Bersama Berjuang

Saturday, February 26, 2011

LAPORAN PENUH SSDE DI SEK 18 SHAH ALAM MLM SEMALAM!!!








Anjang Aki - Perjuangan!






"kitorang layan skrin putih pun ok bang!"

Antara hadirin yang tidak dapat masuk ke dalam kawasan tadika yang sesak 

Dalam siri Roadshow SSDE kali ini, GT cuma mahu menulis tentang 2 orang penceramah undangan iaitu Sdr Ng Lum Yong dan Sdr Ghani Haroon.  

Ini adalah kali pertama mereka beraksi di atas pentas SSDE.  

Sdr Ng Lum Yong adalah pengasas Parti Keadilan Nasional telah keluar dari parti dan menyertai MCA pada PRK Tenang yang lalu.  Beliau mendedahkan sebab utama beliau meninggalkan PRK adalah kerana PKR adalah milik mutlak Anwar Ibrahim.  Segala perjalanan, pentadbiran, pemilihan parti adalah atas percaturan Anwar, dan bukannya ahli.  

Beliau juga mendedahkan dongeng 16 Sept dimana Anwar memberitahunya bahawa ada 30 MP yang bersetuju menyeberang dan bilangan itu semakin meningkat.  Tetapi itulah Anwar, pembohong!!!  Seperkara yang beliau juga sentuh berikutan isu altantuya yg dimainkan oleh Anwar sejak 2004 lagi bagi merosakkan imej PM.  Namun, setelah hampir 7 tahun berlalu, Anwar masih tidak dapat mengemukakan bukti seperti apa yang diperkatakannya.  Gaya Sdr Ng yang bersahaja, dgn sedikit jenaka politik ternayata dapat menarik perhatian rakyat yang hadir.  

Ghani Haroon pula tampil dengan semangat, dengan intonasi suara yang membuatkan hadirin terpaku walaupun jelas beliau kehilangan suara di akhir sessi berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.  Sesi beliau yang melibatkan komunikasi dua hala dengan hadirin membuatkan ceramahnya menarik.  

Beliau telah mendedahkan kenyataan bersumpah oleh Rashid, bekas pembantu Anwar sewaktu di dalam penjara.  Kenyataan dari Rashid ini sebenarnya menyumbang kepada tuduhan liwat anwar.  Sdr Ghani juga mendedahkan baiah talak tiga yang dicipta oleh PAS.  Beliau membacakan lafaz baiah ini dan mencabar PAS agar menyaman beliau sekiranya apa yang beliau katakan itu adalah fitnah!!!

Roadshow sedikit terganggu dengan hujan gerimis pada sekitar jam 9 malam.  Walau bagaimanapun, sambutan dari rakyat cukup diluar dugaan, dimana kawasan dalam pagar sesak.  Sekretariat menyediakan skrin layar putih bagi memberi peluang kepada kehadiran yang ramai untuk sama mengetahui kebenaran hakiki. 

Ummi Hafilda???  Superb!!! Korang kena datang dan dengar sendiri!!!

1 comment:

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...