Wednesday, December 15, 2010

ANJAKAN PARADIGMA PAK MENTERI, ISMAIL SABRI

Car Cow from Malacca - Mat Salleh "Sinar FM"

Ada menteri yang memberi cadangan untuk rakyat tanam sayuran bagi mengekang harga pasaran yang melambung.  Idea zaman pre-babyboomer ini sememangnya cukup "mengejutkan" apabila ianya diutarakan pada zaman teknologi di hujung jari anda, zaman globalisasi dunia tanpa sempadan. 

Ingin GT cadangkan agar rumah pangsa atau apartment ditambah keluasan kira2 10 kaki persegi di bahagian belakang rumah untuk cadangan ini.  Dan pemaju tidak boleh menaikkan harga sesuka hati mereka, kerana rakyat sedang bekerja keras menyambut saranan bertaraf "anjakan paradigma" ini. 

Apabila berjaya, bolehlah saling bertukar-tukar dengan jiran, jadi tak payahlah beli kat kedai.  Hasilnya, sayuran kat pasar borong tak laku, maka akan turunlah harga sayuran.  Bijak, ilmu ekonomi tingkatan 4 yang GT belajar dulu.  standard rules of economy, permintaan berkurang, lebihan supply, price will decrease. 

GT juga nak sarankan, untuk mengelakkan dari harga minyak yang semakin naik, apa kata korang semua guna je kereta lembu.  Leh jimat duit.  Selain itu, boleh juga kita kurangkan pencemaran dari hasil pembakaran enjin. 

Dibawah ini GT linkkan Laman Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Manjung yang memberikan maklumat tentang bercucuk tanam. 

Selamat Bercucuk Tanam, KLIK SINI.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!