Tuesday, January 11, 2011

LINANGAN AIRMATA SASTERAWAN NEGARA!!! GERAKAN TIMUR BERDIRI TEGUH MENYOKONG BELIAU!



Linangan airmata Sasterwan Negara mengiringi temubual wartawan Utusan Malaysia, Mohd Khuzairi Ismail bersama beliau.  Karya yang telah dihasilkan 40 tahun lalu berdasarkan pengalamannya telah disalahertikan oleh pihak2 yang cuba mempolitikkan karya itu.  

Memilukan, Datuk Abdullah Hussein memohon agar berbaring untuk menjawab soalan2 yang dikemukakan.  Malah, beliau terpaksa menjawab dengan menulis dek keuzuran yang membelenggunya pada umur 91 tahun.  

Menurutnya, Interlok adalah cerita mengenai Maniam yg berasal dari India Selatan, gembira dgn kehidupan di negara ini apabila sistem kasta tidak wujud sama sekali.  

Bukan niat beliau untuk memperkecilkan masyarakat India, jauh sekali menghina.  Jelas, mereka yang membakarnya tidak memahami kandungan isi buku tersebut.  Andai bahasa Melayu cukup sukar difahami, sudah sampai masanya kerajaan wajib melaksanakan sekolah 1 malaysia, yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, agar penguasaan bahasa dapat mengelakkan dari salahfaham ini.  Atau, mereka sengaja tidak mahu faham kerana buku ini boleh dipolitikkan???

GERAKAN TIMUR dengan ini menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Sasterawan Negara ini

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!