Thursday, February 24, 2011

LAPORAN SPRM OLEH PEMUDA UMNO SELANGOR & GAPS TERHADAP SALAHGUNA WANG RAKYAT!!!!!!


Satu laporan SPRM telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Selangor bersama GAPS di Pejabat SPRM Negeri Selangor pagi tadi berhubung dengan isu salahguna wang rakyat Selangor oleh regim Khalid apabila membiayai kos penginapan perwakilan PKR sewaktu Kongress Nasional PKR pada Nov 2010.  


Antara yang hadir ialah KP UMNO Selangor, Ungku Salleh, Setiusaha Pemuda Barisan Nasional yang baru, Tn. Haji Roslee dan juga Pengerusi GAPS, Sdr Hamidzun Khairuddin.  

Dokumen bukti setebal 8 mukasurat telah diserahkan kepada Pengarah SPRM Negeri Selangor untuk siasatan lanjut. 

Kenyataan media 

LAPURAN SPRM – SKANDAL HOTEL PENGINAPAN PERWAKILAN KONGRES PKR  

Rakyat amat terkejut dengan penyelewengan yang berterusan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Yang terbaru adalah salahguna wang rakyat untuk membiayai penginapan perwakilan PKR ke Kongres PKR 2010 pada 26-28 November 2010 di Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor. 

Sebelum ini harta rakyat difaraidkan kepada penyamun-penyamun pasir pakatan dalam isu skandal pasir selangor dan kemudian ratusan ribu ringgit dibelanjakan untuk membela kesalahan ADUN Sri Muda yang derhaka kepada DYMM Sultan Selangor. 

Pembiayaan penginapan perwakilan PKR menerusi Selangor Menteri Besar Incorporated (MBI) merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh kerajaan pakatan Selangor. 

Tempahan dan pembayaran 100 bilik hotel di Petaling Jaya oleh MBI pada 25-29 November 2010 merupakan bukti jelas sudah terang lagi bersuluh salahguna kuasa dan penyelewengan oleh Menteri Besar.

Pemuda UMNO Selangor dan NGO Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) amat kesal harta dan wang rakyat Selangor dirompak untuk membiayai penginapan perwakilan ke mesyuarat agung tahunan PKR itu.

Khalid Ibrahim wajar membezakan peranan nya sebagai seorang Menteri Besar dan pemimpin parti. Harta negeri merupakan harta rakyat dan bukannya harta milik parti PKR yang boleh dibelanjakan sesuka hati.

Hari ini Pemuda UMNO Selangor dan NGO GAPS membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat perkara ini sedalam-dalamnya. 

Kami berpendapat MB Selangor yang juga pimpinan utama PKR dan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor yang juga penasihat umum PKR harus disiasat dan didakwa kerana keterlibatan mereka dalam Skandal Hotel penyelewengan ini.  

Kami menyeru MB Selangor dan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor meletakkan jawatan dengan segera kerana kegagalan mereka untuk menunai tanggung jawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. 

KENYATAAN BERSAMA - 24 Feb 2011 

Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal
Ketua Pemuda UMNO Selangor 

Hamidzun Khairuddin
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!