Bersama Berjuang

Friday, August 21, 2015

#DEIG: APA KAITANNYA DENGAN QUALITY HOTEL DAN BRISDALE HOTEL???


Jika penjualan aset negeri secara terus dan rakus sangat popular dalam era pemerintahan Khalid Ibrahim, alasan bankrap ke atas aset-aset anak syarikat negeri pula menjadi semakin popular sejak Azmin Ali mengambilalih kuasa pentadbiran selaku Menteri Besar Selangor. Suratan atau kebetulan, akhirnya ia juga membawa kepada amalan yang serupa; jual.

Baca seterusnya DISINI

#DEIG : Pendedahan Dari Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Berkenaan Darul Ehsan Investment Group


Episod 1 - 'Conflict of Interest' Tahap Tertinggi

1. MBI tubuh Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sebuah syarikat yang fokus kepada pelaburan bagi memperoleh pendapatan daripada syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) negeri Selangor seperti PKNS, PNSB, Kumpulan Perangsang, KDEB dan banyak lagi.

2. Dalam perkara ini, terlibat tiga peringkat dan pihak yang terlibat iaitu MBI > DEIG > GLC Selangor

3. Menurut dokumen rasmi SSM, DEIG hanya mempunyai dua orang pemilik iaitu:-
a) Raja Shahreen Raja Othman (Biru - Rujuk Gambar)
b) Soffan Affendi Aminuddin (Ungu - Rujuk Gambar)

4. Bukti penubuhan DEIG oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali ini adalah 'Conflict of Interest' tahap tertinggi adalah Raja Shahreen memegang jawatan CEO di MBI dan DEIG, manakala Soffan pula memegang jawatan COO di MBI dan DEIG.

5. Lebih parah, Raja Shahreen dan Soffan turut memegang jawatan di 4 buah GLC Selangor, KESEMUANYA sebagai AHLI LEMBAGA PENGARAH iaitu di :-
a) Kumpulan Perangsang 
b) Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 
c) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) 
d) Kumpulan Hartanah Selangor

6. Adakah ini bukan 'conflict of interest' namanya? Sudah terang lagi bersuluh.

7. Soalnya, siapakah dan apakah latar belakang Raja Shahreen Raja Othman dan Soffan Affendi Aminuddin sehingga memegang banyak jawatan termasuk di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor?

8. Adakah Selangor sudah ketandusan anak jatinya dalam bidang korporat? Adakah sudah tiada anak Selangor lain sehingga anak negeri lain (Soffan) dilantik memegang pelbagai jawatan di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor? Kroni?

9. Nantikan Episod 2 pendedahan #DedahDEIG untuk mengetahui lebih lanjut.
--
Head
Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Malaysia

#DEIG: Bimbang GT Bimbang... Engkau Hilang Bawa RM6.7 Billion!


Dalam keghairahan pakatan pembangkang menyerang Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhirnya dilihat memakan diri apabila berjaya mencipta kontroversi mereka sendiri di sebalik penubuhan DEIG yang diletakkan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang cukup meragukan.

Jika dilihat secara kasar dan dasarnya, penubuhan entiti pelaburan ini dilihat sama seperti penubuhan syarikat-syarikat lain yang mana ia tertakluk di bawah Akta Syarikat 1967. Namun penubuhan DEIG dibawah akta itu menjadikan entiti tersebut menikmati status bebas daripada diaudit oleh mana-mana pihak termasuklah membentangkan kedudukannya untuk pengetahuan atau dibincangkan di peringkat DUN Selangor.

Seolah-olah penuh dengan agenda tersirat, kewujudan DEIG itu sendiri mencetuskan seribu persoalan dari segi keperluan sebenar penubuhannya sama ada ia benar untuk meningkatkan prestasi pelaburan negeri atau hanya untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata.

Ini jelas menunjukkan bahawa kewujudan DEIG dilihat mencetuskan persoalan dan kebimbangan yang munasabah seperti:

1. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah  Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994.

Perbezaan ini akan menjadikan DEIG sebagai sebuah syarikat yang seakan-akan ‘invisible’ yang mana akaun syarikat tidak memerlukan ia diaudit dan diserahkan laporan kedudukan kewangan termasuk aktiviti mereka kepada kerajaan negeri.

Keadaan itu sudah tentunya akan menyebabkan DEIG terdedah kepada percanggahan dan/atau penyalahgunaan kuasa dari segi ketelusan maklumat mengenai kewangan khususnya dan lain-lain keputusan secara amnya, selain tiada pemantauan boleh dilakukan terhadap aktiviti syarikat itu dalam menandatangani sesuatu kontrak atau atas nama usahasama pelaburan.

2. Jika benar maklumat yang diterima Menteri Besar Selangor merupakan merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan juga DEIG. Persoalan yang timbul seterusnya adakah DEIG sudah menjadi anak syarikat MBI?

3. Penubuhan DEIG secara langsung dilihat akan mengurangkan peranan utama MBI dalam tanggungjawab urustadbir harta dan aktiviti berunsurkan perniagaan yang di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Sepatutnya kerajaan negeri memperkukuh dan memperkasakan ‘vehicle’ sedia ada (MBI) dalam soal pengurusan pelaburan.

