Kemelut dalaman Parti DAP berterusan dan bertambah kusut dari sehari ke sehari. Parti yang sering mendabik dada sebagai lebih cekap, lebih telus, bijak dan amanah berbanding Barisan Nasional itu ternyata tidak mampu menyaingi BN walaupun sebesar hama. Bayangkanlah pemilihan parti yang hanya melibatkan lebih kurang 2,000 orang sahaja kelam kabut sehingga terpaksa dikira semula dan kemudiannya dibuat pemilihan semula.
Itupun belum juga selesai lagi.
Sana-sini terdengar rungutan dari pihak ahli biasa sehinggalah ke pemimpin-pemimpin peringkat negeri. Yang tidak merungut hanyalah pemimpin CEC.
Rungutan mengenai tidak menerima notis mesyuarat, kehilangan misteri para perwakilan dan juga perjumpaan khas yang hanya melibatkan orang-orang terpilih adalah antara aduan yang dibuat. Bagaimanapun, aduan yang paling mengejutkan ialah berkenaan pemilihan semula yang dibuat tanpa mengikut perlembagaan parti.
Akibatnya, DAP cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Goh Swee Huat telah bertindak menghantar surat aduan kepada ROS supaya menyiasat pemilihan CEC pada 29 September lalu.
Swee Huat berkata, aduan tersebut terpaksa dibuat selepas ramai ahli DAP tidak berpuas hati dengan CEC baru kerana pemilihan semula hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan parti, bukan Kongres Khas sepertimana yang berlaku.
Persoalannya, apakah Lim Guan Eng sebagai Setiuasaha Agong tidak tahu perlembagaan parti?
Sudahlah tidak tahu mengira, tidak tahu menggunakan komputer dan kini tidak tahu perlembagaan parti sendiri pula. Apa jenis pemimpin yang menerajui DAP ini?
Hanya ada dua kemungkinan penjelasan mengenai apa yang berlaku iaitu sama ada Lim Guan Eng benar-benar bodoh atau beliau benar-benar jahat.
Kemungkinan besar ia adalah sebenarnya gabungan kedua-duanya iaitu bodoh dan jahat yang lahir dari sikap bodoh-sombongnya.
Kita percaya, pemimpin DAP bukan tidak tahu mengira undi tetapi sengaja mengumumkan tersalahkira kerana ingin memanipulasi keputusan agar orang-orang tertentu sahaja yang menang. Bukan mereka tidak tahu menggunakan komputer tetapi perlu menyalahkan komputer bagi mencapai tujuan mereka untuk memanipulasi keputusan undian.
Bukan juga mereka tidak tahu perlembagaan parti, tetapi sengaja tidak peduli kerana bagi mereka, DAP adalah milik Dinasti Lim dan tidak perlu mengikut undang-undang jauh sekali tunduk kepada mana-mana pihak berkuasa.
Pendek kata, mereka mengambil sikap DAP itu adalah milik mutlak Lim Guan Eng yang kemudiannya menyifatkannya sebagai ‘mak-bapaknya yang punya!’.
Justeru, ahli-ahli dan para pemimpin DAP di semua peringkat wajib memahami perkara ini.
Ahli-ahli DAP boleh merungut atau mengadu, meletakkan jawatan, keluar parti ataupun membunuh diri sekali pun. Namun, untuk mengharapkan pemimpin DAP memberi perhatian dan memperbaiki diri serta cuba berlaku adil kepada mereka, sama lah dengan mengharapkan Israel berhenti menceroboh Palestin.
Ini kerana perjuangan DAP bukanlah untuk mengsejahterakan rakyat. Perjuangan DAP hanyalah untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Melayu Islam. Itu saja.
Di celah-celah itu, DAP turut berusaha untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin melalui syarikat-syarikat besar yang diberi kontrak dan projek supermega. Bak kata orang, sambil membina terowong di dalam laut, sambil minum air laut.
Untuk itu, Dinasti Lim perlu kekal berkuasa dengan apa jua cara.
Saya suka blogger mainkan isu ini... sbb ramai org dap dah mula marah isu dap ni mak bapak guan eng yg punya! terbaekk bro. nak harap pemimpin tertinggi cerdik cari isu, sudah lama berlalu... pemimpin umno skrg hanya cerdik membodek najib.....
ReplyDeletejangan komen DAP lebih-lebih sangat
ReplyDeletenanti marah lebai-lebai PAS