Friday, December 24, 2010

MAKANAN KUCING LAGI MAHAL DARI PENCEN GURU2 AGAMA YAYASAN ISLAM KELANTAN???

"Masalah yang dihadapi mereka berkhidmat 20 sehingga 30 tahun tetapi tidak disahkan jawatan, syarat sah jawatan untuk mendapatkan pencen adalah 25 tahun, bila disahkan jawatan pada umur 50 tahun mereka akan menerima pencen hanya sekitar RM33 sehingga RM120, apa nak buat dengan banyak ini, makanan kucing pun lagi mahal dari itu," kata Datuk Ibrahim Ali kepada Utusan Malaysia setelah menerima kunjungan dari guru-guru agama Yayasan Islam Kelantan.

Tok Him mengulas tentang sudah tiba masanya untuk Nik Aziz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan setelah gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah mentadbir negeri ini selama 20 tahun.  Ia juga berikutan dari kesihatan Nik Aziz yang bermasalah sejak kebelakangan ini, walaupun mendakwa mentadbir dengan fikiran, bukan dengan fizikal.  

"Sebagai contoh, Sultan Ismail Petra telah digantikan oleh anakandanya, Sultan Muhammad Ke-V kerana keadaan fizikal baginda yang terjejas akibat angin ahmar dan saya serta Nik Aziz menyokong, jadi perkara yang sama juga berlaku. Kalau dia (Nik Aziz) tidak sihat lebih baik serahkan kepada orang lain," kata Tok Him. 

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Abdul Aziz hanya mencipta pelbagai alasan untuk terus menjadi Menteri Besar kerana sudah merasa 'seronok' dengan kuasa yang dimilikinya.  Katanya, beliau tidak akan memohon maaf atas desakan tersebut dan merasa amat kesal dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak mengakui perjuangan Melayu biarpun ia untuk umat Islam. 

GERAKAN TIMUR:
Dendam syaitanirrajim Tuan Guru kepada UMNO belum terbalas.  Negeri mundur bukan persoalannya, pedulik hapa.... Rakyat Kelantan jugak yang pilih...  ambo musti pileeehhhhhhh... !!!

3 comments:

  1. Salam Bro,

    Aku setuju... dengar cerita orang KL bela kucing kesayangan berbelanja hingga RM 1200.00 untuk saekor kucing... dua x ganda gaji utz....

    Dino..

    ReplyDelete
  2. Marahkan blogger dan UMNO: Rakyat DIANYANYA .... Kejaaaamm ...

    ReplyDelete
  3. manusia mempunyai otak untuk berfikir dan di gunakan untuk memilih yang mana baik dan yang mana buruk.Mengenai keadaan yg di perkatakan itu saya tak tau samaada benar atau tidak.Kalau benar kenapa kita pilih jalan itu ia itu menjadi Guru Yayasan kenapa tidak pilih profesion lain.Orang putih kata keadaan itu adalah ``by choice'' itu pilihan sendiri bukan paksaan orang.Olih itu jalan yg paling baik ialah dgn perbincangan di antara kedua dua belah pihak kerana setiap pekerjaan itu terikat kpd perjanjian atau undang undang,kalau perjanjian kata penchen dia RM$30/ maka itulah yang patut dia dapat.Seperti juga KEDAH menerima sewa dari P.PINANG sebanyak RM$10,000/setahun....jadi berbincang lah dan jangan libatkan orang politik kerana keadaan akan menjadi bertambah keruh tanpa kesudahan.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!