SHAH ALAM 31 Jan. - Buat kali pertama, bekas Pesuruhjaya Pas  Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan pemimpin Pas yang selama ini  dianggap ‘parasit’ dengan menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri,  Khalid Samad sebagai individu terbabit. 
Beliau yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam negeri pada 13  Januari lalu mendakwa, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering dilihat  menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan  individu paling lantang menentang usahanya untuk melarang penjualan  minuman keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang  Melayu. 
Hasan berkata, Khalid juga beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam  Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang  dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) meskipun pihak  berkuasa menerima maklumat mengenai penganjuran satu majlis yang  bermatlamat bagi menyelewengkan akidah umat Islam di negeri ini.
“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin  DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan  apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket  Pas.
“Sebab itu saya hendak ingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan  beri satu undi pun kepada dia (Khalid) pada pilihan raya umum akan  datang kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya  ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan  Rukun Tetangga Seksyen 17 di sini malam ini.
Program itu dihadiri lebih 1,000 orang termasuk bekas Ketua  Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan bekas Timbalan Dekan  Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Aidit  Ghazali.
Hasan berkata, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menubuhkan  sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk  mempertahankan Islam, Melayu dan institusi diraja di negara ini.
Kata beliau, pertubuhan yang akan dikenali sebagai Jati itu akan  menggabungkan beberapa NGO lain yang turut mempunyai perjuangan sama  selain individu yang berminat untuk menyertainya.
“Pertubuhan itu dijangka dilancarkan pada 21 Februari di Pusat  Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan sasaran penyertaan seramai 100,000  keahlian.
“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan jaringan ketiga iaitu sebagai  pengimbang kepada parti pemerintah serta parti pembangkang dalam  mempertahankan Islam, Melayu dan Raja Melayu (IMR) di negara ini,”  jelasnya.
Dalam pada itu, Hasan Basri berkata, penyebaran fahaman ‘Anwarism’  kini semakin merbahaya kerana ia jelas bersifat sekular dan liberal yang  bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
“Sebagai contoh, demi untuk kuasa dan mendapat sokongan negara Barat,  Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sanggup mengiktiraf sebuah negara  haram Israel yang sejak sekian lama melakukan kekejaman terhadap umat  Islam di Palestin.
“Selain itu, atas nama hak asasi manusia, Anwar juga  bersungguh-sungguh menganggap Seksyen 377B (Kanun Keseksaan) yang  melarang seks gay dan lesbian sebagai lapuk serta tidak lagi relevan dan  sebab itulah saya kata fahaman ‘Anwarisme’ ini merbahaya kepada umat  Islam di negara ini,” tegasnya.
Aidit pula mengingatkan umat Islam di negara ini supaya taksub hanya  kepada Allah dan bukannya kepada seseorang pemimpin mahu pun organisasi  kerana ia adalah tuntutan Islam.
Sumber - Utusan Online 
GERAKAN TIMUR:
Khalid Samad itu parasit, kata Hasan Ali.  
Parasit bermaksud menumpang untuk hidup, yang akhirnya membawa kecelakaan kepada induk, atau perumah, atau entiti yang ditumpanginya.  
Dalam maksud yang lebih mudah, parasit "membunuh dari dalam".  Itulah yang cuba disampaikan oleh Hasan Ali, apabila usaha memartabatkan Islam telah dihalang sendiri oleh pemimpin PAS, parti yang mendabik dada kononnya Islam.  
DAP jelas status laknatullahnya, PKR hampir sama.  Musuh yang jelas.  Akan tetapi, api dalam sekam lah yang paling berbahaya.  
Itulah Khalid Samad, liabiliti kepada Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.
 

Khalid Samad ni lah yg dulu sokong Ronnie Liu & DAP x bg Hasan Ali haramkan penjualan alkohol kat 7 Eleven di Shah Alam kan?
ReplyDeleteAPA AGENDA DAP MENENTANG PEMBERIAN PINJAMAN UNTUK PENGHUNI PPR & PERUMAHAN AWAM? Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/