menjadi bukti bahawa golongan muda dan terpelajar di negara ini menolak politik konfrantasi yang cuba diperkenalkan oleh pemimpin pembangkang melalui agen-agen mereka di universiti. 

Aspirasi Mahasiswa menang di 17 dari 19 universiti awam seluruh negara, atau dari 567 kerusi yang dipertandingkan, Aspirasi Mahasiswa menguasai 493 kerusi (86.94 peratus) manakala kumpulan pro-Mahasiswa yang sering dikaitkan dengan agenda pembangkang menguasai 73 kerusi (12.87 peratus) manakala 1.94 peratus lagi calon bebas. 

Ini bermakna untuk pilihanraya kampus sesi 2012/2013 Aspirasi Mahasiswa berjaya memenangi majoriti 2/3 dari keseluruhan universiti awam seluruh negara. 

Bagi yang mengikuti dengan dekat pilihanraya kampus ini, kemenangan Aspirasi Mahasiswa dalam pemilihan kali ini menjadi bukti politik konfrantasi yang diamalkan oleh mahasiswa pro pembangkang ditolak majoriti pelajar. 


Pro M yang hanya menang 20 kerusi berbanding 26 tahun lepas manakala dua lagi kerusi dimenangi calon bebas yang dipercayai cenderung menyokong Aspirasi Mahasiswa. 

Selain itu, calon-calon Aspirasi Mahasiswa UM juga mewakili berbagai kaum yang mengambarkan kejayaan konsep 1Malaysia di universiti tersebut. 

Keputusan lain di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Aspirasi Mahasiswa menang keseluruhan 38 kerusi yang dipertandingkan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menang 10 daripada 14 kerusi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menang 32 daripada 36 kerusi. 

Di Universiti Sains Malaysia Aspirasi Mahasiswa menang 37 kerusi, Pro-M menang 7 dari 44 kerusi yang dipertandingkan. 

Di UKM, satu lagi lubuk pro-M, mereka menang dengan 19 kerusi berbanding Aspirasi Mahasiswa 10 kerusi. Untuk rekod di UKM, calon Pro-M menang 7 kerusi tanpa bertanding, kerana 'kegagalan' Aspirasi Mahasiswa meletakkan calon. 

Khamis lalu, dalam pemilihan di lima buah universiti, Aspirasi Mahasiswa turut mencatat kemenangan besar menewaskan Pro-M. 

Lima universiti itu ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Aspirasi Mahasiswa menang kesemua kerusi di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24). 

Sementara di UTHM, Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.-26/9/2012

Sumber: Agenda Daily

Protes Hina Nabi: Anwar Buktikan Dia Pro Liberalisma Dan Yahudi.. SEKALI LAGI!!!



Menarik sekali apabila membaca wawancara seorang penulis, Eddie Barnes dengan Anwar Ibrahim di laman The Scotsman di bawah tajuk  "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia" atau “Cabaran Berat Dalam Menangani Perpecahan di Malaysia” (http://www.scotsman.com/news/eddie-barnes-tough-challenge-to-heal-the-divides-in-malaysia-1-2543263) 

Wawancara tersebut telah menjelaskan kemusykilan ramai kenapa Anwar tidak berusaha untuk turut sama berdemonstrasi menentang filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW sedangkan Anwar yang kita kenali, amat sinonim dengan demonstrasi.  Malah, tidak salah jika beliau digelar ‘Bapa Demonstrasi’ kerana ‘kewujudan’ dan ‘kesinambungan hidup’ beliau di dalam dunia politik adalah bertitik tolak dari demonstrasi demi demonstrasi sejak dari awal lagi iaitu pada tahun 1970-an ketika beliau masih seorang pelajar.  

Tetapi, Anwar tidak ingin pun untuk berdemonstrasi jauh sekali menjuarai bantahan terhadap filem yang menghina Rasulullah SAW tersebut.  Kini jelas bahawa Anwar sebenarnya berkongsi pendapat dengan Ngeh Koo Ham, iaitu umat Islam terlalu emosional dan mudah marah tanpa asas yang kukuh yakni, demonstrasi tersebut adalah membuang masa dan tenaga.  

