Bersama Berjuang

Sunday, August 22, 2010

PUISI UNTUK BONDA SRIKANDI


PUISI UNTUK BONDA SRIKANDI

Duhai Bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama 

Bonda Hajah Siti
Kau titipkan segala ilmu
Bekalan hidup penuh berliku
Kepandaian
Rahsia alam muslihat insan
Ilmu agama ilmu dunia

Bonda Hajah Siti
Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor anak bangsa 
Di belenggu jahiliah kau tempuh dengan berani

Bonda Hajah Siti, 
Kaulah lambang wanita srikandi
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang Malaysia mencipta sejarah

Bonda Hajah Siti
Andaikan engkau gugur kerna pertiwi
Namun jasamu ku kenang selalu
Ku mahkotakan ke puncak dunia

Bonda Hajah Siti
Jika belum pernah
Kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Moga Tuhan menyayangimu
Seperti mana kau mengasihi anak bangsamu
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...