Monday, December 6, 2010

CALON BN UTK PRU 13 MESTILAH KEHENDAK RAKYAT - PM


KUALA LUMPUR 5 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pemilihan calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah berdasarkan pilihan serta kehendak rakyat.  Perdana Menteri berkata, langkah itu sejajar dengan komitmen BN meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya. - Utusan Malaysia

GERAKAN TIMUR:
GT harap apa yang PM katakan itu harus dikotakan.  Teringat pada PRU yang lalu, apabila calon BN yg bertanding di kawasan GT bukanlah kemahuan rakyat tempatan, malah, bukan dari kalangan orang tempatan.  Sinar kekalahan itu sudah jelas kelihatan.  Ditambah pula dengan YB yg tidak tercalon semula, langsung tidak membantu jentera pilihanraya.  Kalah dengan teruk!!! Tergadainya satu kubu kuat yang mana pembangkang tidak pernah menang disitu selama ini.  Di mana ketulusan dan keikhlasan dalam perjuangannya???  Andai pejuang jenis ini mahu bertanding semula, adakah kita mesti menyokongnya???

DS Najib wajib mendengar denyut NADI RAKYAT. 

1 comment:

  1. agak agak kan Shah Alam siapa calonnya ek?

    errr Ezam dulu pernah bertanding kat Shah Alam kan?

    What do you think ada kemungkinan ke tercalon lagi sekali?

    hmmmmmmm kalau boleh bak kata my mom biar lah yang baru, muda, kuat kerja dan orang UMNO dulu kini dan selamanya (bukan yang jenis katak lompat lompat)

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!