Ini terbukti dalam jawapan Anwar ketika ditanya mengenainya oleh Barnes, “problem with the Muslim psyche... people are easily enraged and emotional”.  (Masalah dengan psikologi Umat Islam ialah mereka mudah marah dan emosi) 

Beliau kemudiannya menambah, “The hypocrisy of these fellows talking about defending Islam when they are so blatantly corrupt and unjust.” (Hipokritnya mereka ini bila bercakap mengenai membela Islam tetapi bersikap korup dan tidak adil)

Anwar juga enggan dikategorikan sebagai seorang Pemimpin Islam tetapi menggambarkan dirinya sebagai ‘moden tradisional’.   Untuk itu, Barnes juga tidak lupa menyebut mengenai sokongan Anwar terhadap karya Salman Rushdie, The Satanic Verses yang juga menghina Islam dan Rasulullah SAW.   Untuk rekod, Anwar telah menyatakan sokongan ini secara terbuka dalam ucapannya di Indonesia yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.

Apabila ditanya mengenai pertelingkahan antara DAP dan PAS mengenai hudud, Anwar juga mengakui bahawa keadaan adalah lebih baik ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri di mana semua orang hanya akan berkata, ‘ya, tuan’ tetapi kini, semua orang berhak memberikan pendapat tetapi sebagai seorang ‘demokrat’, Anwar menegaskan bahawa ‘anda berhak memberi pendapat tetapi tidak boleh memberi arahan kepadanya’.  

Nah, itulah Anwar Ibrahim, iaitu seorang yang menyokong karya yang menghina Rasulullah SAW sebagai karya agung, serta seorang diktator secara ‘halus’.   Namun, sejauh mana Anwar boleh mengarah DAP, tidak dapat dipastikan.  Apatah lagi dengan segala rahsia gelapnya berada di dalam tangan Karpal Singh, dan sudah pasti juga Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.  

Yang menjadi perkara pokok di sini ialah pentingnya bagi rakyat Malaysia untuk mengenali Anwar Ibrahim yang sebenar kerana beliau begitu terkenal dengan sikap sesumpahnya yang sering berubah-ubah mengikut audien.   Ini diakui sendiri oleh beberapa media asing yang mula musykil dengan pendiriannya.  

Di Malaysia, masih ramai pengikutnya yang masih menganggap beliau sebagai seorang pemimpin Islam yang warak kerana gemar ‘menceroboh’ masjid untuk menyampaikan khutbah.  

Pun begitu, di kalangan golongan liberal serta di barat, Anwar menonjolkan dirinya sebagai seorang yang liberal juga dengan menunjukkan simpati kepada golongan LGBT dan mengutuk undang-undang yang mengharamkan homoseksual.  

Di masa yang sama, di hadapan kaum Cina dan India beliau secara nyata mengkritik Hak Istimewa Melayu dan ini juga ada disebutnya di dalam wawancara tersebut.  Tetapi di hadapan masyarakat Melayu beliau bertegas akan tetap mempertahankan Hak Istimewa Melayu.  

Di hadapan Yahudi, beliau sanggup mengumumkan akan sentiasa menyokong usaha melindungi Negara Israel tetapi kemudian mengecam Yahudi di hadapan umat Islam.  Bagaimanapun, tindakan beliau bergegas memohon ampun dan maaf dari Yahudi dalam apa yang disebut oleh media barat sebagai ‘apology tour’ menyerlahkan pendiriannya yang sebenar iaitu ‘mesra Zionis’.   Apatah lagi apabila beliau gagal melakukan ‘apology tour’ yang serupa terhadap negara Islam apabila mengaku menyokong Negara Israel.  

Oleh itu, jika masih ada yang keliru mengenai siapakah Anwar yang sebenar, maka wawancara dengan Barnes ini seharusnya sudah cukup untuk menjelaskan segala-galanya.  