Selain itu, kewujudan DEIG turut diliihat mencetuskan kekeliruan dan sedikit sebanyak pertindihan hak dan tanggungjawab dengan peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC) dalam usaha mempromosi serta bantuan teknikal melibatkan aktiviti pelaburan di negeri ini.

4. Kewujudan DEIG sudah tentunya memerlukan pertambahan kos dalam menampung operasi entiti itu (capital expenditure) yang sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan kewangan MBI.

5. Cadangan pemindahan asset MBI berjumlah sekitar RM6.3 bilion kepada DEIG turut mengundang kepada kos dan risiko yang amat tinggi sama ada berpunca daripada faktor ketidaktentuan pasaran atau terdedah kepada salahlaku aktiviti pelaburan dan perdagangan kerana tiadanya pemantauan yang khusus boleh dibuat ke atas syarikat itu.

Sekiranya akiviti pelaburan dan perdagangan tersebut memerlukan DEIG membuat pinjaman, sekiranya prestasi pelaburan yang dijalankan berhadapan dengan risiko ketidaktentuan pasaran satu sebagainya, maka ianya akan mempengaruhi kadar hutang yang ditanggung oleh entiti itu.
Malah, keadaan tersebut dibimbangi akan melibatkan campur tangan daripada MBI atau kerajaan negeri termasuklah kemungkinan berlaku penjualan aset milik MBI atau milik anak-anak syarikat lain bagi menampung liabiliti tersebut. Hal ini akan selanjutnya melibatkan kehilangan aset milik MBI kerana terdedah dengan pendedahan kewangan yang tidak perlu (unnecessary financial exposures).

6. Penubuhan DEIG juga dilihat merencatkan persaingan sihat di antara anak-anak syarikat kerajaan negeri ekoran pelaksanaan konsolidasi pelaburan yang diletakkan di bawah DEIG sekaligus menjadikan entity itu bersifat hegemoni dalam aktiviti pelaburan anak-anak syarikat milik negeri.

7. Bagaimanakah status aset, sekiranya semua aset MBI berpindah dan diurus oleh DEIG (Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965) dan kemudian sesuatu di luar jangka berlaku seperti pertukaran kerajaan dan DEIG pula membuat resolusi tiada kaitan dengan MBI. Jika status DEIG berterusan seperti yang sedia ada tertera didalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, maka sudah tentu DEIG boleh cuci tangan dan mendapat aset MBI tanpa perlu usaha yang keras.

Inilah kebimbangan kita yang sebenar!!!

YB Budiman Mohd Zohdi
Setiausaha Adun BN Selangor

Thursday, August 20, 2015

DR MARIAH KOTARAJA BAGI SEBIJIK KE MUKA PRO HADI AWANG!!


Kelas kau Mariah... memang UMNO selama ini betul, kan? 

KLIK SINI

#DEIG: YEO BEE YIN BUAT AZMIN ALI TIDAK TIDUR SEJAK SEMALAM!!!

ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu mendedahkan pembohongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Azmin ketika menggulung usul penyata mengenai syarikat pelaburan strategik, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menjelaskan lima ahli Lembaga Pengarah syarikat itu iaitu Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO).

Kata Azmin, adun-adun ketika membahaskan usul tersebut cuba bermain dengan sentimen ‘check and balance’ dengan memberi gambaran ahli Lembaga Pengarah hanya tiga orang sahaja iaitu Menteri Besar, CEO dan COO.

“Jadi saya harap dalam keghairahan kita untuk mendapatkan penjelasan ini, kita juga harus berlaku adil dalam pembentangan,” kata Azmin.

Bagaimanapun, Bee Yin bangkit mencelah meminta penjelasan kerana kedudukan hanya tiga ahli Lembaga Pengarah di dalam DEIG itu diakui sendiri oleh pengurusan tertinggi Menteri Besar Incorporated (MBI) selaku badan yang bertanggungjawab ke atas DEIG.

“Apa yang dikatakan memang betul tetapi apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana (penyata), jawatankuasa memandang serius pelantikan tiga orang Lembaga Pengarah DEIG adalah perakuan daripada MBI bahawa tiga orang sahaja sebagai ahli Lembaga Pengarah masa dalam pendengaran tertutup.

“Apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana jawapan MBI,” tegasnya.

Azmin yang terkejut dengan tindakan Bee Yin itu hanya mampu menafikan dan berjanji akan menyemak semula maklumat tersebut.

“Saya akan semak keterangan yang diberikan dalam jawatankuasa berkenaan tetapi dari segi logiknya tidak mungkin CEO dan COO tampil memberikan keterangan sedemikian,” kata Azmin.

Ahli Dewan Undangan Bukit Antarabangsa itu kemudiannya beralih kepada isu yang dibangkitkan Adun DAP-Kampung Tunku, Lau Weng San yang mengatakan DEIG sebenarnya telah memulakan operasinya.

