Pertengahan tahun ini dunia pendidikan tanahair berkocak seketika apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menggesa para pelajar supaya tidak membayar hutang pinjaman pendidikan yang diberikan oleh PTPTN.
Beberapa bulan sebelumnya, pakatan pembangkang khususnya PKR telah mempropagandakan janji pendidikan percuma selain berhasrat menghapuskan PTPTN yang dianggapnya hanya membebankan pelajar dengan hutang.
Berikutan itu, PTPTN telah bertindak balas dengan menangguhkan sementara pemberian pinjaman kepada 1,000 orang pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) bagi memberi ruang kepada kerajaan PKR Selangor membuktikan janji pendidikan percuma bukanlah omong kosong semata-mata.
Menyedari kesilapannya mencetuskan kontroversi dengan memusuhi PTPTN tidak mendatangkan kesan baik terhadap imej PKR dan PR, akhirnya kerajaan negeri mengarahkan Naib Canselor UNISEL merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi dan PTPTN supaya diberikan semula kemudahan pinjaman kepada para pelajar UNISEL.
Namun sebelum itu, khalayak umum didedahkan dengan perancangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mahu menjual aset UNISEL berupa sebidang tanah bernilai RM30 juta konon bertujuan untuk menampung kos pengajian dan sara hidup pelajar UNISEL.
Walaupun beberapa ketika kemudian penangguhan pinjaman PTPTN untuk pelajar UNISEL ditarik balas selepas menerima rayuan dari Naib Canselornya, tapi apabila Khalid masih bertegas untuk meneruskan hasratnya menjual tanah milik UNISEL ia menimbulkan tanda tanya di minda rakyat Selangor.
Timbul banyak andaian mengatakan kebarangkaliannya tujuan rancangan menjual aset UNISEL itu sebenarnya bermaksud untuk menutup kerugian berpuluh juta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh UNISEL sejak negeri tersebut diperintah oleh pakatan pembangkang.
Ini kerana berdasarkan laporan audit kewangan UNISEL yang ditandatangani oleh Khalid pada 27 Ogos 2011, keseluruhan kerugian yang dialami oleh UNISEL bagi tempoh 3 tahun (2008 - 2010) agak besar sehingga mencecah RM54.86 juta.
Seandainya aset tanah tersebut yang dikatakan bernilai RM30 juta itu berjaya dijual bermakna, sebahagian besar hutang UNISEL dapat ditutup sekaligus diharapkan dapat menyembunyikan kelemahan urus tadbir pemimpin pembangkang.
Mengikut beberapa sumber dalaman pula, jumlah kerugian tersebut antaranya turut disebabkan oleh peningkatan kos pengurusan universiti berkenaan apabila banyak jawatan tinggi berasaskan kuota politik diperkenalkan sejak Selangor diperintah oleh PR.
Bagaimanapun kerugian RM54.86 itu dipercayai belum termasuk lagi tunggakan pembayaran RM15 juta yang ditanggung oleh UNISEL berikutan kegagalannya membayar kos penyelenggaraan dan pengurusan asrama sejak 17 bulan lalu dengan syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
Sementara itu, apabila khalayak didedahkan dengan kerugian besar dan tanggungan hutang yang membebani UNISEL tika ini, banyak keraguan lain timbul mempersoalkan kemampuan pakatan pembangkang untuk menunaikan janji pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini.
Dalam keadaan janji pendidikan percuma pun belum bermula dan baru sekadar menguruskan satu dua IPT pun sudah tidak berupaya menangani masalah hutang sehingga menimbulkan keresahan pelajar dan golongan pendidik, mampukah PR mencari sumber lain untuk menampung kos pendidikan percuma yang mereka war-warkan?
Kalau setakat jual tanah dan gadai aset bangunan sana sini sekadar untuk tampung kos pendidikan percuma, tiada gunanya kerana lama-kelamaan aset-aset bernilai akan habis jua dan selepas itu dari mana pula mahu dicari sumber kewangan?
Atau sememangnya sudah ada dalam perancangan mereka untuk menaikkan cukai pendaptan individu dan korporat kemudian kecilkan pula jumlah kakitangan awam semata-mata untuk menjayakan janji pendidikan percuma?
Sehingga kini tiada tanda atau petunjuk jelas mana-mana kerajaan negeri pimpinan PR yang berupaya menyediakan pendidikan percuma walaupun kolej dan universiti yang berada di bawah kelolaan mereka cuma satu atau dua buah sahaja.
Dalam keadaan demikian pun sudah berpuluh juta kerugian terpaksa ditanggung oleh pihak UNISEL tanpa penyelesaian konkrit dari kerajaan negeri, tidak syak lagi sekiranya pengundi memberi peluang pembangkang memerintah di peringkat pusat mahunya satu demi satu aset dijual dan akhirnya negara muflis macam Greece.
Mana pigi penasihat ekonomi negeri selangor RM1 nie,mendapat undangan menjadi penasihat ekonomi dari pemain dana pinjaman yg terbesar di dunia.Orang di planet marikh ng zuhalpun berminat juga.
ReplyDelete