KUALA LUMPUR, 24 Mac —  Perkasa mempertahankan tindakan “Datuk T” termasuk bendaharinya yang  menayangkan  rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan  pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR).
 Datuk T terdiri daripada  tiga individu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby  Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung  Perkasa Datuk Shuib Lazim.
 Tayangan video seks itu ditayangkan pada Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.
 “Ini satu pembongkaran dan kita nak tahu siapa yang terlibat kerana ia (video seks) itu tidak ditunjukkan kepada umum.  Salah tetap salah . . .  betul tetap betul . . . siapa yang lebih berdosa pembunuh atau yang  dituduh membunuh, siapa yang lebih berdosa?” kata Ketua Pemuda Perkasa  Arman Azha Abu Hanifah.
 Kata beliau, pihaknya  tidak menuduh siapa individu dalam video seks tetapi satu siasatan  segera perlu dilakukan bagi menyiasat kebenaran video seks itu.
 Justeru, menurut Arman  Azha, pihaknya tetap berpendirian agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya  diraja untuk siasat ketulenan video seks itu.
 “Sebab itu kita nak kerajaan tubuhkan suruhanjaya diraja, kita tak tuduh sesiapa dan kita juga tak tahu siapa yang terlibat.
 “Kita juga tidak  mempertahankan mana-mana pihak baik di pihak Pakatan Rakyat atau Barisan  Nasional (BN), tapi kita mahu individu yang terlibat dalam video seks  itu bertanggungjawab,” katanya.
 Beliau berkata sekiranya  individu dalam video seks itu terbukti pemimpin kanan Pakatan Rakyat  maka individu tersebut perlu meletakkan jawatan serta-merta.
 Semalam Abdul Rahim  mengaku Shazry, Shuib dan dirinya adalah individu yang digelar Datuk T  yang berada di belakang tayangan video seks itu yang dikaitkan dengan  Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 Sementara itu Setiausaha  Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata pihaknya tidak akan mengambil  sebarang tindakan terhadap Shuib.
 Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.
 “Perkasa tidak terlibat  dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak  terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.
 “Kita tidak akan ambil  tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun  beliau bertindak secara individu,” katanya.
 Jelas Syed Hassan,  walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang  dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.
  Ekoran tuduhan itu, Anwar  telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan  menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.  - TMI
GERAKAN TIMUR:
Kalau terbabit pun apa salahnya, kerana Melayu macam Anwar wajib ditentang habis-habisan!!!

Pembetulan, Nuar tak nafi. Nuar membuat laporan tayangan video lucah dan ugutan politik ke atas beliau dan keluarga. Yang berlakun tak salah. Yang salah tukang tayang.
ReplyDeleteSebab itu UMA kata patut ada satu laporan lagi berkaitan kes berzina....
Tuan,
ReplyDeleteDato' Shuib Lazim adalah sahabat karim Anwar semasa sama dalam UMNO. Mungkin banyak rahsia Anwar berada dalam tangan beliau.
hehehe... banyak punya spin aaa... bila unspinner nak unspin balik citer nuar ni? poning kepalo den. ish ish ish
ReplyDeleteJom sokong Suruhanjaya Siasatan Di Raja!
Aku Yang Bingai
18SX: Baru celup dah pancut?