Wednesday, February 27, 2013

Foto-Foto Jom Tolak Pakatan Di DUN Meru - Rani Osman Kepanasan!







GT agak  lewat sampai ke lokasi ceramah malam tadi. Al-maklum, beban kerja melebihi segalanya. Cari makan beb... Agaknya, ini program yang GT hadiri setelah sekian lama tidak menulis tentang program-program ceramah.

Mujur, ada sahabat yang menunjukkan lokasi. Cuma, GT agak terkejut apabila lokasi ceramah ditukar ke tempat yang lain. Mengikut sumber, berlakunya usaha untuk sabotaj program ini. Heh... Ada orang kepanasan rupanya... 

Seorang sahabat memberitahu bahawa BN tidak pernah menang di PDM ini sejak 1995. 

Itu bermakna kawasan ini adalah kubu kuat PAS, apatah lagi semenjak Rani Osman bergelar Pesuruhjaya PAS Selangor. Pastinya mereka lebih kuat. 

Itu bukan penghalang. Sebab jumlah hadirin malam tadi hampir mencecah 1 ribu orang. Dari kawasan khemah, sehinggalah di kaki lima jalanraya, dipenuhi oleh rakyat yang kelihatan sudah tidak sabar untuk menghadapi PRU 13! Dan paling menarik, ramai pula anak muda yang hadir. Itu petanda yang cukup tidak digemari oleh Anwar Ibrahim dan Rani Osman. 

Sewaktu GT sampai, Hamidzun sedang berpidato.  Khabarnya Ghani Harun tidak dapat hadir, berikutan urusan yang masih belum selesai.

GT tidak mahu ulas isu-isu yang dilontarkan oleh Hamidzun atau Hasan Ali. GT mahu anda hadir sendiri ke program Jom Tolak Pakatan. Dengar, lihat, dan fikir. Itu namanya bersikap adil kepada diri sendiri. Yang pasti, hadirin cukup responsif malam tadi. 

Siaplah kau Rani Osman.

Rupanya kisah Rani Osman tidak buat kerja di kawasan bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Sewaktu Hasan Ali memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS, beliau pernah mengarahkan Rani Osman membuat satu kertas kerja untuk PAS. Menunggu sehingga 2 tahun, kertas kerja gagal disiapkan oleh Rani Osman. 

Kertas kerja pun tidak mampu buat, inikan pula mentadbir kawasan, walhal, kuasa kerajaan negeri, kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) ada ditangannnya!

Gendang perang yang dipalu pun sudah kau kepanasan, tunggulah gema semboyan perang sedikit masa lagi. 

Sekalung tahniah kepada penganjur kerana berani "penetrate" kawasan hitam ini. Sekalung tahniah juga kepada tuan rumah yang berani tampil di tengah "kegelapan" PDM ini. Tidak dilupa, jentera anak muda yang kelihatan bertungkus lumus menjayakan program ini. 

Pendek kata, dari yang hadir, kepada yang bertungkus lumus, anda semua hebat. Satu hati. 

Dan tidak cukup dengan itu, GT difahamkan DUN Meru akan digempur pula oleh CN Afghan, ahli PAS seumur hidup yang membongkar kisah penyelewengan tabung Memali dan penulis buku "Kafirkah Aku???" pada 1 Mac nanti. Berganding bahu pula dengan Ust Hasan Basri... perrghhhhh!!! Panas beb!!!

Ladies n Gentlemen... Sekretariat Jom Tolak Pakatan presents you, for the first time in Selangor, CN Afghan!




5 comments:

  1. salam gt, kalau ada ceramah2 gini update dgn saya ye.. emel kat sya shaieza.biz@gmail.com n bg no phone.

    ReplyDelete
  2. yg ikhlas,
    umno bodoh

    ReplyDelete
  3. Salam GT.. Nanti minta tolong pesan tak kat Dr Rani, dgn JKKK nye minta jangan kacau orang nak berniaga Kedai Urut, Arak, Snuker dan Mesin KUda... Kalo tak Kami akan Undi BN pada pru13 kali ne.. Kalo BN menang aku yakin moga2 bapatlah balik dibuka semua kedi KUda, Arak, Judi dan rumah Urut... sekian.. Hidup BN!!!.... Sayangi Selangor...

    ReplyDelete
  4. Betul laa..aku duk meru..kiri kanan depan umah aku kedai mesin judi..balai pun dekat je..tp hapah haram pun takde tindakkan..kalo nak pic2 kedai ngan lokasi pun aku leh bagi..kalau xpecaye aku boleh bg..

    ReplyDelete
  5. Betul laa..aku duk meru..kiri kanan depan umah aku kedai mesin judi..balai pun dekat je..tp hapah haram pun takde tindakkan..kalo nak pic2 kedai ngan lokasi pun aku leh bagi..kalau xpecaye aku boleh bg..

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!