Thursday, December 23, 2010

SELANGOR LARANG GUNA LOGO 1 MALAYSIA - KALID BRAHIM SEMAKIN MERACAU!!!


KUALA LANGAT 22 Dis. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa telah mengeluarkan arahan yang melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

"Keputusan telah dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 28 September lalu dan dikuatkuasa baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sekumpulan orang ramai yang mengadakan perhimpunan aman kerana membantah tindakan MDKL mengarahkan sebuah premis serbaneka 24 jam menanggalkan logo 1Malaysia pada papan tanda perniagaannya.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu diketuai pemilik premis berkenaan, K. Thiyagarajan dan turut dihadiri Pemuda MIC Selangor, Pemuda UMNO Kuala Langat dan UMNO Bahagian Kuala Langat.

Mereka membawa sepanduk antaranya tertulis 'Pakatan Rakyat Tindas Peniaga Demi Kepentingan Politik' dan 'MDKL, Ahli Majlis Larang Simbol 1Malaysia di Kuala Langat'.

Perhimpunan aman itu tamat selepas 10 minit mereka melaungkan perkataan 1Malaysia dan kemudiannya pemilik premis pergi ke MDKL bagi menyerahkan notis bantahan kepada Abdul Razak kira-kira pukul 1.30 petang.

Abdul Razak berkata, pihak majlis hanya menjalankan arahan kerajaan negeri supaya semua logo 1Malaysia diturunkan dan tidak boleh digunakan.

Tambahnya, satu laporan lengkap akan dihantar kepada kerajaan negeri berhubung isu terbabit untuk tindakan lanjut.

Menurut Thiyagarajan, perhimpunan tersebut bagi melahirkan kekecewaan terhadap tindakan MDKL yang mengarahkan logo 1Malaysia di premisnya ditanggalkan walaupun sebelum ini lesen telah dikeluarkan.

"Saya bukan orang politik dan kenapa pihak tertentu seolah-olah ingin mempolitikkan premis perniagaan ini.
"Saya menyokong Gagasan 1Malaysia kerana ia simbol perpaduan di negara ini mengapa pula ia tidak boleh digunakan," ujarnya.

Katanya, dia amat kesal dengan tindakan MDKL kerana logo 1Malaysia yang tertera di premis tersebut menyebabkan perniagaannya maju apabila dikunjungi oleh pelanggan pelbagai kaum.

Tambahnya, logo tersebut juga sangat bersesuaian dengan penubuhan kedai serbaneka itu yang dimiliki oleh tiga rakan kongsi termasuk seorang berbangsa Melayu.

Ujarnya, dia juga sudah membuat laporan polis Isnin lalu selepas menerima notis daripada MDKL yang bertarikh 16 Disember.

GERAKAN TIMUR:
Kalid... Kalid...  kalimah Allah tidak engkau dan sekutumu pertahankan... 1 Malaysia pandai pula engkau haramkan... kemahiran mencari isu politik tahap pra sekolah...

4 comments:

  1. adeh.. tang dia buka restoran DAP leh pulak .. bangang punya pakatan melantun-lantun

    ReplyDelete
  2. Dimana sudah demokrasi dan kebebasan bersuara yang diperjuangkan dan dicanangkan Anwar diseluruh dunia....

    ReplyDelete
  3. Nampaknya jelas kini perjuangan puak PKR+DAP+PAS hanya bertunjangkan kepentingan peribadi dan hanya untuk kaun keuntungan peribadi. Mereka takut 1 Malaysia kerana terpaksa membahagi kekayaan negara sama rata dan sama adil. Begitu juga semua bangsa dan agama dijamin kesejahteraan. Kini nampak jelas kumpilan haprak di Selangor yang diketuai oleh Khalid Gagap tertusuk kerana tindakan mereka sendiri.

    Kita lihat bertapa rakus mereka mengaut khazanah negeri hingga khazanah yang tak ternilai digali dengan rakus tanpa ada kesedaran terhadap kesejahteraan alam dan kehidupan maklhuk lain. Sifat yang rakus dan untuk menikmati kekayaan seberapa mampu boleh secepat kilat. Malah banyak sendiwara Khalid Gagap bagi mengaut keuntungan kini berubah kepada hal air pula. Mengapa jadi begini kerana khalid gagap sentiasa dipenuhi dengan timbunan harta kekayaan semenjak menerajui PNB, Sime darby dan kini nombor 1 Selangor. Akibat nafsunya terlalu besar mengunung menyebabkan beliau tak mampu mengawal nafsunya ditambahi dengan puak-puak puaka dari DAP dan PKR yang mengapikan beliau.

    Slogon dan logo 1 Malaysia ini seolah-olah membakar jiwa dan jasadnya. Sehubungan itu jiwanya sentiasa memberontak dan dikawalkan oleh nafsu yang tiada klimaksnya.

    ReplyDelete
  4. biasalah saudara puak lahanat ni memang takut sekarang. maklumlah dah banyak dosa mereka kepada rakyat selangor.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!