Jika Anwar berdolak dalih mengenai perkara lain, tetapi nampaknya, Anwar langsung tidak berdolak dalih mengenai pendiriannya terhadap isu menghina Rasulullah SAW.  Beliau begitu konsisten dengan tidak mengutuk the Satanic Verses dan tidak juga mengutuk filem Innocence of Muslims.   

Justeru, apa yang diharapkan dari seorang pemimpin Islam yang menganggap bantahan aman terhadap filem biadap yang menghina Rasulullah sebagai reaksi berlebihan dan hipokrasi?  Apakah yang diharapkan dari seorang pemimpin Islam yang rela berdemonstrasi dan untuk perkara-perkara yang bukan isu, termasuk untuk melepaskan diri sendiri dari undang-undang tetapi enggan berdemonstrasi untuk membela Rasulullah SAW?   

Apa yang diharapkan dari seorang pemimpin Islam yang sanggup menyanjung karya yang menghina Islam dan Rasulullah SAW?   

Dengan perkembangan terbaru ini, apakah masih ada penyokong Anwar yang percaya bahawa Anwar itu seorang yang warak dan tidak akan membawa Malaysia ke arah liberalisasi dan pluralisme?

Rakyat Malaysia Perlu Faham Tugas SUARAM Untuk Neo-Con & George Soros!!!



Walaupun telah terkantoi menjadi agen asing untuk menjahanamkan demokrasi, SUARAM masih lagi cuba mempertahankan benang basah dengan berhujah bahawa penerimaan dana asing bukan sesuatu yang salah.   Lebih dahsyat lagi, Pakatan Rakyat termasuk PAS, sanggup berhujah yang sama, iaitu mengtidak-apakan penerimaan dana dari pertubuhan neo-con dan George Soros yang menjadi dalang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam di Palestine serta menyebabkan Mesir, Syria, Tunisia dan Syria kini terumbang-ambing, tidak stabil dan lemah.  

Perlu diingatkan bahawa SUARAM langsung tidak menafikan yang mereka menerima dana dari Yahudi Zionis dan penyangak matawang.  Malah, SUARAM mengakuinya, begitu juga dengan pertubuhan yang sewaktu atau ‘bertindih’ dengannya seperti BERSIH, Himpunan Hijau dan sebagainya yang juga menerima dana dari rangkaian yang sama. 

SUARAM juga langsung tidak mampu menjelaskan apakah motif kedua-dua pertubuhan asing tersebut menyalurkan dana kepada mereka jika bukan untuk menjahanamkan demokrasi, iaitu menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang.  

Pembohongan yang dibuat oleh SUARAM bukannya sedikit.  Ia melibatkan dua buah negara iaitu Perancis dan Malaysia.  SUARAM telah memburukkan nama Malaysia ke serata dunia malah SUARAM juga telah dengan sengaja mencemarkan imej Perdana Menteri dan isteri.  Ini dilakukan melalui pembohongan demi pembohongan.  

SUARAM berbohong bahawa mahkamah Perancis sedang membicarakan kes pembelian kapal selam scorpene oleh Malaysia sedangkan pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan mengenainya.  

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri akan disapina, begitu juga seorang individu bernama Jasbir Singh Chahl juga kononnya telah disapina.  Namun, pihak Perancis mengesahkan bahawa tiada sapina di keluarkan kerana tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene.  Malah, Jasbir Singh Chahl sendiri pantas tampil menafikan kenyataan SUARAM. 

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan Altantuya, yang didakwa sebagai model sambilan dan juga penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene.  Namun, terbukti bahawa Perdana Menteri langsung tidak mengenali Altantuya dan urusan jualbeli scorpene adalah dalam bahasa Inggeris sepenuhnya serta tidak memerlukan penterjemah.  

SUARAM berbohong bahawa Altantuya terlibat dalam urusan jualbeli scorpene di Perancis tetapi pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis pun.  

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri atau isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi terbukti bahawa kedua-dua mereka mempunyai alibi kukuh kerana berada di dua majlis rasmi berasingan pada waktu kejadian.  

SUARAM berbohong bahawa Syarikat Perimekar dimiliki oleh Razak Baginda dan cuba mengaitkan beliau dengan Perdana Menteri, sedangkan syarikat itu dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd. 

