KUALA LUMPUR 27 Ogos – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini bersetuju menerima parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) sebagai ahli bergabung dengan UMNO dengan beberapa keistimewaan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara keistimewaan itu adalah dijemput hadir sebagai pemerhati dalam Perhimpunan Agung UMNO dan persidangan di peringkat bahagian, sekiranya parti itu mempunyai keahlian di kawasan berkenaan.
"Tapi mereka tak boleh terlibat dalam pengurusan UMNO,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT di sini.
Najib, yang juga Perdana Menteri, berkata, Kimma bersetuju untuk menyokong segala dasar dan keputusan yang dibuat kerajaan dan MT.
"Mereka bersetuju untuk terus membantu bagi menguatkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.
– Bernama
GERAKAN TIMUR:
Alhamdullillah... satu lagi pertubuhan yang telah lama, kira2 33 tahun berhasrat untuk menyertai BN telah diiktiraf sebagai ahli bergabung UMNO. Secara tidak langsung, kekuatan BN semakin meningkat. KIMMA sebelum ini membuat kenyataan bahawa semenjak penubuhannya, mereka adalah penyokong kuat yang menyokong BN. Dianggarkan sehingga Februari 2010, pertubuhan ini dianggotai lebih dari 80,000 keahlian. Gerakan Timur memang nampak kibaran bendera KIMMA di PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Pengiktirafan ini sebenarnya mencipta "sense of belonging" atau "sense of acceptance" yang mana akan membakar semangat mereka untuk menambah ramai lagi ahli yang, Insyaallah, terus mengundi BN pada PRU akan datang.
Kepada KIMMA, tahniah!!!
Majlis penyerahan sumbangan oleh KIMMA untuk program Sinar Kasih Ramadhan, Yayasan Basmi Kemiskinan. YBK |
Salam..
ReplyDeleteSebenarnya kaum Thai (Siam) antara yang terawal bersama-sama UMNO dan mereka adalah ahli UMNO.
irs-hursaini
irs-hursaini.blogspot.com
jaga kimma=puak umno dia bukan senang tengok orang lain tumpang dia.Lebih-lebih lagi ketua cawangan dan ketua bahagian yg haprak.
ReplyDeleteALHAMDULLILAH..SEMOGA BN BERTAMBAH TEGUH DGN KEMASUKAN AHLI2 KIMMA SEBAGAI PENYOKONG UMNO..YEZZEKKKK!!
ReplyDeleteKian ramai yang sedar tentang perpaduan Melayu dan Islam.
ReplyDeleteagbr47: Rakyat telah mula memahami.