Friday, December 24, 2010

HILANGNYA PAHLAWAN MELAYU TERBILANG


KUALA LUMPUR, 23 DIS - "Apa yang telah diperjuangkan oleh Allahyarham akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara terutama sekali dalam detik-detik yang amat mencabar waktu kita menentang ancaman komunis.  Selepas tragedi 13 Mei, Allahyarham telah memainkan peranan yang sangat besar untuk mententeramkan keadaan," kata Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, kepada pemberita selepas menghadiri upacara pengebumian jenazah bekas Panglima Angkatan Tentera itu di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini hari ini.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengucapkan takziah kepada keluarga Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai hilangnya pahlawan Melayu terbilang.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pengorbanan Allahyarham kepada agama, bangsa dan negara sememangnya tidak ternilai dengan wang ringgit.

''Seluruh warga Perkasa berasa amat sedih dengan pemergian beliau yang juga ahli Perkasa bernombor 0000001.  Pada tahun 2008, Allahyarham dengan berkerusi roda sanggup untuk hadir semasa melancarkan laman web Perkasa dan kelihatan begitu semangat ketika itu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ibrahim berkata, Allahyarham begitu bersemangat untuk menyertai Perkasa setelah merasakan hak-hak keistimewaan orang Melayu mula terancam.

''Marilah kita bersama-sama berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham," ujarnya.
Tun Ibrahim meninggal dunia pada 4.40 pagi ini di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini.

Allahyarham yang berusia 88 tahun telah menerima rawatan di hospital tersebut sejak tiga bulan lalu kerana sakit tua.

Sementara itu, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, beliau masih ingat pesanan Allahyarham yang meminta Perkasa untuk terus mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera lain tanpa kompromi.


Sumber - Utusan Online

Al-fatihah...

2 comments:

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!