SUARAM berbohong bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd menerima rasuah sedangkan terbukti bahawa syarikat tersebut membekalkan khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.  

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri meminta rasuah dari DCNS melalui faks berjumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion sedangkan jumlah tersebut merupakan jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam sepertimana yang ditandatangani.   Ini adalah pembohongan yang paling lucu kerana tidak mungkin sesiapa akan meminta rasuah melalui faks dan tidak mungkin sesiapa akan memberi rasuah yang sama jumlahnya dengan harga kontrak!

SUARAM berbohong bahawa syarikat Thales Asia telah membayar RM142 juta kepada syarikat Terasasi kononnya atas penjualan rahsia ketenteraan negara berkenaan kapal selam scorpene oleh Razak Baginda.  Pembohongan ini bagaimanapun berubah-ubah sehingga terdapat beberapa versi dan sukar untuk dipastikan lagi.  Ada kalanya, SUARAM cuba mengaitkan syarikat Thales dengan DCNS, tetapi terdapat kenyataan sebelum itu di mana peguam mereka menyatakan bahawa pembayaran tersebut dibuat kepada sebuah syarikat bernama Giffen.  Yang jelas, syarikat Terasasi atau Giffen langsung tidak terlibat dalam pembelian kapal selam scorpene.   

Secara keseluruhannya, SUARAM ‘hidup’ atas pembohongan iaitu berbohong kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia adalah korup, kejam dan dikelilingi skandal.  

Dengan segala dosa-dosa SUARAM terhadap Malaysia, rakyatnya, kerajaannya dan pemimpinnya, SUARAM tidak wajar dibiarkan lepas bebas.  SUARAM sendiri telah mengakui bahawa mereka menerima dana asing, sekali gus membawa agenda asing iaitu mengkhianati negara sendiri.  Dengan pengakuan yang begitu jelas, mana mungkin SUARAM dibiar bebas?

Rakyat Malaysia dengan ini menuntut tindakan tegas ke atas para peneraju SUARAM, iaitu para pengkhianat negara.  

Malaysia tidak mampu memberi muka kepada mereka-mereka yang tidak jemu berusaha untuk menghancurkan negara melalui pembohongan demi mencetus demonstrasi ganas dan pemberontakan.  Malaysia adalah negara yang aman dan keamanan itu mungkin tidak akan kekal jika SUARAM terus wujud.  

Kewujudan SUARAM mendedahkan kita kepada risiko ketidakstabilan, kehancuran dan penjajahan.  

Ng Lum Yong Dedah Anwar Sudah Lama Menggunakan Jet Mewah!!!



Sejak sekian lama semacam menjadi satu kebiasaan untuk pemimpin pembangkang dari DAP, PKR dan PAS menyerang dengan pelbagai dakyah dan tuduhan kononnya ramai pemimpin BN gemar menjalani hidup gaya mewah dan kurang pula cakna masalah khalayak.

Berulang kali tohmahan sebegitu diulang-ulang, lama kelamaan ramai juga penyokong pembangkang yang semakin memandang serong pada kepimpinan BN dan kian mencurigai segala kerja buat bermanfaat yang dipelopori oleh Kerajaan Pusat.

Untuk menambah impak rasa mual dan kebencian rakyat, pemimpin pembangkang dan balaci mereka berusaha pula mempotretkan imej buruk terhadap Perdana Menteri dengan melontarkan tohmahan kononnya PM dan isteri kerap bergaya mewah serta memiliki cincin permata harga berjuta-juta, jam tangan mahal dan boros berbelanja di luar negara.

Bila pembangkang khususnya PKR memfokuskan serangan sedemikian, gambaran positif pula terlakar difikiran penyokongnya bahawa para pimpinan parti pembangkang tidaklah berperangai sedemikian rupa. 

Para balaci bawahan mula terasa bangga merasakan pemimpin mereka berjiwa rakyat dan zuhud pula gaya kehidupannya. Tidak materialistik dan sentiasa dekat dengan denyut nadi rakyat. Pada fikiran mereka, para pimpinan pembangkang memiliki gaya hidup berbeza berbanding BN dan lebih dekat dengan nurani rakyat.

