Pada bulan September 2005, PAISB telah memperolehi pinjaman daripada Kementerian Kewangan di bawah Dana Menggalakkan Pertanian Secara Komersial bagi melaksanakan Projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-Buahan Tropika berjumlah RM30.10 juta serta Projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Sisa Buangan Kepada Bentuk Baja Organik Dan Makanan Ternakan berjumlah RM10 juta.
Tempoh bayaran balik bagi pinjaman tersebut adalah 10 tahun.  Kedua-dua projek tersebut diluluskan bertujuan untuk mempertingkatkan  sektor pertanian negara serta keuntungan PAISB dan PKPS. Semakan Audit  mendapati kedua-dua projek tersebut telah gagal mencapai matlamat yang  ditetapkan dan telah berhenti operasi pada bulan Februari 2010. Pihak  pengurusan PKPS dan PAISB yang terlibat dengan perancangan, perlaksanaan  dan pemantauan projek telah tidak berkhidmat dan berhenti daripada PKPS  dan PAISB.
Berdasarkan surat perjanjian bekalan dan pembelian yang  ditandatangani oleh PSPSB dengan sebuah syarikat usahasama pada 19  September 2005, syarikat usahasama berkenaan memberi jaminan dan  bersetuju membeli 13,250 kilogram salad dan jus buah-buahan sehari pada  harga USD4 sekilogram melalui pengangkutan udara.
Berdasarkan Kertas Cadangan Projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-Buahan Tropika,  sasaran pengeluaran produk salad dan jus buah-buahan tropika pada tahun  2008 sehingga 2010 yang sepatutnya dieksport ke  Dubai adalah sebanyak  11.46 juta kilogram.
Bagaimanapun, prestasi pengeluaran produk salad dan jus buah-buahan  tidak dapat disahkan sama ada mencapai sasaran serta telah dieksport ke  Dubai seperti yang telah ditetapkan atau sebaliknya. Ini disebabkan  PSPSB telah berhenti beroperasi dan PAISB tidak dapat mengemukakan  dokumen mengenainya kerana tidak disimpan dengan teratur. PSPSB telah  berhenti beroperasi pada bulan Februari 2010 kerana mengalami kerugian  yang semakin meningkat. Walaupun baru 2 tahun beroperasi, kerugian  terkumpulan PSPSB pada 31 Disember berjumlah RM9.23 juta.
Menariknya, lawatan audit ke premis pemprosesan salad dan jus  buah-buahan tropika pada 2 November 2010 membuktikan PSPSB telah  berhenti beroperasi dan premis pula telah disewakan. Peralatan  pemprosesan bernilai RM15 juta yang diimport dari Jerman juga tidak  digunakan.
Premium Agro Products Sdn. Bhd. (PAPSB), syarikat subsidiari PAISB  menetapkan sasaran pengeluaran baja organik adalah sebanyak 10.5 tan  metrik sehari yang akan dipasarkan secara timbal balik dengan petani  kontrak pada harga yang lebih rendah iaitu antara RM450 hingga RM550  setiap tan metrik.
Sebanyak 80% pengeluaran baja organik adalah untuk kegunaan tempatan  seperti petani kontrak, penanam sayur dan buah-buahan serta Pihak  Berkuasa Tempatan manakala 20% baja organik untuk tujuan dieksport. Baja  organik akan dipasarkan ke Timur Tengah melalui rakan kongsi projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-Buahan, berpangkalan di Dubai di sampai akan menerokai pasaran eksport di Eropah.
Berdasarkan Kertas Cadangan Projek, sasaran pengeluaran baja organik  bagi tahun 2008 sehingga 2010 yang sepatutnya dijual di pasaran tempatan  dan luar negara adalah sebanyak 9,072 metrik tan. Semakan mendapati  prestasi pengeluaran bagi tahun 2008 sehingga 2010 sebanyak 1,229 tan  metrik (13.5%) adalah sangat rendah berbanding sasaran yang ditetapkan.
PAPSB telah berhenti beroperasi pada bulan Februari 2010 kerana  mengalami kerugian yang semakin meningkat. Kerugian terkumpul PAPSB  menanggung kos operasi yang tinggi berbanding pendapatan yang diperolehi  kerana baja organik tidak mendapat sambutan.
Sehingga setakat ini, tidak ada satu penjelasan pun dibuat oleh  Kerajaan Pakatan Selangor walaupun beberapa orang pemimpin PKR Selangor  bertungkus-lumus cuba membuktikan wujudnya penyelewengan dalam program  NFC yang membabitkan lembu-lembu fidlot di Gemas.
Timbul persoalan, mengapa agaknya Pakatan Rakyat Selangor langsung  tidak mahu memberikan penjelasan berhubung kerugian dan pemberhentian  operasi yang menelan kos puluhan juta ringgit ini daripada pinjaman yang  diberikan oleh Kerajaan Pusat? Berbanding pinjaman yang diperolehi oleh  NFC yang sekarang sedang bergerak secara progresif, dana yang  dilambakkan di Selangor untuk projek pertanian itu pula terpendam dan  hilang begitu sahaja.
Mengapa mulut Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Zuraidah Kamaruddin  dan sekalian penyokong Pakatan langsung tidak berani memperkatakan  tentang kerugian besar ini?
Sumber:  Sel.13
GERAKAN TIMUR:
Ohhh... padanlah dok cari isu pasal NFC.. rupanya cuba tutup cerita nih...  PKR kantoi!!!  So, Rafizi, Pudin dan Mak Lampir, boleh jawab???


No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!