Thursday, December 23, 2010

TERKINI!!! PENAFIAN PERLAKUAN ZINA OLEH ADUN SELISING!


PASIR PUTEH 22 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.

"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.


GERAKAN TIMUR:
GT ada tanggungjawab pada pembaca semua.  Kes berat, dan tidak boleh dengar dari sebelah pihak sahaja.  Prinsip dalam Islam, kita kena dengar kedua-dua pihak.  Walaupun puak2 Fuckatan tidak mahu dengar penjelasan dari Saiful Bukhari dalam kes liwat Anuwar, jangan letakkan diri kita satu "spesis" dengan diorang.  

Ini jawapan balas bagi isu yang sedang hangat diperkatakan, terutama di laman blogosphere ini.  Penafian sudah ada, jadi terdapat perbezaan disini.  Kita tunggu perkembangan selanjutnya.  

Yg benar tetap benar, yang salah tetap salah.  Kita tuuungggggguuuuuuuuuuuu.... !!!

2 comments:

  1. Kekeliruan yang akan terus mengganggu 1/2 pemikiran ramai (berhubung kes ini) bukanlah disebabkan kebenaran yang ada dalam kes seumpama itu telah dirungkaikan tetapi sudah lali dengan penafian demi penafian sedangkan penafian itu kurang meyakinkan.

    Kekeliruan akan terus bersarang di minda 1/2 rakyat kerana mereka nampak ada dua tahap kebenaran di kalangan pemimpin politik:

    1. Satu tahap ialah mereka yang setiap kata-katanya dipercayai seratus peratus waima kalau dia melakukan sesuatu yang buruk dan perbuatannya itu diketahui umum, dan apabila dia menafikannya, maka rakyat mempercayai penafiannya 100%.

    2. Satu tahap lagi ialah kalau dia tidak melakukan sesuatu perkara itu, dan kalau dia menafikannya, rakyat yang tertutup minda akan tetap tidak mempercayai penafiannya itu.

    Kedua-dua tahap ini dibentuk oleh persekitaran dan ianya sukar dikembalikan kepada tahap yang mana setiap penilaian dibuat menerusi akal yang bebas, bersih dan bernas.

    ATAS PAGAR

    ReplyDelete
  2. adun tu cabar saksi buat dakwaan...
    sbnarnya bukan mudah nak buat satu dakwaan sesorg itu berzina. saksi kena nampak kepala anus tu masuk dlm lubang anus. 4 org saksi pula tu diperlukan. sbb tu adun tu berani cabar. sbb saksi mgkin cuma lihatnya adun tu dlm keadaan bogel dimana anusnya masih basah bersama dgn seorg pompuan yg tidak mengenakn pakaian. jd nak sabitkan dakwaan dgn syarat2 4saksi lihat anus masuk mmg sukar sbb adun tu tak sediakn 4lubang agar 4saksi dapat tgok ketika mrk sdg 'berlayar'. jln lain, adun tu kena bermubahala/bersumpah atas nama Allah 'MENAFIKAN YG DIA TELAH BERBUAT ZINA'. ada berani????!!!

    bagi aku, ADUN ITU BERADA DALAM KEADAAN BOGEL BERSAMA DGN PMPUAN YG TIDAK MENGENAKN PAKAIAN SUDAH CUKUP UNTUK SAYA MENOLAKNYA SEBAGAI PEMIMPIN YG SELAMA INI BERTOPENGKN ISLAM KONON MEMPERJUANGKN ISLAM BRSAMA TOK GURU KESAYANGAN MRK NIK AZIZ!
    BENAR KATA maksud dari sebuah hadis ttg perihal akhir zaman bhw, MULUT MEREKA CUKUP MANIS SEMANIS GULA BILA berkata/BRCERAMAH, TAPI HATI,MEREKA MACAM SERIGALA!!!!!!NAFSU MRK KALI MACAM NAGA!

    mcm nak percaya lagi pemimpin2 PAS kalau mcm ni punya akhlak?

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!