Kini bila meletus sahaja isu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang lain bermewah-mewahan menaiki jet eksekutif peribadi milik seorang ahli perniagaan, para balaci mula berkerut muka dan akal pula semakin serabut tak keruan. 

Belum selesai isu bas mewah harga berjuta dan lori treler penuh bergaya, ditambah pula isu jet peribadi, cukup untuk meletakkan para balaci PR merasa sukar menerima kenyataan betapa pucuk pimpinan yang difikirkannya begitu tawadduk dan zuhud seperti Anwar dan lain-lain, tiba-tiba sahaja kelihatan lain sama sekali.

Dalam keadaan sengal dan bengang, tetap akan ada balaci PR yang cuba menepis isu dengan berandaian apa salahnya untuk Anwar serta pemimpin pembangkang menikmati permandangan udara dari sebuah jet mewah itu. 

Itu senario biasa sebenarnya bagi balaci pembangkang lebih-lebih lagi untuk yang berstatus totok sejak azali yang sentiasa berfikir dari bawah tempurung berbanding menganalisis suasana dari mata burung.

Dunia politik negara kita sebenarnya terlampau banyak politikus hipokrit dari parti pembangkang yang diawal tingkat popularitinya mencanak naik, gemar memaparkan gaya hidup tawadduk dan zuhud supaya sentiasa diingati oleh rakyat sebagai pemimpin yang sentiasa mengikuti denyut nadi khalayak.

Namun, resam dunia acapkali membuktikan yang seringkali mempotretkan diri mereka sebagai zuhud, tawadduk dan cakna rakyat akhirnya lemas dalam pelukan kemewahan dan gaya hidup eksklusif.

Anwar Ibrahim dan gaya hidup zuhudnya bersama bas mewah, treler bergaya dan sebelumnya gah bergaya bersama kereta eksklusif serta kini bangga merentas ruang udara dengan jet peribadi yang sewaan per jamn harga beribu RM sebenarnya tidak sendirian.

Lama sebelum ini, MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat sudah acapkali bergaya sakan bertukar ganti kereta mewah walaupun jelas sekali amat kontra dengan seruan lamanya yang mahu rakyat Kelantan menerima takdir kemiskinan. Ini realiti dan watak sebenar pemimpin politik hipokrit sekalipun jubag dan serban kekal dipakai, nafsu keduniaan tetap jua menguasai diri.

Pemimpin-pemimpin PR yang baru diuji dengan secebis kuasa diberi peluang mengurus tadbir beberapa negeri pula, pun sedemikian juga. Baru beberapa bulan menguasai urus tadbir negeri, kereta sudah bertukar ganti dan kuota isteri kedua mula dipenuhi. 

Rumah masing-masing makin besar, dari papan menjadi banglo dan urusan tender serta kontrak sudah pandai berkira soal komisyen dan sumbangan untuk kantung peribadi. Ini juga realiti, kahak yang sebelumnya diludah ke muka lawannya begitu selera dijilat kembali. Hakikat.

Tapi walau demikian rupa, ia masih tidak menghalang para balaci bawahan berusaha mencari makna baru bagi perkataan zuhud untuk menjustifikasikan keharusan untuk pemimpin pakatan pembangkang seperti Anwar dan lain-lain rakan pimpinannya menikmati gaya hidup mewah.

Jet Peribadi: Orang Kasi Pinjam? Ye Ke? Takkan Kosong-Kosong Kot.. Hehehe..



Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup yang menyaingi pemimpin di negara maju, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana.  Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa.  Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama.  

Jika PR ditakdirkan menjadi pemerintah tentunya Putrajaya dan Seri Perdana akan dilengkapi dengan sistem keselamatan setanding White House dengan teknologi dari Israel.  Keluarga pemerintah, menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan juga pasti akan dibekalkan dengan beberapa orang pengawal keselamatan juga.  Pendek kata, rakyat tidak lagi dapat mendekati pemimpin sepertimana kebiasaan di masjid, mahupun di Hari Raya atau di bazaar Ramadhan di mana kita biasa bertemu dengan Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.  