Kata Azmin, kenyataan yang dibuat Weng San hanya berdasarkan maklumatDEIG telah memanggil RFI (request for information) dan RFP (request for proposal).

Jelasnya, RFI dan RFP yang dipanggil itu bukan oleh DEIG sebaliknya ia dipanggil oleh MBI berdasarkan aset-aset MBI kerana DEIG hanya akan beroperasi pada awal 2016.

Bee Yin sekali bangun mencelah mempersoalkan kenyataan Menteri Besar itu. Kata Bee Yin, bagaimana sebuah syarikat yang belum beroperasi boleh mengeluarkan iklan memanggil RFI dan RFP.

“Request for information pada iklan di The Edge di bawah nama DEIG dan bukan MBI, boleh jelaskan?,” soal Bee Yin.

“Saya hendak jelaskan aset-aset yang dipanggil untuk RFI dan RFP ini adalah aset MBI,” jawab Azmin.

“Tetapi iklan itu di bawah nama Darul Ehsan Investment Group,” tegas Bee Yin.

Weng San yang membangkitkan perkara itu ketika berbahas bangun untuk memohon pencerahan tetapi Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh tidak membenarkan dan meminta Azmin menghabiskan penggulungan. - SP

Tuesday, August 11, 2015

SULTAN JOHOR DAN PERDANA MENTERI DIFITNAH!

“A lie told often enough becomes the truth.” Kata-kata Vladimir Lenin ini ada kebenarnya lebih-lebih dengan perkembangan Internet dan media-media sosial yang menjadikan kita semua hidup dalam era maklumat di hujung jari.

Ada pihak yang cuba menangguk di air keruh apabila menyebarkan berita palsu melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp yang mengatakan kehadiran YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri ke negeri Johor terpaksa melalui Lapangan Terbang Singapura.

Tidak cukup dengan itu, fitnah tersebut berterusan dengan memalitkan Perdana Menteri ke kancah politik kotor dengan penyebaran fitnah bahawa tiada kemudahan dan majlis sambutan dibuat bagi menyambut ketibaan Perdana Menteri oleh Kerajaan Negeri Johor atas titah Sultan Johor.


Cubaan mengheret institusi beraja Johor dilihat sebagai tindakan terdesak pihak pembangkang yang bermain persepsi dengan cubaan melemparkan persepsi negative terhadap hubungan antara Putrajaya dengan Kerajaan Negeri Johor serta insititusi beraja negeri Johor.

Walhal, Perdana Menteri dijadualkan untuk ke Singapura bagi memenuhi undangan Kerajaan Singapura bagi acara Hari Kebangsaan Singapura. Visual kereta bernombor plat negara Singapura yang digunakan oleh Perdana Menteri adalah disediakan oleh Kerajaan Singapura kepada Perdana Menteri untuk masuk ke Johor bagi tujuan merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang, sebelum kembali ke Singapura untuk acara rasmi di sana.

Infrastuktur telekomunikasi yang baik di Malaysia telah disalahgunakan oleh pihak pembangkang yang telah banyak menyebarkan fitnah dan tidak berlandaskan fakta. Tanpa mengira kesahihan sumber maklumat, mereka telah sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan liar tanpa bukti untuk menyokong hujah-hujah mereka. Fitnah dan penipuan yang ditanam hasil penyebaran maklumat palsu ini amatlah berbahaya kerana ianya akan meracuni pemikiran rakyat tanpa disedari.

Walaupun sesuatu maklumat tersebut adalah tidak benar, jika ianya diulang berulang kali maka ianya akan dipercayai sebagai maklumat yang betul. Ini secara tidak langsung akan membentuk persepsi rakyat untuk membenci kerajaan secara membuta-tuli dengan membuat pelbagai fitnah terhadap pemimpin negara termasuk cubaan mengaitkan pemimpin-pemimpin negara dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada membunuh kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah S.W.T :- “Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh” (Al-Baqarah : 217)

Dalam perkara ini, rakyat perlu lebih bijak dalam menentukan kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Ini penting bagi mengelakkan rakyat terpedaya dengan tipu helah pembangkang yang menggunakan taktik propaganda songsang, penentuan agenda dan sensasi.

Friday, August 7, 2015

SPRM: BILA EMOSI MENGUASAI, AKAL TIDAK BERGUNA LAGI


Di dalam istilah perundangan, maksud “innocent unless proven guilty”. Selagi tidak dibuktikan bersalah, maka seseorang itu adalah tidak bersalah.
Dalam konteks penahan anggota SPRM juga tidak terkecuali dari istilah berkenaan. Dan, selaku badan yang sangat tidak asing dengan prosedur penahanan dan pendakwaan, tindakbalas yang ditunjukkan adalah sangat tidak munasabah.
Mengapa perlu “sentap” jika memang anggota-anggota yang ditahan itu tidak bersalah? Acapkali kita mendengar ungkapan dari pihak berkuasa yang lain, seperti PDRM yang menyerahkan segalanya kepada siasatan jika anggotanya yang terbabit dengan dakwaan rasuah.
Baca seterusnya DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...