Sunday, September 23, 2012

Pesuruhjaya PAS Selangor Mahu Ngeh Khoo Ham Dihukum? Berani Ke Dia Cakap Camtu? Muahahaha...



Kita setuju dengan pandangan Dato’ Seri Najib,  iaitu ‘kerosakan telah pun berlaku’ dalam mengulas permohonan maaf oleh Ngeh Khoo Ham, Pengerusi DAP Perak yang mempersoalkan tindakan demonstrasi protes terhadap filem yang menghina Rasulullah SAW sebagai membuang masa dan tenaga.   

Lebih-lebih lagi apabila Koo Ham terlebih dahulu sebelum itu dilaporkan enggan meminta maaf.  Ini menunjukkan bahawa permohonan maaf yang dilakukannya bukan kerana ikhlas tetapi kerana tidak tahan menghadapi tekanan dan kecaman rakyat.  

Kini, walaupun Koo Ham memohon maaf dan menarik balik kenyataannya, beliau tidak mungkin mampu merawat luka di hati umat Islam sepertimana juga beliau mungkin mampu memulihkan kembali kerosakan yang dilakukannya terhadap imej parti DAP yang sedia dilihat rasis, chauvinis dan tidak sensitif.  

Justeru, DAP tidak ada pilihan selain dari menghukum Koo Ham dengan hukuman yang setimpal.  DAP perlu membuktikan bahawa ia adalah parti yang mengotakan apa dikata dan mempraktikkan apa yang dihujahkan iaitu kesamarataan total, tidak rasis serta sesuai untuk semua kaum.  

Kita percaya, jika kaum Melayu yang memperlekehkan agama kaum India atau Cina, DAP pasti merupakan orang pertama mengecam dan mengasak tindakan berat dikenakan terhadap Melayu tersebut sambil menuduh UMNO menjadi dalang.  Tetapi, kenapakah DAP tidak langsung menunjukkan sensitiviti yang sama apabila agama Islam yang menjadi sasaran?   

Tidak salah rasanya jika dikatakan bahawa DAP sebenarnya tidak pernah menghiraukan tuduhan rasis terhadap mereka, kerana ia adalah sesuatu yang benar dan mungkin dibanggakan oleh mereka.   Malah, DAP juga kelihatan cukup berat walaupun untuk berpura-pura baik dengan kaum lain, terutama Melayu.   

Bagi DAP, kaum Cina perlu berada di atas kaum-kaum lain di Malaysia dan tidak perlu menghormati atau bertolak ansur dengan sesiapa.  Sikap ini amatlah tidak konsisten dengan prinsip ‘kesamarataan total’ yang dilaungkan mereka sedangkan di masa yang sama mereka sering menuduh UMNO sebagai rasis dan berat sebelah. 

Namun, UMNO terbukti cukup telus dan sedia mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpinnya yang telah mengguris hati rakyat dari mana-mana kaum pun.  

Antara yang terpaksa menerima akibat dari kesilapan seperti itu ialah Datuk Nasir Saffar, pegawai Khas Bahagian Komunikasi bagi Perdana Menteri.  Kes Datuk Nasir tidak begitu kukuh kerana beliau didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis terhadap pelancong dari Cina dan India yang ramai mengunjungi negara ini untuk melacur atau meminta sedekah yang mana merupakan fakta atau hakikat.  Beliau bukannya merujuk kepada kaum Cina dan India yang menjadi warganegara Malaysia.  Walaubagaimanapun, beliau tetap diarahkan meletakkan jawatan dan meminta maaf kepada kaum Cina dan India kerana UMNO mengambil kira hati kaum Cina dan India yang telah terguris.  

Begitu juga dengan Datuk Ahmad Ismail yang digantung keahlian UMNO selama 3 tahun kerana menggelar kaum Cina dan India sebagai pendatang.  Kenyataan tersebut juga bukanlah sesuatu yang salah kerana memang benar nenek moyang kaum Cina dan India merupakan pendatang negara ini dan sikap anak-cucu mereka hari ini juga masih membawa semangat dan ‘roh’ negara asal nenek moyang mereka.   Dengan itu, dari satu segi, kenyataan Datuk Ahmad Ismail masih boeh diperdebatkan tetapi kerana UMNO berpegang kepada prinsip memelihara sensitiviti semua kaum, maka beliau tetap dikenakan tindakan.  

Jelas, walaupun DAP sering menuduh UMNO sebagai rasis tetapi UMNO telah membuktikan sebaliknya.   Yang jelas bersikap rasis, hanyalah DAP dan DAP semata-mata - dari dahulu sehingga kini dan selama-lamanya. 

Dalam kes Adun DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menghina Jalur Gemilang di laman sosialnya, DAP telah bertindak menggantung beliau selama enam bulan sahaja walaupun perbuatan itu dianggap berat terutama apabila ia melibatkan wakil rakyat yang seharusnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi.    Namun begitu, apabila Lim Guan Eng menghina Sultan Johor, iaitu kesalahan yang begitu berat, tidak pula dikenakan apa-apa tindakan oleh DAP.   Bukankah ini menunjukkan sifat rasis dan berat sebelah yang melampau di dalam DAP yang mana mungkin Manoharan telah tidak menyedarinya kerana terlalu sibuk mengampu?

Kini, Koo Ham pula yang berlaku kurang ajar kepada umat Islam, dan kepimpinan tertinggi DAP nampaknya masih ‘kabur’ dan belum membuat kenyataan tegas terhadapnya.  Sedangkan, kes Koo Ham adalah nyata dan tidak dapat diperdebatkan lagi.  Apakah DAP merasa sukar untuk mengambil tindakan ke atasnya kerana beliau seorang Cina?  Apakah DAP merasa sukar untuk memarahinya kerana parti itu juga berkongsi pendapat yang sama dengannya?

Persoalan inilah yang memenuhi ruang fikiran rakyat Malaysia hari ini.  Bagi menjawab persoalan ini, DAP tidak dapat tidak, wajib mengambil tindakan keras ke atas Koo Ham kerana telah dengan tidak bertanggungjawab mencurah minyak ke atas api yang sengaja dinyalakan oleh Nakoula Basseley Nakoula untuk membakar emosi umat Islam. 

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!