Bersama Berjuang

Friday, February 11, 2011

PRK DUN PELABUHAN KELANG SELEPAS MERLIMAU???


GT tak minat langsung dengan Badrul Hisham.  Kenapa???  Sebab rungutan dari rakyat, waima penyokong Fuckatan sendiri bahawa Badrul lgsung tak perform.  Walaupun dia dari PKR, wajib bagi seorang wakil rakyat yang dilantik agar turun melihat keadaan pengundi di kawasan Pelabuhan Klang.  Rakyat didahulukan.

Tiba-tiba politik negara digegarkan dengan keputusannya keluar parti.  Menjadi bebas.  Misteri kehilangannya terjawab apabila dia dikatakan mengalami masalah kesihatan.  Itulah sebabnya dia sukar ditemui oleh rakyat yg ingin memohon bantuannya.  


Seperkara yang GT tidak setuju ialah penyertaannya ke dalam UMNO.  Bagi GT, penyertaannya tidak memberi impak yang besar, samada sumbangan kepada UMNO.  Dia sebenarnya adalah liabiliti kepada UMNO. Badrul adalah masalah PKR, yg ternyata meletakkan calon "cincai" yg tiba-tiba menang.  Dan secara tiba-tiba juga UMNO mahu membela "liabiliti" ini. 


Mengikut kefahaman GT, mmg isu pengisytiharan kekosongan DUN yg dibuat oleh speaker dewan adalah sah.  Bukan niat GT untuk menyokong Maharaja Teng, namun kali ini Teng dilihat melaksanakan tugas mengikut prosedur yang betul.

Badrul Hisham tidak perform. Beliau sering mengalami masalah kesihatan sehingga menjejaskan keupayaannya sebagai wakil rakyat.  Jadi, mengapa perlu Selangor menyimpan YB yang "not fit for employment"?  

Di bawah Artikel 69 Undang-undang Tubuh Negeri, Teng berkata, kuasa mengisytiharkan kekosongan kerusi terletak pada Speaker, dan bukannya SPR.  Dan menurut Artikel 70(5) perlembagaan negeri, SPR tiada pilihan lain kecuali memanggil pilihan raya kecil dalam 60 hari.  

Andai telahan GT benar, keputusan Maharaja Teng mengistiharkan DUN Pelabuhan Kelang kosong bakal menyaksikan satu lagi PRK akan terjadi selepas Merlimau!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...