Kita boleh membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah bagaikan pemimpin kuasa besar tetapi rakyat dipaksa hidup di tahap dunia ketiga bagi menampung kos kepimpinan yang serba canggih.  

Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya.  Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia.  

Jelas bahawa Tian Chua bukanlah seorang yang cerdik kerana tidak mampu menilai kesan gambar tersebut kepada politik PR.  Jelas juga bahawa Anwar dan seluruh kepimpinan PR juga tidak cerdik dan terus melatah apabila diasak dengan persoalan mengenai jet peribadi itu.  Kalau mereka cerdik, tentu mereka tidak dipilih sebagai ‘barua’ oleh pihak tertentu. 

Justeru, Anwar, Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberi jawapan berbeza.  Itu belum lagi ditanya kepada pemimpin PR yang lain, kerana jika 10 orang ditanya, maka tidak mustahil 10 jawapan berbeza yang akan kita terima.  

Kata Anwar, jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’.  Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan tetapi Tian Chua pula terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa.   Mungkin kenyataan Tian Chua lebih tepat kerana Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan.  

Kos menyewa jet mewah tentunya mahal.  Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.  

Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri, maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak.  Jika dari poket kerajaan negeri Selangor, maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk politik parti PKR.   Dan begitulah seterusnya, sepatutnya.  

Jika ianya ditaja, iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar, maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya.  Apatah lagi apabila telah terbukti yang PKR atau PR melalui SUARAM ada menerima dana dari Yahudi Zionis dan George Soros.   Untuk ini, Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut.  Kita ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Yahudi, Soros atau tabung ‘tin milo’ yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS.  

Begitu juga jika ianya dipinjamkan, bak kata Nurul Izzah.  Rakyat perlu tahu siapakah yang begitu baik hati, pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada papanya.  Sebagai pemimpin parti yang lantang melaungkan ketelusan dan integriti, Nurul Izzah wajib menyatakan siapakah peminjamnya bagi mengenepikan segala keraguan tentang berlakunya rasuah atau kes ‘terhutang budi’ yang begitu hebat, setimpal dengan harga penggunaan jet berkenaan.  

Kita tidak faham kenapa begitu sukar bagi PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini.  Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR perlu ‘malu-malu’ untuk bersikap telus?  Apakah yang ingin dan perlu disembunyikan mereka sehingga begitu gelabah dan memberi jawapan berbeza?  

Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara terperinci?  Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak PR?   Jika pemimpin BN bermewah, bukan main lagi dikutuk mereka, tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui, segalanya menjadi tidak apa pula.   

Seharusnya, penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysai menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih, telus, adil dan berintegriti

Inilah Suara Anak Haram (SUARAM) Yang Sebenarnya!!!



NGO hak asasi, Suaram tidak senang duduk sejak pendedahan bahawa pertubuhan tersebut telah menerima RM2.4 juta daripada dua dana asing itu Open Society Institute (OSI) dan National Endowment for Democracy antara tahun 2005 hingga 2011.

OSI di miliki oleh George Soros, penyangak matawang berbangsa Yahudi Poland yang pernah memporak perandakan ekonomi negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1997.

Serangan matawang negara-negara rantau membolehkan  Soros menggaut keuntungan berbilion dolar di atas kesengasaraan beratus juta rakyat serta keruntuhan struktur sosial dan kewangan negara terbabit.

Kesannya masih dirasai sehingga sekarang di negara seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang masih dibebani hutang daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Orang yang samalah membiayai kegiatan Suaram untuk menghentam dan mengkritik kerajaan melalui entiti korporatnya, Suara Inisiatif Sdn Bhd.

NED pula berkait dengan golongan Neocons yang menjadi sahabat karib Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Puak Neocons inilah yang berkuasa disekeliling George W. Bush ketika beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat dam merekalah yang mendalangi keputusan pentabbiran Bush untuk menyerang dua negara Islam pada 2003 iaitu Afghanistan dan Iraq.

