Bersama Berjuang

Saturday, April 14, 2012

Antara Anwar, Sumpah dan Sumpah-Sumpah! Yg Mana Satu?



Antara kegemaran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ialah bersumpah.

Disamping kegemaran-kegemaran yang lain, beliau nampaknya berkecenderungan untuk bersumpah.

Pada ceramah-ceramah politik di seluruh pelusuk negara samada semasa kempen pilihan raya kecil atau pilihan raya peringkat negeri mahu pun ketika bertemu rakyat di kampung dan desa, Anwar suka bersumpah.

Contoh kalimat sumpah yang paling digemarinya ialah, "Wallahi (Demi Allah!) Satu sen duit rakyat pun saya tidak ambil."

Atau satu lagi sumpah kesukaannya, "Demi Allah! Satu inci tanah pun saya tidak curi" atau pun sumpah yang ini, "Demi Allah! Satu saham pun saya tidak ambil."

Seseorang bersumpah dalam situasi yang berbeza.

Ada yang bersumpah untuk membuktikan ia berada di pihak yang benar atau pun untuk menunjukkan bahawa ia tidak melakukan sesuatu kesalahan yang didakwa ke atas dirinya.

Ada juga sumpah yang bersifat peribadi untuk melakukan sesuatu apabila sesuatu hajat telah dicapai dan dimakbulkan Tuhan.

Dalam hal ini, Anwar bersumpah untuk menunjukkan dirinyya amat bersih daripada segala kekotoran peribadi, moral dan akhlak.'

Anwar mahu meletakkan dirinya sebagai seorang yang bersih dari segala rasuah, menonjolkan sosok peribadi mulia sebagai seorang Muslim yang bertaqwa serta pemimpin yang mempunyai kredibiliti.

Mungkin kerana terlalu banyak dakwaan kepincangan peribadi, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa ketika menjawat posisi sebagai Timbalan Perdana Menteri satu ketika dahulu, terfikir Anwar untuk bersumpah bagi membersihkan dirinya.

Walau bagaimana pun, satu perkara pelik dan ajaib timbul apabila Anwar marah tidak terhingga serta enggan bersumpah ketika ia dikaitkan dengan dakwaan liwat oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Mengapa Anwar mengambil sikap talam dua muka apabila pada satu sisi lidah beliau amat mudah sekali bersumpah di hadapan masyarakat kampung dan rakyat jelata.

Tetapi Anwar kelu dan bisu apabila diminta bersumpah bahawa beliau tidak meliwat Saiful.

Perangai begini mengingatkan akan karakter 'Dr Jekyll and Mr Hyde" dalam buku karangan Robert Louis Stevenson yang memaparkan sikap dwi peribadi dalam diri seseorang. 

Anwar berhempas pulas mencari alasan aqli dan juga syarie untuk menjustifikasikan tindakannya untuk tidak mahu bersumpah.

Di heretnya ulama yang sudah uzur, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi untuk mengeluarkan fatwa untuk memberi sokongan kepadanya seolah-olah dakwaan Saiful adalah satu konspirasi musuh politiknya dan perbuatan bersumpah adalah tidak selari dengan Al-Qur'an dan Sunnah.

Begitu juga dijemput ulama kelahiran Syria, Sheikh Dr Wahbah Zuhaili untuk memberi ceramah di masjid dan juga memberi pendapat menyokongnya.

Anwar malah mengarahkan supaya fatwa dan pendapat Sheikh Qardhawi dan Sheikh Zuhaili dibuku dan disebar luaskan pada ceramah-ceranah yang beliau hadiri.

Mengapa Anwar amat takut bersumpah untuk membuktikan beliau tidak bersalah?

Mengapa pula pada ceramah-ceramah beliau dengan senang kali bersumpah untuk menunjukkan beliau pemimpin yang bersih?

Kini Anwar bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya akan datang.

Anwar bersumpah apabila ia secocok dengan agenda peribadinya dan melenting apabila terkena pada batang hidungnya sendiri.

Takut-takut nanti sumpah memakan diri sendiri!

3 comments:

  1. Mohon tumpang berjuang dipautan blog tuan
    http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sumpah, sumpah-sumpah...

    ReplyDelete
  3. Sumpah jadi batu mcm Tenggang kang baru tau...

    AMBIGA PERANGAI MACAM ORANG MABUK KELUAR BAR. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...