Ratusan ribu umat Islam di kedua buah negara samada mati atau cedera akibat peperangan yang mana mereka tidak ada sangkut paut langsung.

Kerosakan dan kerugian yang ditanggung pula oleh negara yang diserang sehingga kini payah di nilai dalam wang ringgit kerana terlalu dahsyat kemusnahan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.

NED juga menyalur wang kepada Suaram supaya NGO itu antara lain boleh melaksanakan agenda membawa isu pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kepada mahkamah Perancis.

Kini Suaram dalam keadaan tertekan kerana pertalian rapatnya dengan dana asing yang membawa agenda yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan negara telah dibongkar oleh media.

Dalam situasi seperti cacing kepanasan, Suaram bertindak untuk menyaman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa beliau campur tangan dalam proses penyiasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap badan itu.

Satu tindakan yang dilihat 'desperate' dan tidak logik kerana sememangnya SSM berada di bawah pengawasan dan bidang kuasa menteri tersebut.

Untuk menunjukkan bahawa ia mempunyai besar di peringkat antarabangsa, Suaram mengheret 56 NGO tempatan dan antarabangsa untuk menyatakan sokongan kepadanya dan menuntut kerajaan  menghentikan penganiayaan terhadap sekiti mereka itu.

Sekiranya Suaram tidak bersalah dan yakin dana yang diterima dari Soros dan NED adalah bersih daripada segala muslihat dan agenda tersembunyi maka tidak perlu mendapatkan sokongan luar taua terpekik terlolong mendakwa mereka di aniaya kerajaan.

Besar kemungkinan kesemua 59 NGO yang datangnya dari Nepal, Afghanistan, Indonesia, Kemboja, Pakistan, Filipina, Australia, China dan Korea Utara juga bertuankan Soros dan kumpulan Neocons yang berpusat di washington.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melindungi Suaram daripada 'gangguan' kerajaan.

Mengapa Kit Siang beriya-iya benar memihak kepada Suaram apabila mengetahui NGO itu terang-terangan menerima pembiayaan asing?

Sedikit penyelidikan akan menemukan kaitan rapat antara Suaram, Anwar dan DAP.

PKR yang diterajui oleh Anwar sudah dikuasai unsur sosialis, DAP pula memang berkiblat kepada fahaman sosialisme sejak ditubuhkan manakala Suaram pula dipimpin oleh individu sosialis sama yang berselindung di sebalik PKR seperti Tian Chua, Elizabeth Wong dan R. Sivarasa.

Mungkin kerajaan Malaysia melihat dan mendapat pelajaran cara mana Presiden Rusia, Vladimir Putin mengajar organisasi seperti Suaram yang bersembunyi disebalik slogan hak asasi di negaranya. 

Semasa menyambut kemenangannya dalam pilihan raya presiden Mach lalu, Putin mengambil keputusan mengusir keluar USAID (United States Agency for International Development), sebuah badan yang didokong oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat kerana di dakwa mengancam kedaulatan negara Rusia.

Ini terbukti apabila Putin mengatakan USAID membiayai badan-badan bukan kerajaan di Rusia yang kononnya memperjuangkan hak asasi rakyat seperti juga kes Suaram di Malaysia.

Rupa-rupa badan-badan tersebut secara senyap menghasut rakyat Rusia supaya memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran semasa kempen pilihan raya dengan tujuan untuk menghalang kemenangan Putin.

Di Malaysia juga kes sama berlaku di mana Suaram bersama-sama NGO yang sekepala dengannya dan dibiayai daripada sumber yang sama mengadakan beberapa siri demonstrasi yang berakhir dengan rusuhan jalanan seperti Bersih 1.0 dan 2.0 serta Himpunan Janji Bersih, Himpunan Anti ISA, demonstrasi Air Selangor dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh ditakrif sebagai anti kerajaan dan mengancam keselamatan negara.

Kalau Rusia tendang keluar USAID yang menjadi dalang kekacauan di Rusia mungkin juga Malaysia boleh mengambil tindakan yang sama terhadap NGO-NGO balaci kuasa asing ini sebelum mereka menjadi lebih melampau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...